Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Isnin

DIY Tungku Herba Moden

Assalamualaikum

Lepas bersalin Aqil dulu, mak mertua buatkan tungku pasir untuk aku. Bila Aqil kembung ke aku sengal sengal badan ke. Aku panaskan pasir tu dan tuam kat badan.

Tungku tu pun dah lama sangat. So baru baru ni aku pun buatlah yang baru. Ingat nak cari pasir. Pasir halus je yang ada kat sekeliling rumah ni. Kuali lama pun tak ada nak goreng pasir. Jadi aku pun dapat idea nak gunakan garam kasar. Actually tu aje yang ada kat rumah. Hahaha..
DIY tungku herba garam
Bahan-bahan
Beberapa helai kain dipotong empat segi (Sebaiknya kain kapas, aku guna je kain dari seluar lama)
1 cawan garam kasar
3 sudu besar lada hitam
Beberapa ulas bawang putih
2 sudu besar habbatus sauda
2 sudu besar halba (aku tak letak, tapi kakak ipar kata bagus kalau letak)

Kaedahnya
Masukkan semua bahan kecuali kain ke dalam kuali atau periuk. Sangai sampai panas. Lada hitam tu ada yang meletup sikit. So hati hatilah ye.

Bila dah panas tu, masukkan dalam kain dan ikatkan.

Boleh digunakan untuk tungku dah.

Kalau malas nak bukak bukak ponjotnya, boleh je kalau nak panaskan guna oven (microwave tak pasti boleh ke tidak). Tapi aku suka macam ni. Panasnya lebih kekal lama. Cuma agak leceh nak bukak ikatan bagai lah kan.

Insya allah boleh guna juga untuk tungku ibu bersalin. Memang wangi bau lada hitam dan bawang putih tu. Ada satu malam tu, sampai dekat 10 kali aku panaskan. Dari shujin sampai ke anak-anak aku tungkukan. Lepas tu mak dia pulak demam. Hahaha..

Selamat mencuba 

Daa

Rabu

Pengawalan serangga perosak - Ulat

Assalamualaikum

Bila berkebun ni memang tak lari dari serangan serangga dan haiwan perosak. Sangat frust bila kita dah excited nak kutip hasil, tetiba ada yang mendahului. Yang famous kat rumah ni adalah siput babi, ulat dan belalang. So far aku belum banyak sayuran daun, so tak berapa nampak sangat kesan belalang tu. Tapi, ulat sangat suka bermastautin kat pokok bendi. Habis bendi yang baru nak berputik digigitnya.

Tanda-tanda serangan ulat ni adalah pucuk jadi layu dengan ada kesan biji-biji najis berwarna hijau. Lepas tu nampak la ada lubang kecik-kecik pada buah bendi.
Ulat ni memang suka makan bahagian pucuk. Maybe memang sedap kot bahagian tu. Lembut lemak lemak.. Hehehe..

So, macam mana nak mengawal serangan ulat ni tanpa menggunakan racun?

Banyak yang aku baca mengenai penggunaan bawang putih untuk mengawal serangan haiwan perosak. Cara nak buat pun senang. Cukup dengan bahan-bahan yang kita selalu guna kat dapur.

Bawang putih, halia, cili diblender atau ditumbuk sampai hancur. Tambah air dan kemudian tapiskan. Airnya tu masuk dalam botol penyembur. Tambah dalam setitik sabun basuh pinggan. Seeloknya, sabun basuh pinggan yang mesra alam sekitar. Aku gunakan dish drop. Lepas tu semburkan pada pokok, terutamanya bahagian yang diserang. Sebelum mula menyembur, potong buang bahagian yang kena serangan tu dulu. Lepas tu sembur pada seluruh daun dan buah. Semburan haruslah dibuat pada waktu pagi.

Boleh nampak perubahan seawal dua hari lepas semburan. Ulang semburan 2-3 minggu sekali. Katanya, semburan ni bukan saja boleh kawal ulat, malah boleh kawal dari serangan kulat dan afid juga.

Selamat berkebun.

Daa


Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com