Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Rabu

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Gigih pepagi buta ambik gambar pokok dengan henpon cap ayam. Hahaha..

Edamame dah mula berbunga. Terpaksa dipancang dengan dua batang chopstick sebab angin kencang, dan hujan lebat aritu. Habis rebah pokok-pokok. Yang putih putih tu, beras rosak yang direndam lama.. Buat baja.. hehehe...

Pokok cekur dah mula beranak. Asalnya anak pokok tu mak yang bagi. Aku cucuk dalam polibeg dulu. Nanti tak tau lah nak pindahkan ke mana. Biar la dulu sementara nak membesar. Lepas ni senang la nak buat pecal terung, pecal ikan pari (orang jawa sebut pecel)... Pecel lele pun sedap agaknya.. Tapi aku tak suka sangat ikan keli. Shujin la suka. Hehehe..

Gelap sikit gambarnya.. Ni tapak semaian pokok tembikai dengan sawi pak choy. Kadang sempat kadang tak siram.. Dah keluar sikit pucuk tembikai tu. Harapnya bertahan dan membesar. Nak pindahkan nanti mintak tolong shujin buatkan trellis untuk dia menyulur. Hehehe..


Harap-harap mendapat hasilnya nanti. Salah satu jenis terapi untuk aku yang stress dengan kerja kerja opis. Bila balik rumah. Pakai sarung tangan, pegang cangkul. Belek tong ulat (kompos).. Atau cabut rumput sikit sikit.


Zaman ekonomi tak berapa nak bermutu ni kena pilih terapi yang tak spend duit sangat. Kalau terapi shopping, rabak poket den. hehehe..

Apa terapi stress korang?

Daa

Jumaat

Pokok misteri

Assalamualaikum

Misteri lah sangat kan..

Ramai yang dok cuba teka pokok apa yang aku cambahkan dalam entry INI..

Guess what..?

Takde siapa berjaya teka.. Meh aku share sikit update pasal pokok kesayangan kami sekeluarga ni..


Dah besar.. Weekend ni nak pindahkan ke atas tanah. Pasu recycle dia dah tak muat. Kang bantut pulak pokok tu. Hehehe..

Sebenarnya ni pokok kacang soya.. Apa istimewa sangat pokok kacang soya ni..? Kacang soya ni bukan sebarangan kacang soya sebab ianya adalah non-gmo kacang soya yang aku import khas untuk ayahanda kesayangan. So, benih tu dah bercambah dan berbuah. Ayah hadiahkan beberapa biji benih untuk kami tanam pulak.

Happy gila.. Pasni boleh makan kacang soya rebus.. Sedap weh..

Sila teka pula.. dari mana benihnya diimport..? Takde hadiah :P

Daa

Khamis

Kesayanganku yang terbaru

Assalamualaikum

Dah lama teringin.. Sekarang baru berpeluang..

Guna cup air pasar malam je. Katanya reuse reduce dan recycle kan.. Hehehe..

pstt.. kempen 3R dah dapat sponsor.. Insya allah ada masa nanti aku update..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com