Selasa

Kempen sampah - GA

Assalamualaikum

Kebanyakan orang sedar yang bumi makin tenat. Pencemaran merata rata. Sampah membukit dan membusuk. Itu belum kira sampah masyarakat lagi tu. Hehehe..

So, menyedari hakikat ini, tahun 2015 ni aku berazam untuk mengamalkan kempen kesedaran tentang sampah. Sebelum nak berkempen, of course kita kena buat dulu tak..? Takkan nak cakap tak serupa bikin. Kempen orang reuse, reduce & recycle beria ria. Tapi sendiri tak buat pun. Huhuhu..

Antara perkara pertama yang aku buat lepas pindah rumah ni adalah pelan tindakan mengurangkan sampah, kitar semula dan guna semula mana yang boleh.
tong kompos pertama kami

Langkah-langkah yang telah aku ambil
(1) Mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula
(2) Pastikan sampah yang dibuang dalam keadaan bersih, kering dan tidak berbau. Melainkan diapers busuk Aisy dengan Afiqah la.. Hehehe.. Belum berjaya nak bercloth diapers lagi.
(3) Sampah dapur dimasukkan ke dalam tong kompos untuk dijadikan baja kompos atau ditanam bagi mengelakkan bau.. Nanti aku cerita lanjut pasal tong kompos tu..
(4) Memastikan semua sampah dimasukkan ke dalam plastik dan diikat dengan baik.
(5) Buang sampah di tempat yang sepatutnya

Of course aku tak mampu buat sensorang semua ni. Shujin banyak bagi galakan dan pertolongan. Especially tang korek lubang nak masuk sampah basah tu. Hehehe..

Memang tak mudah nak mulakan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita kan.. Tapi insya allah, aku cuba istiqamah.

Langkah langkah yang aku ambik ni sebenarnya bukan benda baru. Negara Jepun dah lama dah ambik pendekatan begini. Sebab tu lah lori sampah kat sana tak busuk dan comot macam kat sini. Kotak susu pun dibuka dan dibasuh tau. Jadi, aku terasa adalah memalukan kalau kita sebagai orang Islam ni tak gunakan pendekatan macam tu. Sebab kan Islam menyarankan kita jadi bersih, takmo busuk busuk. Malu lah kalau orang yang bukan Islam ni ikut sunnah dan Al-quran lebih dari kita. Padahal diorang tak ikut kitab pun. Takde panduan macam kita pun.

Kes denggi makin meningkat. Takkan nak tunggu vaksin denggi kot. Apa kata start dengan jaga kebersihan persekitaran kita dulu. 

Nak hadiah..? Jom promote 3R
(1) Buat satu entry langkah korang untuk selamatkan bumi bersertakan gambar korang buat kitar semula ke, kumpul bekas untuk hantar pusat kitar semula etc. Apa apa lah gambar yang berkaitan 
(2) Promosikan 3R
(3) Link kan pada entry ni dan letak link entry tu kat komen entry ni.

Entry yang dapat paling banyak komen dikira pemenang. Hahaha.. Hadiahnya nanti aku update. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 March 2015.

Daa

14 comments:

Dr K berkata... [Reply]

Ini adalah satu bentuk GA yang sangat berfaedah!!! Insya Allah saya nak sertai...saya inform nanti..

Iklan kan lah juga di FB :)
Make it public.

Dr K berkata... [Reply]

Ini adalah satu bentuk GA yang sangat berfaedah!!! Insya Allah saya nak sertai...saya inform nanti..

Iklan kan lah juga di FB :)
Make it public.

iryantyismail berkata... [Reply]

macam nak cuba je...

Ujie Othman berkata... [Reply]

wah..rumah baru ada tanah, syiok!
rumah baru saya takdok tanah waima sekangkang kera.

tapi kalau botol/kotak/kertas..mmg saya asing. Hari jumaat org angkat sampah recycle.

*entry lama boleh pakai utk GA kaa?

PetakBunga berkata... [Reply]

Aku ada sifat penyayang yg amat sgt. Aku kalau ikutkan kurang membuang..sb aku ada satu perasaan, syg nk buang. Aku mesti fikir, boleh buat benda lain kot.. end up stor aku semak.
Support ko. Tp rasa cam x sempat nak buat entry pasal aku sekarang 1 entry sebuln pun amat2 pyh..huhu.. jgn kata nk tunggu komen..pyh ah..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

GA yg sangat baik - sayangnya blog kakak macam dah menemui penamat.

Selamat maju jaya buat semua yg turut serta GA ini.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Menarik ni. Kalau sempat nanti saja join.

Kalau ada tanah bolehlah menanam sampah. Tapi umah apartment :-(

Unknown berkata... [Reply]

tq daddy zzz, insya allah cuba publicize kan entry ni.. tapi kempen begini kurang popular biasanya.. haha

Unknown berkata... [Reply]

meh meh cuba..

mummY daniSha berkata... [Reply]

bagusnyeee zai....salute =)

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

respek lah entri ni... saya memang amalkan apa yang diajarkan dalam entri ni kecuali kompos... sebab tak menjadi, kalau try buat akan ada haiwan yang mengorek... tapi GA yang baik... gud luck

wahida berkata... [Reply]

wow!! kempen dan usaha yang sangat baik...
tang recycle tu mmg lama dah aku buat...tapi part tanam tu, mmg tak pernah la aku buat...

by the way, good info beb!!

Siti Sharini berkata... [Reply]

http://www.sitisharini.com/2015/03/kempen-3r-by-ourkizuna.html


akhirnya!!!!!

rini.borhan berkata... [Reply]

baguskan GA camni promosi kearah kebaikkan..nanti nak join lah.. byk kumpul botol plastik kat umah..

@ JEMPUT SERTAI "GIVEAWAY: RINIE BORHAN"

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com