Rabu

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Gigih pepagi buta ambik gambar pokok dengan henpon cap ayam. Hahaha..

Edamame dah mula berbunga. Terpaksa dipancang dengan dua batang chopstick sebab angin kencang, dan hujan lebat aritu. Habis rebah pokok-pokok. Yang putih putih tu, beras rosak yang direndam lama.. Buat baja.. hehehe...

Pokok cekur dah mula beranak. Asalnya anak pokok tu mak yang bagi. Aku cucuk dalam polibeg dulu. Nanti tak tau lah nak pindahkan ke mana. Biar la dulu sementara nak membesar. Lepas ni senang la nak buat pecal terung, pecal ikan pari (orang jawa sebut pecel)... Pecel lele pun sedap agaknya.. Tapi aku tak suka sangat ikan keli. Shujin la suka. Hehehe..

Gelap sikit gambarnya.. Ni tapak semaian pokok tembikai dengan sawi pak choy. Kadang sempat kadang tak siram.. Dah keluar sikit pucuk tembikai tu. Harapnya bertahan dan membesar. Nak pindahkan nanti mintak tolong shujin buatkan trellis untuk dia menyulur. Hehehe..


Harap-harap mendapat hasilnya nanti. Salah satu jenis terapi untuk aku yang stress dengan kerja kerja opis. Bila balik rumah. Pakai sarung tangan, pegang cangkul. Belek tong ulat (kompos).. Atau cabut rumput sikit sikit.


Zaman ekonomi tak berapa nak bermutu ni kena pilih terapi yang tak spend duit sangat. Kalau terapi shopping, rabak poket den. hehehe..

Apa terapi stress korang?

Daa

21 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

seronok tgk bila tanaman menjadikan...tpi rietta tanam bunga je la...sayur sayur xde tempat..maklum la rumah xde tanah...

MamaAliya berkata... [Reply]

hai rai. kite pun sama juga. terapi dengan pokok-pokok je sekarang ni.tanam pokok yang boleh makan. pokok-pokok bunga tak berapa nak minat. Nak pergi terapi shopping lagi lah dah buhsan...

Siti Sharini berkata... [Reply]

eh boleh guna sarung telur tu yee best best nnt boleh tanam togeh hehehe,,saya teringin gak nk tanam limau kasturi, delima, daun sup n so on tapi nggak ngerti haha

PetakBunga berkata... [Reply]

I like!
Tumb up..

PetakBunga berkata... [Reply]

I like!
Tumb up..

aizamia3 berkata... [Reply]

Walaupun masih ada ruang kat belakang rumah tapi akak tak minat menanam.. abang akak je yang suka layan, akak cuma peneman dia je..

Hujung minggu berehat kat rumah je, kalau selalu berjalan duit cepat susut nanti bertambah stress nak fikir pasal duit.. Jalan selamat lepak dengan family kat rumah..

iryantyismail berkata... [Reply]

seronokan bila tengok tanaman menjadi..hari2 membelek.

Zai Zamree berkata... [Reply]

bagusnya....bila kita nk rjin mcm ni xtau

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

WAH BAGUS NI.. MMG JIMAT KLU POKOK2 MENJADI NANTI..

imm berkata... [Reply]

terapi kite tengok tanam pokok bunga je lah..sayur2 pernah cuba dulu tp x menjadi sangat huhu..

Kayu Manis berkata... [Reply]

Pagi2 dtg melawat kebun bahagia rasanya...

tenang sgt kn...
tk lma lgi tunggu hasil plk...
In shaa Allah

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam rai,
waaaa
ijau mata hitamku he3

Unknown berkata... [Reply]

Thumbs kak Rai, I like it!

Terapi menjimatkan dan mendatangkan hasil..

Unknown berkata... [Reply]

macam2 cara terapi..tapi kalau cara saya pulak mungkin pelik sikit la..tapi ni je benda yang boleh buat saya rasa tenang dan best walau badan letih boleh layan lagi iaitu..cuci peti ais..heheheh

Dr K berkata... [Reply]

Beras rosak pun boleh jadi baja eh?
Kalau beras herba ponni Taj Mahal rosak kita buat baja, mesti berkhasiat tinggi sayur2 tu kan? haha

Rtp Farra Arisha berkata... [Reply]

Lama kelamaan boleh jadi hobi tau. Hehehe selamat berterapi. :)

zeera lily berkata... [Reply]

seronok nya de rumh dapat bercucuk tanam =)

Unknown berkata... [Reply]

Dah bercucuk tanam pulak..bagus kak..

Ujie Othman berkata... [Reply]

omak ai..siap ada tembikai bagai! saya cuma tanam yg asas..pokok kari, cili..tapi sume cuma mampu dlm pasu jelah.

Irfa berkata... [Reply]

SKRG TERAPI AKU, MEMBACA :)

norh berkata... [Reply]

Norh pun dah mula pegang cangkul balik sekarang ni..dah lama tinggalkan hobi gardening ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com