Memaparkan catatan dengan label lalat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lalat. Papar semua catatan

Khamis

Apa???! Kompos sebenarnya tak berbau?

Assalamualaikum

Iya.. Ramai orang salah faham tentang kompos.

Tsk tsk tsk..
Kompos yang seimbang tidak berbau dan tidak attract lalat. Bukan lah tak berbau langsung. Tapi baunya tak mengganggu persekitaran dan kejiranan. Kalau berbau teruk tu maksudnya ada lah yang tak kena dengan kompos tu. Di banyak negara maju, diorang ada jual tong khas untuk kompos. Ada jugak yang DIY je. Sedikit ubahsuai pada tong cat atau kayu-kayu terbuang dah boleh jadikan tong kompos.

Tong kompos aku guna tu mak aku yang bagi. Tong baja ayah guna. Dapat dua tong. So aku guna satu, bila dah penuh, aku masuk satu lagi. Tapi belum ubahsuai. Tunggu shujin drill lubang supaya air atau moisture tak berkumpul dan menyebabkan bau busuk.

Apa yang dikatakan kompos yang seimbang?
Kompos terdiri daripada dua elemen. Iaitu elemen hijau dan coklat. Terdapat juga sampah yang kita boleh kompos dan yang tak boleh dimasukkan ke dalam tong kompos.

Apakah elemen hijau dan coklat dalam pengkomposan?
Elemen hijau tu adalah sampah yang rupa dia macam dalam keadaan asal masa hidup. Contoh, lebihan sampah dapur, daun kangkung, rumput yang baru potong. Ianya kaya dengan nitrogen yang induce proses pereputan. Tapi kalau terlalu banyak elemen hijau ni dalam kompos kita. Ianya akan jadi berbau dan attract binatang macam lalat dan tikus. Biasanya 20%-50% sampah terdiri dari elemen hijau untuk bentuk kompos yang baik.

Elemen coklat pulak elemen yang kaya dengan karbon. Contohnya macam kertas, rumput kering, habuk kayu. Kalau sampah berbau busuk, maksudnya kurang elemen coklat ni. So tambah lagi daun kering ke kertas. Kadbod kotak tu pun boleh. Tapi kalau terlalu banyak elemen coklat, proses kompos akan jadi perlahan. Recommended ratio bagi sampah coklat adalah 50%-80%.

Jangan bagi tong kompos berair. Sebab tu kena buat lubang kat bawah atau pun, tambah elemen coklat ke dalam tong kompos. Tapi jangan kering sangat. Kalau terlalu kering, pereputan tak berlaku. Hahaha.. Kompleks sikit la. Kadar airnya macam kalau span dah perah airnya. Lembab lembab je. Lepas tu 3-4 hari sekali kena kacau-kacau sikit. Inilah part paling ngeri dan geli bagi aku sebab godek godek jumpa ulat. Hahaha..

Antara benda yang tak boleh masuk dalam tong kompos adalah makanan yang dah dimasak, yang berasaskan susu dan daging. Unless kalau guna sistem bokashi (yang ni kita sembang lain. Aku pun masih belajar) Kalau kat rumah ni, sampah tulang ke daging tu aku tanam. Kalau makanan dah masak, contoh lebihan nasik, aku cuci kalau kena kuah ke apa.. Lepas tu masuk dalam tong kompos. Make sure jangan termasuk minyak. So nasik goreng tak boleh masuk tau. hehehe..

Oleh kerana kompos ni tak attract lalat. Ulat sampah yang merenyut renyut tu takde lah. Yang ada adalah larva BSF (black soldier fly). Larva BSF sangat sangat membantu proses pengkomposan. Cepat diorang makan sampah tu. Gemuk gemuk weh. Hahaha.. Ada satu blog tu tulis, kalau betul betul banyak. Sampah tak sempat bau, diorang dah proses jadi kompos. Best gila. Hahaha..

Aku tak tau macam mana BSF ni boleh jumpa tong kompos aku, sebab actually aku tutup tong tu. Ada sikit je ruang untuk masuk. Dalam 2-3 hari je dah boleh nampak larvanya tu. Mula mula aku ngeri. Tapi bila tau tu BSF, jadi eksaited. Hahaha. Yang menariknya, larva BSF je makan. Aku bagi diorang makan selama mana diorang nak. Katanya bila larva dah nak bertukar, diorang akan keluar sendiri dari tong tu. Lalat black soldier ni, tak ganggu manusia. Dan uniknya, lalat dewasa BSF tak mempunyai mulut atau sebarang mekanisme untuk makan. Jangka hayat sebagai lalat dewasa adalah pendek je. Just untuk produce telur kot.

Bila dah siap kompos, aku campak je ulat ulat tu sekali ngan dalam tanah. Huhuhu.. Damia kata, kesian ulat ibu. Kalau bela ayam, boleh bagi ayam makan. Sebab larva BSF ni kaya dengan protein. Uhuhuhu..

Ada masa nanti aku ambik gambar ulat belaan kami tu.

Sedikit info pasal cara kompos : Cara yang betul buat kompos
Cerita pasal the amazing BSF.. hahaha

So, tak perlu takut dan geli nak mengompos dah lepas ni. Sebab kita buat perkara baik untuk selamatkan bumi kita. Jom join kempen sampah ni..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com