Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Rabu

Muhrim atau bukan?

Assalamualaikum

Klik untuk besarkan
Persoalan muhrim tak muhrim, boleh salam tak boleh salam ni selalu orang keliru. Especially pakcik pakcik belah suami kita. Ipar duai, sepupu lelaki pun kadang-kadang ada yang main salam je kan. Walhal patutnya tak boleh salam.

Aku pun rasa nak kena refresh balik benda ni. Benda ni nampak remeh. Tapi jangan sampai hal aurat dan jaga adab dengan bukan muhrim ni yang heret kita ke neraka.

Selamat beramal.

Daa

Jumaat

Beza non-muslim dan kita

Assalamualaikum

Tak sudah sudah lagi kes bantahan kecaman terhadap penghinaan pada Nabi Muhammad. Kecoh kes filem pendek "Innocence of muslim" timbul pulak kisah kartun yang dikatakan menghina Nabi kesayangan kita. Sampai polis terpaksa kawal bangunan yang menempatkan pejabat yang mengeluarkan kartun tu.

Dan dan kat FB ajak boikot Google dengan Youtube.

Sebenarnya aku bukan nak marah orang boikot. Cuma pada pendapat aku, boikot bukan satu tindakan yang bijak.

Sejauh mana boikot pada company yang dikatakan terlibat dengan penindasan orang Palestin berkesan?

Setakat ni boikot paling berkesan yang aku tau adalah boikot rangkaian kedai makan ikan bakar sekinchan. Hehehe..

Tau tak kes Kate Middleton yang baru baru ni gambar bugilnya tersebar di akhbar di Perancis. Bagaimana akhbar-akhbar di UK berperanan dalam meningkatkan semula imej Kate ni. Dia keluarkan gambar Kate berselendang masa lawatannya ke negara negara asing dan keluarkan cerita cerita baik yang boleh meningkatkan semula imej Kate.

Ingat masa Rasulullah kena baling batu di Thaif? Peristiwa kena baling dengan najis dan sebagainya. Adakah Rasulullah pegi baling batu semula? Dia pergi berperang dengan orang tu? Adakah Rasulullah pegi tampar pengemis yang tak habis habis menghina Rasulullah walau pun orang beri makan pun?

Kes ni. Terpulang pada individu. Pada aku instead of kita duk merusuh, dok boikot. Lebih baik kita share dan tonjolkan perilaku yang baik sebagai umat baginda. Jangan sampai orang bukan Islam kata "tengok umat Islam pengikut nabi muhammad perangai huduh. Nabi Muhammad tu entah macam mana la perangainya"

Kalau kita tonjolkan sikap yang baik tentu diorang lagi berminat nak kaji pasal betul ke perilaku Nabi Muhammad tu macam yang ditonjolkan dalam filem pendek tu. Dari situ dia akan tahu hal sebenarnya tanpa perlu kita merusuh nak bagitau satu dunia yang filem tu penipu.

Tahu tak Nabi Muhammad adalah "the most influential man in history" Suka tak suka. Orang non muslim pun terima fakta ni.

Kenapa? korang baca la sendiri.

Daa

Rabu

Kecaman terhadap yang mengecam

Assalamualaikum

Ramai yang mengecam seorang ahli politik bukan Islam bila dia mengatakan bahawa bantahan terhadap filem innocence of muslim adalah membuang masa dan tenaga. Siap ada buat police report.

(Tak paham aku zaman sekarang ni. Sikit sikit report polis. Macam lah polis tu takde kerja sangat. Sebab tu agaknya penyangak berleluasa kat Malaysia ni. Jenis benda macam ni pun polis nak kena dulukan. Lepas tu bila masanya nak kawal keamanan..hishh!)

To tell the truth. Aku rasa aku agak bersetuju dengan pendapat orang ni.

Bantahan terhadap Google dan Youtube oleh umat Islam seluruh dunia pun tak membuatkan Google delete filem tu. Malah. Bila semua orang memblog dan membicarakan pasal bantahan dan kecaman ni. Makin banyak publisiti FREE yang dia dapat.

Ye lah. Kecam. Bantah.

Apa untungnya kita? Supaya orang nampak kita peduli?

Aku tak tengok. Shujin kata cerita tu memang nampak sangat pengarahnya immatured dan anasir benci Islam dan Rasulullah. Aku yakin tujuannya memang nak buat orang Islam marah. Kalau kita rasa marah dan guna kekerasan maka jadilah kita bahan ketawa mereka. Apa lagi kalau sampai merusuh dan melakukan keganasan. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni agama yang suka tak aman. Nak ke macam tu? Islam agama Allah. Ia akan sentiasa dipelihara oleh Allah. Tapi bukanlah bermaksud kita tak perlu pertahankan Islam.

Tapi dalam hal ni. Pada aku lebih kepada sia-sia.

Banyak lagi perkara yang dalam lingkungan tanggungjawab kita yang kita lepas pandang.

Macam industri filem Malaysia sendiri. Masalah remaja kita sendiri.

Bila sebut macam ni. Ramai lah menikus gamaknya. Pak Menteri pun senyap. Yang lembaga lembaga tapis pun tak buat apa. Ulamak ulamak pun takut nak bersuara. Takut kalau hilang punca pendapatan.

Yang ni takde pulak terang terangan memboikot. 

Tak ke cam haram tu? So kat mana yang nak mempertahankan Islam nya. Main pilih pilih bulu cam tu. Tak boleh la macam tu kan.

Ni macam kes nak selamatkan warga yang dok perang sana sini. Rakyat yang duk kebulur ni terbiar takde siapa pun peduli. Masuk tibi baru nak kecoh bantu sana sini. Tayang cek besar besar. Boleh blah la.

Nota kaki : kang ada pulak yang kecam aku ni :P

Daa

Selasa

Patut tak patut

Assalamualaikum

Patut ke tidak ibu bapa ungkit pasal duit makan,yuran sekolah, baju dan seluar dalam yang dia bayarkan untuk anak dia? 

Patut tak Ahmad bagi derma beras, lepas tu ada yang dapat elok dan ada antara beras yang dia dermakan tu penuh ulat. Bila orang mengadu kata beras tu berulat dia suruh orang tu bersyukur. Manakala orang yang dapat beras elok tu kata orang yang dapat beras berulat tu tak pandai simpan beras. Walhal, first day dapat beras tu da keluar ulat. Barang FREE ambik je lah, jangan banyak songeh. Dalam masa yang sama, Ahmad canang satu dunia yang dia derma beras.

Dengar kata ramai yang complain pasal eBook 1Malaysia.. Ada yang ada testimoni ke?

Eh apa kena mengena eBook dengan Ahmad.

Lantak la labu..

Nota kaki : Aku tak tengok dan aku takde keinginan nak tengok video yang dikatakan menghina Rasulullah saw. Tapi aku nak kutuk dan hina pengarah filem melayu yang buat filem ada adengan ranjang dan berpeluk peluk dengan alasan nak menggambarkan alam rumahtangga mengikut sunnah rasulullah. Pada aku, dia ni lagi hina Islam. Bila filem ni keluar panggung, berapa ramai yang bakal bayar saham menghina Rasulullah? Atas alasan menyokong industri filem Malaysia. Rasa macam nak mencarut je kan..

Daa

Kurang sakit dah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sakit perut da makin kurang. Cuma bila berjalan tu terasa sikit sikit ngilu gitu. Tak gigil dah. Shujin datang sebenarnya kejap tadi sebab aku da janji nak pergi hantar kuih raya orang tempah. So shujin bawakkan susu dengan biskut in case kalau aku terpaksa berbuka puasa. So, tengok aku pun da ok. Shujin benarkan aku sambung je puasa. Dengan syarat kalau sakit je nanti kena lebur gak. 

Ai ai kapten. Hehehe.

Terima kasih pada yang mendoakan :D

Berkenaan dengan No Nama tu, aku tak berhajat nak memberi jawapan panjang lebar pada komen dia. Aku terbuka sebab masing-masing mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing. Apa yang aku tulis sekadar pendapat aku. Selebihnya, aku da tulis sambungan entry tersebut DISINI.

Berkaitan dengan kaya dan sederhana ni banyak dah aku tulis. So malas jugak la nak membuat ulangan. Cuma suka aku nak bagitau kat sini, entry aku tu bukan bermaksud aku degrade ustaz dan aku menaikkan darjat orang bukan Islam macam Dalai Lama tu. Cuma aku nak mengajak supaya kita sama-sama berfikir. Orang bukan Islam ada yang tak percaya pada kehidupan akhirat tu pun nak berbuat sebanyak kebaikan di dunia ni. Apa lagi kita sebagai muslim yang dah tau segala kebaikan yang kita buat di dunia ni akan diberi ganjaran yang besar di hari akhirat. Yang mana kita boleh beramal tanpa modal (harta), tapi ada pahala lebih besar bagi yang beramal dengan modal (harta). Contoh kalau ada duit lebih boleh sumbang kipas, sejadah, telekung supaya selagi orang gunakan barang-barang tu selagi tu lah kita dapat pahala. Walau pun kita dah meninggal dunia. Harta tak boleh bawak masuk kubur, tapi harta yang kita wakafkan dan kita tinggalkan untuk anak-anak akan memberikan pahala.

Apa yang ingin aku sampaikan adalah supaya, ustaz ustaz menekankan bukan saja tentang amalan untuk hari akhirat. Malah untuk kesejahteraan hidup di dunia juga. Sebab tak boleh tidak. Apa yang kita lakukan semuanya akan ditimbang di akhirat kelak. Ada yang kata Allah lebih sayang orang miskin, tapi jangan lupa, sahabat nabi yang kaya macam Saidina Umar masuk syurga tanpa hisab, salah satunya adalah kerana sifat dermawan yang dia ada.

Dan berkaitan dengan icon (favicon). Pembaca tegar blog aku tau perangai aku. Sungguh pun aku ni bukanlah kategori alim sangat. Tapi aku sensitif jugak bab bab memuja agama lain ni. Dan aku sangat sangat tak setuju kalau No Nama mengatakan aku benci ustaz dan memuja agama lain dengan menggunakan simbol yang dikatakan simbol ankh. Setau aku simbol tu cuma simbol lelaki pompuan. Serius aku tatau. Tapi aku da tukar favicon aku kepada lambang penguin untuk mengelakkan salah faham lagi di masa depan.

Dan yang aku tulis bukan hadis je. Rasanya cuma satu je hadis aku tulis dalam entry tu. Yang lain adalah ayat al quran. Kalau pun ustaz tak berapa pandai nak membincangkan bab ekonomi, janganlah ditakutkan dengan menakutkan kalau banyak harta boleh kufur nikmat dan sebagainya. Sebab kufur nikmat bukan saja boleh kena pada orang kaya. Malah orang yang miskin pun sama. Jangan sampai kerana ilmu Islam tu tak disampaikan dengan betul menjadikan umat Islam menyerah pada takdir semata mata tanpa mahu berusaha. Dengan alasan, "syukur pada rezeki yang Allah beri"

Haihh..Panjang lebar jugak jadinya..

Apa yang penting. Aku tak kata pun pasal mencari harta dengan sewenang wenangnya. Cuma penceramah agama janganlah menakutkan umat Islam dari mencari kekayaan. Kaya atau miskin ada kelebihan masing-masing. Tapi semua orang wajib berusaha dan disuruh supaya berusaha untuk mencari kekayaan. Dan kena ingat. Rezeki Allah yang bagi. Kita cuma berusaha. 

Kita dah tengok betapa teruknya moral orang zaman sekarang kerana masalah ekonomi salah satunya. Sampai sanggup mencuri kerana takde duit nak bagi anak minum susu. Adakah kita nak terus hidup with in our means dan membiarkan diorang terus hidup susah. Dengan adanya saudara saudara kita yang kaya, hasil kutipan zakat akan dapat membantu ekonomi golongan yang berpendapatan rendah. (jgn cerita bab distribution zakat la ye) Tapi takkan kita nak harap orang lain je yang memberi zakat. Atau kita harap nak terima zakat. Kena lah berlumba lumba nak mengeluarkan juga.

Sekian.

Daa

Tanpa nama mengamok?

Assalamualaikum

Ourkizuna bukan blog glamour yang ramai peminat di kalangan Tanpa Nama, Tiada Nama atau lebih mesra dengan panggilan Anon. Melainkan komen komen spam yang aku filter tu la. Pagi ni aku agak sibuk (sambil sakit perut gara-gara makan nenas malam tadi). Tetiba masuk notification email encik No Nama ni memberikan pendapat dalam entry aku yang ala ala menghentam ustaz di Malaysia.

Aku kopipes sini la ye

Komen No Nama
Selamat pagi semua. Syabas kerana telah berjaya meluahkan isi hati saudara. Begitulah, biar kita berterus terang daripada hanya memendam rasa.
Entri ni saya jumpa secara tak sengaja, nak cari benda lain, jumpa benda lain. Nasib badan ler...
Saya tak nak sentuh entri ni dulu, saya cuma nak sentuh tentang icon yang digunakan untuk blog ini. Takpe mungkin saudara tidak tahu. Biarlah kita kongsi bersama. Simbol itu disebut ankh sila rujuk dipautan berikut.
http://www.touregypt.net/featurestories/ankh.htm
Komen saya, jika kita benci sangat dengan OSTAD-OSTAD (ustaz) ni, janganlah sampai kita cari simbol agama lain untuk dijadikan sebagai icon (pujaan) kita pula. Rasanye tak betul tindakan tu.
Dalam hal tak cukup makan bukan salah ulamak, tetapi salah kita, kita yang mendengar. Mengapa kita pula yang bersalah?
Renung semula tentang hadis yang saudara bawa (ada yang mempertikaikan taraf hadis ini), memang ler OSTAD tu tak pandai nak cerita pasal ekonomi sebab sistem kita telah memisahkan hal-hal agama dengan hal-hal dunia, orang agama hanya belajar bab hukum saja dan sedikit berkaitan ilmu dunia, dan yang lain belajar banyak-banyak tentang dunia dan sedikit tentang agama (itupun ada yang hanya sampai ting lima shj). Jadi t/jawab siapa nak membetulkan hal ini. Kitalah yang mendengar kuliah tu. Yang dengar kuliah tu bukan semua OSTAD, ada doktor, lawyer, mekanik, jual burger dll. Kitalah yang kena realisasikan semua tu.
Oh ya, seperkara lagi, cuba saudara gi kat surau-surau atau masjid, selidik sikit sape yang selalu gi dengar kuliah tu, BERAPA ramai yang bawak motor kapcai atau basikal buruk? Selalu yang kelihatan adalah kereta menjalar-jalar, sebut jer apa jenama yang saudara tak mampu pakai, semua ader, kalau tak ader kat tempat saudara mungkin ader kat tmpt lain. Dan berapa ramai yang merempat kat tepi jalan tak cukup makan dan sebagainya dikalangan mereka yang HADIR kuliah agama? Cuba bagi statistik sikit sape-sape yang telah mati kebuluran kerana belajar agama.
KURANG AJAU PUNYA BUDAK.
SAUDARA JANGAN BUAT FITNAH. Kita ni tak habis-habis nak persoalkan tntang rezki, kita nak makan sampai lubang kubur ker? Kalau rezki kita berkat, Insyallah ianya akan menjadi talian hayat semasa kita dalam kubur (ianya akan dijadikan sebagai sumber manfaat oleh orang lain seperti sedekah, wakaf dsb nya). Dapat pula menjana ekonomi umat Islam yang lain dengan menyediakan pekerjaan kepada mereka dsb (contoh terbaik sekarang ialah Sheikh al-Bukhari – jutawan dermawan Malaysia). Jika tak berkat jadilah ianya bahan perbalahan adik-beradik lantaran merebut harta pusaka, hatta sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Atau kalau janda kita masih muda, rezekilah bagi lelaki yang berjaya menambat hati ex istri kita... wallua’alam. 

Ada lagi....
Allah telah berfirman dalam al-Quran surah al-Jumu'ah ayat 10, yang maksudnya..."Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". Ayat tersebut seolah-olah meminta kita mencari apa sahaja punca rezeki yang ada untuk kita ambil manfaatnya. Tetapi jangan lupa dihujungnya,...serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kajayaan. Apa maksud ingat Allah banyak-banyak? Adakah sama dengan kita ingat kat makwe atau pakwe kita? Kalau macam tu senang ler, kita tak payah solat atau sebagainya, bila masuk waktu solat, kita niat saja, tak yah buat apa-apa. Pastu kita tuntut ngan Allah syurga. Kalau cam tu punya simple, tak yah ler Allah turunkan al-Quran utk kite, sekadar ayat tadi dah cukup.
SEPERKARA lagi, saudara ada tunjukkan gambar Dallai Lama kan? Rakan pembaca budiman, SEDARLAH, rezeki yang melimpah ruah, suasana yang aman damai tidak boleh diukur tentang kasih sayang Allah terhadap kita. Kita kena bezakan antara Pemurah ALLAH dengan Pengasih Allah (al-Rahman dan al-Rahim). Allah bersifat Pemurah, sebab tu Allah memberi rezeki kepada semua orang, sama ada kafir ataupun tidak. Malah realitinya kadang-kadang kita lihat orang kafir memang lebih kaya dari orang Islam. Tetapi kepada orang beriman Allah kurniakan IMAN. Mana yang lebih bernilai? Iman atau kaya? Kita nak dua-dua? Ikutlah apa yang disebut didalam surah al-Jumu’ah di atas, baru kita boleh jadi macam Abd Rahman bin ‘Auf.
Sememangnya ada dalam kalangan kita yang kaya raya macam juga dengan orang yang belum lagi Islam (not Islam yet – kata-kata dari Ustaz Hussein Yee), tetapi tidak mengamalkan Islam dengan betul. Allah sememangnya memberikan ganjaran keatas kebaikan-kebaikan mereka ini walaupun not Islam yet, tetapi ganjaran mereka hanya di atas dunia sahaja. Tanpa iman mereka mungkin tidak mendapat mengecapi Syurga Allah.
Syurga ALLAH tu apa?
Kan kita selalu dengar para OSTAD ni sering menyebut, ... dunia ni hanya tempat ujian semata-mata,akhiratlah tempat dan matlamat hidup kita. FAHAM ke tidak? Senang citer, camni lah sebagai analoginya... Sebuah syarikat kereta ingin menghadiahkan kepada pekerjanya kereta-kereta mewah keluaran syarikat tersebut serta ganjaran-ganjaran lain bersempena ulang tahun syarikat tersebut kepada pekerja-pekerjanya yang terpilih. Pekerja yang ingin mengambil bahagian akan diberikan sebuah basikal dan peserta dikehendaki membuat laporan atau persembahan tentang manfaat basikal tersebut kepada manusia serta cara-cara penjagaannya mengikut syarat-syarat yg di tetapkan. Peserta-peserta yang berjaya akan dberikan kereta mewah, petrol, penyelenggaraan dengan percuma. Hadiah-hadiah lain seperti perempuan cantik, rumah, tanah dsb juga akan diberikan mengikut kreativiti kepatuhan pada syarat pertandingan dan kesungguhan para peserta.
Sememangnya ada sebahagian peserta yang berjaya dan mendapat hadiah yang tidak pernah ditawar oleh mana-mana pihak sebelum ini, tersangat lumayan. Mereka hidup dengan selesa sekali. MALANGNYA, ada dalam kalangan peserta/pekerja syarikat tersebut terlupa/tidak mengendahkan dengan syarat tersebut. Mereka leka dengan basikal tersebut, mereka melakukan pelbagai ubahsuai bagi memenuhi citarasa mereka, sehinggakan ada yang berjaya menjadikannya sebuah kereta juga. Bagi mereka, basikal itulah segala-galanya, mereka langsung tidak mengendahkan amaran tentang perlanggaran syarat serta ganjaran yang lebih hebat jika mereka berjaya nanti. Akhir sekali mereka memohon kepada boss syarikat itu utk mereka milki basikal tersebut, dengan senang hatinya boss tersbut kasi mereka basikal tu.
Begitulah perbandingan Syurga Allah dengan dunia ini. Jika kita berjaya menjadikan dunia ini sebagai tempat mencari keredhaan Allah, nescaya kita akan berjaya seperti yang dinyatakan diakhir ayat 10 surah al-Jumu’ah “...semoga kamu beroleh kejayaan”. Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

-------
Marah betul No Nama ni kan.

Aku da tukar icon aku, demi menghormati pendapat encik yang berkenaan ni. Aku memang tak tau pun kalau simbol laki pompuan ni ada kena mengena dengan agama ke kepercayaan mana mana. Sori. Aku yang jahil.

Berkenaan dengan komen dia. Aku tak sempat nak mengarang lagi.

Tetiba lepas  cherry berry jap ni. Aku sakit kat bawah perut yang amat sangat. Bos aku da bising sebab aku makan nenas malam tadi. Aku sure orang lain pun akan bising bila baca ni. Aku da gigil teruk dan sakit perut teruk. Bos da suruh aku buka puasa je. Minum air suam. 

Tak boleh tulis panjang da.

Daa

Khamis

Duit syiling taknak ye

Assalamualaikum

Semalam di masjid tempat shujin solat terawikh ada diadakan kutipan derma untuk bina masjid (bukan untuk kahwin tau :P ) Ada jugak pelajar dari tahfiz yang datang buat kutipan derma.

Bagus la. Di penghujung ramadhan ni elok kita tambah amalan melalui bersedekah pulak.

Cuma yang tak bestnya, yang buat kutipan tu awal-awal dah bagitau.

Duit syiling tak nak ye

Macam lah duit syiling tu bukan duit. Kenapa la nak kena buat statement macam tu. Macam mana dengan orang yang tak mampu nak bagi duit kertas. Cuma ada duit syiling je. Tak pasal pasal terbantut niat dia nak buat pahala.

Kadang kadang aku tak suka dengan golongan AJK masjid ni. Bukan semua. Ada la sesetengahnya. Bukan main lagi buat masjid tu macam dia yang punya. Marahkan orang tidur dalam masjid. Marahkan ibu bapa yang bawak anak kecik dengan alasan mengganggu. Budak kecik. Kalau budak pompuan tu tahan lagi la. Budak lelaki. Jumpa ramai ramai sama-sama dia. Heaven la. Last year shujin bawak Aqil. Initially dia behave la. Tapi sepupu sepupu dia pulak duk main lari lari. Dah lama-lama kawan ni pun tak tahan la nak join sama.

Sudahnya kena sound dengan AJK masjid. Esok jangan bawak anak datang.

Kalau dari kecik kita dah larang macam tu macam mana anak kita nak biasa dengan suasana masjid. 

Semalam aku ternampak perbahasan pasal orang non muslim tak menutup aurat masuk ke masjid. Ada yang mati mati mempertahankan orang non muslim ni berhadas besar. Tak menutup aurat. Tak suci. Haram masuk masjid. Hadeh.

Janganlah dibuat macam Islam tu discriminate manusia. Kalau diorang nak masuk bagi je la. Mana tau terbukak pintu hidayah untuk dia. Jangan lah buat macam non muslim tu satu makhluk yang kotor pulak.

Jujur aku tak pasti apa hukumnya. Tapi kalau non muslim tu nak masuk dengan niat nak dengar ceramah ke apa salahnya.

Nota kaki : Orang muslim yang munafik jauh lebih bahaya dari non muslim tau.

Daa

Biar papa kedana asalkan bahagia

Assalamualaikum\

Laaa..tak abis lagi bab miskin kaya ni. Kehkehkeh..Sambungan sedikit dari entry salah ulamak.

Terima kasih pada yang sudi bagi komen dan pendapat. Actually aku terexpect kot la ada yang nak komen pedas pedas ke. Pada aku semua padangan dan pendapat tak salah. Dan untuk pengetahuan aku tak salahkan ulamak dan pendakwah 100% dalam hal ni.

Still, tak mengubah pendapat aku bahawa mereka adalah sebahagian daripada punca. Faktor lainnya adalah salah faham dalam masyarakat kita sendiri.

Antara komen menarik adalah Mommy Danisha, Hana Faza (dua dua schoolmate aku ^_^) dan Mommy Fara.

Daddy Ziyyad, saya tak pernah dengar tentang Minda Jihad Business. Bunyinya macam menarik. Bagus kalau ada program atau ceramah yang menekankan tentang kelebihan menjadi kaya ni.

Mengapa aku menyalahkan pendakwah adalah kerana dalam menyampaikan ilmu Islam mereka sepatutnya menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Di mana, banyak ceramah menekankan tentang amalan akhirat tapi sangat sedikit yang menekankan tentang keduniaan. Seolah olah mencari kekayaan di dunia menjadi satu kesalahan kerana terlalu menekankan konsep syukur. Sebagai orang yang arif dalam hal agama, mereka sepatutnya menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin.

Jika tidak ia akan menyebabkan ramai orang salah apply konsep syukur dan tak kurang yang menggunakannya sebagai alasan untuk tidak berusaha lebih ke arah mencari duit lebih. "syukurlah dengan apa yang ada", "dah ni je rezeki Allah bagi, syukurlah". Lepas tu dok menadah tunggu bantuan.

Mengenai konsep syukur. Ada yang mengatakan. Takut nak kaya. Nanti dah kaya lupa diri. Kufur. Seolah olah orang miskin dan orang yang hidup sederhana tu kebal dari lupa diri dari kekufuran. Ramai orang miskin, terima bantuan dari gereja sebab mereka miskin. Sebab orang muslim yang lain pun cukup makan. Yang merompak, mencuri sebab tak mampu. Yang melacur sebab tak cukup makan.

So, siapa yang nak bantu mereka ni? Adakah sebab makan pakai kita cukup kita rasa ok. Rezeki aku takat ni. Rezeki korang pandai pandai la cari sendiri. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada dimana mana.

Hei. adakah salah orang kristian yang bagi duit kat umat islam supaya menukar agama? Atau salah kita sebagai umat islam tak mampu nak bagi bantuan untuk menyelamatkan akidah mereka?

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, Islam menggalakkan umatnya nak jadi kaya. So kalau ada kawan-kawan nak jadi kaya tak payah la dok kutuk kata "alah, bukan boleh bawak masuk kubur pun duit banyak banyak"

Aku bukan kata aku pandai sangat bab macam ni. Tapi sedih woo tengok umat Islam hari ni. Masing masing pentingkan diri. Asal diri sendiri dah ok sudah la. Kubur kau, kubur kau, kubur aku, kubur aku. Aku dapat gaji dapat makan tutti frutti. Padan muka ko makan ikan kering hari hari. Siapa suruh malas.

Ok. Aku saje exaggerate.

Nota kaki : Orang kata "kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku" Agak agak ada tak ditanya dalam kubur nanti, kenapa jiran kita pergi merompak/melacur sebab tak cukup makan sedangkan dia tiap tiap minggu makan kat Secret Recipe. Sekiranya ditanya. Apa kita boleh jawab pada malaikat? Bukan orang kaya je perlu jawab mana dia belanjakan hartanya. Setiap dari kita akan ditanya. So adakah wang yang kita belanjakan hari ni, benar benar kita gunakan ke arah kebaikan? Tak berlaku pembaziran?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com