Khamis

Duit syiling taknak ye

Assalamualaikum

Semalam di masjid tempat shujin solat terawikh ada diadakan kutipan derma untuk bina masjid (bukan untuk kahwin tau :P ) Ada jugak pelajar dari tahfiz yang datang buat kutipan derma.

Bagus la. Di penghujung ramadhan ni elok kita tambah amalan melalui bersedekah pulak.

Cuma yang tak bestnya, yang buat kutipan tu awal-awal dah bagitau.

Duit syiling tak nak ye

Macam lah duit syiling tu bukan duit. Kenapa la nak kena buat statement macam tu. Macam mana dengan orang yang tak mampu nak bagi duit kertas. Cuma ada duit syiling je. Tak pasal pasal terbantut niat dia nak buat pahala.

Kadang kadang aku tak suka dengan golongan AJK masjid ni. Bukan semua. Ada la sesetengahnya. Bukan main lagi buat masjid tu macam dia yang punya. Marahkan orang tidur dalam masjid. Marahkan ibu bapa yang bawak anak kecik dengan alasan mengganggu. Budak kecik. Kalau budak pompuan tu tahan lagi la. Budak lelaki. Jumpa ramai ramai sama-sama dia. Heaven la. Last year shujin bawak Aqil. Initially dia behave la. Tapi sepupu sepupu dia pulak duk main lari lari. Dah lama-lama kawan ni pun tak tahan la nak join sama.

Sudahnya kena sound dengan AJK masjid. Esok jangan bawak anak datang.

Kalau dari kecik kita dah larang macam tu macam mana anak kita nak biasa dengan suasana masjid. 

Semalam aku ternampak perbahasan pasal orang non muslim tak menutup aurat masuk ke masjid. Ada yang mati mati mempertahankan orang non muslim ni berhadas besar. Tak menutup aurat. Tak suci. Haram masuk masjid. Hadeh.

Janganlah dibuat macam Islam tu discriminate manusia. Kalau diorang nak masuk bagi je la. Mana tau terbukak pintu hidayah untuk dia. Jangan lah buat macam non muslim tu satu makhluk yang kotor pulak.

Jujur aku tak pasti apa hukumnya. Tapi kalau non muslim tu nak masuk dengan niat nak dengar ceramah ke apa salahnya.

Nota kaki : Orang muslim yang munafik jauh lebih bahaya dari non muslim tau.

Daa

13 comments:

Unknown berkata... [Reply]

betul tu sis..sy sokong..syiling pon duit jgk..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik suka nota kaki Rai itu. Memang benar. :(

Acik Erna berkata... [Reply]

salam rai..di masjid taman acik ni tak de yang marah bawak anak..cuma ada yang tolong marah bila bising sangat..
tapi kepas tu orang tu buatkan air..kumpulkan budak2 tu bagi minum nak suruh diam..

mshazadoes berkata... [Reply]

derma seikhlas hati mne bole tolak2cm tue je kn..

Irfa berkata... [Reply]

kalau syiling tu satu uncang cukup2 rm100 dia tak nak jugak ke?

bab bawak anak ke masjid ni..byk jugak perbahasan.kang aku komen lebih2 org marah pulak.hehe

Nieda berkata... [Reply]

betul...sokong pendapat ini. parents kena biasakan anak dgn masjid supaya besar nanti selalu ke masjid.

Cik Rose berkata... [Reply]

nape siap buat pengumuman x nak syiling?.. Ros rasa tak patut la gitu :(

Dr K berkata... [Reply]

hahaha..saya suka baca blog awak ni..sebab saya rasa kita ni sama 'wavelength' dlm sesuatu isu dlm masyarakat kita...

contohnya kali ni pasal "AJK Masjid" yg lebih sudu dari kuah..AJK2 macam ni makin naik tocang bila tiba bulan ramadan, sebab org makin ramai dtg ke masjid...Dakwah/teguran tu perlu...cuma kena berhemah...kan :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

betul tu Rai!

Mulan berkata... [Reply]

ya betol.. syiling pon duit..

yg lg sakit kalo surau carpet baru tp toilet ya ampon kotornya..!!!! rasa nak jerit2 je..

mummY daniSha berkata... [Reply]

makkk ai...kene sound camtu zai?teruknye....ko sound la balik hahaa...geram lak aku dgr....danisha masa umur setaun dulu nanges gak..tp x la kene sound....cuma pastu aku dah x bawak la...yela..dah die nanges tiap kali aku solat..camnela kan..hahaa...tp alhamdulillah x de yg sound pun...dasyat betul sampai sound camtu....haiihh

BERT berkata... [Reply]

suruh derma tapi kene saun dlu plak ye.. dari ikhlas tetibe jadi tak ikhlas.. kadang2 mmg ada ajk masjid yang kerek skit.. hehe sabo jela

sal ya berkata... [Reply]

teringat kat kawan abah yang mana dia chinese tp suka dengar ceramah pas. malangnya dia mati tak convert pun. selalu jugak bagi telur ayam kat my dad sebab dia tokey jual telur ayam.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com