Selasa

Kurang sakit dah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sakit perut da makin kurang. Cuma bila berjalan tu terasa sikit sikit ngilu gitu. Tak gigil dah. Shujin datang sebenarnya kejap tadi sebab aku da janji nak pergi hantar kuih raya orang tempah. So shujin bawakkan susu dengan biskut in case kalau aku terpaksa berbuka puasa. So, tengok aku pun da ok. Shujin benarkan aku sambung je puasa. Dengan syarat kalau sakit je nanti kena lebur gak. 

Ai ai kapten. Hehehe.

Terima kasih pada yang mendoakan :D

Berkenaan dengan No Nama tu, aku tak berhajat nak memberi jawapan panjang lebar pada komen dia. Aku terbuka sebab masing-masing mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing. Apa yang aku tulis sekadar pendapat aku. Selebihnya, aku da tulis sambungan entry tersebut DISINI.

Berkaitan dengan kaya dan sederhana ni banyak dah aku tulis. So malas jugak la nak membuat ulangan. Cuma suka aku nak bagitau kat sini, entry aku tu bukan bermaksud aku degrade ustaz dan aku menaikkan darjat orang bukan Islam macam Dalai Lama tu. Cuma aku nak mengajak supaya kita sama-sama berfikir. Orang bukan Islam ada yang tak percaya pada kehidupan akhirat tu pun nak berbuat sebanyak kebaikan di dunia ni. Apa lagi kita sebagai muslim yang dah tau segala kebaikan yang kita buat di dunia ni akan diberi ganjaran yang besar di hari akhirat. Yang mana kita boleh beramal tanpa modal (harta), tapi ada pahala lebih besar bagi yang beramal dengan modal (harta). Contoh kalau ada duit lebih boleh sumbang kipas, sejadah, telekung supaya selagi orang gunakan barang-barang tu selagi tu lah kita dapat pahala. Walau pun kita dah meninggal dunia. Harta tak boleh bawak masuk kubur, tapi harta yang kita wakafkan dan kita tinggalkan untuk anak-anak akan memberikan pahala.

Apa yang ingin aku sampaikan adalah supaya, ustaz ustaz menekankan bukan saja tentang amalan untuk hari akhirat. Malah untuk kesejahteraan hidup di dunia juga. Sebab tak boleh tidak. Apa yang kita lakukan semuanya akan ditimbang di akhirat kelak. Ada yang kata Allah lebih sayang orang miskin, tapi jangan lupa, sahabat nabi yang kaya macam Saidina Umar masuk syurga tanpa hisab, salah satunya adalah kerana sifat dermawan yang dia ada.

Dan berkaitan dengan icon (favicon). Pembaca tegar blog aku tau perangai aku. Sungguh pun aku ni bukanlah kategori alim sangat. Tapi aku sensitif jugak bab bab memuja agama lain ni. Dan aku sangat sangat tak setuju kalau No Nama mengatakan aku benci ustaz dan memuja agama lain dengan menggunakan simbol yang dikatakan simbol ankh. Setau aku simbol tu cuma simbol lelaki pompuan. Serius aku tatau. Tapi aku da tukar favicon aku kepada lambang penguin untuk mengelakkan salah faham lagi di masa depan.

Dan yang aku tulis bukan hadis je. Rasanya cuma satu je hadis aku tulis dalam entry tu. Yang lain adalah ayat al quran. Kalau pun ustaz tak berapa pandai nak membincangkan bab ekonomi, janganlah ditakutkan dengan menakutkan kalau banyak harta boleh kufur nikmat dan sebagainya. Sebab kufur nikmat bukan saja boleh kena pada orang kaya. Malah orang yang miskin pun sama. Jangan sampai kerana ilmu Islam tu tak disampaikan dengan betul menjadikan umat Islam menyerah pada takdir semata mata tanpa mahu berusaha. Dengan alasan, "syukur pada rezeki yang Allah beri"

Haihh..Panjang lebar jugak jadinya..

Apa yang penting. Aku tak kata pun pasal mencari harta dengan sewenang wenangnya. Cuma penceramah agama janganlah menakutkan umat Islam dari mencari kekayaan. Kaya atau miskin ada kelebihan masing-masing. Tapi semua orang wajib berusaha dan disuruh supaya berusaha untuk mencari kekayaan. Dan kena ingat. Rezeki Allah yang bagi. Kita cuma berusaha. 

Kita dah tengok betapa teruknya moral orang zaman sekarang kerana masalah ekonomi salah satunya. Sampai sanggup mencuri kerana takde duit nak bagi anak minum susu. Adakah kita nak terus hidup with in our means dan membiarkan diorang terus hidup susah. Dengan adanya saudara saudara kita yang kaya, hasil kutipan zakat akan dapat membantu ekonomi golongan yang berpendapatan rendah. (jgn cerita bab distribution zakat la ye) Tapi takkan kita nak harap orang lain je yang memberi zakat. Atau kita harap nak terima zakat. Kena lah berlumba lumba nak mengeluarkan juga.

Sekian.

Daa

14 comments:

mshazadoes berkata... [Reply]

selamat hari raya akk..dya suke baca entry akk ptg ni..menginsafkn diri serba sedikit..

Asmara berkata... [Reply]

lor.. baru tau gak pasal icon Rai pakai tu. hikhik.. yg penting nawaitu kita kan dan kita tau apa yg kita buat. setuju ngn Rai. :D

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i faham apa yang u cuba sampaikan dalam entry u pasal ustaz tu..

dalam zaman moden ni ustaz kena tahu hal mcm2..tak boleh nak fokus kepada agama sahaja..kena campur adukkan.. same goes kepada ustaz yang bagi ceramah..ada ustaz moden siap guna slide dan segala gadget IT untuk menyampaikan dakwah. i salute laa for those ustaz yang mcm tu...

bagi i kalau ustaz tu pegi clubbing..jangan cepat judge dia.. mungkin dia pegi untuk mencari info dan setersnya menjadi isu untuk dia jadikan bahan dalam ceramah.. kenapa tak begitu baik pegi clubbing... tu contoh laa walaupun kadang2 kita pegi clubbing untuk menari tiang jr mcm artis tu.. ha ha ha...

i pun tak nak komen apa2 pasal si anon tu..dah gitu pemikiran dia, terima jelah kan.. buat apa nak gaduh2kan rai.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

aik.. sy ktggalan nampaknya ni... ok.. baca entry lain pulak.. :-)

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

fuh.. mmg dasyat penangan entry rai yg panjang lebar. ayu taktau nak komen apa dah.. pjg lebar penerangan no name tu yer..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

eh eh eh ni nape ni? ketinggalan kah??


yg pasal derma tu kan, sy sgt2 setuju, pnh tgk ada sorg cina ni, miskin tp suka sedekah duit kt anak yatim (rumah lindungan).kagum sy.kita ni,nk sedekah byk nau was2nye..byk sgt yg menipu

Unknown berkata... [Reply]

"Macam mana seorang hamba buat keje utk Tuan dia? Hamba tak boleh harap apa2 pun." Kunon kita buat kebaikan semata nak dpt imbuhan.. Kita tak nak buat salah semata taknak dpt hukuman. Itu salah... Mcm tu juga syurga & neraka. Jgn sbb kita buat semua rukun2 sebab nak masuk syurga!! Yang penting kita tahu dimana kita akhir nanti... Ha ni dah masuk bab hakikat... hihihi :D shima masih belajar tau..

Alhamdulillah Rai dah ok

nazayiena berkata... [Reply]

Syukur alhamdulillah sakit perut rai tu dah berkurang,klu kak Nurul preg memang x berani nak mkn nenas nie.

Nieda berkata... [Reply]

baru baca entry pjg dr No nama. wah...panjang sungguh kalah tuan punya blog .

Tanpa Nama berkata... [Reply]

semua orng ada pendapat masing2 kan rambut sama hitam hati len2 kan

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Slm lebaran...bgus lew dh mkin shat...

Yaya Azura berkata... [Reply]

banyaknya tertinggal entry..banyak nak khatam nie...hihi..

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..dah baik ke belum?..musim raya ni nanti lagi la kena jaga makan..moga cepat baik ye rai..

Bitt (double IS) berkata... [Reply]

bagi saya...sesiapa pon yang beri nasihat...kita ada akal perlu fikir sama ada boleh di apply atau tidak...kerana kalau turutkan tanpa akal bila nak sampai objektifnya...orang berakal tidak dikira sama ada di ustaz,ustazah,bertudung atau tidak sekali pon...bertindak ikut apa yang kita lihat, apa yang kita dengar...baru boleh kasi jawapan yang betul...kebanyakkan statement awak, saya setuju jugak....

sesungguhnya neraka tu apinya panas...tak sama ka dengan keadaan dunia skang ni??? agggagaggaa

rezeki tak kan dtg bergolek tanpa usaha kann :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com