Selasa

Apa saja EPF

Assalamualaikum

Kalau orang kerja kerajaan, kebanyakannya tak perlu risau tentang pendapatan hari tua. Takde lah nak kata tak perlu risau langsung. Tapi dengan adanya skim pencen oleh kerajaan, lega la jugak diorang sebab dah confirm tetiap bulan ada pendapatan. Sikit ke banyak tu belakang cerita. Sebab zaman sekarang ni kalau takat RM3000 memang tak berapa nak cukup kan.. 

Bagi orang yang kerja swasta macam aku pulak. EPF (employee provident fund) atau nama melayunya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sumber kewangan selepas pencen nanti. (Harap harap tak bagi aku)

Tapi kan..concern aku sekarang adalah bila duit EPF ni boleh dikeluarkan untuk banyak tujuan. Memanglah bersyarat dan ada peraturan tertentu. Tapi, kan ke tujuan EPF tu untuk simpanan bila pencen. Kalau dah kelonggaran untuk pengeluaran tu terlalu banyak, nanti masa da pencen tinggal apa.
 Bayar rumah, anak nak sambung belajar..baru baru ni, nak pergi haji pun diorang nak bagi keluarkan EPF. Katakanlah carumah pekerja + majikan = RM1k sebulan. Dalam masa 12 bulan RM12k dapat dicarum. Kalau seseorang bekerja dari umur 23 tahun sampai 55 tahun, jumlah carumannya adalah RM384k. Campur dividen bagai, kita bagi la RM500k. Wow.. Banyak kan..

Tapi, kalau nak beli rumah, awal awal da keluarkan. Anak nak sekolah dah keluarkan. Nak pegi haji da keluarkan.. Tinggal apa? Da lepas pencen memang kita boleh nak duk rumah je. Takde nak buat apa. Jimat kos hidup. Tapi jangan lupa. Manusia ni hidupnya adalah "spend their health to gain wealth, later they spend their wealth to gain health". Bila umur meningkat, mula la penyakit itu ini. Duit nak pakai banyak. 

Entah la eh.

Aku rasa bagus la kalau boleh keluarkan untuk kegunaan emergency. Tapi kalau terlalu banyak option yang membolehkan duit tu dikeluarkan aku rasa kat mana yang kata nak simpan untuk hari tua tu?

Daa

19 comments:

Mimie berkata... [Reply]

sy dh kuarkan epf..yg de majikan punye je...utk pencen nti

Dr K berkata... [Reply]

Keluarkan utk dilaburkan dalam unit trust patuh syariah. Itu yg terbaik. Terbaik dari segi ekonomi, dan terbaik dari segi agama. Sebab pulangan EPF tu sedikit, dan EPF sendiri akui bahawa caruman kita ada di laburkan di pelaburan yg haram.

Qashmere berkata... [Reply]

Saya pernah keluar sekali beli rumah masa dulu.. tapi tak banyak.. takpernah keluar sampai hari ini. Tulah banyak sangat kelonggaran pun banyak faedah dan keburukan. Masing-masing kena menilai mana yang terbaik untuk jangkasa pendek dan panjang

Unknown berkata... [Reply]

AK mmg bawa kuar akaun 2 utk buat pembayaran duit rumah

Tanpa Nama berkata... [Reply]

zaman sekarang ni keperluan (yang memang betul-betul keperluan) dah melebihi daripada sumber pendapatan. segala macam mak nenek kena pakai duit. segalanya keperluan. bila dah terlalu mendesak, mana lagi nak cekau duit kalau bukan simpanan...

NM03 berkata... [Reply]

sy org gomen, dh kuarkan separuh... selebihnya pencen sesok. alhamdulillah...

Aziela berkata... [Reply]

EPF is very tricky. Kena berhati2 memantaunya.

Deq's Qienz berkata... [Reply]

sy pon dah kluarkan dah..tapi baru sparuh spruh lag tubggu pencen lorr,,hehee

Tanpa Nama berkata... [Reply]

agak bersetuju dgn Daddy Ziyyad

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku ada buat pelaburan duit epf..tp x keluar pun,dia terus laburkan dari epf...nanti bile2 kite nak stop labur,duit tu terus masuk dalam epf....x bg kat kite pun....tu jela yg aku rasa bantu tuk jana epf...

Irfa berkata... [Reply]

me too..
harapkan kwsp jelah tp aku harap tak menyusahkan anak2 bila tua nanti

munna berkata... [Reply]

baru bercadang nak keluarkan sikit untuk modal buat rumah nanti

sal ya berkata... [Reply]

kena buat tabungan lain jugak la adanya.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

A'aaa ramai je org dh keluarkan..

kay_are berkata... [Reply]

tak pernah lagi kuarkan epf tu.. plan nye biar r epf tu dok baik baik dalam ni.. umur panjang nanti dah betul2 tak keje baru kuarkan.. =)

ct rahani berkata... [Reply]

baru kuarkan sekali masa beli rumah hari tuh.. tp akaun 2 kan x la byk sgt.. yg lebih simpan utk pencen sok.. InsyaAllah klu umur panjang.. x pun waris kat anak2.. :)

Unknown berkata... [Reply]

kalau buat pengeluaran untuk beli rumah sendiri yang bakal didiami masa tua nanti okaylah tapi kalau untuk tujuan lain tu, kalau boleh buatlah simpanan lain...RM50 sebulan pun takpe tapi dengan syarat disiplin dalam diri kena ada. hari tua nanti kita pun tak tau keadaan diri macam mana waktu tu, jadi sekurang2nya simpanan untuk menampung kehidupan masih ada dan cukup. ini cuma pendapat saya saja :)

nazayiena berkata... [Reply]

Nasib baik kak Nurul sempat tukar opsyen epf ke pencen waktu zaman Pak Lah dulu....

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

suka betul baca ulasan2 drpada rai..matang & kukuh :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com