Khamis

Umat Islam di Malaysia ramai yang hidup cukup makan adalah salah ulamak

Assalamualaikum

Hoho.Sure ramai tak puas ati dengan pernyataan tersebut.

Percayalah. Itulah hakikat. Ulamak dan penceramah agama adalah antara punca kenapa umat Islam kat Malaysia ni ramai yang miskin.

Sila ingat balik. Dalam 10 ceramah agama yang ditayangkan di televisyen berapa banyak membincangkan mengenai kepentingan menjadi KAYA. Banyak bab syukur. Balik balik syukur. Balik balik syukur.

Syukur lahir di Malaysia. Negara kita aman takde perang.

Syukur sebab masih cukup makan. Jangan tengok orang yang lebih senang dari kita. Tapi tengok orang yang lebih susah dari kita. Nak makan pun tak cukup.

Seriously. Nabi memang suruh kita syukur. Allah memang suruh kita syukur. Tapi Allah dan Nabi suruh kita jadi kaya jugak. Kesilapannya adalah, penceramah menitikberatkan suruhan mengenai bersyukur, tapi sangat kurang dan hampir tiada ulamak yang betul betul menekankan kepentingan umat Islam menjadi kaya.

Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun, beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari.
Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia yang tidak ada nilainya. Dan yang kekal hanyalah amalan soleh saja.

Banyak penceramah membincangkan tentang ibadatnya saja. Banyak ulamak membincangkan tentang harta dan anak-anak cuma perhiasan dunia yang tak bernilai. So, ramailah orang kata, harta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi tak membincangkan ayat seterusnya, "dan yang kekal hanyalah amalan soleh sahaja". Iaitu, amalan yang dilakukan dengan harta dan anak-anak boleh bawak mati. Harta yang kita sedekahkan, anak-anak yang berdoa untuk kita akan memberikan kita pahala walau pun dah masuk kubur.


"Jika mati anak Adam, terputus segala amalan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak lelaki yang sholeh".

Macam mana nak sedekah jariah kalau hidup pun cukup makan. Nak tinggalkan harta macam mana, nak hantar anak sekolah pun berhutang.

Oleh kerana ulamak tak menekankan hal ni, asyik menekankan bab syukur. Ramai orang Islam takut nak cari duit banyak. Takut jadi kufur nikmat.

Sedangkan hari hari sembahyang berdoa, rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wakina azabannar. Tapi di mana usaha kita untuk mendapatkan hasanah di dunia ni?

Tak dinafikan dunia hanya sementara, tapi yang sementara tu yang kita kena rebut peluang yang ada. Dan yang sementara tu yang menentukan di mana kedudukan kita di akhirat.

For 90 percent of the population, being rich is "too much of a hassle."

So..kita yang 90% ke yang 10%. Its up to us :D

Orang tua kutuk ni sedekah jariah RM5.5million, dia tak reti mengucap pun
Nota kaki: Ramai orang takut nak jadi kaya. Tapi ramai yang tak takut kena soal dengan malaikat. "Di mana tanggungjawab kamu sebagai ibu bapa, mati dengan meninggalkan anak tanpa nafkah?"

Sambungannya boleh dibaca di SINI

Daa

30 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai, ini mmg berani punye entri nie. SY tgu feedback kwn yg lain dulu. Nanti sy continue komen.

=D

Dr K berkata... [Reply]

Amat sedikit sekali penceramah yg bawa kisah Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi yg kaya raya..dan kerana kaya rayanyua itu lah, beliau dpt menyumbang byk kepada umat Islam...

Methodology ceramah dan isinya, mmg wajar ditukar. Minda Jihad Bisens seperti yg di pelopori dan dilaung laungkan oleh CEO JCorps dahulu, mmg patut di beri publisiti meluas

Dr K berkata... [Reply]

Rasul SAW sendiri menekankan bahawa, jika mampu, miliki lah rumah yang selesa dan besar, dan kenderaan yang baik.

Umat islam ramai yang keliru konsep ZUHUD. ramai yg sangka zuhud itu perlukan kpd pakaian compang camping/rumah kecik buruk/kereta buruk..BUKAN begitu...

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, ahahaha.. terasa berani gak ni.. harap harap dapat lah dibaca dengan berlapang dada..sesungguhnya yang baik tu dari Allah..yg buruk dan huduh tu dari saya sendiri.. :D

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, setuju.. sangat sedikit yang dibincangkan.. dan menyebabkan banyak salah faham tentang konsep mengejar kekayaan dalam islam..

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, kadang2 marah jugak tengok pendakwah yang pergi berdakwah dengan pakaian yang lusuh. malah ada yang berbau.. bagi saya ianya sangat memalukan..

Irfa berkata... [Reply]

aku tunggu nak baca komen je :)

yatie chomeyl berkata... [Reply]

erm i suka kupasan u ni...mayb eleh panjangkan entry ni kat ustaz2 kat msia ni hehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Zuhud di dunia itu bukanlah dengan mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta. Tetapi zuhud di dunia yang sebenarnya, ialah jangan sampai anda merasakan apa yang ada di dalam tanganmu itu lebih utama dari apa yang ada di tangan Allah"

selagi kemewahan yg kita carik x menyebabkan kita lalai dan leka dgn suruhan ALLAH,x salah rasanya

Rasulallah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang bercita-cita hendak menjadi orang yang paling kaya, hendaklah ia meyakini bahawa apa yang ada di tangan (sisi) Tuhan itu lebih utama dari apa yang ada dalam tangannya sendiri"[


tp para nabi memang sukakan kemiskinan,Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan".

bg pendapat aku,kita memang harus berusaha tuk jadik kaya tapi memang kite perlu memandang pada yg lebih susah supaya kita lebih tahu rasa syukur...tu sebab kita umat islam diwajibkan berpuasa,supaya kita dpt menghayati org yg lebih susah..

kaya tu pun ujian...sebab setiap sen duit kita akan dipersoal di akhirat nanti...

wallahualam

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, haip! sila sila..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl,mungkin kupasan yang begini sebenarnya agak sukar diterima oleh kebanyakan org..terutamanya yang dah banyak dengar tentang syukur. tentang "bahaya" nya menjadi kaya kalau tak menggunakan harta ke jalan kebaikan..tapi i really hope that muslims will learn that it is really important to be rich..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, rasulullah juga bersabda.. "meninggalkan anak anak kamu dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkan anak anak kamu dalam keadaan miskin"

pada aku dalam konteks ni kita tak boleh melihat "keharusan" menjadi kaya. dan "tak salah" hidup miskin. tapi kita kena melihat kelebihan menjadi orang kaya. amalan yang hanya orang kaya boleh lakukan. seperti berzakat dan menderma.

dan aku tak menyuruh orang mencari kemewahan. kemewahan dan kekayaan adalah satu perkara berbeza. kaya tapi hidup sederhana. bukan hidup mewah. Keperluan mencari kekayaan adalah untuk membolehkan kita membantu generasi anak anak dan orang lain. bukan untuk hidup mewah..

mummY daniSha berkata... [Reply]

hehehe...betulla tu zai...harus carik kekayaan tuk anak2..
memang kagum tgk org kaya yg menyumbang kekayaan ke arah jalan ALLAH...tp ada jugak yg tumbang bile diduga dgn kekayaan..semoga kita berada di golongan yg pertama tu insyaALLAH...

sebagai manusia biasa,sapa x nak kaya kan?

Unknown berkata... [Reply]

entri berani yg saya suka baca. Sama mcm Irfa, suka nak baca komen2 di sini...:)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik tajk pandai nak ulas, jadi kakcik tumpang baca juga ya. :)

Anamarza berkata... [Reply]

ada kebenarannya ...

Hana Faza-same person berkata... [Reply]

tak leh nak blame ulama semata2 zai.. kesian kat diorang..Nabi sendiri dah pesan, nabi dah tinggalkan Quran dan hadis, siapa ikut dan amal, takkan sesat dan senang hidup dunia mahupon akhiratnya.. yang silapnya diri sendiri yang tidak usaha berubaha..

kaya tu sendiri subjektif pada kita orang islam terutamanya.. kaya pada orang kafir adalah harta benda ribu riban, kemewahan yang boleh guna banyak keturunan dan siap boleh derma pada orang mcm gmbar tok sami atas tu..hehehe

tp kaya pada Islam bukan begitu. mengamalkan budaya islam dalam hidup adalah kaya imannya, baik hubungan dengan orang, kaya sikapnya...

malah nabi pesan, orang yang tak mampu sekalipon, tp selalu mnyenangkan hati (bukan dengan wang ringgit dsb) pon tarafnya kaya di sisi Allah.

pasal berhutang bawak ke mati tu, pesan nabi, kalau memang terpaksa berhutang( kes orang yg tak punya peluang beljar, keja bagus dsb) tapi menanam niat bersungguh2 pon di sisi Allah dia masih boleh dipertimbangkan utk orang yg ingin elak berhutang.. kita xleh hukum semua org berhutang tu tak settle kat kubur nanti, kita bukan dok dalam situasi yang sama mcm diorang. yg sakit, yang uzur, yang punya halangan yg tak terfikir dek fikiran kita..

pangkal pokoknya, miskin kaya kita, bukan sekadar mampu meninggalkan anak2 yang bebas dari hutang, yg mampu derma juta2 dsb..

menjadi orang yang selalu beringat dan saling mengingat lebih tinggi di sisi Allah..

ada betulnya sikap sesetengah org yg terlalu mengatakan zuhud itu dengan imej yg bukan gmbaran zuhud sebenar, tp bukan kita utk terus mengatakan diorang tak ikut cara..

penialain Allah tak sama dengan penialaian mata kasar kita..

Wallahualam..

teruslah cintai golongan ulama sebab nabi kata Ulama itu pewaris nabi.. tinggi darjatnya..

kalaupon ulama itu tak tunjuk peranan sebenar, paling tidak, kita tak tahu sebenarnya ada doa ulama tersebut diangkat kepada Allah dengan sebab ada amalan diorang yg kita tak tahu, sebenarnya special di sisi Allah berbanding kita...
juzt my 2 cent :P

Prettywrite berkata... [Reply]

alamak..agak sensitive..nak komen apa ni takut salah tulis..ehehe..nyway stuju sangat dengan k.rai kena berusaha mencari harta untuk jadi kaya bukan untuk riak n untuk mengelakkan anak2 hidup susah..tapi nak salahkan ustaz ulamak tu 100% macam tak adil kan..kita masing2 boleh berfikir mana baik n buruk..lgpun berapa kerat sangat yang miskin2kaya yang dengar ceramah2 ustaz ni..huhu

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Saya dah baca komen. Ptt kena ada ramai lagi baca entri awak ni. Sy refer pd; "meninggalkan anak anak kamu dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkan anak anak kamu dalam keadaan miskin".

Skop kaya tu luas. Kaya tak semestinya kaya harta. Mungkin kaya budi bahasa (ok, lame), kaya ilmu, kaya amal dan sbgnya.

Sy umpamakan, mencari teman hidup yang sekufu. Sama baik, sama cantik. Tapi org tak nak pk lebar. Mrk sempitkan pemikiran dgn menganggap; DALAM ISLAM, SEBAIK-BAIKNYA PILIHLAH PASANGAN HIDUP YANG SETARAF KEBAIKANNYA DENGAN KITA. Jadi org pk, baik sama baik saja. Jahat mst dgn org jahat. Kalau pemikiran yg mcm nie, mcm ne Islam nak berdiri kukuh dlm dunia akhir2 zaman nie? Susahlah klu lelaki asyik pk kan maruah dgn mencari jodoh yg suci je. Abis tu klu pelacur? Sampai bila mereka nak terjebak? Sikit banyak dlm ati mrk mst desperate utk kembali pada Allah. Ok. Sy melebih lak hal nie. Niat sy cuma nak umpamakan saja.

Sy tahu niat awak karang entri ni adalah utk tujuan yg baik. Tapi Rai, manusia tetap manusia. Tetap mudah lupa diri bila kaya. Sy bukan nak perlekehkan org yg bercita2 nak jdk kaya tp lumrah manusia. Nama je ciptaan termulia tapi mslhnye manusia nie lebih suka bersahabat dgn syaitan drpd menghambakan diri pada yang Esa.

Sy tak kisah klu sentiasa diingatkan supaya bersyukur. Tapi kalau ada yg mengajak sy utk menjadi miskin dari apa yg sy ada skg - yg tu mmg melampau. Sy juga menolak, beribadat pagi petang siang malam tapi tggjwb utk anak isteri terabai. Malah, hantar anak suh org tua jaga semata mudah utk beribadat sampai lebam dahi. Mmg sy kondem habis-habisan bab yg nie.

Sy fhm apa yg awak cuba sampaikan Rai. Saya mahu kaya. Tapi saya takut Allah krn sy tak percayakan pada diri sendiri. Sebab tu sy kena sentiasa dikelilingi dgn reminder - SYUKUR.

=D

Unknown berkata... [Reply]

@Hana Faza-same person, betul faza. memang tak salah ulamak sepenuhnya..tapi menjadi satu kesalahan kalau mereka tak berdakwah dengan balance kan amalan bagi kebahagiaan dunia dan amalan untuk kebahagiaan akhirat.

malah..umat islam pada hari ni ditakut takutkan pulak dengan kata kata seperti..harta tak boleh bawak masuk kubur..kaya buat apa tapi tak bahagia. dan kaya tapi kufur nikmat..

sesungguhnya pada aku..tak payah nak tunggu kaya nak kufur nikmat.. kita yang hidup bersederhana ni pun kalau tak kena cara boleh jatuh kufur..malah org miskin pun boleh jadi kufur. kenapa ulamak membincangkan seolah olah menjadi kaya adalah satu stepping stone umat islam menjadi hamba yg kufur?

kenapa mempersoalkan buat apa kaya kalau tak bahagia kalau kita boleh menjadi kaya dan bahagia? malah ramai org tak kaya dan tak bahagia.

apa yang aku tekankan adalah sebenarnya islam menyuruh umatnya menjadi kaya..tapi ia tidak disampaikan dengan baik. malah ditakutkan lagi.

aku bukan nak blame ulamak sepenuhnya. tapi kata kata yang menakutkan orang tu sebenarnya menyebabkan umat islam hari ni kat malaysia especially..jadi malas nak berusaha..berlindung dengan lafaz "syukurlah dengan apa yang ada"

untuk tidak mencari harta untuk membantu orang lain. jadi alasan untuk ramai orang hidup nak meminta minta..ramai org dok tunggu zakat..

dan aku nak tanya..apa salahnya kaya harta? hutang memang tak salah..tapi kan lebih baik dielakkan..dalam quran sendiri ayat menceritakan tentang hutang adalah ayat paling panjang (satu muka surat) menunjukkan betapa susahnya berhutang. bak kata ustaz.. senang cerita tak payah hutangla sebab panjang cerita..

apa pun..ini pandangan individu. kita bebas menyuarakan pandangan. tak ada salah tak ada betul. ia terpulang pada penerimaan seseorang.

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, thanks fara. menarik perumpamaan mencari teman hidup tu.

mengenai sunnah rasulullah tentang meninggalkan anak dalam keadaan kaya tu. benar ia boleh dilihat dalam banyak segi kaya. tapi, dalam riwayat sebenar rasulullah menyuruh meninggalkan harta yang banyak kenapa anak-anak. ianya specific.

saya agak hairan sebenarnya bila orang kata manusia bila dah kaya akan mudah jadi tak bersyukur. seolah olah menjadi miskin atau hidup sederhana takkan lupa diri.. takkan kufur.

sesungguhnya kita sentiasa diuji. maaf. tapi jauh dilubuk hati saya menganggap kata kata sebegini adalah sebagai alasan untuk tidak menjadi kaya. maafkan saya kerana berfikiran macam tu.

apa yg saya cuba sampaikan adalah, terdapat banyak kelebihan menjadi kaya.dan islam sangat menggalakkan umatnya mencari kekayaan. jadi janganlah ditakut takutkan atau dipandang hina mereka yang berusaha mencari kekayaan dengan jalan yang betul..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, iinsya allah mas..banyak banyak berdoa semoga kita jadi golongan yang pertama.. tapi kenalah usaha lebih jugak nak jadi kaya :D

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, betul memang tak salah mereka 100% pun.. kan bagus kalau ceramah mereka di balance kan antara dunia dan akhirat..

lieynanilaz berkata... [Reply]

suka dengan komen2 kawan2...rasa dapat perkongsian ilmu bagi saya yg kurang ilmu agama ni..

Mulan berkata... [Reply]

tqs for sharing... i like...!!!

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

Setiap orang ada pendapat masing-masing , cik ina tak nak komen , cik ina ada pendapat tersendiri biarlah pendapat itu cik ina simpan sendiri. bagi orang muda-muda bercakap, cik ina dah letih.ha ha ha

nonama berkata... [Reply]

Selamat pagi semua. Syabas kerana telah berjaya meluahkan isi hati saudara. Begitulah, biar kita berterus terang daripada hanya memendam rasa.
Entri ni saya jumpa secara tak sengaja, nak cari benda lain, jumpa benda lain. Nasib badan ler...
Saya tak nak sentuh entri ni dulu, saya cuma nak sentuh tentang icon yang digunakan untuk blog ini. Takpe mungkin saudara tidak tahu. Biarlah kita kongsi bersama. Simbol itu disebut ankh sila rujuk dipautan berikut.
http://www.touregypt.net/featurestories/ankh.htm
Komen saya, jika kita benci sangat dengan OSTAD-OSTAD (ustaz) ni, janganlah sampai kita cari simbol agama lain untuk dijadikan sebagai icon (pujaan) kita pula. Rasanye tak betul tindakan tu.
Dalam hal tak cukup makan bukan salah ulamak, tetapi salah kita, kita yang mendengar. Mengapa kita pula yang bersalah?
Renung semula tentang hadis yang saudara bawa (ada yang mempertikaikan taraf hadis ini), memang ler OSTAD tu tak pandai nak cerita pasal ekonomi sebab sistem kita telah memisahkan hal-hal agama dengan hal-hal dunia, orang agama hanya belajar bab hukum saja dan sedikit berkaitan ilmu dunia, dan yang lain belajar banyak-banyak tentang dunia dan sedikit tentang agama (itupun ada yang hanya sampai ting lima shj). Jadi t/jawab siapa nak membetulkan hal ini. Kitalah yang mendengar kuliah tu. Yang dengar kuliah tu bukan semua OSTAD, ada doktor, lawyer, mekanik, jual burger dll. Kitalah yang kena realisasikan semua tu.
Oh ya, seperkara lagi, cuba saudara gi kat surau-surau atau masjid, selidik sikit sape yang selalu gi dengar kuliah tu, BERAPA ramai yang bawak motor kapcai atau basikal buruk? Selalu yang kelihatan adalah kereta menjalar-jalar, sebut jer apa jenama yang saudara tak mampu pakai, semua ader, kalau tak ader kat tempat saudara mungkin ader kat tmpt lain. Dan berapa ramai yang merempat kat tepi jalan tak cukup makan dan sebagainya dikalangan mereka yang HADIR kuliah agama? Cuba bagi statistik sikit sape-sape yang telah mati kebuluran kerana belajar agama.
KURANG AJAU PUNYA BUDAK.
SAUDARA JANGAN BUAT FITNAH. Kita ni tak habis-habis nak persoalkan tntang rezki, kita nak makan sampai lubang kubur ker? Kalau rezki kita berkat, Insyallah ianya akan menjadi talian hayat semasa kita dalam kubur (ianya akan dijadikan sebagai sumber manfaat oleh orang lain seperti sedekah, wakaf dsb nya). Dapat pula menjana ekonomi umat Islam yang lain dengan menyediakan pekerjaan kepada mereka dsb (contoh terbaik sekarang ialah Sheikh al-Bukhari – jutawan dermawan Malaysia). Jika tak berkat jadilah ianya bahan perbalahan adik-beradik lantaran merebut harta pusaka, hatta sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Atau kalau janda kita masih muda, rezekilah bagi lelaki yang berjaya menambat hati ex istri kita... wallua’alam.

nonama berkata... [Reply]

Allah telah berfirman dalam al-Quran surah al-Jumu'ah ayat 10, yang maksudnya..."Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". Ayat tersebut seolah-olah meminta kita mencari apa sahaja punca rezeki yang ada untuk kita ambil manfaatnya. Tetapi jangan lupa dihujungnya,...serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kajayaan. Apa maksud ingat Allah banyak-banyak? Adakah sama dengan kita ingat kat makwe atau pakwe kita? Kalau macam tu senang ler, kita tak payah solat atau sebagainya, bila masuk waktu solat, kita niat saja, tak yah buat apa-apa. Pastu kita tuntut ngan Allah syurga. Kalau cam tu punya simple, tak yah ler Allah turunkan al-Quran utk kite, sekadar ayat tadi dah cukup.
SEPERKARA lagi, saudara ada tunjukkan gambar Dallai Lama kan? Rakan pembaca budiman, SEDARLAH, rezeki yang melimpah ruah, suasana yang aman damai tidak boleh diukur tentang kasih sayang Allah terhadap kita. Kita kena bezakan antara Pemurah ALLAH dengan Pengasih Allah (al-Rahman dan al-Rahim). Allah bersifat Pemurah, sebab tu Allah memberi rezeki kepada semua orang, sama ada kafir ataupun tidak. Malah realitinya kadang-kadang kita lihat orang kafir memang lebih kaya dari orang Islam. Tetapi kepada orang beriman Allah kurniakan IMAN. Mana yang lebih bernilai? Iman atau kaya? Kita nak dua-dua? Ikutlah apa yang disebut didalam surah al-Jumu’ah di atas, baru kita boleh jadi macam Abd Rahman bin ‘Auf.
Sememangnya ada dalam kalangan kita yang kaya raya macam juga dengan orang yang belum lagi Islam (not Islam yet – kata-kata dari Ustaz Hussein Yee), tetapi tidak mengamalkan Islam dengan betul. Allah sememangnya memberikan ganjaran keatas kebaikan-kebaikan mereka ini walaupun not Islam yet, tetapi ganjaran mereka hanya di atas dunia sahaja. Tanpa iman mereka mungkin tidak mendapat mengecapi Syurga Allah.
Syurga ALLAH tu apa?
Kan kita selalu dengar para OSTAD ni sering menyebut, ... dunia ni hanya tempat ujian semata-mata,akhiratlah tempat dan matlamat hidup kita. FAHAM ke tidak? Senang citer, camni lah sebagai analoginya... Sebuah syarikat kereta ingin menghadiahkan kepada pekerjanya kereta-kereta mewah keluaran syarikat tersebut serta ganjaran-ganjaran lain bersempena ulang tahun syarikat tersebut kepada pekerja-pekerjanya yang terpilih. Pekerja yang ingin mengambil bahagian akan diberikan sebuah basikal dan peserta dikehendaki membuat laporan atau persembahan tentang manfaat basikal tersebut kepada manusia serta cara-cara penjagaannya mengikut syarat-syarat yg di tetapkan. Peserta-peserta yang berjaya akan dberikan kereta mewah, petrol, penyelenggaraan dengan percuma. Hadiah-hadiah lain seperti perempuan cantik, rumah, tanah dsb juga akan diberikan mengikut kreativiti kepatuhan pada syarat pertandingan dan kesungguhan para peserta.
Sememangnya ada sebahagian peserta yang berjaya dan mendapat hadiah yang tidak pernah ditawar oleh mana-mana pihak sebelum ini, tersangat lumayan. Mereka hidup dengan selesa sekali. MALANGNYA, ada dalam kalangan peserta/pekerja syarikat tersebut terlupa/tidak mengendahkan dengan syarat tersebut. Mereka leka dengan basikal tersebut, mereka melakukan pelbagai ubahsuai bagi memenuhi citarasa mereka, sehinggakan ada yang berjaya menjadikannya sebuah kereta juga. Bagi mereka, basikal itulah segala-galanya, mereka langsung tidak mengendahkan amaran tentang perlanggaran syarat serta ganjaran yang lebih hebat jika mereka berjaya nanti. Akhir sekali mereka memohon kepada boss syarikat itu utk mereka milki basikal tersebut, dengan senang hatinya boss tersbut kasi mereka basikal tu.
Begitulah perbandingan Syurga Allah dengan dunia ini. Jika kita berjaya menjadikan dunia ini sebagai tempat mencari keredhaan Allah, nescaya kita akan berjaya seperti yang dinyatakan diakhir ayat 10 surah al-Jumu’ah “...semoga kamu beroleh kejayaan”. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Bukan salah ulama @ ustaz2 itu tapi salahkan sifat malas diri sendiri. Adanya doa dan amalan ulamak2 ini kita masih dapat aman di bumi malaysia.

Jika tuan hendak kaya harta hendaklah kaya hati macam Nabi Sulaiman atau sekurang2nya macam sahabat Abdul Rahman Auf yang memberi 1/3 hartanya pd penduduk mekah, 1/3 lagi berhutang tak bayar dan tak pernah dituntut dan 1/3 lagi berhutang dgnnya tapi membayar balik padanya. Kesimpulannya seluruh penduduk mekah menikmati kekayaannya. Tapi di akhir hayatnya tiada harta ditinggalkan untuk anak san isteri malah kain kapannya juga tidak cukup membaluti tubuhnya namun itu semua merupakan kepuasan bagi seorang sahabat yg dijanjikan syurga.

Mintak simpang kalau kaya harta seperti qorun kerana hatinya tak cukup kaya pengakhiranya mati dalam kufur.

Hanya Rasulullah SAW yg layak dijadikan idola

Unknown berkata... [Reply]

salam tanpa nama,

saya harap awak baca dan fahamkan dulu apa yang saya pertikaikan kat sini baru komen..tak payah la nak komen melulu kalau tak paham apa orang tulis..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com