Selasa

Tanpa nama mengamok?

Assalamualaikum

Ourkizuna bukan blog glamour yang ramai peminat di kalangan Tanpa Nama, Tiada Nama atau lebih mesra dengan panggilan Anon. Melainkan komen komen spam yang aku filter tu la. Pagi ni aku agak sibuk (sambil sakit perut gara-gara makan nenas malam tadi). Tetiba masuk notification email encik No Nama ni memberikan pendapat dalam entry aku yang ala ala menghentam ustaz di Malaysia.

Aku kopipes sini la ye

Komen No Nama
Selamat pagi semua. Syabas kerana telah berjaya meluahkan isi hati saudara. Begitulah, biar kita berterus terang daripada hanya memendam rasa.
Entri ni saya jumpa secara tak sengaja, nak cari benda lain, jumpa benda lain. Nasib badan ler...
Saya tak nak sentuh entri ni dulu, saya cuma nak sentuh tentang icon yang digunakan untuk blog ini. Takpe mungkin saudara tidak tahu. Biarlah kita kongsi bersama. Simbol itu disebut ankh sila rujuk dipautan berikut.
http://www.touregypt.net/featurestories/ankh.htm
Komen saya, jika kita benci sangat dengan OSTAD-OSTAD (ustaz) ni, janganlah sampai kita cari simbol agama lain untuk dijadikan sebagai icon (pujaan) kita pula. Rasanye tak betul tindakan tu.
Dalam hal tak cukup makan bukan salah ulamak, tetapi salah kita, kita yang mendengar. Mengapa kita pula yang bersalah?
Renung semula tentang hadis yang saudara bawa (ada yang mempertikaikan taraf hadis ini), memang ler OSTAD tu tak pandai nak cerita pasal ekonomi sebab sistem kita telah memisahkan hal-hal agama dengan hal-hal dunia, orang agama hanya belajar bab hukum saja dan sedikit berkaitan ilmu dunia, dan yang lain belajar banyak-banyak tentang dunia dan sedikit tentang agama (itupun ada yang hanya sampai ting lima shj). Jadi t/jawab siapa nak membetulkan hal ini. Kitalah yang mendengar kuliah tu. Yang dengar kuliah tu bukan semua OSTAD, ada doktor, lawyer, mekanik, jual burger dll. Kitalah yang kena realisasikan semua tu.
Oh ya, seperkara lagi, cuba saudara gi kat surau-surau atau masjid, selidik sikit sape yang selalu gi dengar kuliah tu, BERAPA ramai yang bawak motor kapcai atau basikal buruk? Selalu yang kelihatan adalah kereta menjalar-jalar, sebut jer apa jenama yang saudara tak mampu pakai, semua ader, kalau tak ader kat tempat saudara mungkin ader kat tmpt lain. Dan berapa ramai yang merempat kat tepi jalan tak cukup makan dan sebagainya dikalangan mereka yang HADIR kuliah agama? Cuba bagi statistik sikit sape-sape yang telah mati kebuluran kerana belajar agama.
KURANG AJAU PUNYA BUDAK.
SAUDARA JANGAN BUAT FITNAH. Kita ni tak habis-habis nak persoalkan tntang rezki, kita nak makan sampai lubang kubur ker? Kalau rezki kita berkat, Insyallah ianya akan menjadi talian hayat semasa kita dalam kubur (ianya akan dijadikan sebagai sumber manfaat oleh orang lain seperti sedekah, wakaf dsb nya). Dapat pula menjana ekonomi umat Islam yang lain dengan menyediakan pekerjaan kepada mereka dsb (contoh terbaik sekarang ialah Sheikh al-Bukhari – jutawan dermawan Malaysia). Jika tak berkat jadilah ianya bahan perbalahan adik-beradik lantaran merebut harta pusaka, hatta sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Atau kalau janda kita masih muda, rezekilah bagi lelaki yang berjaya menambat hati ex istri kita... wallua’alam. 

Ada lagi....
Allah telah berfirman dalam al-Quran surah al-Jumu'ah ayat 10, yang maksudnya..."Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". Ayat tersebut seolah-olah meminta kita mencari apa sahaja punca rezeki yang ada untuk kita ambil manfaatnya. Tetapi jangan lupa dihujungnya,...serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kajayaan. Apa maksud ingat Allah banyak-banyak? Adakah sama dengan kita ingat kat makwe atau pakwe kita? Kalau macam tu senang ler, kita tak payah solat atau sebagainya, bila masuk waktu solat, kita niat saja, tak yah buat apa-apa. Pastu kita tuntut ngan Allah syurga. Kalau cam tu punya simple, tak yah ler Allah turunkan al-Quran utk kite, sekadar ayat tadi dah cukup.
SEPERKARA lagi, saudara ada tunjukkan gambar Dallai Lama kan? Rakan pembaca budiman, SEDARLAH, rezeki yang melimpah ruah, suasana yang aman damai tidak boleh diukur tentang kasih sayang Allah terhadap kita. Kita kena bezakan antara Pemurah ALLAH dengan Pengasih Allah (al-Rahman dan al-Rahim). Allah bersifat Pemurah, sebab tu Allah memberi rezeki kepada semua orang, sama ada kafir ataupun tidak. Malah realitinya kadang-kadang kita lihat orang kafir memang lebih kaya dari orang Islam. Tetapi kepada orang beriman Allah kurniakan IMAN. Mana yang lebih bernilai? Iman atau kaya? Kita nak dua-dua? Ikutlah apa yang disebut didalam surah al-Jumu’ah di atas, baru kita boleh jadi macam Abd Rahman bin ‘Auf.
Sememangnya ada dalam kalangan kita yang kaya raya macam juga dengan orang yang belum lagi Islam (not Islam yet – kata-kata dari Ustaz Hussein Yee), tetapi tidak mengamalkan Islam dengan betul. Allah sememangnya memberikan ganjaran keatas kebaikan-kebaikan mereka ini walaupun not Islam yet, tetapi ganjaran mereka hanya di atas dunia sahaja. Tanpa iman mereka mungkin tidak mendapat mengecapi Syurga Allah.
Syurga ALLAH tu apa?
Kan kita selalu dengar para OSTAD ni sering menyebut, ... dunia ni hanya tempat ujian semata-mata,akhiratlah tempat dan matlamat hidup kita. FAHAM ke tidak? Senang citer, camni lah sebagai analoginya... Sebuah syarikat kereta ingin menghadiahkan kepada pekerjanya kereta-kereta mewah keluaran syarikat tersebut serta ganjaran-ganjaran lain bersempena ulang tahun syarikat tersebut kepada pekerja-pekerjanya yang terpilih. Pekerja yang ingin mengambil bahagian akan diberikan sebuah basikal dan peserta dikehendaki membuat laporan atau persembahan tentang manfaat basikal tersebut kepada manusia serta cara-cara penjagaannya mengikut syarat-syarat yg di tetapkan. Peserta-peserta yang berjaya akan dberikan kereta mewah, petrol, penyelenggaraan dengan percuma. Hadiah-hadiah lain seperti perempuan cantik, rumah, tanah dsb juga akan diberikan mengikut kreativiti kepatuhan pada syarat pertandingan dan kesungguhan para peserta.
Sememangnya ada sebahagian peserta yang berjaya dan mendapat hadiah yang tidak pernah ditawar oleh mana-mana pihak sebelum ini, tersangat lumayan. Mereka hidup dengan selesa sekali. MALANGNYA, ada dalam kalangan peserta/pekerja syarikat tersebut terlupa/tidak mengendahkan dengan syarat tersebut. Mereka leka dengan basikal tersebut, mereka melakukan pelbagai ubahsuai bagi memenuhi citarasa mereka, sehinggakan ada yang berjaya menjadikannya sebuah kereta juga. Bagi mereka, basikal itulah segala-galanya, mereka langsung tidak mengendahkan amaran tentang perlanggaran syarat serta ganjaran yang lebih hebat jika mereka berjaya nanti. Akhir sekali mereka memohon kepada boss syarikat itu utk mereka milki basikal tersebut, dengan senang hatinya boss tersbut kasi mereka basikal tu.
Begitulah perbandingan Syurga Allah dengan dunia ini. Jika kita berjaya menjadikan dunia ini sebagai tempat mencari keredhaan Allah, nescaya kita akan berjaya seperti yang dinyatakan diakhir ayat 10 surah al-Jumu’ah “...semoga kamu beroleh kejayaan”. Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

-------
Marah betul No Nama ni kan.

Aku da tukar icon aku, demi menghormati pendapat encik yang berkenaan ni. Aku memang tak tau pun kalau simbol laki pompuan ni ada kena mengena dengan agama ke kepercayaan mana mana. Sori. Aku yang jahil.

Berkenaan dengan komen dia. Aku tak sempat nak mengarang lagi.

Tetiba lepas  cherry berry jap ni. Aku sakit kat bawah perut yang amat sangat. Bos aku da bising sebab aku makan nenas malam tadi. Aku sure orang lain pun akan bising bila baca ni. Aku da gigil teruk dan sakit perut teruk. Bos da suruh aku buka puasa je. Minum air suam. 

Tak boleh tulis panjang da.

Daa

15 comments:

Hanis Azla berkata... [Reply]

semoga cepat sembuh rai.. mengenai komen anon tu, mana yg baik kita ambil dan cuba memperbaiki diri..

Irfa berkata... [Reply]

aku x nak komen pasal TanpaNama tu.
eh!dia igt ko lelaki ke?lain macam je ayat dia tu

tapi aku nak marah yg ko makan nenas tu knape?banyak lagi buah lain kan?

Unknown berkata... [Reply]

kak hanis azla,
insya allah kak..terima kasih kak..

irfa,
haha..tu lah..aku pun rasa gak. err..tetiba aku teringin makan pulak buah tu..masa pregnant dedulu pun aku makan. cuma biasanya aku makan sikit je.. rasanya malam tadi terlebih makan kot.. ni da kurang da..

Mulan berkata... [Reply]

makan nenas....???? nak kena babap ni.. tapi nenas mmg lazat.. pekena dgn kicap lagi best...

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

makan nenas? bagus, bagus, makan lah lagi.. kang tak pasal2 dah sakit perut...

i ni bukanlah alim sangat, jahil sangat pun tidaklah..

besyukur tu penting tapi janganlah sampai tak buat apa2 dan hanya mengharapkan buah jatuh ke riba..

usaha, dah usaha sehabis daya tapi kalau itu je rezekinya maka bersyukurlah...

nak kaya,kita usaha tapi janganlah sampai makan rasuah..

i rasa simple je pemahaman i...

ada anak bagus, sekolahkan dia bagi ajaran dunia dan akhirat semoga dia dapat bantu kita nanti di dunia dan akhirat...

orang kata ilmu dunia dan akhirat kena seimbang...

am i rite?

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

takut makan nenas byk.....bukan saja sakit perut lidah pun sakit juga....

itulah dia manusia bermacam ragam......

Dr K berkata... [Reply]

-panjangnya anon tu komen..boleh buat tesis phd :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Jadikan teladan mana yg baik (banyak juga yg diperkatakan boleh dijadikan teladan).. cuma agak emosi agaknya.

Kalau mak Rai tahu lagilah dia marah. Jaga diri dan kesihatan dik. Ingat ada baby tu.. Bukalah dulu sehari ini dan cuba jumpa doktor apa dia kata..

mummY daniSha berkata... [Reply]

zaiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!ko ni kan...knp pi makan nenas ni aduhaiiii...aku lak yg riso dgr...

icon ape eh?asal aku x tau hahaa
pjg sgtle..aku x tau nak komen apa hehee

Prettywrite berkata... [Reply]

alamak panjang pulak komen anon tu..baca separuh jer kak dah berpinar2..kekeke..apsal la dia mengamuk bulan2 puasa ni..hehe..soh dia bersabar..mana buruk kita betulkan..manusia takde yang sempurna..;)

k.raii..bahaya tu makan nenas..alahai harap2 bby ok la..

Unknown berkata... [Reply]

Aduh! Rai! Kan masih awal lagi nak mkn nenas bagai huhuhu
Ha'ah la dia igt Rai ni lelaki ke? Shima tak kish pun psl tu. Tak ganggu pun hohoho.

Take care Rai! Lps ni jgn mkn nenas lagi taw

Unknown berkata... [Reply]

kenapa mkn nenas? Kan awal lagi!
Nak kenan babab Rai ni hihihihi..
Psl komen noname nih, shima tak kisah pun psl simbol tu. Tak mengganggu pun..

Take Care Rai. epas ni jgn mn nenas lagi taw

Ujie Othman berkata... [Reply]

Patutle tengok icon dah tukar. saya pun taktau tu simbol mana2.

Komen anon tu..mmg ada yg betul. Takpela..kita manusia bkn tau sume perkara.

Sbb pnjng sgt komen tu, saya susah nk hadam sume..esp. yg bhg bwh.

*adui rai..cari penyakit..pregnnt+pose pulak, lagi mau mkn nenas! Tobat tau lps ni..:-)

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

aik.. mkn nenas.. raya baru lg kan..

yeke simbol tu agama lain.. sy baru tau ni...

emmm gaya dia ckp cam ingat rai ni lelaki je kan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

kena jaga makan tu rai, take care yek

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com