Jumaat

Beza non-muslim dan kita

Assalamualaikum

Tak sudah sudah lagi kes bantahan kecaman terhadap penghinaan pada Nabi Muhammad. Kecoh kes filem pendek "Innocence of muslim" timbul pulak kisah kartun yang dikatakan menghina Nabi kesayangan kita. Sampai polis terpaksa kawal bangunan yang menempatkan pejabat yang mengeluarkan kartun tu.

Dan dan kat FB ajak boikot Google dengan Youtube.

Sebenarnya aku bukan nak marah orang boikot. Cuma pada pendapat aku, boikot bukan satu tindakan yang bijak.

Sejauh mana boikot pada company yang dikatakan terlibat dengan penindasan orang Palestin berkesan?

Setakat ni boikot paling berkesan yang aku tau adalah boikot rangkaian kedai makan ikan bakar sekinchan. Hehehe..

Tau tak kes Kate Middleton yang baru baru ni gambar bugilnya tersebar di akhbar di Perancis. Bagaimana akhbar-akhbar di UK berperanan dalam meningkatkan semula imej Kate ni. Dia keluarkan gambar Kate berselendang masa lawatannya ke negara negara asing dan keluarkan cerita cerita baik yang boleh meningkatkan semula imej Kate.

Ingat masa Rasulullah kena baling batu di Thaif? Peristiwa kena baling dengan najis dan sebagainya. Adakah Rasulullah pegi baling batu semula? Dia pergi berperang dengan orang tu? Adakah Rasulullah pegi tampar pengemis yang tak habis habis menghina Rasulullah walau pun orang beri makan pun?

Kes ni. Terpulang pada individu. Pada aku instead of kita duk merusuh, dok boikot. Lebih baik kita share dan tonjolkan perilaku yang baik sebagai umat baginda. Jangan sampai orang bukan Islam kata "tengok umat Islam pengikut nabi muhammad perangai huduh. Nabi Muhammad tu entah macam mana la perangainya"

Kalau kita tonjolkan sikap yang baik tentu diorang lagi berminat nak kaji pasal betul ke perilaku Nabi Muhammad tu macam yang ditonjolkan dalam filem pendek tu. Dari situ dia akan tahu hal sebenarnya tanpa perlu kita merusuh nak bagitau satu dunia yang filem tu penipu.

Tahu tak Nabi Muhammad adalah "the most influential man in history" Suka tak suka. Orang non muslim pun terima fakta ni.

Kenapa? korang baca la sendiri.

Daa

23 comments:

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

betul tu..cara trbaik adalah kita sndiri sbg muslims mnunjukkan keperibadian yg diajar agama kita..brula kita dihormati :)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kadang2 tindakan diambil bukan kerana rasa cinta kasih, tapi lebih kepada untuk menonjolkan diri sendiri. Itu je... :(

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

betoi gak ckp rai tu..

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

setuju dgn ur opinion.....
lepas tu mulalah nak boikot mknan mekdi, pijahut, kepsi, kenny rogers dan bla bla bla...... bila isu ni reda, mencanak2 kunjuns semula fast food ni. kalau ada promotion mekdi mcm skrg ialah samurai burger, perghhhh kemain ramai pi beli.... so apa yg boikotnya? kalau nak boikot, boikot betul2.

kunjungilah kedai barangan satu malaysia..... kan kan

+ e.z + berkata... [Reply]

tetiber jerk filem tuh dpt publisiti murahan kan? :)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Psss....bukan plastik....tp getah....tebal juga getah dia...kt bawah tu, siap tutup lubang utk ank kunci....hrap hrap, getah tu bleh thn musim pnas...xde la cair ke gelupas kew..

Dr K berkata... [Reply]

kedai sekinchan ikan bakar tu mmg amat amaaaaaaaaaaaaat wajar kena boikot. haha

Irfa berkata... [Reply]

kenapa boikot ikan bakar sekinchan?
patutlah restoren tu dekat umah mil aku tiba2 tutup

Aziela berkata... [Reply]

Setuju beratus2 persen dengan Rai and Daddy Ziyad. I rest my case, hehehehehe

Anamarza berkata... [Reply]

setuju........

kay_are berkata... [Reply]

setuju.. tak pernah sekali pun bila ade orang hina nabi, nabi hentam orang tu balik.. kita je yang lebih2 konon nye nak tunjuk cintakan nabi.. tapi..

miss yatie berkata... [Reply]

betul tu, masih ada cara terbaik boleh kita lakukan..

munna berkata... [Reply]

munna pun sokong...patut guna cara yg lebih baik dan memberi kesan

Munn Jaafar berkata... [Reply]

erm...ada btulnya pndapat akak ni. eh.tp mmg berkesan la boikot ikan bakar sekinchan tu! hehehe

Unknown berkata... [Reply]

Very-very nice entry, suka baca ^__^

Kalau awak baca berita luar negara, sejak kes "Innocence of Muslims" to, makin banyak cerita pasal penghinaan Nabi tau, sebab kontroversi = reaksi = eksploitasi.

Jadi betul la apa awak tulis, kita jangan gelabah, logikla nak marah dan kutuk tapi lagi penting cuba ubah persepsi masyarakat bukan Islam terhadap kita.

missina berkata... [Reply]

betul tu,,tunjukkan lah contoh kebaikan dan tenang,,,bukan merusuh dan rosakkan harta dan jiwa,,sikit2 wat alasan shahid,,hermm ntahla,,

aizamia3 berkata... [Reply]

boikot.. eemm.. selama mana..?

betul.. kita jangan cepat melatah..

Azian Elias berkata... [Reply]

i boleh boikot. tapi bab demo beriya2 sampai bakar2 tu i really tak suka.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul tu kenalah tunjukkan perkara2 yg baikkan...:)

Shahrul Azam berkata... [Reply]

Pada pandangan saya, umat Islam perlu mempertingkatkan lagi kemajuan di dalam bidang ekonomi, teknologi dan pendidikan.
Saya yakin kita akan jadi umat yang terbaik jika kita dapat menguasai ketiga-tiga bidang ini.

Irfa berkata... [Reply]

mana apdet citer gi blogger gathering semalam?

sal ya berkata... [Reply]

betul tu. kadang2 yg dok ajak boikot ni org2 ygtak fkr pnjg. mcm br2 ni kt fb dia orang srh boikot white coffee old town (eh, mcm salah je). pd yg tak minum tu no hal la. yg dah biasa minum kat situ ada ke nak berhenti? hmmm...

Unknown berkata... [Reply]

Setuju dengan Rai...
Kalau dah masuk bab2 merusuh ni nampak sgt mereka kurang kesabaran lagi.... Bila kita merusuh siapa yg gembira... tu ha istana syaitan dlm hati tu dok sorak-sorai.. Kalau kita tunjuk tauladan baik dan kesabaran yg tinggi... Runtuhlah istana setan tuh...
Tepuk dada tnya selera

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com