Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Isnin

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Kereta Kawalan Jauh dari LEGO Pada Harga Lelong (Remote Control / RC)

Assalamualaikum..
Hari isnin. Untuk besday Aqil kali ni, kami cadang nak hadiahkan kereta kontrol. Sebab? Aritu besday sepupu dia, dia tengok diorang dapat keta kontrol. So untuk dia, kami carikan yang jenama LEGO.

Korek punya korek, ada orang jual basic LEGO RC. Biasanya set kereta kontrol lego (baru mahu pun yang terpakai) tak kurang dari RM500. Kali ni kami dapat beli base dan alat kawalan SAHAJA dengan harga RM40. Postage RM50. Jadi keseluruhan ialah RM90. Kami pernah pergi tengok yang jenama dari China, tak kurang RM40. Bila bezakan saiz dan prestasi, of course LEGO sangat lebih superior. Jadi, tak payah fikir lagi, terus rembat. Dua minggu lepas place order, kereta terus sampai.

Nak bentukkan macam mana kereta tu aku tak fikir lagi. Actually banyak pasal LEGO aku tak sempat nak buat lagi. Idea pun belum mari. Nak post entry kat blog pon aku takde masa sangat. Ada jugak aku terfikir nak bagi hadiah tu dalam bentuk base camni je. Ntah laa.. lagipun birthday Aqil lambat lagi.

Well, tu je untuk hari ni.

Selamat berkreatif,

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 3

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1 

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 2 

Ini bahagian ketiga juga bahagian terakhir pasal Aggressor Mk-II. Cerita kali ni pasal Pod sahaja.



Sebelum sampai hari kelahiran Aqil yang kelima, Aqil memang asyik dengan LEGO Chima (zaman LEGO Ninjago dah lepas, ffuuuhhhh....) Masa menghasilkan Mk-II ni aku nak adakan sedikit rasa Chima supaya tak kempunan sangat hero sulung kami. Jadi belilah sayap pelepah burung dari LEGO Chima. Tak murah jugak walaupun hanya sayap. RM2 sekeping. Lepas dapat pelepah, baru fikir nak bentukkan macam mana podnya. Bentuk akhir pod tu jadi laa macam ni.. Sangat berpuas hati.


Kelebaran cockpit atau tempat duduk juruterbang ialah 6 x6 x 2 1/3. Rasanya cockpit terbesar pernah aku buat. Kerusi juruterbang juga boleh lipat. Ala-ala tempat duduk bahagian depan dalam kereta. Kalau masa buatkan Mk-I dulu, aku gunakan bata yang telah dicetak dengan gambar sebagai monitor dan navigation system tetapi untuk kali ni aku gunakan bata transparent yang kosong. Rekagrafik sebagai navigation systemnya akan dicipta sendiri dan dikongsi pada post akan datang.


Bila dah macam burung, sayap dia mestilah boleh tutup dan bukak. Ini rupanya bila tutup, untuk dimasukkan dekat bay.


Ini pulak rupanya bila sayapnya dikibarkan untuk penerbangan. Ada sendi yang boleh dipusingkan sama ada ke arah depan atau belakang pada bahagian sisi pesawat yang mana digunakan untuk memasukkan pedang/blaster dari LEGO Chima.


Beza saiz antara Pod Mk-II dan Pod Mk-III.

Khamis

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 2

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1
Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 3

Kenapa nak cerita pasal lego nih? Ceritanya macam ni. Sebenarnya, aku rasa macam "hek ellehh.." bila Rai berkali-kali cakap "Hebatnya suami orang (saya). Bukan semua orang boleh design lego macam ni. Even engineer pun kena berhempas pulas kalau nak dapatkan result macam ni". Aku tak percaya dan rasa macam dimainkan atau itu cuma cakap-cakap isteri yang nak bagi semangat kat suami dia. Tapi bila Rai tunjukkan video kat Youtube, forum dan sumber lain, baru aku tau yang dia bukan buat lawak. Tak puas hati, aku belek lagi kat internet. Ya, ada ramai lagi yang lebih hebat. Manusia bukan dalam bilangan ratus kan? Tapi aku tau haritu yang Rai tak bergurau.


Hatch pada Mk-II sangat kecil. Ini bahagian yang aku paling tak suka dengan rekaan kali ni. Ruangannya ialah 2 x 6 x 4 1/3 dan tak muat untuk isikan armor pun.


Bahagian atas dimuatkan dengan 4 enjin jet. Manakala bahagian belakangnya dipasangkan dengan silinder yang dibuat macam jet jugak. Tapi masa gambar ni diambil, sebahagian besar bata berwarna neon-green yang menjadikan dia nampak macam truster tu, telah aku cabut untuk percubaan Mk-III. Empat enjin jet kat bahagian atas tu laa yang Aqil cakap dia tak tahu guna. Part tu separuh bata biasa, separuh bata teknik.


Disebabkan saiz Mk-II ni besar, jadi sayap pada pesawat ni kami buatkan kepada jenis boleh cabut pasang supaya mudah untuk Aqil nak bawa set LEGO dia pergi main dengan kawan-kawan. Bata teknik ada banyak sangat masa tu dan kami pun tak tau nak buat apa, tetiba terfikir cara ni.


Bahagian pilot Mk-II adalah sejenis pod. Bila dah nama POD, mestilah boleh cabut pasang kan? Sebenarnya, ada dua pod yang sama kami buat masa pembikinan haritu. Yang hitam, Pod1, untuk pasangkan kat aggressor dan yang biru, Pod2, untuk pasangkan kat kereta kebal. Dua-dua pod boleh bertukar-tukar tempat pada bila-bila masa dan pod adalah jenis merdeka. Bahagian yang memegang pod terdiri dari octagon 7 dimensi yang kami terfikir sendiri. Lenguh tangan Rai pegang masa aku pasangkan. Hahaha.. Thanks sweetheart! Rasanya tak ada lagi mana-mana set yang LEGO keluarkan guna cara ni. Ini bahagian yang aku paling suka. Aras pada bahagian bay untuk pod diserasikan dengan baik, membolehkan pod boleh dipasang dan dicabut dengan mudah. Pejam mata pun boleh buat.


Mk-II ni ada Speedorz (Motosikal jenis pulley dari LEGO Chima) bay kat bahagian belakangnya. Memang Aqil tengah tergilakan Speedorz sejak bulan April lagi sebenarnya. Sengaja kami tangguh-tangguh sebab harga dia kat kedai bagi kami sangat mahal. Tetiba terjumpa pulak yang murah sebelum birthday dia haritu, terus aku sarbat 4 bijik sekali gus. Dah laa part yang baru, murah, original LEGO pulak tu. Huhuhu..


Tak caya aku cakap? Nah tengok harga dia sendiri. RM10 untuk 4 buah Speedorz. Aku pun terkejut. Padahal sebijik Speedorz ditambah +/-100 bata Toy's R Us jual pada harga RM79.90. Atau 2 bijik Speedorz dengan +/-50 bata pada harga yang sama. Cuma nak tambah sikit, sejak-sejak ni ada iklan LEGO Chima Eagle Interceptor keluar kat TV. Set yang baru, ada kedai jual cuma dengan USD15. Lebih kurang RM49. Postage baru jatuh dalam RM25. Kat Toy's R Us jual pada harga RM159.90. So bagi aku, murah laa. Cuma berkongsi kalau-kalau sesiapa yang ada niat nak beli.

Masa nak buat finishing untuk Mk-II tu bata tak cukup. Jadi beli je dari eBay. Masa tu, tak ada orang lain selain si Richard ni yang ada supply. Walaupun dia ni penjual lego kat eBay di Malaysia yang agak cekik darah, aku sarbat jugak sebab masa tak cukup. 8 keping fuseledge hinge dia jual RM6. Padahal sekeping baru 34sen harga biasa. Tapi itu je part yang aku beli dari dia. Finishing yang lain kena fikir sendiri. Huhuhuhu..

Nota kaki Rai : Serius, lebih separuh dari pengetahuan yang shujin ada ni dah disalurkan pada Aqil. Dan pada umurnya 5 tahun, pada aku, Aqil boleh dikatakan banyak pengetahuan tentang part LEGO. Obviously berbanding aku yang taktau apa ni la kan.. Adeh..

Rabu

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1

Pada menyambut hari kelahiran Muhammad Aqil Mubarak yang ke 5, kami suami isteri bersetuju nak hadiahkan set LEGO buatan sendiri. Memang memenatkan bila bina sendiri berbanding beli set yang sediabuat (contohnya Star Wars, Chima, Ninjago, Lord of the Ring, Castle dan lain-lain), tapi atas pengamatan dan pembacaan kami, buat sendiri ni lebih kepada pembinaan karakter supaya asas kanak-kanak lebih teguh tentang apa yang dia nak, kenapa dia nak, macam mana dia nak dan bila dia nak. Set tu mengandungi battle tank, recon-craft, mobile station, starfighter, galaxy cruiser, aggressor, explorer, capsules, minifig dan utilities. A two tables full of sets.

Aku agak terkejut jugak dengan hasilnya jadi aku cadangkan nak buat pertandingan. Hadiahnya merupakan satu set LEGO® First Building Blocks yang baru bernilai RM213.00. Syaratnya ialah, peneka perlu meneka jumlah bata yang digunakan berdasarkan berat seluruh set yang diberikan. Jawapannya perlulah dalam +/-20 keping bata dari jawapan yang tepat dan setiap peneka boleh meneka sebanyak 10 kali. Pertandingan akan dibuka selama sehingga ada pemenang. Kenapa aku nak buat pertandingan tu? Because its gonna be fun. Tapi Rai kata pertandingan untuk blog perlu ada masa yang tetap dan hadiahnya kena bagi jugak kepada peneka yang paling hampir walaupun tekaannya tak dalam +/- 20 bata macam syarat aku. Jadi aku batalkan niat. Sebab? Because its not gonna be fun anymore. Huhuhu.. Maaflah sebab ceritakan hal yang lepas. Balik pada tajuk..


Sebagai hadiah, model aggressor ni cuma dibuat oleh suami isteri tanpa penglibatan Aqil. Masa yang diambil untuk siapkan ialah 12 jam, iaitu 3 jam setiap malam dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi selama 4 malam berturut-turut. Proses tu termasuklah sediakan concept, lakaran, fungsi, percubaan, pemasangan & finishing. Banyak bata LEGO® yang tak cukup masa tu, nak order stok baru pun dah tak sempat sebab harijadi Aqil dah nak sampai. Jadi kami top-up dengan mock-brick (bata buatan china yang bersesuaian dengan LEGO®). Aku agak tak puas hati kat beberapa bahagian tapi hasilnya masih boleh tahan.


Berat unit ni adalah 1.8kg dan menggunakan 1045 keping bata. Mk-II terdiri dari dua bahagian iaitu aggressor dan pod. Walaupun ada dua bahagian, unit ni cuma muat untuk 1 minifig. Hanya pilot je boleh masuk.


Lebar unit ni melebihi 52cm dan panjangnya melebihi 41cm. Tingginya pula adalah 18cm. Dengan saiz yang besar, agak susah untuk Aqil main sorang-sorang dengan unit ni. Biasanya budak-budak akan pegang satu mainan (terutamanya kapal terbang) pada satu tangan tapi, kali ni satu mainan dengan dua tangan. Jadi ibu dan ayah dia kena layan sekali bila dia nak main.


Walaupun kena tahan mengantuk masa nak buatkan pesawat ni, bila tengok muka Aqil masa birthday dia... I'm glad we did!! Sayang anak ayah yang sulung nih. Thanks for being my good, smart & dependable son. Daddy & mommy loves you A LOT!! Muahhss..

Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 2 
Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 3 

Khamis

Me 30th Birthday celebration

Assalamualaikum

This year, unexpectedly.. Birthday aku disambut meriah oleh orang orang terdekat. Alhamdulillah.
Birthday cake sponsored by my boss. Tiramisu. Sebelum tu dah belanja lunch. Hihi.. Gambar ni my opismet yang buatkan..

Balik dari kerja.. My shujin buat surprise party pulak. Sobs.. Terharu. Aku memang tak expect langsung, sebab tahu dia busy semalam…
Birthday cake dari shujin.. Cheesecake strawberry. Siyes tatau nama.. Hahaha..

First attempt shujin buat lasagna. Sedap! Termasin sikit sebab letak parmesan cheese banyak sangat..
Mee goreng by shujin’s makcik.. Untuk juadah makan makan.. hihi..

And then… Another surprise by my besties.. Kaori… Waa.. terharu.. Dan tokey kek Sister’s Cakery telah bersekongkol dengannya untuk bagi surprise birthday cake kat aku..
Bukak je kotak aku terus teringat komen si Kaori semalam. Hahaha..

The sticker..
So.. the whole day aku rasa sangat bersyukur dengan semua wishes dan surprises yang dirancangkan..

Kek last sekali tu aku tak makan lagi sebab dah full gila masa tu. So, balik ni boleh mentekedarah kek lagi. Hoyeh~

Hari ni opis ada organize health day.. Ada check up gula ngan kolesterol. Matiklaaa.. Hahaha..

Daa

Rabu

The day I turn 30

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Happy birthday to me. Thanks to my mom yang ke hulu ke hilir bawak aku dalam perut selama 9 bulan. Yang bersakit sakit melahirkan aku. Yang mengasuh dan mendidik aku menjadi diri aku pada hari ini. Today I'm 30.

Now that I'm older, I wish I can be wiser in making the right decision for myself, for the children and for everyone around me. I knew that "the right" decision will not always be the best, but I guess that is where I can learn from the mistake. And it is how life should be.


Already received my advance birthday present from shujin. Yang terbaring tu artistry refinishing lotion yang super best. And yang standing bersama kotak tu adalah my special gift to myself sempena tukar nombor siri. It is a cleansing foam from Artistry Youth Xtend. Actually advance jugak sebab dah beli masa weekend aritu. Nanti review pasal cleansing foam ni. Serius best gila. Hahaha..

Also, special thanks to Mark Zuckerberg yang sentiasa mengingatkan my FB friend my date of birth. Without the reminder, none of them wish me today or ever know that today is my birthday. Hahaha.. Anyway.. Aku okay je. Sebab aku pun tak ingat birthday kawan kawan.

Daa

Selasa

Advance birthday present

Assalamualaikum

Bulan ni aku masuk tiga siri. Yang ni bukan lagi rahsia. Siap bangga announce kat blog. Ko mampu? Hahaha.. Actually, last month birthday shujin. Biasanya kami tak menyambut. Eksaited sambut birthday anak anak je. Tapi kali ni aku bagi sikit surprise kat dia. Awal awal aku prepare hadiah birthday untuk dia. Walau pun barang yang aku hadiahkan tu bukanlah yang dia nak sangat. Tapi dia sangat terharu katanya. Habis celebrate birthday dia (makan makan kat Rakuzen), terus tanya aku. Birthday aku bulan ni nak hadiah apa. Nak makan apa. Hahahaha..

So, secretly dia belikan aku lotion kegemaran aku. Kebetulan lotion tu dah habis. Sayangnya, surprise dia tak menjadi sebab aku memang akan monitor setiap transaction yang dibuat oleh kad kredit sebab aku yang manage kewangan keluarga. So, bila nampak ada transaction such amount. Aku pun check. Of course la dia tak bagitau aku dia dah beli benda tu. Tapi terkantoi gak. 

Since aku dah tertau. Dia pun bagi je hadiah tu kat aku. Hehehe. Sori shujin. Hadiahnya..?
Advance birthday present. My favorite artistry skin refinishing lotion. Bagi yang tatau lagi pasal lotion ni. Boleh baca review aku di SINI.

Dan aku masih sangat cintakan lotion ni. Thanks for the advance birthday present. Sorry sebab spoiled your surprise. Tapi saya sangat happy :D

Birthday aku hujung bulan.. Hehehe.. Aci tak kalau sendiri buat kek untuk diri sendiri. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com