Jumaat

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 3

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1 

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 2 

Ini bahagian ketiga juga bahagian terakhir pasal Aggressor Mk-II. Cerita kali ni pasal Pod sahaja.



Sebelum sampai hari kelahiran Aqil yang kelima, Aqil memang asyik dengan LEGO Chima (zaman LEGO Ninjago dah lepas, ffuuuhhhh....) Masa menghasilkan Mk-II ni aku nak adakan sedikit rasa Chima supaya tak kempunan sangat hero sulung kami. Jadi belilah sayap pelepah burung dari LEGO Chima. Tak murah jugak walaupun hanya sayap. RM2 sekeping. Lepas dapat pelepah, baru fikir nak bentukkan macam mana podnya. Bentuk akhir pod tu jadi laa macam ni.. Sangat berpuas hati.


Kelebaran cockpit atau tempat duduk juruterbang ialah 6 x6 x 2 1/3. Rasanya cockpit terbesar pernah aku buat. Kerusi juruterbang juga boleh lipat. Ala-ala tempat duduk bahagian depan dalam kereta. Kalau masa buatkan Mk-I dulu, aku gunakan bata yang telah dicetak dengan gambar sebagai monitor dan navigation system tetapi untuk kali ni aku gunakan bata transparent yang kosong. Rekagrafik sebagai navigation systemnya akan dicipta sendiri dan dikongsi pada post akan datang.


Bila dah macam burung, sayap dia mestilah boleh tutup dan bukak. Ini rupanya bila tutup, untuk dimasukkan dekat bay.


Ini pulak rupanya bila sayapnya dikibarkan untuk penerbangan. Ada sendi yang boleh dipusingkan sama ada ke arah depan atau belakang pada bahagian sisi pesawat yang mana digunakan untuk memasukkan pedang/blaster dari LEGO Chima.


Beza saiz antara Pod Mk-II dan Pod Mk-III.

9 comments:

Dr K berkata... [Reply]

ada rezeki, boleh la saya buat ulasan ala ala awak ulas ni...utk set Lego LOTR yg mahalllllll tu! hahahahaha

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

cerita lego ni banyak rupanya Rai...semua untuk kita juga...seronoknya tengok banyak koleksi...

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

x phm sgt sbb x penah amek tau pon pasai permainan nie..hahaha..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

suka tgk tp x pandai nak buat !

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Wah..bleh buat mcm dgn lego ni..kreatif betul ni..

Rai..bli oven cecepat..leh baking2..dan buat meron pan...hehe.leh post sini..kongsi2 cerita baking :D.

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad LEGO Lord of the Ring mostly minifigures. Didatangkan dengan sedikit binaan dari scene Lort Of The Ring. Biasanya peminat Lord Of The Ring akan tersangkut dengan LEGO Castle dikemudian hari. Hehehe.. Kalau nak cari LEGO murah, kat Bangsar Village 2 tengah buat sale. Discount up to 50% dari 23 Niv - 29 Dis 2013. Mungkin kita terserempak disana?
::Shujin::

Unknown berkata... [Reply]

@Kesuma Angsana
Suka tengok, bagus! Tak tau nak buat, tak apa. Sebab minggu depan ada post mengajar. Cikgu yang mengajar tu namanya Aqil. Lepas tengok, mesti boleh buat punya.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

lego ni bguskan utk anak2.. bertuah anak2 dpt ayah yg sukakan lego.. yg ori lak tu.. hihi

aizamia3 berkata... [Reply]

tak puas tengok kat sini.. rasa nak g umah Rai tengok live gitu.. ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com