Pada menyambut hari kelahiran Muhammad Aqil Mubarak yang ke 5, kami suami isteri bersetuju nak hadiahkan set LEGO buatan sendiri. Memang memenatkan bila bina sendiri berbanding beli set yang sediabuat (contohnya Star Wars, Chima, Ninjago, Lord of the Ring, Castle dan lain-lain), tapi atas pengamatan dan pembacaan kami, buat sendiri ni lebih kepada pembinaan karakter supaya asas kanak-kanak lebih teguh tentang apa yang dia nak, kenapa dia nak, macam mana dia nak dan bila dia nak. Set tu mengandungi battle tank, recon-craft, mobile station, starfighter, galaxy cruiser, aggressor, explorer, capsules, minifig dan utilities. A two tables full of sets.
Aku agak terkejut jugak dengan hasilnya jadi aku cadangkan nak buat pertandingan. Hadiahnya merupakan satu set LEGO® First Building Blocks yang baru bernilai RM213.00. Syaratnya ialah, peneka perlu meneka jumlah bata yang digunakan berdasarkan berat seluruh set yang diberikan. Jawapannya perlulah dalam +/-20 keping bata dari jawapan yang tepat dan setiap peneka boleh meneka sebanyak 10 kali. Pertandingan akan dibuka selama sehingga ada pemenang. Kenapa aku nak buat pertandingan tu? Because its gonna be fun. Tapi Rai kata pertandingan untuk blog perlu ada masa yang tetap dan hadiahnya kena bagi jugak kepada peneka yang paling hampir walaupun tekaannya tak dalam +/- 20 bata macam syarat aku. Jadi aku batalkan niat. Sebab? Because its not gonna be fun anymore. Huhuhu.. Maaflah sebab ceritakan hal yang lepas. Balik pada tajuk..
Sebagai hadiah, model aggressor ni cuma dibuat oleh suami isteri tanpa penglibatan Aqil. Masa yang diambil untuk siapkan ialah 12 jam, iaitu 3 jam setiap malam dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi selama 4 malam berturut-turut. Proses tu termasuklah sediakan concept, lakaran, fungsi, percubaan, pemasangan & finishing. Banyak bata LEGO® yang tak cukup masa tu, nak order stok baru pun dah tak sempat sebab harijadi Aqil dah nak sampai. Jadi kami top-up dengan mock-brick (bata buatan china yang bersesuaian dengan LEGO®). Aku agak tak puas hati kat beberapa bahagian tapi hasilnya masih boleh tahan.
Berat unit ni adalah 1.8kg dan menggunakan 1045 keping bata. Mk-II terdiri dari dua bahagian iaitu aggressor dan pod. Walaupun ada dua bahagian, unit ni cuma muat untuk 1 minifig. Hanya pilot je boleh masuk.
Lebar unit ni melebihi 52cm dan panjangnya melebihi 41cm. Tingginya pula adalah 18cm. Dengan saiz yang besar, agak susah untuk Aqil main sorang-sorang dengan unit ni. Biasanya budak-budak akan pegang satu mainan (terutamanya kapal terbang) pada satu tangan tapi, kali ni satu mainan dengan dua tangan. Jadi ibu dan ayah dia kena layan sekali bila dia nak main.
Walaupun kena tahan mengantuk masa nak buatkan pesawat ni, bila tengok muka Aqil masa birthday dia... I'm glad we did!! Sayang anak ayah yang sulung nih. Thanks for being my good, smart & dependable son. Daddy & mommy loves you A LOT!! Muahhss..
Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 2
Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 3
Rabu
Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
10 comments:
Wah...12 jam tu nak siapkan. Mesti Muhammad Aqil teruja kan ☺☺
Tahniah buat akk dan suami...rietta teruja tgk.,.jgnkan si aqil....
Gigih betul Shujin dgn Rai buat ini semua. Tengah malam sampai pagi buta lagi... tapi berbaloilah bila Aqil happy menerimanya.
Kalau kakak suruh teka pun memang tak dapat berapa banyak bata diguna..
alaaa..baru jer nak wassap makcik berapa byk bata pakai..hahahaha..
gigih la korang berdua ni..kalau kami mmg takla..hahaha..
Rai, biasanya klu made in china, blocks nya rapuh kan? Klu sumbing sikit, bila cantumkan antara satu sama lain, dia tak bape teguh. Tapi yg Rai beli ni, mcm ne lak?
Idakle kami nak bergigihan mcm ni Rai. Rai hubby n wifey mmg rajin betul....
cop....LOTR pun ada set Lego nya?
Nak carikkkk!
Sebab kami lakibini tegar LOTR..haha
Rajin Rai dan suami buat dan siap sblm besday Aqil,tahniah pd awak berdua.
hasil yang sangat mengagumkan bagi seorang yang tak reti main lego macam akak ni.. hehehe.. ;)
@Daddy Ziyyad, LOTR ada set legonya.. tapi kalau set jenis camni pepaham je la.. mesti mahal kawkaw punya.. hehehe..
@faraherda.razalan, so far yang kami guna tak pernah patah atau pecah. yang patah tu biasanya brick lego sebab lego keras. tapi brick made in china ni selalu melentik/melengkung.. so kalau brick lebar dan panjang masalah sikit la.. still.. kitorang puas hati dengan harga dia.. sbb agak berganda murah berbanding lego.. hehe..
Catat Ulasan