Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan

Jumaat

Mesin deposit duit syiling di Maybank

Assalamualaikum

Haa.. Korang pun mesti ramai yang belum tau. Sekarang Maybank dah ada mesin untuk deposit duit syiling tau!!


Cara untuk deposit duit syiling berbeza sikit berbanding dengan deposit duit kertas sebab still nak kena ke kaunter.

(1) Pilih bahasa
(2) Masukkan duit syiling dalam slot duit yang disediakan
(3) Ambil resit
(4) Isikan borang slip deposit
(5) Tunjukkan resit dari mesin deposit dan borang ke kaunter pada hari yang sama

Ianya satu permulaan yang baik, tapi aku rasa better diorang buat proses sama macam nak deposit duit kertas. Leceh la kan nak kena beratur dua kali nak beratur kat mesin, lepas tu pegi kaunter pulak. Buang masa. Baik terus ke kaunter je.

Tapi paling senang cari kedai runcit atau peniaga, tukar coin ngan diorang. Mudah cepat dan tak payah isi borang. Kehkehkeh..

Bagi yang nak tengok kat mana boleh jumpa mesin ni, boleh rujuk pada laman web rasmi Maybank Malaysia.

Coin anak anak kami tukar kat kedai runcit je. Hehe.. #Nakraya ni mesti banyak yang dapat syiling pergi beraya kan. Eh ada lagi ke yang bagi duit syiling masa raya. #semuapunnakbohhashtag. #Gedik. Hahaha

Daa

Rabu

Mentaliti

Assalamualaikum

Nampak tak dia tulis apa..?

Aku jumpa dalam paper Metro.

"Mohon PBT berkaitan bantu bersihkan longkang di sekitar Kampung Ubi baru yang menjadi tempat nyamuk bertelur"

Aku paling tak suka jenis macam ni
(1) Yang pi buang sampah kat longkang tu pasaipa?
(2) Dah sendiri buang sampah, pandai pandai la bersihkan sendiri

Memang lah boleh kata ianya tanggungjawab jabatan sekian sekian untuk bersihkan. Tapi tanggungjawab penduduk setempat jugak untuk bersihkan. Kan kampung sendiri. Jaga kebersihan kampung sendiri pun satu tanggungjawab penduduk jugak. Kalau dah tau nyamuk membiak, takkan nak tunggu PBT jugak bersihkan. Satgi ada kes denggi bagai ke apa. Salahkan PBT sebab lambat bersihkan. 

Tolong ya penduduk Kampung Ubi Baru. Cepat cepat bersihkan longkang tu sama-sama. Gotong royong sekejap apa salahnya.

Daa

Khamis

Menyesal di sini kahwin dengan di sana

Assalamualaikum

Terbaca kisah kahwin cerai selebriti terkenal. Aku rasa korang pun tau. Heboh sana sini.. Tak perlu la aku repot repot nak tulis nama kan.. Hahaha..

Salah satu komennya.. Menyesal sebab buat keputusan kahwin terlalu awal..

Ciss.. Aku rasa apa pun alasannya, tak perlu kot nak komen macam tu. Ko kahwin kahwin dah dengan orang tu. There must be something good about the marriage and the partner. Sebab tu ko kahwin dengan dia. Dan lagi. Dah ditakdirkan ko kahwin dan jodoh takat tu je.

So tak perlu kot buat statement yang begitu..

Kisah lain.. Baca pulak pasal kos nak ambik maid indon akan bertambah sampai belas ribu. Haihh.. Kalau zaman aku boleh buat kenduri kahwin sekali lagi dengan duit banyak tu.. Hahaha..

Betul la kan dialog dalam cerita P. Ramlee tiga abdul dulu tu.. Jual orang lebih untung dari jual unta :P

Nota kaki : Kes takde idea nak update apa..Mode kebuluran pulak..

Daa

Isnin

Isnin la beb!

Happy working!!

Selasa

Kerja masa muda

Assalamualaikum

Mutiara kata di pagi hari..

Daa

Jumaat

Dikala masih ramai orang miskin tegar

Assalamualaikum

Berita muka depan The Sun "Record RM520,000 bid for WWW 1"

No plat kete je pun...

Tah pape..

Nota kaki : Konon sibuk hari ni.. Banyak hal banyak kes. Serabut perut aku. Nak makan pun tak senang.. Heh.

Daa

Selasa

92.5% rakyat Malaysia tak makan secara sihat

Assalamualaikum
Hasil dari laporan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ni, cuma 7.5% rakyat Malaysia makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. Bermaksud 92.5% lagi tak mengamalkan pemakanan sayur sebanyak lima hidangan seperti yang dicadangkan.

Oleh itu tak hairanlah kalau ramai orang yang secara luaran nampak tak sakit, tapi sebenarnya bukan sihat pun. Dan memang tak terkejut lah kalau sampai hari ini takde tanda tanda sakit. Esok lusa tiba-tiba je collapse, sakit jantung, masuk ICU. Innalillah.

Walau pun aku rasa ramai orang sangat cemerlang dalam peperiksaan sains dan kenal rupa piramid makanan, tapi masih ramai yang gagal nak apply pengetahuan tu dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa ramai yang cemerlang dalam peperiksaan tapi dalam kehidupan realitinya ramai yang gagal. Sebab kebanyakannya gagal untuk apply pengetahuan yang dapat di sekolah pada kehidupan seharian.

Salah kementerian pelajaran atau salah cikgu, murid zaman sekarang belajar untuk peperiksaan bukan belajar untuk kegunaan hidup. Apa pun. Tak hairan kalau kita tengok doktor yang tak cukup fit,smoking. Cikgu yang berperangai macam samseng, sepak terajang anak murid. Akauntan yang bankrupt.

Kalau ada pengetahuan, tapi tak digunakan adalah sama macam tak tahu apa-apa.

Nota kaki : Nak suruh sihat pun susah kan..Banyak je alasan. Sibuk lah. Tak sempat lah. Ngadap Astro ada masa pulak :P

Daa

Ahad

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca dan follower Ourkizuna, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha. Semoga selamat menjalani ibadah korban bagi yang berkorban. Jangan sampai ada yang terkorban di jalan raya atau kerana bermain mercun. Ingatlah pada insan-insan yang anda sayangi.
Nota kaki : Kali ni kami balik beraya di kampung shujin di Kelantan. Selamat bertemu lagi.

** Entry autopublish :D

Daa

Selasa

Mula-mula nak happy lepas baca kisah budak tak sunat dah bernafsu binatang ni aku terus bengang

Assalamualaikum


Hari ni aku sampai ofis awal sebab shujin dah malas dan penat dengan jem kat depan ofis aku ni. Naik lenguh kaki katanya. Aku memang jarang sampai ofis awal. Sama ada sharp sharp atau pun lewat. Hahahaha.. Tapi kerja siap tawww.. Bos sayang gitu.. Wekkkkk~

ok..ok..Oleh kerana aku masuk ofis awal aku ingat nak cerita sikit pasal buku ilmiah yang menarik bagi sesiapa yang berminat nak menambah ilmu pengurusan kewangan dan motivasi untuk menambah pendapatan. Oleh kerana aku tengah hangat gila lepas baca pasal gang rape budak tak ambik UPSR lagi dah merogol dan meliwat kanak-kanak umur 7 tahun, Aku ada anak pompuan, anak lelaki sorang. For sure berita macam ni sangat sangat sangat super menakutkan.

Salah satu point yang aku sangat-sangat setuju dengan eyriqazz adalah

Ibubapa sibuk mencari rezeki di atas kos sara hidup yang semakin menghimpit sampaikan anak-anak semakin terabai

Aku sangat-sangat setuju! Aku tak nafikan, zaman sekarang ni dah memang macam wajib isteri bekerja untuk tolong pendapatan keluarga. Tapi bila kerja sampai nak kena OT. Balik jauh malam. Kebajikan anak terabai. Kebajikan suami terabai. Pendidikan anak tah kemana-mana. Jangan lupa, tugas utama seorang isteri adalah mendidik anak-anak. Bukan cari rezeki. Nak tolong suami cari rezeki boleh. Tapi jangan sampai abaikan tugas yang wajib kita laksanakan.

Demi dia

dan dia
So aku memang meWAJIBkan diri aku menjadi seorang ibu sepenuh masa untuk anak-anak sebelum diorang start sekolah. So aku boleh hantar dan ambik diorang. Boleh temankan diorang sepanjang masa. Boleh tengokkan pelajaran diorang. Biarlah kalau diorang naik malu dengan kawan-kawan sebab dah besar pun mak hantar ambik ke. Tapi aku nak pastikan keselamatan diorang.

Aku tau zaman sekarang jiran-jiran pun sibuk. Masing-masing dengan hal sendiri. Tak ada masa nak tengok-tengokkan anak-anak aku. So anak aku tanggungjawab aku. Aku tengok sendiri.

Marah gila baca berita macam ni. Ni semua gara-gara ada movie drama bodoh, gila seks macam cerita bohsia natam tu la..3GP.com la.. Banganglah pengarah kat Malaysia ni. Selagi yang kena rogol tu anak dara dia selagi tu lah dia tak stop buat cerita takde moral macam tu.

Nota buat shujin : Sama-samalah kita lipatkaligandakan usaha supaya saya boleh jadi ibu sepenuh masa sebelum Aqil mula sekolah. MMMMuuaaahhhh.. Sayangggg awakkkkk~~

Daa

Jumaat

Bangga dak? Malaysia no 19 paling selamat di dunia

Assalamualaikum

Actually berita ni dah agak basi. Tapi aku nak jugak letak. Hehehe..

MELAKA 23 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.

Beliau berkata, kedudukan itu boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan juga pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah. Katanya, walaupun usaha berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun ia juga akan bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

"Kita mahu negara kita bukan sahaja kekal (paling aman dan selamat di Asia Tenggara) tetapi mudah-mudahan Malaysia berada dalam ranking sepuluh teratas antara negara paling selamat di dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain. - Bernama

Rasa-rasanya kalau negara kita no 19 paling selamat, macam mana agaknya negara yang duduk kat nombor 25 kan. Macam mana lah diorang kira indeks keselamatan sesebuah negara. Kat Malaysia sekarang ni duk dalam rumah pun tak selamat. Toksah kira penyamun pecah masuk. Keluarga sendiri pun boleh rogol, dera anak-anak kecil sampai berlaku kematian. Wahhh.. Selamatnyaaaa..

Aku bukan nak sombong sebab aku pernah rasa duduk kat negara orang. Tapi zaman aku belajar kat Jepun dulu aku tak heran kalau kena balik dari lab pukul 12 malam. Naik basikal sorang-sorang. Walau pun sunyi, tapi aku tau takde orang nak kacau aku. Kalau tetiba tengah malam rasa lapar nak ke konbini pun tak takut. Malah aku pernah travel dengan kawan pompuan aku dan tidur kat stesen keretapi. Balik Malaysia aku rasa sangat tidak selamat. Sangat takut.

So aku seriously tak paham apa maksud negara ke 19 paling selamat kat dunia. Siang-siang buta kena samun, kena rompak, ragut, bunuh, tikam. Baca tak indeks kematian orang awam yang ditembak oleh polis? Tak silap aku lebih ramai orang awam kena tembak mati oleh polis berbanding polis mati kena tembak dengan penjenayah. Tak menakutkan?

Korang rasa Malaysia ni selamat ke?

Nota kaki : 3 tahun je aku duduk kat Jepun. Somehow aku rasa aku lebih sukakan Jepun dari Malaysia. Aku ni memang takde rasa cinta kat tanahair aku sendiri. Maybe sebab aku lebih banyak kenangan pahit kat Malaysia dari kat Jepun. Kalau diberi peluang, aku lebih rela besarkan anak-anak kat negara lain dari kat Malaysia. Kat negara yang memang sah-sah kafir senang kita nak tunjuk pada anak-anak contoh tak elok. Si polan tu tak pakai tudung sebab dia bukan muslim. Kat Malaysia, makanan ada cop halal pun aku masih rasa ragu.

Daa

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Ni mungkin posting terakhir aku sebelum Syawal. Tengah malam ni atau esok pagi aku bertolak balik kampung mak aku kat Kulai, Johor. So kat kampung nanti kemungkinan besar aku memang takde update blog ni. Lepas raya baru aku kembali bersiaran.

Buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger, aku mintak maaf kalau ada penulisan aku yang menyinggung perasaan atau menyakitkan hati sesiapa. Kalau ada yang rasa penggunaan "aku" dalam penulisan aku ni kasar sangat, minta maaf banyak-banyak. Aku memang begini. Hehehe..

Bagi yang nak pulang ke kampung hati-hati bawak kereta. Kunci rumah betul-betul. Kalau ada alarm, periksa dan pastikan alarm berfungsi dengan baik. Kalau takde alarm dan nak buat pesanan boleh koling koling aku. Aku datang pasang. Hahaha. Jangan lupa pastikan kenderaan yang diguna dalam keadaan baik. Barang-barang jangan ada yang tertinggal. Kuih raya, kasut raya, baju raya. Jangan dah sampai kampung baru menangis tak berlagu.

Kalau ada sesiapa yang beraya kat Johor nak datang singgah beraya rumah mak aku dipersilakan. Akak aku tengah bertungkus lumus buat kuih raya tu. Jom kita perabis kuih dia pulak. Sebab kuih raya yang aku buat memang da lama abis.

Birthday budak ni raya ke-13, shujin pulak raya ke-5

Selamat Hari Raya juga dari budak buas, hari-hari gigit abang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya allah panjang umur lepas raya kita jumpa lagi.

Babai~

Daa

Khamis

Aunty ku dara

Assalamualaikum

Bulan-bulan puasa ni ada jugak orang search keyword pelik pelik berbaur kelucahan kan. Macam mana lah boleh sangkut kat blog aku ni. Hampeh betol..


Aunty aku rasanya semua dah tak dara dah. Anak dara ada lah.

Bihun kukus tu boleh rujuk SINI

Bon kerajaan Malaysia hampir sahih adalah satu penipuan. Jangan risau. Duit tu memang takde, dah kena baham dek pengasas bon. Padan ngan muka korang. Sapa suruh jadi tamak tapi pemalas.

Kerap buang air kecil biasanya adalah tanda-tanda ada kencing manis atau sakit buah pinggang. Kalau rasa nak kencing sangat-sangat tapi bila sampai kat bilik air keluarnya sikit tu maksudnya ada masalah la tu. Cepat-cepat jumpa doktor ya. Tapi kalau tak biasa minum air banyak, tetiba minum 2-3 gelas pun kerap kencing jugak :D

Nasi daging yang aku buat memang guna beras biasa je. Cuma rupa parasnya tak secantik nasi daging yang guna beras basmathi lah kan. Resepinya aku ambik dari Majalah Rasa - Nasi  Daging Kebuli. Mudah je. Blender semua bahan. Lepas tu tumis. Lagi mudah sebab aku guna pressure cooker. Lebih kurang 15-20 minit dah siap. Daging lembut cantik je.

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia letaknya kat Jepun. Seram gilaaa..

Vitamin untuk kecantikan ni ada banyakkkk.. Biasanya aku cadangkan ambik Vitamin ACE. Jenis-jenis anti oksidan. Dengan gabungan krim muka dan pencuci muka yang bersesuaian, kulit nampak lebih cerah, lambat kedut.

Sekian laporan keyword terhangit kat Ourkizuna minggu ini.

Nota kaki : Entry orang malas berfikir. Konon kerja banyak. Hoho..

Daa

Selasa

Review Juvana episod terakhir TV3

Assalamualaikum


Sebenarnya cerita juvana ni aku takde la tengok tetiap episod. Asyik missed je sebab aku tak suka sangat tengok berita TV3. Aku tengok TV9. So da pukul 9 tak perasan. Tapi semalam diorg kepoh-kepoh kata Juvana nak episod akhir dah aku pun memaksakan diri aku tengok berita TV3. Berkobar jugak la. Pukul 9 tepat aku terpacak dah depan TV3.Hahaha..




Mungkin aku kurang layak nak bagi review sebab aku tengok beberapa episod je (termasuk episod pertama dan terakhir..hehe) Tapi aku nak jugak review sikit-sikit.

Aku tak berapa nak faham kenapa yang Cikgu Ariffin yang sampai suku episod tu dia join geng Tuan Raja tu  tiba-tiba berpaling tadah selamatkan Cikgu Zakiah. Dari segi plot tak berapa nak saspen bila semua nak lari tapi kena tangkap balik tu aku rasa ok dah. Tapi agak kurang logik bagi Daim yang kena tikam dengan Botak kat tepi pinggang tu boleh bertahan sampai malam. Biasanya orang kena tikam kalau tak cepat-cepat pergi hospital boleh pengsan sebab hilang banyak darah. Berdasarkan pengalaman aku la. Damia luka aritu pun tidur sepanjang malam sebab hilang banyak darah. Tapi Daim siap boleh berdiri tegak elok je masa polis sampai tu. Siap takde ambulans datang ambik pun. Caya lah.


Bagi aku dari segi endingnya yang happy ending untuk Daim tu takde masalah. Tapi aku tak best sebab endingnya terlalu typical (Daim tu jadi cikgu mengajar kat situ. siap pakai sunglasses datang melapor diri.ceh!! poyo gila) Aku rasa ending akan lebih menarik lagi kalau dia tunjuk apa jadi kat semua bebudak yang duduk dalam tahanan tu selepas 10 tahun. Macam ala-ala cerita grid iron gang gitu. Ye lah. Secara realiti nya tak semua budak yang keluar dari tahanan tu akan jadi baik. Ada yang jadi lagi jahat. Ada yang jadi baik. Ada yang masuk penjara.


Untuk sebuah cerita melayu. Endingnya semua orang pun suka. Nasib baik dia tak tunjuk yang Tuan Raja tu tetiba jadi gila kan. Kalau tidak memang confirm jadi cam typical cerita melayu punya ending. Hahaha..


Daa

Tak mengenang budi

Masa pergi rumah datuk belah mak aku aritu, datuk aku sibuk la berkempen tentang jasa-jasa kerajaan. Biasa la orang veteran memang kuat sokongannya pada kerajaan. Antara dialog nenek aku yang aku paling tak boleh terima adalah "waktu kita susah dulu sapa kutip kita"

Hehe..Nak gelak pun ada. Aku dengan goshujin sama bukanlah nak kata benci sangat pada kerajaan. Tapi dah naik menyampah dengan cerita dongeng dan wayang yang ditayangkan tiap hari. Bukan aku ni tak reti bersyukur. Tapi sudah sudah la tu.

Lagiii la bila ada orang cakap jenis jenis macam tu. Agak panas jugak la masa tu. Kalut mak aku bagi signal supaya kitorang stop dari bertekak ngan datuk aku. Buatnya orang tua tu sakit jantung. Naya je..Hehehe..

Apa pun pilihan raya akan datang ni aku harap semua orang yang cukup syarat mengundi pergi mengundi. Undi siapa yang korang rasa layak. Yang sanggup bersusah payah demi rakyat. Siapa pun pilihan kita, bukan sebab aku ni tak kenang budi. Aku tak boleh living in the past. Kena terus melangkah. Yang jasanya dulu memang dikenang. Tapi yang akan datang pun nak kena fikirkan juga. Harap pilihan raya akan datang akan cukup BERSIH.

Baca nih : Politik gaya melodi & galaksi

Jumaat

Paling praktikal

Pernah tak terfikir yang baju traditional masyarakat Melayu adalah antara baju paling praktikal berbanding baju bangsa lain kat dunia ni. Dari jenis kainnya yang selesa dipakai dalam kebanyakan cuaca sampai la ke bentuk baju yang mudah dikendalikan dan sesuai untuk di pakai dalam apa-apa acara sekali pun. Nak pergi pejabat pun boleh pakai baju kurung kan..

Sumber Google

Aku bukan nak kutuk pakaian traditional masyarakat lain. Cuma pada pandangan aku, pakaian mereka kebanyakannya kurang praktikal. Beli mahal-mahal hanya untuk digunakan setahun sekali dua kali atau pada acara-acara yang sangat penting je. Tak boleh nak jadikan sebagai pakaian harian. Mungkin ada yang berpendapat kalau dah pakai hari-hari takde la rasa istimewa. kan kan.. Itu pandangan masing-masing la.


Aku teringin nak pakai cheong sam, tapi seksi sangat

Saree pun cantik jugak..merelip relip

Aku suka warna Hanbok korea ni

Kimono ada yang sampai 7 lapis, berejam nak memakainya saja

Isnin

Sambutan Hari Bapa

Seperti biasa aku memang tak pandai nak celebrate celebrate benda ni. Masa mother's day pun goshujin sama (encik somi) tak wish pon kat aku. So aku pon saja-saja malas nak wish kat dia. Kebetulan pulak semalam kami ke konsert (tinggal anak-anak dengan baby sitter di rumah for the first time..hihi) So adalah diorang wish kat bapa-bapa. Hampeh gilaaa... Aku pun bagi dia quick peck kat pipi dan ucap selamat hari bapa dengan hati separuh ikhlas.. Hahahaha...

Tu pun lepas dia buat ayat separuh merajuk kata semua org dapat wish. Chaitt.. Lepas wish aku pon kata, alaaa masa mother's day pun aku bukan ada dapat wish ke apa ke..Jahatnya aku..

Tapi aku memang ada buat mango cheesecake. Padahal aku yg lebih2 teringin nak makan..bukan utk father's day pon..Tapi aku kata la..Ni aku buat cheese cake utk celebrate father's day nih. Ucapan dihujungnya adalah seperti berikut

"Ye la..masa mother's day kita bukan ada buat apa ponnn" sambil aku tersenyum meleret membiarkan goshujin sama dijangkiti perasaan bersalah. Hahahaaa..

Konsert yang aku tengok semalam bukan konsert apa pon. Ada cultural dance dengan si penyanyi AF tu..ape ke dah nama dia..yang nyangi lagu sambil melompat2 menari bagai tu. aaaa.........Ah..Stacy..Lagunya quite catchy. So ok lah. Takde la rugi spend RM35 sebab dapat Tshirt dan ilmu bagai kan..

Aku cakap kat goshujin sama. Bagus jugak sesekali tinggalkan anak keluar berduaan begitu. Tapi dalam hati aku tak abis-abis risaukan mereka. Takut tak cukup makan la apa la. Nasib baik dapat baby sitter yang boleh diharap.

**Baby sitter kami lelaki tau. Budak baru abis skola..Hehehe..

Rabu

Turun jua akhirnya

Sumber SINI

RON97 turun 10 sen mulai tengah malam ini.

Biar pun hanya seposen.. Ada la kurang sikit..Minggu depan balik kampung. Jimat la lebih kurang lapan hengget.. hehehe..

Err..RON95 bila pulak..Hahaha..dasar beri betis nak paha :P

Jom Join Bloglist -Belogfarr-




Klik untuk join

Jumpa kat blog Tini

Jantina saya : Girl

Syarat-syarat penyertaan :
Seperti biasa, follow Belogfarr. Bagi yang dah follow, takyah follow dah laa.
Buat satu entri tajuk : Jom Join Bloglist -Belogfarr-
Letak banner kat atas tu dalam post kalian. Linkkan ke belogfarr ye!
Dalam entri tu, bagitau la kalian ni boy or girl. Nanti senang nak asingkan.
Tag sekurang-kurangnya 3 orang or lebih dan pastikan diorang tahu.
Bagitau siapa Referer kalian. Kalu dapat tau dari blog ni, tulis nama Rai
Tarikh tutup : 20.06.2011


Saya Tag Faizah's

Referer saya ialah Nini Hartini

Persiapan menjelang Ramadhan

Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Aku belum habis ganti puasa okeh! Bila tandem nursing ni macam tu lah. Timing nak ganti puasa tu payah sikit. Asyik terlepas bangun sahur je. Bulan ramadhan kali ni kali kedua aku sambut dengan tandem nursing. Aku sebenarnya plan nak wean Aqil sebelum masuk Ramadhan. Tapi nampak gayanya macam terpaksa continue je. Aku dengan husband tak sampai hati lagi. Aqil totally tak sedia nak stop breastfeed. Aku cuma harap aku larat. Maybe nak kena ambik multivitamin lebih sikit supaya tak keletihan.

Macam puasa yang lepas kali ni pun aku berazam nak kurang-kurangkan membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan. Alamatnya heavy duty lagi lah pressure cooker tu. Actually sekarang pun aku dah gunakan pressure cooker on daily basis. Masak apa pun semuanya guna pressure cooker. Cepat, sihat dan mudah! Aku cuma perlu prepare bahan-bahan yang nak dimasak macam peel bawang siap-siap, blend cili kering, siang ikan dan ayam supaya bila nak masak tinggal campak je semua sekali. Antara menu peberet aku bulan puasa nanti nasi daging, sup dan nasi bariyani. Masa menyediakan bahan dikurangkan dengan siapkan bahan-bahan awal-awal. Manakala masa memasak dikurangkan dengan penggunaan pressure cooker. Alhamdulillah husband pun jenis boleh diharap kat dapur, so kalau aku malas, dia boleh memasak. Kalau dia malas aku la memasak. Tapi kalau dedua malas, jawabnya makcik bazaar ramadhan jugaklah yang kena memasaknya...

Kalau boleh biarlah tahun ni aku dapat buat lebih sikit solat sunat terawikh dan bertadarus sepanjang  ramadhan. Supaya aku jadi hamba, anak, adik, kakak, isteri dan ibu yang lebih penyabar. Semoga aku lebih bertabah hati dengan segala dugaan dan ujian yang diberikan. Aminn..

--------------------------
Join SAYS.MY and earn
Demonstrasi PERCUMA Multifunction Pressure Cooker - Hubungi ourkizunastore@gmail.com

Tiket murahan?

Satu ketika dulu di zaman remaja aku suka la jenis travel travel ni. Zaman tu kalau travel aku travel secara bimbo ryoko (pelancong miskin). Kalau omputeh diorang panggil backpackers kot naa..hehe..Masa skola skola.. peduli apa takat tido tak tentu hala tu kan..Kota London dan Paris adalah antara tempat yang aku sempat pergi masa study dulu. 

Ye la..masa tu kaya dengan duit scholarship. Aku simpan sikit-sikit. Masa cuti musim bunga, aku pun ambik flight MAS dari Jepun menuju ke Paris via Malaysia. Tiket tu open 3 bulan. So aku sempat balik rumah seminggu dua sebelum berangkat ke Paris. Nak dijadikan cerita, aku dengan member aku tu check in lambat. Seat kelas ekonomi yang sebelah menyebelah da abis. So diorang upgrade kitorang masuk ke business class. Haha..cam orang kaya pulak. Makanan mewah gilaaa.. Steward dengan stewardess semua ingatkan kami ni anak pilot. Cheit..

Dari Paris aku ke Kota London. Kemudian balik Malaysia dan terus berangkat ke Jepun semula. Harga tiketnya? Murah saja. Untuk open ticket 3 bulan tu cuma 900,000Yen. Kalau convert duit Malaysia dalam RM3k. Aku consider murah la kan..sebab kalau dari Malaysia ke Jepun saja pun cikai2 dalam RM2k. Dapat ke London dan Paris pulak..Bonuss bila dapat naik business class..Kenapa tiba2 aku bukak story melancong2 ni..Nak berlagak ke...takde lah. Aku nak share MAS punya deals.

Travel ke London from RM1609 saja. So kepada sesiapa yang da lama teringin nak ke tempat berlangsungnya the famous royal wedding tu cepat2 la book sebelum kehabisan. 

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com