Memaparkan catatan dengan label Birthday cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday cake. Papar semua catatan

Selasa

Happy (belated) Birthday Nurul Atiqah Damia

Assalamualaikum

Fuuhh. Sibuk mengalahkan DO sekarang ni. Jangan kata nak blogwalking.. Nak jengah blog sendiri pun susah. T_T

Banyak event yang tertinggal nak update. Ini adalah salah satu latest event kami sekeluarga. Sambutan birthday Damia yang digabungkan dengan sambutan birthday Aqil Mubarak. Kenapa gabung? Birthday Damia semalam (10 June). Yang ke empat tahun. Birthday ke enam Aqil Mubarak jatuh pada 11 September. Tapi sebab due date aku 12 September, aku takut birthday dia tanpa apa apa sambutan atau lambat sangat. Sedangkan tuan punya badan dah tak sabar sabar nak dapat hadiah birthday.

So, lepas balik dari Johor aritu, aku terus bergegas buat persiapan birthday party diorang berdua. Tak berapa nak party pun. Just makan makan dengan keluarga terdekat je.

biasa la kami buat kek homemade tema ikut permintaan anak anak
Kek kali ni besar.. Aku bakar 3 keping kek potong jadi dua keping setiap satu. So jadi 6 keping tu kami buat satu kek besar dengan tema Hello Kitty dan Star Wars atas permintaan birthday girl dan boy. My deari friend tauke kek dengan generousnya telah menghadiahkan kami 1kg fondant untuk kami buat kek kali ni.. Tapi oleh sebab dah takde idea sangat masa last minute tu. Kek tu nampak lebih kepada Hello Kitty dan lambang star wars nya cuma nampak yang robot kecik pengiring R2D2.
Nevertheless.. Diorang happy dengan kek tu.. Walau pun hello kitty come out tanpa misai.. Hahaha..
Maunya dia tak happy.. Ada bintang.. Ada figurin hello kitty, bunga dan butterfly kegemaran dia.. Hehehe..

Hadiah untuk mereka.. Aqil buat muka sedih sebab baru lepas kena marah terlebih lompat sana sini. Hehehe.. Damia of course happy for whatever hadiah yang dia akan dapat..

Bila sampai masa makan kek.. Tengok siapa yang paling happy..?

 Aku tak sure berapa banyak dia makan..
 Malam masa kakak dengan abang dah tidur.. Dia layan kek seround lagi...

Dan melaram hadiah kakak..

Beg hello kitty.. Nampak gayanya ibu kena belikan jugak satu untuk budak kecik ni..
Hadiah Aqil Mubarak..? The best.. Biarlah shujin cerita pasal tu. Hehehe...

Since balik Johor kepenatan.. Ahad malam aku dah sakit satu badan, sakit kepala dan muntah muntah.. Nak pengsan T_T

Daa

Khamis

Me 30th Birthday celebration

Assalamualaikum

This year, unexpectedly.. Birthday aku disambut meriah oleh orang orang terdekat. Alhamdulillah.
Birthday cake sponsored by my boss. Tiramisu. Sebelum tu dah belanja lunch. Hihi.. Gambar ni my opismet yang buatkan..

Balik dari kerja.. My shujin buat surprise party pulak. Sobs.. Terharu. Aku memang tak expect langsung, sebab tahu dia busy semalam…
Birthday cake dari shujin.. Cheesecake strawberry. Siyes tatau nama.. Hahaha..

First attempt shujin buat lasagna. Sedap! Termasin sikit sebab letak parmesan cheese banyak sangat..
Mee goreng by shujin’s makcik.. Untuk juadah makan makan.. hihi..

And then… Another surprise by my besties.. Kaori… Waa.. terharu.. Dan tokey kek Sister’s Cakery telah bersekongkol dengannya untuk bagi surprise birthday cake kat aku..
Bukak je kotak aku terus teringat komen si Kaori semalam. Hahaha..

The sticker..
So.. the whole day aku rasa sangat bersyukur dengan semua wishes dan surprises yang dirancangkan..

Kek last sekali tu aku tak makan lagi sebab dah full gila masa tu. So, balik ni boleh mentekedarah kek lagi. Hoyeh~

Hari ni opis ada organize health day.. Ada check up gula ngan kolesterol. Matiklaaa.. Hahaha..

Daa

Selasa

The bright red and delicious red velvet cup cakes

Assalamualaikum

Aktiviti makan makan tak habis habis dari semalam kan. Hahahaha.. Yang ni aku tak buat. Aku order dari Yana Sister's Cakery. Harganya? 6 ketul cuma RM12. Siap dapat diskon RM2. Duit raya haji anak anak katanya. Hehe.. Sangat murah hati Yana ni tau..
Cream toppingnya messy sebab Damia terdudukkan..
oh tapi jangan risau.. dalam packaging.. buat direct.. hehehe
Serius lembut gebu gila
Aku memang tak pernah makan red velvet yang dijual kat kedai.. Aritu buat main ikut je resepi. Hahaha.. So kali ni aku beli kat Yana sebab nak tau rasa dan tekstur sebenar red velvet cake ni. Serius memang sedap gila. Berbanding kek yang aku buat untuk birthday Aqil aritu, kek ni lebih lembut dan gebu. Dari segi rasa dah ada sipi sipi dah yang aku buat tu. Hahaha..

So I learned a lot just from tasting a cake kan. Tapi Yana memang tak lokek ilmu okay. Dia share banyak tips membaking. Kalau nak tengok cake yang di deco dan jugak tips membaking, boleh Like page Sister's Cakery di FB. Blog pun ada. Kalau ada yang berminat nak dapat kek PERCUMA. Boleh join lagi Giveaway diorang. Ada penghantaran sampai ke Utara tauu..

Selamat mencuba.

Daa

Sabtu

Sambutan ulangtahun Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Birthday Aqil kami sambut sederhana. Since takmo delay sambutannya, kami sambut sama kami je. Tanpa sambutan besar besaran. Makanan dan kek buat sendiri.











Kek red velvet deco huduh huduh, cheesy meatball konon ala pizza hut, mac & cheese. Actually ada mille crepe doyan. Tapi tak keluarkan dari peti sejuk lagi.

Yang paling laku adalah cheesy meatball tu. 20bijik tak cukup woo.. Nanti nak kena buat lagi katanya..

Daa

Jumaat

Happy belated birthday Abang Aqil

Kecik kecik main PS2







Birthday Aqil 11 September. Hari Rabu aritu. Aku cuma buat kek dan sikit makan untuk our small family. Takde party beria pun. Tapi tuan punya badan sangat happy sebab dapat hadiah grand dari ayah. Senyum je for the whole day.

Semalam duk dengan ayah. Dia request kata malam nak tidur sendiri. Bila shujin nak keluar pergi ambik aku, dia kata dia da besar, nak tinggal kat rumah dengan Damia. Ayah bawak Aisy je. Puas pujuk ajak ikut sebab tak pernah tinggal pergi jauh. So shujin bawak jugak. Next time bila ibu dengan ayah pergi dekat dekat abang tinggal okay.

Makin besar da anak ibu. Tahun depan nak sekolah dah.. T_T

Happy birthday sayang.

Daa

Rabu

Kisah Birthday kek Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Asalnya semalam shujin nak beli je kek. Takut aku penat. Tapi tau la perangai aku ni. Bukan pasal yang kedekut tu. Tapi aritu da buat kek untuk birthday Damia. So tak adil la kalau kek Aqil ni aku nak beli. So gigih la nak mengekek demi bujang kesayangan.

Sampai je rumah terus bersilat mengekek. Kek pilihan birthday boy adalah "kek strawberry yang dibakar dalam oven". Shujin mencadangkan cheesecake. Setelah menggoogle seadanya aku memilih Light Strawberry Cheesecake (resepi dari Hasue : Light Blueberry Cheesecake ) 

Di lepa dengan whipped cream dan strawberry filling. Hias dengan strawberry bagi menunaikan permintaan birthday boy.

Proses melepa. Kek tak sempat nak sejuk sangat

Meletak filling

Nak siap dah

Jom nyanyi~
Yang kelakarnya, si Damia heboh nak selit gak. Dia kata ni birthday abang dengan kakak kan :P. Puas kitorang menafikan. Tapi dia ok je. Dia yang banyak makan kek dari abang.

Kek ni lebih sedap kalau disejukkan dulu. Tapi kitorang makan je semalam. Cheesenya tu kurang terasa sangat. So aku dengan kejamnya tak bagi diorang habiskan. Sebab nak rasa yang sejuk punya :P. 3/4 simpan dalam peti sejuk.

Pagi tadi makan sikit. Waaa.. memang sedap. Walau pun light je rasanya. Tapi memang sedap weh. Shujin tanya "bahan ada lagi kan.. Nanti boleh buat lagi" Erkk.. Seb baik tak susah sangat...

Daa

Isnin

Homemade cake yang nampak homemade - redha

Assalamualaikum

 

Percubaan pertama mendeco cake. Huduh la jugak. Rasanya ok. Tapi buttercream frosting nya agak muak kalau tak makan masa sejuk. So aku letak dalam peti sejuk sebelum makan. Takde majlis apa. Potong kek pun dah petang sebab pagi tu aku sibuk mendeco. Anak anak pulak mandi buih tengah tengah rumah. Ok. Sila jangan bayangkan apa apa. Sebarang pertanyaan tidak akan dilayan. Hehehe.

 

Oh..dan lagi..kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan. (poyo gila statement) Konon nak buat kek hijau. Tapi oleh kerana orang orang kat rumah ni 2 orang suka kek vanilla (atiqah dengan shujin) dua lagi suka kek coklat (aku dengan aqil) so untuk fair aku buat dua dua. Takde kek hijau.

Cake mix untuk kek vanilla

Kek atas redai..saiz tak sama okeh..

Dicobek Aqil yang tak sabar sabar nak makan..Sebenarnya kek aku buat Jumaat malam, tapi tak sempat nak deco. Budak budak tu memang dah

Tak sabar-sabar nak makan. Tau tau je Aqil dah cobek sikit. Sabo je la.

Hiasan angry bird..konon nak buat yang merah..terlupa pewarna merah..menggunakan teknik frozen buttercream transfer (buat 3 hari sebelum)

Solekan kek yang sememeh..ampun..letak atas meja hias suratkhabar je. Makan anak beranak. Tak kose aku nak present lawa2. Lagi la

Masa ni diorang baru lepas mandi buih. Masing masing da penat mengalahkan berkelah kat air terjun.

Setelah dipotong

Bagi jiran 2 slice..lebihnya shujin dengan anak-anak tolong perabih. Kek ni inspirasi dari kek checkered yang aku tengok kat blog kak ita masam manis. Tapi resepinya aku ambik dari entah mana mana. Seriously. Banyak sangat ambik. Aku lupa. Tapi nak membuat keknya tu agak mudah dan bahan pun tak banyak. Boleh dikatakan bahan-bahan basic sahaja. Tapi hasilnya memang menakjubkan. Anak-anak pun suka.

 

Sebenarnya mulanya aku nak buat whipped cream guna non dairy whipping cream je. Tapi kena tipu dengan tuan kedai kek. Bila balik rumah baru perasan. So aku buat buttercream yang guna dairy whipping cream. Ok la. Tak terlalu manis, tapi kena makan masa sejuk sebab butternya masya allah.. satu block guna. So pepaham lah ye.

 

Nota kaki : Boleh la. First time buat. Insya allah lain kali nak cuba kek lain pulak..Tunggu birthday abang dengan shujin

 

Daa

Latihan mengekek - Fail safe trick untuk buat vanilla sponge cake

Assalamualaikum

Memandangkan aku memang sangat sangat beginner dalam ilmu membuat kek. Banyak sangat yang nak kena belajarnya. Baru tau terms terms macam topping, filling, icing dan sebagainya. Walau pun bunyinya macam nipu benoorr.. Tapi percayalah. Aku memang fail bab bab tu.

Okeh. Arahan shujin sangat ringkas (ceh..arahan tu..)

Bunyinya - Kali ni kita (read:aku) buat sendiri kek.

So, kerana kecintaan aku kepada kek. Aku ter"paksa" lah cari kek yang terbaik untuk dipersembahkan. Hahaha.. Kuat drama nih! (Aku rasa aku tau dah mana datangnya perangai Drama Queen si Damia ituh...)

Back to the topic. Aku dah google segalanya dah. So, tinggal nak decide macam mana rupa bentuk kek tu nanti. Sekarang ni aku tengah berlatih buat keknya dulu. Test resepi mana yang paling senang dan kejadiannya yang paling elok serta sedap untuk dipersembahkan pada shujin. Heh! Anak melayu pantang dicabar tau. :P

Kekdahnya semalam balik dari sopping ada kawan shujin nak datang rumah. Oh..Nak masak apa ni? Aku pura pura tanya kat shujin. Tangan dah pegang mixer letrik dah :P. Shujin pun kata. Roti sempat tak? Kawan tu dah duduk kat Ampang Park (on the way) Mana sempat bang. Nak bagi kembang je setengah jam. Eh..bajet aku panggil shujin tu abang kan.. Hehe.. Buat kek lah eh, aku propose. Sempat ke? Shujin tanya pulak. Eh sempattt.. Kita bagi sempat lah. Awak tolong kemas sikit ok.

So, aku pun mula bersilat.

Sponge cake vanilla
Bahan-bahan
3 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
90g gula
80g tepung naik sendiri - diayak
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
30ml Butter dicairkan - Aku guna minyak bunga matahari je (tak sempat << kononnn)

Kaedah membuatnya
Putar telur putih sampai kembang. Kalau nak tambah sikit krim tartar. Ikut suka. Bila dah kembang bertanduk tu baru masukkan kuning telur dan gula sedikit demi sedikit. Bila dah kembang lagi masukkan esen vanila dan putar sikit lagi sampai sekata. Masukkan tepung dan baking powder dan kaup balik sampai rata. Akhir sekali masukkan butter cair. Masukkan dalam bekas. Kemudian hentak sikit. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180darjah selama 30 minit.

Serius. Kejap je buatnya. Tak sangka aku!

Tara. Tadak gambar. Sebab tetamu dah sampai baru siap. Lepas tu aku terus potong dan ngap. Sayangnya isteri tetamu tak suka kek. Sikit pun dia tak jamah kek aku. Komen shujin. Sedap dah tapi kalau dapat lembab sikit lagi sedap. Yang ni rasanya agak kering macam makan bahulu.

2 weeks to go. Kena berlatih lagi. Hahahaha..

Nota kaki : Nampak gayanya blog ni dah jadi blog kurang sihat. Dok pakat tunjuk makanan yang tak sihat diamal hari hari. :P Agak-agak berapa kilo aku naik lepas ni?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com