Memaparkan catatan dengan label Syarikat jualan langsung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syarikat jualan langsung. Papar semua catatan

Selasa

Amway bukan perniagaan cari orang

Assalamualaikum

Ramai yang salah faham tentang perniagaan jualan langsung atau lebih spesifik perniagaan Amway.

Bila aku cakap aku berniaga Amway cepat cepat mereka kata "saya tak suka cari cari orang"

Kenapa cari orang? Manusia melata atas muka bumi ni. Amway beroperasi di 80 buah negara. Malaysia saja ada 27 juta penduduk. Apa tak cukup orang lagi sampai nak tercari cari?


Hehehe..

Amway adalah perniagaan membina hubungan.

Bukan kita jumpa orang terus kita tanya dia. Awak nak masuk Amway? Atas kita jemput dia datang rumah untuk bagi makan mi goreng terus tunjuk produk Amway. Mungkin sebab ramai orang buat begitu menyebabkan ramai yang salah sangka begitu.

Mungkin sebab tu ramai orang tak berjaya dalam perniagaan MLM. Mereka memahami perniagaan seperti Amway adalah perniagaan cari orang. Kita membina hubungan dengan orang. Ada tips dan tricks untuk berkongsi peluang dengan orang lain tanpa perlu kita tanya padanya sama ada mereka berminat dengan Amway atau  tidak.

Dalam sebuah buku hasil tulisan Dale Carnegie yang bertajuk How to Win Friends and Influence People ada tulis pasal ni. Cara-cara kita nak influence orang lain dan skill untuk buat orang lain buat apa yang kita mahukan tanpa actually bagitau mereka macam mana kita nak mereka buat. Phew.. Susah nak faham..? Cari buku tu dan baca. Korang akan faham apa aku cakap.

“Personally I am very fond of strawberries and cream, but I have found that for some strange reason, fish prefer worms. So when I went fishing, I didn’t think about what I wanted. I thought about what they wanted. I didn't bait the hook with strawberries and cream. Rather, I dangled a worm or grasshopper in front of the fish and said: "Wouldn't you like to have that?"


Why not use the same common sense when fishing for people?” - Dale Carnegie




Walau pun begitu.. Tiada siapa yang menjanjikan perniagaan Amway tu akan menjadi mudah hanya kerana saya katakan tak perlu cari orang. Terdapat ramai orang yang duduk dalam comfort zone mereka dan mempunyai pemikiran orang makan gaji. Aku tak katakan makan gaji tu salah atau buruk. Cuma, membangkitkan kemahuan seseorang pada sesuatu yang mungkin mereka tak jangka akan miliki adalah tidak mudah. Ramai yang mempunyai mentaliti "cukuplah dengan apa yang ada.. asal cukup makan cukup pakai".

Daa

Jumaat

Mahu membina perniagaan di luar negara?

Assalamualaikum

Satu keunikan perniagaan Amway yang tidak diketahui ramai adalah, Amway merupakan sebuah syarikat Jualan Langsung dengan sistem Multi Level Marketing yang beroperasi di 80 buah negara di seluruh dunia.

Ini bermakna, sekiranya seseorang mendaftar untuk meniagakan barangan Amway, mereka boleh membina empayar perniagaan di mana mana 80 buah negara tersebut. Menarik..? Jadi, sekiranya anda ingin bermastautin di salah satu negara tersebut, anda boleh membina perniagaan di sana. Ini termasuk, Indonesia, China, Thailand, Jepun, Australia, UK, Eropah dan US sendiri. Jadi, potential client dan customer bukan hanya 27 juta penduduk Malaysia. Malah di serata dunia~!! Dengan modal permulaan RM90.


Setiap negara mempunyai peraturan jualan langsung yang tersendiri. Jadi mungkin kena check dulu cara untuk memulakan perniagaan di negara luar.



Ramai ahli perniagaan Amway yang telah berjaya di Malaysia mula melihat pasaran luar negara untuk mengembangkan perniagaan mereka.

So, siapa kata perniagaan jualan langsung tak sustainable? Kita takkan pernah habis source of manusia untuk mengembangkan perniagaan. Tetapi, adakah anda mempunyai attitude sebagai ahli perniagaan? Atau, masih lagi mempunyai pemikiran orang makan gaji?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com