Assalamualaikum
Awal 2015 dah terasa bahang krisis ekonomi yang kononnya dijangkan akan melanda pada 2017. Ini belum start GST lagi kan..
DS Najib pun dah memulakan langkah langkah penyesuaian bagi menghadapi krisis ekonomi dengan menyusun semula bajet tahun 2015.
Kita? Takkan nak harap kerajaan bagi BR1M je kan.
Apakah pilihan yang kita ada? Dua pilihan utama adalah dengan berjimat dan kemudiannya menjana ekonomi.
(1) Berjimat
- Kurangkan makan di luar. Dapatkan e-book percuma Tips senangnya memasak dari Khairul Hakimin tu. Jimat pinggan-jimat masa-jimat tenaga. Yang penting, keluarga dapat makan makanan yang berkhasiat dan terjamin kebersihannya
- Kurangkan window shopping. Tak kira lah cuci mata secara online atau di pasaraya. Kalau tak ada keperluan, kurangkan berjalan jalan. Isikan hujung minggu dengan aktiviti berfaedah bersama keluarga tanpa perlu keluarkan duit. Berjogging pun ok jugak kan.. Hehehe..
- Tanam sendiri tanaman - Sertai FB Group yang mana ramai orang berkongsi cara untuk menanam sayur sayuran, walau pun tinggal di apartment. Bak kata sorang veteran yang suka bercucuk tanam, kalau tangan panas tu rendam dengan ais bagi sejuk. Hehehe
- Kalau ada pilihan, downgrade lah broadband ke astro ke. Hehehe..
(2) Tambah pendapatan
Terlalu banyak cara menambah pendapatan. Pilih je. Sama ada pendapatan secara pasif atau pun secara aktif. Nak buat sekali jalan pun boleh~!
- Menjana pendapatan sebagai blogger. Untungnya jadi blogger ni. Sambil sambil menulis kerana minat, boleh juga menjana pendapatan tambahan melalui pelbagai medium. Contohnya Nuffnang. Kalau rajin sikit, boleh join 8Share. Just pilih mana-mana kempen nak dipromosikan di blog atau FB.
- Affiliate marketing - Terlalu banyak tips dan cara-cara yang dikongsikan untuk menambah pendapatan melalui affiliate. Video webinar percuma cara-cara untuk menjana pendapatan dari rumah pun ada.Nak belajar dengan taknak je kan..
- Kalau ada yang ada duit lebih tu boleh lah beli saham. Bila ekonomi merudum, ada saham yang jatuh harganya. Inilah masa untuk membeli. Tapi jangan lah membeli secara membuta tuli. Ambik masa untuk belajar cara beli beli saham dan tengok saham mana yang ada "masa depan". Hehehe..
- Berniaga. Selain dari satu murid satu sukan. Kerajaan pun perlu buat kempen, satu rakyat satu perniagaan. Takde lah semua orang jual benda yang sama kan.. So binalah perniagaan hari ini. Ada bermacam jenis benda boleh diniagakan. Kalau tak tahu nak jual product apa. Join MLM macam Amway. Risiko rendah, potensi tinggi. Sedangkan CEO yang dapat pendapatan 5angka sebulan pun masih mencari peluang macam Amway. Kenapa kita tak nak melihat MLM sebagai satu peluang? Matlamat kewangan masing-masing memang berbeza, tapi melalui MLM, kita juga boleh membantu orang lain mencapai matlamat kewangan mereka, di samping bekerja untuk mencapai matlamat kita. Kalau belum ada meniaga, boleh la consider. Perniagaan adalah sesuatu yang kita buat sebelum kita perlukan. Kalau ekonomi dah teruk, macam mana nak modal nak berniaga kan..?
Jangan lupa bersedekah. Terlalu banyak kebaikan sedekah dan keajaibannya tak boleh disangkal lagi. Allah dah berjanji, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat.
Kita cuma ada 24jam. Semua orang dapat masa yang sama setiap hari. Yang membezakan kita ni sempat ke tak sempat ke adalah pengurusan masa. Adakah masa kita diuruskan dengan baik? Adakah kita menggunakan masa untuk aktiviti berfaedah atau duk bazirkan masa?
Sekarang dah bukan masa nak mengeluh. Sekarang masa untuk bertindak. Jangan harap orang lain bantu kita. Cuma Allah yang boleh bantu kita dan diri kita sendiri.
Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal korang ambil untuk menghadapi masalah ekonomi yang makin merudum ni. Jom kongsikan..
Daa