Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan

Isnin

Boringnya Membayar



Balik-balik cerita sama, balik-balik ulang tayang. Ini bukan takat secondhand, dah berhand-hand dah. Sepanjang tahun, berapa kali dah keluar benda yang sama? Kadang-kadang terfikir, "Aku dah bayar dah untuk cerita ni sebelum ni, kenapa aku kena bayar lagi untuk cerita yang sama bulan ni? Patutnya percuma laa kan? Sebab dah bayar dah aritu.". Ya, diorang cakap itu siaran percuma tapi, wujud ke benda yang percuma? Asasnya yang percuma dah terkandung dalam bil yang tak percuma. 

Kalau takde kemudahan ni kat rumah, takut tak "up to date", tak "retro", kena label kedekut atau simply miskin. Sebab tu selekeh mana pun rumah, secabuk mana pun kereta, sekopak mana pun poket, berapa bersusun pun hutang, kemudahan ni wajib kena ada kat rumah. Well, itu kata-kata sesetengah pihak.

Bagi aku, ia satu pilihan. Jangan biarkan persekitaran/keadaan mempengaruhi keputusan kita. Adios~!!


::Entry By-Encik Shujin tersayang::

Rabu

Kelebihan kad kredit Citibank Reward Platinum dan Business Platinum

Assalamualaikum

Dalam rumahtangga, wajib ada salah sorang yang jenis "genggam tak tiris". Maksudnya kalau pegang duit susah nak lepas. Ya. Dalam bahasa pasarnya kita panggil mereka ni kedekut. Hehehe..

Dalam family aku, aku la yang kedekut dan berkira tu. Aku memang monitor perjalanan duit keluar dan masuk. Even transaksi kad kredit shujin pun aku monitor. Just monitor la. Bukan aku control. Just nak make sure dia tak pergi clubbing tanpa pengetahuan aku :P

Nak pi clubbing kena ajak bini okeh.

Dah dah. Melalut. Okay. Actually, kebetulan je aku dapat offer dari Citibank untuk apply kad kredit ni. Shujin da pegang Visa dan AMEX dari Maybank. Memang almost takde outstanding. Aku akan make sure payment clear dalam interest FREE period.

So, bukan aku nak menambah hutang dengan Citibank ni. Tapi offer nya adalah sangat tempting tau.

Citibank Reward Platinum VISA
Annual Fee : FREE for life, tapi reward kategori tu kena bayar RM100 bagi setiap kategori. Kenapa nak ambik reward kategori? Sebab kalau shopping kat tempat yang subscribe tu boleh dapat 5x point setiap RM1 yang kita spent.
Promosi : Kalau spend RM500 dalam masa 60 hari lepas kad tu approved, boleh dapat FREE point 20,000 point. Ohsem!
Plan aku : Kad ni aku nak keep untuk shopping barang dapur je. This year aku dapat subscribe 2 kategori secara percuma. Next year aku nak subscribe satu kategori je. Nak guna untuk beli barang dapur je. 


Citibank Business Platinum VISA
Masalah ngan bank kan.. Bila kita apply kad kredit, dia mesti nak bagi banyak banyak kad dengan satu kredit limit. Bengong kan. So aku terpaksa ambik kad ni..
Annual Fee : RM200 per annum
Promosi : Tapi sebab promosinya best, so aku keep dulu kad ni.. Antaranya.. 3x swipe dalam masa 60 hari dapat hard case trolley bag, dapat AEON voucher RM50, dan kalau spend RM500 dalam masa 90 hari lepas approve dapat rebate RM200. Tapi, wajib keep kad ni at least 3 bulan lepas habis tempoh promosi.
Plan aku : Aku dah hampir clear kan syarat nak dapatkan promosi rebate RM200 tu. Caranya? Aku kan meniaga. Semua barang niaga tu aku beli guna kad. Hehehe. Gigih jual set bersalin dengan vitamin bulan ni. Hahaha.. Tapi lepas cukup spending untuk promosi tu, aku clearkan semua outstanding amount dan biarkan kad tu tak guna. Cukup 6 bulan aku potong.

So total benefit aku dapat dari dua kad ni, 20,000 point, AEON voucher RM50, rebate RM200 dan trolley bag.

Pada aku tak guna aku keep dua kad ni sebab aku bukan selalu nak travel ke apa. Aku just nak guna untuk shopping groceries je. 

Nak lebih info pasal kad citi platinum reward klik sini. Untuk kad Citi Business Platinum Card klik sini.

Zaman sekarang berjimat je tak guna. Kena berbelanja secara bijak jugak. 

Daa

Isnin

Pengurusan kad kredit

Assalamualaikum

Aku rasa ramai yang tak nak gunakan kad kredit sebab tak perlu, lebih suka gunakan cash atau tak suka berhutang. Lebih ramai lagi yang tak nak gunakan kad kredit sebab takut overspent, hutang dah terlalu banyak, takut riba' dan sebagainya.

Aku pun tak suka berhutang. Prinsip aku kalau guna kad kredit adalah "Do not spend money that you don't have". Setiap kali nak swipe, aku make sure yang duit nak membayarnya dah ada. Atau pun aku dah ada plan untuk dapatkan duit untuk pembayaran kad tu dalam tempoh free interest.

Actually, aku bukan gunakan kad kredit untuk berhutang. Aku gunakan kad kredit sebab ianya lebih convenient dari cash, dan sebab dapat point. Ada juga promosi yang bagus untuk pengguna.

Setiap kali nak gunakan kad kredit, aku make sure aku bayar terus sebaik ianya di cas ke akaun. Ini penting untuk elakkan daripada kena bayar interest bila tak habis bayar.

In case kalau nak kena buat bayaran pada amount yang agak besar, melebihi bajet bulanan, aku akan cuba sedaya upaya untuk buat bayaran selepas tarikh statement keluar. So that aku ada lebih masa nak jelaskan bayaran sebelum statement seterusnya keluar. Faham tak..?

Contoh..
Statement keluar pada tarikh 8hb. Aku gaji 25hb. Nak kena bayar insurans kereta rm1k pada bulan Ogos. Ianya melebihi bajet bulanan. So, buat bayaran pada 9hb Ogos. Dan jelaskan bayaran sebanyak yang mampu dalam bulan tersebut (guna gaji yang dapat pada 25hb July). Amount yang tinggal tu cuma akan keluar pada statement yang dikeluarkan pada 8hb September. So tarikh akhir bayaran baki duit insurans kereta tu adalah pada 28hb September. So sempat 2x gaji (gaji 25Ogos & 25sept) untuk jelaskan bayaran sebelum dikenakan apa apa penalti.

Tapi make sure settle kan statement amount sebelum tarikh bayaran yang ditetapkan. Iaitu 20 hari selepas statement keluar. Dalam contoh aku tu 28hb la.

Aku sangat suka gunakan kad kredit sebab banyak benefit dan promosi. Contohnya 5x point utk setiap seringgit yang kita spend. Kalau Amex diorang ada buat sampai 8x point tau. Kejap je banyak point. Selain tu ada jugak promosi sempena baru register kad bagai. Kalau boleh segala benda aku nak bayar dengan kad kredit. So far, bil letrik, bil telefon, internet semua aku bayar ngan kad kredit. Shopping groceries lagi la.. Kecuali beli diapers Aisy sebab beli kat kedai runcit. Lebih murah.. RM29.90 saja utk petpet M80. hehehe..Bukan apa. Supaya cepat boleh redeem benda. Kejap kejap belek redeem catalog tengok point da boleh redeem apa. Hahaha..

Kad kredit kalau diuruskan dengan baik memang akan memudahkan kehidupan dan memberi bamyak manfaat. Tapi kalau tak mampu nak kawal nafsu baik guna cash je. Still, aku rasa adalah sangat rugi bagi orang yang suka berbelanja tak ada kad kredit.

Dan aku rasa tak perlu ada banyak kad dalam satu masa. Satu jenis kad pun cukup. Especially kalau kad tu berkongsi kredit limit. Membazir je nak kena bayar annual fee dengan tax banyak banyak.

Kad kredit bank mana yang korang pakai yang best? Share lah.

Notakaki : Aku pun bukan tere bab duit ni. Tapi kalau dah nama pompuan mata duitan tu kan, kena la tau sesikit bab ni.

Daa

Jumaat

Kad kredit, keperluan atau kehendak?

Assalamualaikum

Pakai kad kredit? Ada satu ketika dulu, ada orang yang beranggapan orang yang pakai kad kredit ni orang kaya. Lagi banyak pakai lagi kaya. Pernah aku balik kampung, ada sorang pakcik ni tayang kat kredit bersusun dalam wallet.

Depan depan kami, dia bagi tiga keping kat anak dia tiap sorang. Shujin gelak je..

Hakikatnya, ramai orang salah faham pasal kad kredit. Sebab tu ramai yang guna dan kemudian dibelenggu hutang sebab pakai sampai limit dan tak mampu nak bayar.

Rule bila guna kad kredit adalah "do not spend money you don't have"

Pada aku kad kredit memudahkan hidup. Tak payah bawak cash banyak. Swipe je. Especially kat stesen minyak. Leceh nak gi kaunter.

Tapi. Kena pandai manage cashflow la. Spend duit yang kita ada je. Spend jangan sampai limit.

Kalau emergency sekali pun, plan siap siap, macam mana dan berapa bulan kita ambik masa nak settle kan semua. Jangan sesekali biarkan drag lelama.

Bunyinya mudah. Tapi ramai yang tak mampu. Sebab tu ramai yang anggap kad kredit ni tali jerut yang bila bila masa je nak cekik kita. Masalahnya orang tu sendiri yang tak dapat kawal diri.

Aku paling suka bab redeem hadiah sebenarnya. Kalau boleh, kat kedai runcit pun nak guna kad. Balik rumah terus transfer la bayar. Hehe.

Korang guna kad kredit?

Daa

Khamis

Pendapatan rakyat

Assalamualaikum

Just nak share ni..

Pendapatan tahunan bagi 60% yang menjawab poll tu adalah kurang dari MYR20,000 setahun.

Serius?

Gaji menteri pun lebih RM20k sebulan.. Jauh gila beza jurang orang kaya dengan orang kurang kemampuan kat Malaysia ni..

Daa

Lupakan pelaburan emas

Assalamualaikum

Vavava.. Semalam sembang pasal pelaburan hartanah, hari ni sembang pasal pelaburan emas. Dah macam penasihat kewangan aku ni. Perasan la sangat. :P

Aku tau ramai yang suka melabur dalam emas sebab memang diwarwarkan bahawa pelaburan emas ada potensi tinggi. Cumanya, bukan semua orang mampu. Ye la kan. Bukan sikit duit nak start melabur tu kan. Pulak tu banyak pulak skim skim pelaburan emas. Ada yang emas fizikal ada yang guna buku. Mana-mana pun, kalau nak start tu kena ada ribu ribu. Kalau tak silap, paling kurang pun RM3-4k.

Baiklah. Bagi yang kurengg kemampuan macam aku tapi masih gigih nak melabur jugak. Ada satu lagi pelaburan yang sedang bertapak. Kat Malaysia mungkin baru, tapi sebenarnya pelaburan perak ni dah semakin terserlah potensinya sejak 5-6 tahun lepas. Kalau tengok pada kadar kenaikan harga perak yang mencecah kenaikan 700%, pelaburan perak mula mendapat perhatian pelabur.

Bakal naik 38% dalam 2013

Robert Kiyosaki contohnya, dah mula melabur dalam perlombongan perak sejak lebih 5 tahun lepas. Pulangan emas mungkin banyak. Tapi pada kadar 700%, malah pada harga yang lebih murah. Nampak gayanya, kita kena mula consider peluang pelaburan dalam perak ni pulak.

Semalam aku check kat Maybank, harga bagi 1gram perak baru RM3.11. Pelaburan minimum adalah sebanyak 20gram. So baru dalam enam ploh hengget. Of course la peluang pelaburan begini tak sesuai bagi pelabur jangka pendek. Pada aku, pelaburan perak ni sesuai untuk melaburkan duit anak-anak. So that by the time diorang nak masuk umur 20 tu harganya mungkin da banyak.

Bagi yang asyik short je duit bulanan sebab banyak perbelanjaan, cuba amalkan "BAYAR DIRI SENDIRI DAHULU" Contohnya, tetapkan setiap bulan untuk diri sendiri mesti nak RM100. Paling cikai la kan. So yang kita bayar diri kita tu, guna lah untuk melabur. 

Ada banyak peluang pelaburan, tapi make sure yang kita pilih tu adalah sesuai dengan matlamat kewangan kita. Risiko tinggi ke rendah ke bukan bergantung pada naik turun harga saham atau pelaburan tu, tapi bergantung pada pengetahuan kita. Kalau tak ada pengetahuan, melabur nak bukak gerai pisang goreng pun berisiko tinggi.


Selamat melabur.

Nota kaki : Aku tak pandai sangat pasal pelaburan ok. Ni just apa aku baca. Jangan buat decision base on apa aku tulis semata mata tanpa buat research sendiri atau minta nasihat dari pakar.

Daa

Rabu

Ensurvey - Buat duit dengan jawab survey

Assalamualaikum

Baru terbaca tat sat ni kat belog denaihati.com. Menjana pendapatan dengan menjawab survey yang mudah. Biasanya cuma ambik masa tak sampai 5 minit. Satu survey dia bagi paling sikit pun RM2. Mudah gila. Lepas register terus check email. Verify account. Lepas tu isi la profile detail bagai. Dah siap tu terus boleh jawab survey. Aku da jawab 3 survey mudah. Dah dapat RM6.40. Hahahaha.. Best gila kan..


Kalau lagi banyak jawab lagi banyak la pitihnya. Apa lagi! Jom join EnSurvey sekarang!! Dan lagi, kalau refer kengkawan pulak, kadar duit yang dapat untuk setiap survey yang dijawab akan bertambah. Soalannya senang je. Ada pilihan jawapan. Takde kes gagal punya lah. Hihi..

Minimum cashout adalah RM100. Kalau sehari dah dapat RM10. Dalam masa 10 hari dah boleh cash out. Kalau 30 hari, dah boleh dapat RM300. wahh.. Makcik kayooo!!!

Hahaha. Nampak macam scam tak? Actually aku pun tatau scam ke tidak. Tapi since menda ni FREE je, tak salah coba coba kan.

Nak join klik SINI

Good luck

Daa

Selasa

Apa saja EPF

Assalamualaikum

Kalau orang kerja kerajaan, kebanyakannya tak perlu risau tentang pendapatan hari tua. Takde lah nak kata tak perlu risau langsung. Tapi dengan adanya skim pencen oleh kerajaan, lega la jugak diorang sebab dah confirm tetiap bulan ada pendapatan. Sikit ke banyak tu belakang cerita. Sebab zaman sekarang ni kalau takat RM3000 memang tak berapa nak cukup kan.. 

Bagi orang yang kerja swasta macam aku pulak. EPF (employee provident fund) atau nama melayunya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sumber kewangan selepas pencen nanti. (Harap harap tak bagi aku)

Tapi kan..concern aku sekarang adalah bila duit EPF ni boleh dikeluarkan untuk banyak tujuan. Memanglah bersyarat dan ada peraturan tertentu. Tapi, kan ke tujuan EPF tu untuk simpanan bila pencen. Kalau dah kelonggaran untuk pengeluaran tu terlalu banyak, nanti masa da pencen tinggal apa.
 Bayar rumah, anak nak sambung belajar..baru baru ni, nak pergi haji pun diorang nak bagi keluarkan EPF. Katakanlah carumah pekerja + majikan = RM1k sebulan. Dalam masa 12 bulan RM12k dapat dicarum. Kalau seseorang bekerja dari umur 23 tahun sampai 55 tahun, jumlah carumannya adalah RM384k. Campur dividen bagai, kita bagi la RM500k. Wow.. Banyak kan..

Tapi, kalau nak beli rumah, awal awal da keluarkan. Anak nak sekolah dah keluarkan. Nak pegi haji da keluarkan.. Tinggal apa? Da lepas pencen memang kita boleh nak duk rumah je. Takde nak buat apa. Jimat kos hidup. Tapi jangan lupa. Manusia ni hidupnya adalah "spend their health to gain wealth, later they spend their wealth to gain health". Bila umur meningkat, mula la penyakit itu ini. Duit nak pakai banyak. 

Entah la eh.

Aku rasa bagus la kalau boleh keluarkan untuk kegunaan emergency. Tapi kalau terlalu banyak option yang membolehkan duit tu dikeluarkan aku rasa kat mana yang kata nak simpan untuk hari tua tu?

Daa

Khamis

Entertainment or education?

Assalamualaikum

Info yang sangat menarik aku baca. Nak jugak share dengan korang..

Average people would rather be entertained than educated. Rich people would rather be educated than entertained.

While the rich don't put much stock in furthering wealth through formal education, they appreciate the power of learning long after college is over, Siebold says.

"Walk into a wealthy person's home and one of the first things you'll see is an extensive library of books they've used to educate themselves on how to become more successful," he writes.

"The middle class reads novels, tabloids and entertainment magazines." 

  

Selamat menelaah.

Nota kaki : Actually there's nothing wrong to be average.. So jangan ada sesiapa yang baca terasa aku merendahkan sesiapa pulak ya.. 

Daa

Rabu

Bayar diri sendiri dahulu

Assalamualaikum

Sambungan dari kepentingan mempunyai matlamat kewangan.

Aku takde la nak tunjuk bagus nak ngajar orang. Just nak kongsi pengetahuan.

Sekarang kita dah ada matlamat kewangan. Matlamat kewangan kena specific. Contohnya matlamat jangka pendek adalah nak simpan RM3000 dalam masa setahun. Bagi mencapai matlamat ni, kita perlu menyimpan sekurang kurangnya RM250 setiap bulan. Untuk memastikan bahawa kita capai matlamat ni, mesti nak kena disiplinkan diri. Simpan dulu baru bayar hutang dan expense lain. Ramai antara kita, bayar hutang dan expenses lain dulu baru bakinya ambil untuk simpan atau untuk kegunaan sendiri. Kalau dah cukup cukup untuk kegunaan sendiri, takde la peruntukan untuk simpan. Dengan kaedah "bayar diri sendiri dahulu", kalau tak cukup maksudnya kita perlu buat sesuatu untuk bagi cukup, meniaga atau laburkan duit tu kat tempat yang berikan pulangan lumayan, supaya bila sampai hujung tahun duit kita akan cukup RM3000.

Perniagaan apa nak buat? Pelaburan apa yang bagus?

Ini yang kita perlu kaji. Dalam konteks aku of course la aku akan cuba capai matlamat kewangan aku menggunakan perniagaan aku. Sebab modal rendah dan risiko rendah. Cuma perlu gigih berusaha. Kenapa aku rasa perniagaan aku adalah kenderaan terbaik untuk mencapai matlamat kewangan? Haa.. yang tu tak boleh nak kongsi kat sini. Panjang cerita :P Apa yang penting, bila aku berjaya capai matlamat kewangan aku, maksudnya aku berjaya membantu orang lain untuk capai matlamat diorang. Sebab jenis perniagaan macam ni, kita hanya akan berjaya bila kita buat orang lain berjaya.

Tapi bagi yang tak minat dalam perniagaan, boleh kaji jenis pelaburan yang sesuai bagi matlamat kewangan masing-masing. Kalau matlamatnya besar kena lah gunakan kaedah pelaburan yang sesuai. Tapi janganlah melabur dalam skim 5D (Duduk diam diam dapat duit). Dan apa pun jenis pelaburan yang kita pilih, make sure yang kita mendahului inflasi. Jangan ketinggalan. Rugi!

Kalau dah rasa tak mampu sangat nak bayar diri sendiri dulu, itu adalah signal tak langsung yang menunjukkan yang kita perlu cari kerja lain atau kaedah lain untuk selesaikan hutang. Gaji memang tak cukup.
Ingat, matlamat kewangan adalah destinasi kita, perniagaan, pekerjaan kita hanyalah satu kenderaan yang kita gunakan untuk sampai ke destinasi kita. Contoh kalau kita dari KL nak ke JB, ada banyak cara nak sampai ke JB. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi masa yang diambil terlalu lama. Nak cepat naik Kapal Terbang la, tapi of course ada risiko dan nilai yang kita perlu bayar. Bukan semestinya dalam bentuk kewangan, mungkin dalam bentuk usaha. Tak kisah ke mana yang kita nak pergi, pastikan kenderaan yang kita gunakan sesuai dengan matlamat kewangan yang kita nak capai. Jangan nak pergi sampai ke bulan, tapi nak naik kapcai. :D

Kalau kita tak ada matlamat kewangan pulak, sama macam naik cruise tak ke mana mana. Kalau naik cruise ok la. Selesa. Kalau naik sampan? Kalau kena pukul ombak mabuk, tapi sebab takde kemudi, takde matlamat duk kat tengah laut takde tujuan. Atau pun jalan jalan makan angin, tanpa tujuan. Along the way, kita nikmati pemandangan, berhenti bila penat. Tapi takde penghujung sebab takde arah tujuan.
If you have a dream, give it a chance to happen
Nota kaki : Tak salah kalau kita rasa "cukup" dengan apa yang kita ada hari ni. Tapi apa salahnya kalau kita cari lebih untuk bantu orang yang "belum cukup". Hidup cuma sekali, sementara, seketika, tapi bekalan yang sementara ni la yang kita nak bawak pergi ke hidup yang abadi. Kalau kita "cukup cukup", adakah kita boleh expect yang baik baik untuk kehidupan yang abadi nanti.

Rasa rasanya macam nak kena bercuti panjaaaanggg dari blogging..Keadaan internet sangat tidak memuaskan. T_T

Daa

Selasa

Pentingnya mempunyai matlamat kewangan

Assalamualaikum

Ni adalah antara sedikit sedutan dan olahan daripada kelas bisnes yang aku join. Apa yang menarik adalah biasanya apa yang dikongsikan tu bukan saja untuk pengetahuan aku untuk perniagaan, tapi aku rasa ianya boleh diaplikasikan oleh sesiapa saja walau dalam bidang apa pun mereka. Pengetahuan am gitu lah..

Setiap dari kita ada matlamat kewangan. Ramai juga yang tak pasti tentang matlamat kewangan, atau pun mereka tak sedar tentang kepentingan matlamat kewangan. Bagaimana pun, eventually mereka akan sedar juga, kebanyakannya bila dah hamper mencapai usia emas. Mungkin sebab itu juga ramai yang memilih untuk kerja dengan kerajaan, kerana ada pencen. Kalau ada EPF, gaji kecik, belum tentu cukup untuk menampung hidup lepas pencen. Sudahnya, dalam usia emas masih lagi cari kerja untuk sara kehidupan. Alasannya boring duduk di rumah tak buat apa. Ye lah. Nak berjalan beraktiviti pun perlukan duit juga.

Apakah matlamat kewangan anda?

Pekerjaan adalah satu jenis kenderaan (vehicle) untuk mencapai matlamat kewangan, selain daripada pelaburan dan simpanan. Ia bukan satu matlamat. Tapi kebanyakan orang berasa lega apabila telah mendapat kerja tetap dengan bayaran bulanan. Lalu terlupa tentang matlamat kewangan mereka.

Masalah kebanyakan orang pada masa kini adalah bebanan hutang. Bebanan hutang terlalu banyak, menyebabkan mereka hidup untuk sara kehidupan bulanan. Kalau ada sedikit lebihan, disimpan atau dilaburkan. Kalau tak ada, apa nak buat.. Namun, kebanyakan dari kita selesa dengan kehidupan yang begini. "That's life"

Hakikatnya, sebab tu kita tengok pada hari ni, bila ditimpa musibah, paling ramai orang melayu yang terpaksa bergantung pada bantuan dari JKM atau hasil derma orang ramai. Kerana, tiada simpanan dan tak bersedia.

So many people spend their health gaining wealth, and then have to spend their wealth to regain their health

Kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Penting untuk kita menikmati kehidupan pada hari ini, dalam masa yang sama adalah penting juga untuk bersedia menghadapi masa depan. Matlamat kewangan jangka panjang seperti untuk perbelanjaan persekolahan anak memerlukan belanja yang besar, kebanyakan orang Melayu terlalu bergantung pada pinjaman seperti PTPTN dan Mara. Selagi budaya seperti ini tidak diatasi, selagi itulah ekonomi orang melayu akan jadi yang paling bawah.

Bagaimana cara untuk mencapai matlamat kewangan? Ada banyak cara, ada yang cepat ada yang lambat, ada yang berisiko ada yang perlukan usaha gigih. Ianya bergantung pada saiz matlamat anda. Nanti aku share tentang ni serba sedikit.

Daa

Rabu

Orang felda jom melabur di KPF

Assalamualaikum

Bagi yang bergelar anak Felda yang ibu bapanya masih hidup lagi. Sila tersenyum dengan ceria sebab ada satu lagi option untuk melabur yang aku consider sebagai selamat buat masa sekarang. KPF - Koperasi Permodalan Felda. Pada aku bagi yang takut nak ambik risiko melabur dalam unit trust, emas dan saham terbuka. KPF adalah satu option yang sangat baik. Selain dari tu dividen tahunannya lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh ASB. Iaitu antara 10%~16%. Wayyy better than ASB kann..Tak silap aku untuk 2010 diorang bagi dividen 10% dan bonus 5%. Menarik kan..

Tapi downfallnya adalah ianya hanya untuk orang yang ada kena mengena dengan Felda. Kalau ayahnya orang Felda tapi dah meninggal dunia pun tak layak mohon jadi ahli KPF.

Liquidity bagi saham KPF adalah setahun. Maksudnya kalau dah masukkan lepas setahun baru boleh keluarkan. Dan aku tak rasa sesenang macam keluarkan saham ASB sebab kaunternya kat pejabat KPF atau kena hantar surat permohonan melalui pos. Leceh kan..

Minimum investment RM100 dan maximum investment adalah RM250k bagi satu keluarga. Maksudnya kalau family ada 5 orang, nak bagi-bagi secara adil. Sorang boleh invest RM50k sahaja lah. Kalau jenis main siapa cepat dia dapat. Siapa yang kaya untung la kan. Hahahaha..

Nak buat permohonan senang je. Boleh buat menerusi pejabat Felda kat kampung sendiri atau pun directly hantar borang permohonan ke pejabat KPF kat KL. Aku lebih prefer hantar borang terus. Lepas 2-3 minggu call bertubi-tubi tanya status. Diorang boring nanti diorang buat cepat lah benda tu. Once dapat nombor keahlian terus isi borang untuk melabur. Sama ada bagi dalam bentuk wang pos atau pun dapatkan nombor akaun KPF lepas tu bayar kat bank. Lepas bayar jangan lupa fotokopi receipt sebab yang original nak kena pos dengan
borang permohonan investment.

Aku tau kaedah ni sort of ketinggalan zaman. Leceh etc. No wonder lah baru 2-3 tahun ni aku kenal KPF despite of being anak Felda selama err..28 tahun..hahaha..better late than never kan.

This is maybe not the best investment vehicle, tapi it worth a try kan. Anak Felda yang berminat sila jangan sia-siakan peluang yang ada.

Nak tau lebih lanjut boleh baca di laman web KPF

Daa

Selasa

Durian runtuh pelabur ASB

Assalamualaikum

Semalam ASB announce dividen tahunan diorang. Aku dah terlupa sebenarnya. Terbaca entry kat blog mamaema. Baru teringat balik.

Sedikit aku nak sentuh bab membuat pelaburan ni. Seingat aku, kesilapan aku yang paling jelas masa aku start belajar nak menyimpan dan melabur ni adalah target.


Target tu adalah berapa banyak kita nak capai dan dalam masa berapa lama kita ambil untuk capai matlamat tu. Benda macam ni mungkin remeh. Tapi penting sangat untuk kita. Contohnya macam ni, kita nak pergi Johor, tapi tak tau nak pergi mana dan tak tau nak sampai dalam masa berapa lama. So kita mungkin end up, singgah Melaka. Pergi A Famosa. Lepak kat Pagoh. Bila sampai kat Johor pun kita tak pasti nak ke mana. Nak buat apa pun tak tau. Rasanya ada kepuasan tak? Macam buang duit buang masa kan.

Macam tu jugak matlamat kewangan kita. Kita melabur ke menyimpan ke kena set satu matlamat. Contohnya kita set nak cukupkan simpanan RM100k dalam masa 5 tahun.  Bila ada matlamat macam tu kita akan ambik inisiatif untuk kaji pelaburan yang macam mana yang bantu kita untuk capai matlamat tu. Maksudnya dalam setahun kita kena ada RM20k. Berapa banyak kita nak laburkan untuk capai RM20k setahun. Berapa peratus interest/dividen/pulangan whatever you call them, yang pelaburan kita tu bagi dalam setahun. Perlu buat pinjaman ke? Berapa banyak pulak interest pinjaman tu. Berbaloi ke tidak.

Mungkin ada yang tak setuju buat pinjaman untuk melabur. Tapi dalam kewangan, ada yang kita panggil good debt ada yang kita panggil bad debt. Meminjam untuk melabur adalah sejenis good debt. Provided, kita ada plan lengkap untuk buat bayaran semula. Jangan main redah je.

Kalau tak ada satu matlamat yang betul-betul jelas. Kita akan berakhir dengan, bila sesak je cashout duit simpanan. Sudahnya adala simpanan 2-3ribu. Ulang alik macam tu. Kalau duit gaji tak cukup untuk buat simpanan atau pelaburan, ini adalah masanya untuk manage duit dengan baik. Bayar gaji pada diri sendiri dulu baru bayar hutang lain. Duit gaji sendiri tu untuk simpanan/pelaburan. Kalau duit nak bayar hutang tak cukup. Pandai-pandai la buat bisnes ke keja part time ke. Kita tak tahu jadi apa pada kita di masa depan. Jangan tinggalkan anak-anak dalam keadaan yang lebih teruk dari miskin (menanggung hutang mak bapak) Yang mana aku rasa senario biasa masyarakat zaman sekarang.

Pada aku melabur dalam ASB ok je untuk matlamat simpanan jangka panjang. Bagi yang nak lebih cepat dengan matlamat simpanan yang lebih tinggi, aku cadangkan option lain macam unit trust ke. Sebab returnnya lebih tinggi. Tapi biasala. Return tinggi datang dengan risiko. Kena faham jugak sikit sikit selok belok pelaburan. Jangan harap pada ejen semata-mata. Kalau anak orang Felda, cuba risik risik pelaburan KPF. So far returnnya tak kurang dari 10% dan pernah capai 16%. Kira-kira 2 kali ganda jugak dari ASB. Dan dalam masa yang sama, risikonya rendah. Cubalah. :D

Nota kaki : Berapa dah simpan?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com