Assalamualaikum
Sambungan dari kepentingan mempunyai matlamat kewangan.
Aku takde la nak tunjuk bagus nak ngajar orang. Just nak kongsi pengetahuan.
Sekarang kita dah ada matlamat kewangan. Matlamat kewangan kena specific. Contohnya matlamat jangka pendek adalah nak simpan RM3000 dalam masa setahun. Bagi mencapai matlamat ni, kita perlu menyimpan sekurang kurangnya RM250 setiap bulan. Untuk memastikan bahawa kita capai matlamat ni, mesti nak kena disiplinkan diri. Simpan dulu baru bayar hutang dan expense lain. Ramai antara kita, bayar hutang dan expenses lain dulu baru bakinya ambil untuk simpan atau untuk kegunaan sendiri. Kalau dah cukup cukup untuk kegunaan sendiri, takde la peruntukan untuk simpan. Dengan kaedah "bayar diri sendiri dahulu", kalau tak cukup maksudnya kita perlu buat sesuatu untuk bagi cukup, meniaga atau laburkan duit tu kat tempat yang berikan pulangan lumayan, supaya bila sampai hujung tahun duit kita akan cukup RM3000.
Perniagaan apa nak buat? Pelaburan apa yang bagus?
Ini yang kita perlu kaji. Dalam konteks aku of course la aku akan cuba capai matlamat kewangan aku menggunakan perniagaan aku. Sebab modal rendah dan risiko rendah. Cuma perlu gigih berusaha. Kenapa aku rasa perniagaan aku adalah kenderaan terbaik untuk mencapai matlamat kewangan? Haa.. yang tu tak boleh nak kongsi kat sini. Panjang cerita :P Apa yang penting, bila aku berjaya capai matlamat kewangan aku, maksudnya aku berjaya membantu orang lain untuk capai matlamat diorang. Sebab jenis perniagaan macam ni, kita hanya akan berjaya bila kita buat orang lain berjaya.
Tapi bagi yang tak minat dalam perniagaan, boleh kaji jenis pelaburan yang sesuai bagi matlamat kewangan masing-masing. Kalau matlamatnya besar kena lah gunakan kaedah pelaburan yang sesuai. Tapi janganlah melabur dalam skim 5D (Duduk diam diam dapat duit). Dan apa pun jenis pelaburan yang kita pilih, make sure yang kita mendahului inflasi. Jangan ketinggalan. Rugi!
Kalau dah rasa tak mampu sangat nak bayar diri sendiri dulu, itu adalah signal tak langsung yang menunjukkan yang kita perlu cari kerja lain atau kaedah lain untuk selesaikan hutang. Gaji memang tak cukup.
Ingat, matlamat kewangan adalah destinasi kita, perniagaan, pekerjaan kita hanyalah satu kenderaan yang kita gunakan untuk sampai ke destinasi kita. Contoh kalau kita dari KL nak ke JB, ada banyak cara nak sampai ke JB. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi masa yang diambil terlalu lama. Nak cepat naik Kapal Terbang la, tapi of course ada risiko dan nilai yang kita perlu bayar. Bukan semestinya dalam bentuk kewangan, mungkin dalam bentuk usaha. Tak kisah ke mana yang kita nak pergi, pastikan kenderaan yang kita gunakan sesuai dengan matlamat kewangan yang kita nak capai. Jangan nak pergi sampai ke bulan, tapi nak naik kapcai. :D
Kalau kita tak ada matlamat kewangan pulak, sama macam naik cruise tak ke mana mana. Kalau naik cruise ok la. Selesa. Kalau naik sampan? Kalau kena pukul ombak mabuk, tapi sebab takde kemudi, takde matlamat duk kat tengah laut takde tujuan. Atau pun jalan jalan makan angin, tanpa tujuan. Along the way, kita nikmati pemandangan, berhenti bila penat. Tapi takde penghujung sebab takde arah tujuan.
If you have a dream, give it a chance to happen
Nota kaki : Tak salah kalau kita rasa "cukup" dengan apa yang kita ada hari ni. Tapi apa salahnya kalau kita cari lebih untuk bantu orang yang "belum cukup". Hidup cuma sekali, sementara, seketika, tapi bekalan yang sementara ni la yang kita nak bawak pergi ke hidup yang abadi. Kalau kita "cukup cukup", adakah kita boleh expect yang baik baik untuk kehidupan yang abadi nanti.
Rasa rasanya macam nak kena bercuti panjaaaanggg dari blogging..Keadaan internet sangat tidak memuaskan. T_T
Daa
16 comments:
setuju sangat2 bab menyimpan ni.. ramai yg kurang sedar..
menci menci... sini pon line internet teruk...
Merancang kewangan memang penting apa lagi dlm keadaan sekarang segalanya memerlukan wang utk kita bergerak. Kalau 5D boleh membantu semua org nak Rai hihi...
Biar busy pusing-pusing tapi akhirnya wang yg masuk pun dtg dari semua arah tanpa disedari - itu kata kakak akak.
Menyimpan pas tu guna...dan guna selalu macam tu.
Sepatutnya kita perlu ada simpanan utk kegunaan 6 bulan perbelanjaan kita. Kalau belanja 3k x 6 = 18k...Aina dah habis semua tu...uwaaaa...
aku pun menung..ada ke bahagian aku utk diri sendiri dlm gaji aku?huhu
SUKA AYAT "TO GROW YOUR INCOME THAN TO CUT YOUR EXPENSES"
aiyarkkk dah terbiasa, tolak segala hutang n byr itu ini dlu baru pk belen tu nk menyimpan..kekadang xde belen pun :(
saya suke menabung duit syiling hiih..
perkongsian yang baik kak.. teruja saya baca!
betul tu. bukan salah dengan konsep 'cukup2' tp apa salahnya berusaha unt lebih maju kan? heheheh
oh ye ke, selama ni saya pakai concept bayar dulu baru simpan
konsep yaya pegang terbalik lah pulak rai..hhi
hutang kena bayar dulu..hutang kereta,dan segala bil..lepas hutang baru saving..lepas saving lebihan sikit2 boleh la buat shopping..
Yup perlu ada saving untuk masa depan kita gak kan..nice entry
btul tu....rietta pown bayar semua hutang dulu...pastu banje...pastu tunggu ada lebih...jawapnye xde larr yang lebih...hehehe....
betul2,,sy buat simpnan potg gaji,,seng skit terus tk pandg dah,,so belanja apa yg tinggal lam slip je,,;)
betu2.. memang kne ada matlamat kne tetapkan dalam diri kalau betul nak menyimpan certain2 wang dalam certain2 tempoh.. nasihat yang berguna.. =)
belajarlah ilmu kewangan dari kecil kalau boleh..
Aritu akak start nak istiqamah simpan RM1 dlm tabung, lupa lak. Nasib baik terbaca ur entry ni psl simpan duit.
Dan akak pun tgh nak carik bisnes online.
Catat Ulasan