Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan

Khamis

Cara menjimatkan air

Assalamualaikum

Air adalah entity yang paling berharga pada masa ini. Kurang kurang kita boleh hidup tanpa emas atau berlian. Tapi cuba kalau paip tak keluar air seminggu. Memang boleh bikin huru hara. Nak pulak musim musim panas tak hujan sekarang ni kan.

Balik kampung weekend baru ni, mak aku share tips menjimatkan air. Selain dari tu aku kutip tips dari FB Group penduduk kawasan tempat tinggal aku. Hehehe..                
                             
Cara menjimatkan air

(1) Tadah air sembahyang untuk kegunaan lain contohnya mak aku gunakan air tadahan tu untuk siram tanaman dia. Nak guna untuk cuci cuci lantai kat luar rumah pun boleh.

(2) Tadah air dari bilasan akhir bila guna mesin basuh. Air ni boleh digunakan untuk buat jirus jamban. Hehehe.. Satu kali pam dah berapa liter air guna kan...? Kalau tadah air yang anyway kita just untuk bagi najis tu hilang je pun. Tak perlu guna air mutlak pun. So kalau boleh tadah air bilasan tu untuk gunakan.
(3) Gunakan cawan ketika berus gigi. Kalau gunakan cawan, jumlah air yang terbazir tu kurang. So jimat dah kat situ.
(4) Kalau mandi shower, boleh juga tadah air yang bilasan tu buat basuh basuh bilik air
(5) Make sure jangan ada paip yang tiris air nya menitik je sepanjang tahun. Kita tengok memang menitik tu sikit sikit. Tapi bila dah 24jam menitik je. Bayangkan berapa banyak air yang terbuang.

Ada banyak lagi yang lain.. Insya allah dah banyak orang share tentang cara nak jimatkan air ni. Tinggal kita nak buat ke tidak je kan..

Membazir tu amalan syaitan. Actually rumah mak aku tak kena catu pun airnya. Tapi dia dah mulakan sendiri langkah langkah berjimat tu. Alhamdulillah. Pelajaran baru untuk aku. Sayangg mak.. Hehehe..

Daa

Isnin

Bagaimana saya menjimatkan elektrik

Assalamualaikum
Image: Horlick.com
Dalam entry yang kebaikan takde TV aritu aku ada kata yang bil elektrik cuma RM50++ je. Rahsianya adalah.. Saiz rumah aku cuma 700sqft dengan dua bilik dan dua bilik air. Manakala peralatan rumahtangga cuma sebiji peti sejuk dua pintu, sebiji mesin basuh yang beroperasi purata 2 hari sekali, sebiji tv, pemanas air minuman dan kipas lampu bagai. Oh. Termasuk jugak peralatan elektronik tablet, psp dan telefon tak berapa nak pintar.

Dan aku sangatlah kedekut. Kalau semua orang duduk kat bilik, aku tutup kipas lampu kat ruangan lain. Tidur malam pun tutup segala lampu. So, maybe sebab tu bil elektrik aku jimat berbanding rumah teres dua tingkat yang berukuran 1000++sqft. Hehehe..

Takde rahsia pun sebenarnya. Cuma sebab rumah aku kecik dan tak banyak guna peralatan. Aku pun kedekut. So, kalau anak anak nak main air, aku ajak diorang main air kat pool. Bil SYABAS pun FREE tetiap bulan.

Maklumlah. Kita rakyat marhaen. Kenalah berjimat cermat.

Apa langkah berjimat korang untuk tahun 2014 ni?

Daa

Boringnya Membayar



Balik-balik cerita sama, balik-balik ulang tayang. Ini bukan takat secondhand, dah berhand-hand dah. Sepanjang tahun, berapa kali dah keluar benda yang sama? Kadang-kadang terfikir, "Aku dah bayar dah untuk cerita ni sebelum ni, kenapa aku kena bayar lagi untuk cerita yang sama bulan ni? Patutnya percuma laa kan? Sebab dah bayar dah aritu.". Ya, diorang cakap itu siaran percuma tapi, wujud ke benda yang percuma? Asasnya yang percuma dah terkandung dalam bil yang tak percuma. 

Kalau takde kemudahan ni kat rumah, takut tak "up to date", tak "retro", kena label kedekut atau simply miskin. Sebab tu selekeh mana pun rumah, secabuk mana pun kereta, sekopak mana pun poket, berapa bersusun pun hutang, kemudahan ni wajib kena ada kat rumah. Well, itu kata-kata sesetengah pihak.

Bagi aku, ia satu pilihan. Jangan biarkan persekitaran/keadaan mempengaruhi keputusan kita. Adios~!!


::Entry By-Encik Shujin tersayang::

Rabu

Buying cheaper or smarter

Assalamualaikum

Terbaca kat suratkhabar pasal kedai 1Malaysia. Aku tak pernah pergi kedai 1Malaysia ni. So aku pun tak pernah beli barang dia dan tak tau setakat mana kualiti barangannya. Dengar kata Mydin punya tender.

Macam-macam jugak feedback yang aku dengar. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang kata barangan kat kedai tu takdelah murah macam yang dihebohkan. Sama ada murah sikit dan ada yang lebih mahal dari harga barangan di pasaran.
Aku pernah jugak beli barang cap jayen, kafu dan sebagainya. Most of the time aku rasa walau pun barang tu murah, tapi kualitinya tak up to standard. Contoh macam sabun basuh pinggan. Bila nak cuci pinggan, kena guna banyak baru bersih pinggan. So akhirnya aku guna banyak dan beli lebih kerap. Tak jimat jugak. Sama jugak dengan barang lain. Ada la beberapa barang yang aku rasa berbaloi. Macam biskut lemak kafu sedap. Megi kari ekonsep pun not bad. Mostly makanan. Ada yang ok ada yang tak ok. Biasa la.

Aku setuju dengan apa yang dikatakan sebagai "you get what you pay" ke apa tah lebih kurangnya. Tapi aku tak berapa nak setuju bila orang anggap beli barangan yang murah sebagai langkah untuk berjimat.

Aku rasa instead of beli murah, aku prefer beli dengan bijak. Memang tak boleh apply pada semua barang. Tapi at least aku dapat berjimat dan menikmati barang yang berkualiti. Contoh macam ubat gigi. Dengan membeli secara bijak, aku spend lebih kurang RM3-4 sebulan untuk ubat gigi. Sabun basuh pinggan lebih kurang RM3. Pewangi ketiak tak sampai RM3. Dan yang penting. Aku tak perlu sacrifice kualiti barang. Serta ketiak yang lebih wangi dan sihat. Hehehe..

Hati-hati beli barang waktu SALE. Personal experience. Aku beli mixer waktu tak SALE harganya RM69.90. Aku pegi jasko, diorang kata SALE, tapi harga mixer tu RM69.90. Kononnya harga asal adalah RM80+.

Macam mana korang berjimat?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com