Assalamualaikum
Melalui pengalaman sukar diberi notis pindah keluar pada saat akhir sebenarnya membolehkan aku belajar dan mengetahui banyak perkara.
Baru tau yang ada khabar angin yang mengatakan bahawa harga hartanah sudah mula turun dan akan terus turun menjelang pilihanraya ke 13. Walau pun tak diketahui banyak mana akan turun, tapi ianya dah mula turun sedikit demi sedikit. Ramai pelabur hartanah yang dah mula jual rumah mereka, termasuk tuan rumah aku. Ramai jugak yang terpaksa turunkan sikit kadar sewa supaya rumah dapat disewakan sebelum value jatuh teruk. Contohnya rumah yang aku nak duduk.
Kalau tak silap, rumah yang aku duduk tu harga dari pemaju adalah kurang dari RM50k. Lebih kurang 10 tahun lepas. Dua hari lepas, ada seorang ejen beritahu kami yang dia baru uruskan penjualan rumah dalam kawasan kami tinggal tu. Harga jual RM200k!
Aku rasa khabar angin dan desas desus ni yang tuan rumah dengar dan agak "kalut" cari buyer untuk beli rumah.
Dalam proses aku cari rumah juga, actually harga rumah yang kami nak sewa tu sepatutnya nak disewakan dengan harga yang lebih tinggi. Tapi dengan khabar angin begitu, harga sewanya terpaksa diturunkan sedikit. Sikit je. Dalam 2-3 ratus. Still means a lot to us lah kan.
Ok. Harga rumah mungkin takkan turun mendadak. Tapi ianya sekarang dalam trend yang begitu. So bagi sesiapa yang nak cari rumah, dah boleh start belek dari sekarang dan boleh ambil peluang bila harga rumah dah jatuh banyak. Aku pun takde la expert bab rumah ni. Tapi, high cost punya rumah dikatakan akan jatuh sehingga 20-30% dari harga pasaran sekarang. So sila la perati perati. Kos sederhana tak berapa jauh larinya. Tapi siapa tahu kan.
Kadar BLR pun katanya akan menurun. Oleh sebab harga tanah dan spekulasi bagai ni sedikit sebanyak ada kena mengena dengan dasar kerajaan. So, katakanlah kalau pihak pembangkang menang dalam pilihanraya akan datang, katanya ada harapan harga rumah menurun ke tahap yang lebih munasabah berbanding sekarang.
Wallahualam. Kena refer pada yang lebih pakar la kalau nak tau lebih lanjut. Banyak banyak lah berdoa ye.
Apa pun, ni cuma spekulasi. Aku pun share apa yang aku terbaca je.
Daa
19 comments:
Fuyooo..sape byk duit leh beli umah ni..
kalau bertindak (bei/jual) ikut spekulasi, mmg bahaya.
tapi kalau kebetulan mmg nak beli rumah, mmg inilah peluang terbaik.
emm yg satu tu letih nk bayar,nak beli satu lagi tu pk 16kali ;)
Tak kisah siapa yang memimpin tapi mintak2 lah ubah harga rumah tu pada tahap munasabah sedikit..dekat kl tu paling murah RM300k je..lepas tu jauh ceruk dari KL..tu pengalaman dulu waktu nak beli rumah...
p/s: rumah hak bersama masih dalam pertikaian..huhuhu
Klu rege umah turun, selalu ade kaitan gak dgn status ekonomi. Baik negara or global.
memang dalam perancangan nak beli rumah, tapi bukan dalam waktu terdekat ni, survey-survey je dulu, harapnya kalau betul turun jangan turun sekejap pastu nanti naiknya sampai ada yang tak mampu nak beli
klau lah betul, sape2 yg blum bli rumah tu mmg patut la riki2 dr skrg. buat masa ni takde perancangan lagi lah nk menambah rumah...yg ada skrg pun dok mencongak tiap bulan..kih3
ada juga pelbagai review yg mengatakan bahawa speculation nilai hartanah akan drop, even slightly itu adalah tidak berasas..in fact, kata mereka, unjuran utk tahun 2013 hingga 2016 at least dijangkakan nilai property di Klang Valley akan terus naik..Sebab saya buat nilaian harga rumah saya, utk 2013 terus naik another RM20K berbanding Oct 2012.
speculation yg ada kini ada yg katakan lebih kepada mainan speculation...
apa apa pun, tak rugi kalau kita membeli rumah seawal yg mungkin..
tak pernah tau pulak pasal bende ni.. tapi kalau betul2 harga umah akan turun dan akan terus turun memang berita baik r bagi orang yang baru lagi kerja nak merase umah sendiri kan.. hmm
memang tak dinafikan, spekulasi mainkan peranan penting dalam nilaian hartanah. tapi spekulasi yang nampak kabur macam ni, langsung tak tunjuk kesan yang ketara. kena tunggu pru13 dengan dasar-dasar yang tertentu, time tu baru la harga rumah lebih firm lagi. sama ada turun atau naik. banyak atau sikit, tu pun bergantung pada faktor lain jugak (macam komen fara).
takde lak dengar pasal nih, turun2 pun pasti mahal gak lah...nak2 kat Klang Valley nih...
Memang berharap spekulasi nie jadi kenyataan.
kalo turun pun ok...boleh tambh aset lagi nie
kan best klau gaji bnykk ;|
kalau betul2 turun, satu peluang untuk beli.
tetiba nak belek browser rumah la lepas ni...
harga rumah yang akan turun nie untuk rumah yang dah siap. tapi rumah yang baru dibina, the price is still the same. baru jer dapat info dari developer tadi
adehhh... jangan makin naik dah la.
harga rumah naik pun sebab speculation..
jadi marilah kita berspeculation untuk menjatuhkan harga rumah...biar speculator kalut sket...hahaha..padan muka speculator!!
Catat Ulasan