Memaparkan catatan dengan label Advertorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advertorial. Papar semua catatan

Khamis

Blogger~! Sudahkah anda register Advetorial.MY

Assalamualaikum

Peluang terbuka kepada semua blogger untuk menjana pendapatan melalui pelbagai aspek dalam satu platform~!

Affiliate
Penulis advetorial
Dan bagi blogger yang memiliki online shop boleh membuka lebih banyak peluang perniagaan melalui pengiklanan oleh blogger lain pada kadar yang berpatutan

Semua blogger boleh mendaftar sebagai affiliate secara percuma dengan Advetorial.MY ini bagi mempromosikan pelbagai product yang ditawarkan pada masa ini dan masa akan datang. Melalui affiliate, komisyen akan dibayar setiap minggu bagi setiap jualan yang telah dibuat. Tak ada minimum cash out. Tak payah tekan button cash out pun. Cuma promosikan. Bila ada sales, komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik~!

Menarik kan..?

Ada lagi~!!!

Boleh juga upgrade akaun dengan bayaran RM59.90, untuk menjadi Publisher. Publisher adalah blogger yang layak menerima JOB dari peniaga peniaga untuk menulis review bagi product mereka. Bayaran ni adalah sekali sahaja seumur hidup.

Sooo.. tunggu apa lagi..?

Klik pada banner untuk mendaftar..

Daa

Isnin

Pelekat sticker road tax yang trendy

Assalamualaikum

Bagi yang ada kenderaan, pernah tak korang menghadapi situasi sticker road tax susah nak ditanggalkan. Bila nak ditanggalkan tu ada yang koyak dan melekat pada cermin. Geram kan. Aku tengok shujin kerap menghadapi masalah ni. Kalau nak korek beria ria pun boleh rosakkan tinted.

Tips paling berkesan dan mudah nak menanggalkan sticker road tax daripada cermin adalah dengan menanggalkannya selepas kereta duduk bawah panas mentari. Maksudnya bila kita parking kereta kat parking lot panas panas tu. Cuba tanggalkan sticker road tax lepas tu. Sebab bila panas, gamnya cair. So mudah la sikit nak ditanggalkan.

Tapi kalau tak berjaya jugak.. Ada jugak kesan gam, gunalah minyak wangi beralkohol ke minyak masak tenyeh tenyeh buang gam tersebut.

So, bila nak pasang sticker road tax baru.. Korang mesti taknak perkara yang sama berlaku pada tahun depan kan..? Salah satu saranan aku adalah gunakan sticker road tax yang trendy ini.. Cara pemasangannya sangat mudah..


Dapatkan road tax yang terbaru untuk kereta
lekatkan pada plastik film (dibekalkan sekali)
Filem plastik ni adalah untuk mengelakkan dari gam pada roadtax lekat pada cermin windscreen dan menyebabkan roadtax susah ditanggalkan kemudian
Selepas di lekat, trim bahagian yang lebih kat tepi tepi tu so that ianya akan jadi macam sekeping kad plastik.
Tampalkan pula pada sticker road tax dengan bahagian belakang road tax tu yang lekat pada sticker.
Lekatkan pada cermin kereta. Roadtax yang dah lekat pada filem plastik jadi macam kad tu akan duduk antara sticker dan cermin.
Taraaa~~ Mudah kan.. Trendy tak? Siap ada teddy. Ada banyak pilihan corak dan gambar.. Kalau nak custom made gambar, nak letak gambar sendiri ke nak tulis link blog ke mungkin boleh contact terus pada mereka. Sambil tayang roadtax boleh promote blog giteww.. Hihi..

Atau kalau masih kurang jelas, boleh tengok pada tutorial yang disediakan ini
Cara-cara melekatkan roadtax


Haa.. Menarik kan..? Harganya pun tak mahal. Cuma RM6. Boleh buat pesanan melalui 
Facebook page : Car Stickers Malaysia 
Instagram : Car Stickers Malaysia 

Lepas ni takde la masalah stress sebab roadtax susah nak tanggal bagai.

Selain dari sticker untuk road tax, diorang ambil juga tempahan untuk buat macam macam design sticker kereta yang sangat ohsem. Sila LIKE page mereka untuk tengok contoh contoh projek mereka.

Daa 

Jumaat

Tudung online moden dan stylish

Assalamualaikum

Dulu, nak shopping kena tunggu weekend. Kalau tak suka sesak sangat, ambik cuti. Orang lain kerja kita jimba jimba shopping. Kalau orang kerja kerajaan atau office yang bagi extra hours untuk hari Jumaat, mulalah.. Yang shopping pun shopping. Tak kurang yang open table kan.

Tapi zaman sekarang tak kalut dah. Semua dihujung jari. Tu yang habis duit tak sedar kan. Orang dalam pantang tak boleh keluar rumah pun boleh habis duit. Hahaha..

Tudung pun dah macam-macam jenis fesyen ada. Tudung pun orang jual online weh. Apa? Yang pesen lilit, sarung. Cakap je. Semua pun ada. Apa? Tak reti lilit? Apa susah. Youtube kan ada. Kikikiki..




Yang corak, yang berbatu batu, yang dual colour..Semua ada mek~

Pakaian muslimah moden pun tak kurang menariknya. Sebab tu ramai yang mula memilih untuk bertudung. Berfesyen tak mengapa, asalkan menutup aurat dan tak melampaui batas kan..



Terliur tak..?
Tepuk dada tanya selera. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tak salah berfesyen. Jangan jadi mangsa fesyen. Guideline sudah ada. Fesyen muslimah dah semakin meluas. Menutup aurat bukan hanya dengan pakai baju kurung. Jubah ada bermacam gaya juga. Tapi jangan yang mencolok mata. Pandai pandai membuat pilihan. Bak kata pendakwah terkenal di Malaysia, pakai baldi pun boleh tutup aurat :)


Jom cuci mata di  Zalora Malaysia untuk dapatkan info dan tudung online koleksi terkini. Kalau beli ketika musim sales Malaysia atau warehouse sale mesti boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Bukan saja mudah, malah ianya antara portal yang membolehkan wanita wanita yang sibuk seperti kita semua (saja gedik underline kan) memuaskan nafsu shopping at the comfort of your home. Hahaha..

Selamat ber online shopping 
Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com