Isnin

Pembukaan cawangan ke-100 Cleanpro Express

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entry gossip minggu lepas? Sebenarnya, aku berpeluang menghadiri majlis perasmian cawangan ke-100 Cleanpro Express yang terletak di PJ Newtown Outlet pada 8hb March.

Majlis perasmian dihadiri oleh Encik Goh Seng Kiat selaku pengarah urusan Cleanpro Express, Mr Stephen Jacques Senior Commercial Officer dari kedutaan Amerika, Mr Kevin Hietpas Director of Sales dari Dexter laundry, duta produk bagi Cleanpro Express Ms Lee Siad Huey & Farid Kamil dan pasukan pengarah urusan dari Cleanpro Express dan Cleanpro Laundry Holdings. Dan juga wakil media dan blogger.

Majlis bermula dengan rasminya dengan pengumuman ketibaan jemputan khas. Lepas ucapan disampaikan oleh Pengarah Urusan Encik Goh, wakil dari kedutaan Amerika dan Pengarah Jualan dari Dexter Laundry juga menyampaikan sepatah dua kata. Lepas tu gamat sekejap dengan persembahan tarian singa yang anak-anak tunggu. Hehehe.. Aku siap ambik bideo.
Barisan jemputan khas
Singa bergambar dengan pemilik cleanpro express cawangan PJ Newtown
Selepas tu upacara perasmian dengan memotong reben.
Barisan para jemputan khas merasmikan cawangan ke-100
Kemudian, duta duta produk pulak buat sesi demonstrasi untuk menunjukkan betapa mudah dan seronoknya membasuh baju.
Ms Lee Siad Huey dengan Farid Kamil (walau pun mula mula aku tak kenal lelaki itu..haha)


Bagi yang first time dengar, "Cleanpro Express" adalah satu rangkaian pusat dobi layan diri yang dibuka 24jam. Setakat ini ianya mempunyai 100 cawangan di Malaysia dan Singapura. Di setiap cawangan, disediakan mesin basuh baju dan pengering menggunakan syiling. Mesin menukar syiling dan mesin menjual sabun basuh juga ada tersedia, jadi cuma perlu bawa sebakul baju comot dan segenggam duit kertas untuk memulakan operasi. Kalau takut siang hari sesak dengan pengguna lain, boleh datang pukul 3-4 pagi ya. Buka 24jam kan. Hehehe..

Ada instruction cara nak basuh. Nak buat basuhan air suam pun boleh
Model kami :P
Mesin basuh dan pengering ada pelbagai saiz. So, walau pun ada mesin basuh di rumah, tapi malas nak basuh banyak kali, boleh gunakan mesin basuh di Cleanpro Express juga. Saiz mesin basuh paling besar 25kg. Memang puas hati. Hehehe..
Soap vending machine
 Menariknya, di sesetengah cawangan, perkhidmatan kerusi urut dan WIFI turut disediakan.
Kita minum dulu~
Rujuk cawangan Cleanpro Express yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan.

Di musim musim catuan air ni, tak perlu risau pasal baju kotor. Cuma ke mana mana cawangan Cleanpro Express dan mula membasuh. Bila tiba musim hujan pulak, boleh gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian. Jadi hujan atau panas, Cleanpro Express akan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat :D

Goodie bag
Berita baik, bagi yang nak mencuba perkhidmatan mendobi di Cleanpro Express ini, beberapa cawangan Cleanpro Express memberikan percubaan PERCUMA dicawangan mereka. Jangan lupa tandakan di kalendar masing-masing dan pastikan cawangan Cleanpro Express yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat dobi layan diri PERCUMA (Limited time).


Actually perkhidmatan macam ni bagus bagi orang bujang dan student. Maklumlah kan, malas gila kot nak menyental. Lagi lagi kalau budak lelaki. 

Menarik kan perkhidmatan macam ni?

Daa

23 comments:

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, hahaha tergelak sheila baca boleh kak rai beritahu tak kenal Farid Kamil tu. kahakhakahakkk... bestnya event ni..

Mar Mansor berkata... [Reply]

wah semakin glamer dobi camni..
rai tak kenal farid kamil?huhuhu

JunAina berkata... [Reply]

Kat Kajang ada satu bukan kawasan perumahan pun tetapi akak memang salute lah depa boleh survive.

Adakah ini berkaitan dengan entri Eryqazz hari tu...;)

babYpose berkata... [Reply]

Bestnya baru rasa macam kat over the sea :) nanti bole cari kat kota damansara tu.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak ingatkan Rai buka francise dia. Oh... inilah gambar yg keluar tempohari anak dara dan hero bergaya depan washing machine:)

Aziela berkata... [Reply]

Paling best bab dryer especially kalau musim hujan. Mesti wangiii jer baju kan. Lagi satu, sesiapa yang travel tu, boleh jer singgah memana and basuh baju. Tak yah susah2 nak angkut baju kotor bawa balik rumah sebeban.

Unknown berkata... [Reply]

@Sheila Salim, haa kan.. poyo gila kot tak kenal farid kamil.. tapi rasa cam lain muka dia.. haha

Unknown berkata... [Reply]

@Mar Mansor, kenal kalau tengok dalam tv je.. hakhak..

Unknown berkata... [Reply]

@JunAina, benda camni sebenarnya bagus buat kat kawasan hostel studen U.. hehe

aah kak, eyriqazz bagi peluang..hihi

Unknown berkata... [Reply]

@babYpose, memang boleh fefeeling obedisi.. haha

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, aminn kak.. berminat jugak kalau ada rezeki...

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, betull~~! saya pun teruja bab dryer tu.. haha..

lieyalatif berkata... [Reply]

kehkehkeh camne hang tak kenal farid kamil tu rai oiiii...jejaka hensem gituuu hahaahah...agak2 kalo letak aaron ajis rai kenal tak heheheeheh....

nampak canggih la dobi nieh...hope servis pun bagus....aritu gi dobi kat tut...tang keringkan baju tu mesin die panas teruk...rosak baju2 yg jenis lembut tu....adoi!

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...bagus juga ni ...dah ada cawangan kat jb ke rai...?kalau ada boleh juga cuba nanti...:)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...bagus juga ni ...dah ada cawangan kat jb ke rai...?kalau ada boleh juga cuba nanti...:)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Terus terfikir nak mendobi comforter tebal...kot murah berbanding dobi biasa tu.

Suria Amanda berkata... [Reply]

wah bagus ni....sangat2 berguna untuk orang bujang macam SA....area kepong ada ke erk..kalau kat seremban ada lagi best kan...hehehehe

Qashmere berkata... [Reply]

ahh ade artissssssss

Serasi berkata... [Reply]

camne kalau saya nak buka sendiri kedai dobi ni?boleh tahu x dkat sapa sy perlu rujuk kal rai

Unknown berkata... [Reply]

@Serasi, boleh klik ke website dia dan call no cleanpro ni..nanti diorang akan bantu..

Abdullah berkata... [Reply]

Mcm mna nk buka clean pro dobi ke 101 punya cawangan...tuan tlg wasap sy bl free 0135252905

www.77yum.com berkata... [Reply]

中古車貸
車貸
銀行汽車增貸
車貸官方網站
銀行汽車貸款10-150萬
汽車二胎貸款‎
汽車貸款查詢

av女優 berkata... [Reply]

好車貸汽車貸款
車貸財理通‎
個人信用線上查詢
信貸
汽車高利換低息‎
銀行汽車貸款72期還款
銀行中古購車貸款
銀行二胎房貸
汽車銀行增貸

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com