Isnin

Mengelak kulit muka kering dan kusam akibat penghawa dingin

Assalamualaikum

Panjang gitu tajuknya. Hahaha..

Kulit aku jenis kulit kombinasi. T-zone ala ala berminyak sikit. Area U-zone (pipi dan dagu) tu jenis kulit normal normal gitu. So, pagi sebelum keluar pergi kerja aku memang cuba mendisiplinkan diri apply toner, skin refinishing lotion dan moisturizer. Kesannya memang sangat ok. Kulit muka terasa lembut licin dan jerawat pun tak naik. Cuma masa raya aritu, gatal pakai foundation sample yang FREE tak cuci betul betul, naik sebiji tanduk kat hidung.

Tapi selain dari masa tu memang takde jerawat dah. Skin complexion aku pun aku rasa da semakin okay. Rasanya nak tambah eye cream kalau ada rezeki lebih nanti. Biasanya lepas solat zuhur, kulit akan jadi kering sikit sebab dah cuci benda yang aku apply tu dengan air wudhu', lepas tu expose pada air cond kan. Nak re-apply semua tu memang tidak lah. Touch make up pun jauh sekali. Eh memang tak pakai pun kan. Hahaha.

Memandangkan aircond kat office ni agak kuat, kulit akan jadi kering sikit. So, solution yang aku gunakan adalah seperti di bawah ni
artistry essential hydrating toner
Hydrating toner ni bekas asalnya besar. So aku masukkan dalam bekas kecik beli kat kedai mekap. Jadikan sebagai penyegar, pelembab muka lepas selesai solat. Just sembur tiga kali pada muka. (Kalau muka lebar sikit maybe kena sembur lebih sikit..hehe) Lepas tu tepuk tepuk manja bagi dia menyerap. Tara... Kulit takkan kering dan hasilnya kulit terasa segar dan lembut sampai petang.

Aku re-apply tiap kali lepas basuh muka (solat). Ianya tak menyebabkan kulit jadi berminyak pun. T-zone aku okay je. Boleh apply untuk apa apa jenis kulit pun. Kulit yang sensitif pun boleh sebab ianya dah diuji keselamatannya.

Aku sentiasa bawak toner ni dalam beg ke mana mana. Kalau muka terasa berminyak, aku basuh muka, lap kering dan kemudian apply. Muka akan kelihatan segar kembali. 

Selamat mencuba.

Bagi yang berminat nak mendapatkan product artistry ini boleh hubungi whatsapp terus ke nombor 0126894617.

Daa

13 comments:

PCL berkata... [Reply]

okay..kulit muka lelaki selalunya berminyak, tp selalunya lebih kpd tak kisah..dan belasah je. , dedolu masa muda remaja memang jaga sungguh..
#ok take note utk muda mudi

emarieys berkata... [Reply]

bolehlah try

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Oo..spray dimuka eh..terasa cm trus jadi model iklan je ni..sambil kibas2 kan rambut..hehe..tima kasih share info :)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye....nk try lah nnti...rietta pernh try yg herbalife puny....tpi xseswai...trus naek ruam ruam..

Psss...ada akk...rietta pos kad raya jerr...xsmpai eh?

JunAina berkata... [Reply]

Samalah kita, akak ni kalau dah solat muka sememeh ja. Malas dah nak tuoch-up bagai.

Irfa berkata... [Reply]

ayat selamat mencuba tu sweet je aku baca ;)

# masih dlm proses hilang parut jerawat tu.huhu

Mulan berkata... [Reply]

nak jgk try...

mai la raya sini.. ada biskots raya lagi tak...

Nieda Ramly berkata... [Reply]

dlm aircond selalu kering muka kita

Unknown berkata... [Reply]

eh, eh..sama la kita..naik jerawat time raya aritu..gara2 tertidur pakai mekap..hahahaha..

bgn pagi tu padan muka jerawat dah naik kat hidung..dah dasar pemalas..tu la jadinya..hikhik..

Cho Zila berkata... [Reply]

best yerk.. memang kalau pakai benda cam gini bolehler tahan sikit mukakan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share yer !

ZieMarziah berkata... [Reply]

boleh try..amway kan?

Unknown berkata... [Reply]

@ZieMarziah, haah.. amway..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com