Memaparkan catatan dengan label Toner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Toner. Papar semua catatan

Isnin

Mengelak kulit muka kering dan kusam akibat penghawa dingin

Assalamualaikum

Panjang gitu tajuknya. Hahaha..

Kulit aku jenis kulit kombinasi. T-zone ala ala berminyak sikit. Area U-zone (pipi dan dagu) tu jenis kulit normal normal gitu. So, pagi sebelum keluar pergi kerja aku memang cuba mendisiplinkan diri apply toner, skin refinishing lotion dan moisturizer. Kesannya memang sangat ok. Kulit muka terasa lembut licin dan jerawat pun tak naik. Cuma masa raya aritu, gatal pakai foundation sample yang FREE tak cuci betul betul, naik sebiji tanduk kat hidung.

Tapi selain dari masa tu memang takde jerawat dah. Skin complexion aku pun aku rasa da semakin okay. Rasanya nak tambah eye cream kalau ada rezeki lebih nanti. Biasanya lepas solat zuhur, kulit akan jadi kering sikit sebab dah cuci benda yang aku apply tu dengan air wudhu', lepas tu expose pada air cond kan. Nak re-apply semua tu memang tidak lah. Touch make up pun jauh sekali. Eh memang tak pakai pun kan. Hahaha.

Memandangkan aircond kat office ni agak kuat, kulit akan jadi kering sikit. So, solution yang aku gunakan adalah seperti di bawah ni
artistry essential hydrating toner
Hydrating toner ni bekas asalnya besar. So aku masukkan dalam bekas kecik beli kat kedai mekap. Jadikan sebagai penyegar, pelembab muka lepas selesai solat. Just sembur tiga kali pada muka. (Kalau muka lebar sikit maybe kena sembur lebih sikit..hehe) Lepas tu tepuk tepuk manja bagi dia menyerap. Tara... Kulit takkan kering dan hasilnya kulit terasa segar dan lembut sampai petang.

Aku re-apply tiap kali lepas basuh muka (solat). Ianya tak menyebabkan kulit jadi berminyak pun. T-zone aku okay je. Boleh apply untuk apa apa jenis kulit pun. Kulit yang sensitif pun boleh sebab ianya dah diuji keselamatannya.

Aku sentiasa bawak toner ni dalam beg ke mana mana. Kalau muka terasa berminyak, aku basuh muka, lap kering dan kemudian apply. Muka akan kelihatan segar kembali. 

Selamat mencuba.

Bagi yang berminat nak mendapatkan product artistry ini boleh hubungi whatsapp terus ke nombor 0126894617.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com