Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan

Isnin

Janganlah jadi batu api

Assalamualaikum

Ok.. Aku dah lama tak update. Tapi demi nak membebel aku merajinkan diri update.

Seharian jugak kot semalam hot pasal cerita BF mummy yang selfie tayang kat FB. Di screen shot dan kemudian di kutuk beramai ramai.

Aku bukan jenis umat manusia suka selfie. Bergambar jauh sekali, lagi la selfie. Jadinya.. Benda benda pasal selfie ni aku agak tak berkenan. Dalam kes selfie masa tengah BF lagi la aku tak setuju.

Tapi..

Tak adalah kalau kawan aku buat, aku nak screenshot dan viralkan untuk jadi bahan kutukan ramai ramai.

Yang datang komen. Bukan nak tulis cara baik. Nak kena melucah. Nak kena tulis sampai orang tutup FB account.

Pada aku.. Benda kecik. Iya. Benda tu memang boleh menjatuhkan maruah. Walau pun tak nampak aurat, tapi dia declare dia tengah BF anak. Tak elok la pada aku.

Tapi.. Apa salahnya kalau kawan yang ada banyak masa nak screenshot tu, PM mintak di delete gambar tersebut dengan cara baik. Tegur elok elok. Mungkin masa upload dia tak sedar yang gambar tu boleh mendatangkan fitnah. Common sense setiap orang berbeza. Ada orang, kalau dah nak terkencing sangat, kencing kat tepi highway tak mengapa. Ada orang, yang prefer kencing dalam botol dari kencing tepi highway. 

Jangan jadi batu api. Sampai hari ni. Banyak komen yang melampau. Sampai kaitkan perempuan pelacur, gunakan ayat yang keras dan lucah. Ada yang perempuan, tapi bercakap macam takde agama. Maaf cakap ye. Korang komen melampau, jangan ingat malaikat kanan kiri tak tulis. Jangan riak yang hari ni korang boleh kutuk orang lain. Yang lelaki tu, jangan sampai Allah bagi ujian kat diri sendiri atau kat isteri, adik, kakak masing masing.

Aku memang tak ikut page yang suka jadi batu api. Tapi aku ucapkan takziah pada page tersebut dan fans nya. Semoga korang sempat bertaubat dan minta maaf pada perempuan-perempuan yang korang hina tu. Apa yang pasti, perempuan tu berdosa pada Allah sebab tak jaga maruah dia. Yang korang, dosa korang hina dia kutuk dia. Agak-agak perempuan tu nak maafkan tak..?

Selamat hari Isnin

Daa

Khamis

Belajar hormati hak orang lain

Assalamualaikum

Saja lah kan aku tergedik gedik nak komen pasal kes tudung FAREEDA yang tengah meletup letup ni. Since ramai sangat yang bagi komen. Aku pun saja nak menumpang. Walau pun tak penah terfikir nak beli pun tudung tu. Cuit pun tak pernah..
Jangan hilang fokas.. Isunya kat sini adalah isu ciplak hak intelektual. Bukan isu kecik okay. Mungkin nampak kecik je. In the beginning aku pun fikir. Ala.. Apa salahnya rezeki kongsi kongsi. Tak berkurang rezeki pemilik FAREEDA tu. Tapi kan.. Bila fikir balik. Pengasasnya tu tak tidur malam. Berhempas pulas memerah otak nak buat pesen yang hot gitu. Tetiba senang senang je orang ciplak dan jual pada harga sama pulak tu. Orang ciplak tu tak payah keluar modal marketing bagai.. Dah ada ready market. 

Idea orang tu hak orang. Dosa tau. Mencuri namanya.. Lain la kalau tuan punya idea tu redha je orang nak ambik idea dia. Lain cerita. Sedangkan gambar kat blog kena curi pun kita rasa tak best kan.. Entry kena copy pun rasa tak seronok.

Apa rasa bila ada orang curi beras kat rumah usahawan beras. Lepas tu, dia jual beras curi tu sama harga dengan usahawan tu jual. Bila usahawan beras tangkap pencuri tu, orang ramai pun kata. Rezeki dari Allah. Kenapa nak takut orang tak beli beras dia kalau beras dia bagus berkualiti.

Yang pengasas dia buat pesen tudung singkat, harga jualan melampau dari harga kos bagai sampai tak terjangkau dek akal tu, memang dah satu persoalan lah. Yang tu separate matters. Jangan campur adukkan.

Kalau korang nak bekap yang ciplak tu dengan kata.. Ala, tudung FAREEDA dah la singkat mahal gila.. Dah tu yang korang tu beli jugak pasaipa. Kalau takde orang beli, takde la meletup letup pesen parida sekarang ni. Ye tak? Yang si penciplak tu pi tiru jugak tak dosa sama ka? 

okay. Sekian komen aku yang tak penah beli tudung mahal.

Daa

Rabu

Mentaliti

Assalamualaikum

Nampak tak dia tulis apa..?

Aku jumpa dalam paper Metro.

"Mohon PBT berkaitan bantu bersihkan longkang di sekitar Kampung Ubi baru yang menjadi tempat nyamuk bertelur"

Aku paling tak suka jenis macam ni
(1) Yang pi buang sampah kat longkang tu pasaipa?
(2) Dah sendiri buang sampah, pandai pandai la bersihkan sendiri

Memang lah boleh kata ianya tanggungjawab jabatan sekian sekian untuk bersihkan. Tapi tanggungjawab penduduk setempat jugak untuk bersihkan. Kan kampung sendiri. Jaga kebersihan kampung sendiri pun satu tanggungjawab penduduk jugak. Kalau dah tau nyamuk membiak, takkan nak tunggu PBT jugak bersihkan. Satgi ada kes denggi bagai ke apa. Salahkan PBT sebab lambat bersihkan. 

Tolong ya penduduk Kampung Ubi Baru. Cepat cepat bersihkan longkang tu sama-sama. Gotong royong sekejap apa salahnya.

Daa

Jumaat

Bukan sekadar kangkung

Assalamualaikum

Topik kangkung dah semakin reda. Tapi masih lagi diperkatakan. Yang troll memang ramai. Yang tak setuju PM di troll pun tak kurang. Ada yang kata "soal kecik pun korang nak troll beria ria"..

Small matters katanya..

Pada aku.. Mostly dah fed up. Kebanyakan orang almost tak percaya ayat kangkung tu keluar dari mulut PM. Betapa tak berpengetahuannya seorang pemimpin kita. Betapa pemimpin anggap rakyat ni bodoh sangat sampai tak tau nilai seikat kangkung.

Ye lah. Kangkung salah satu contoh..

Memanglah tak salah bagi contoh kangkung. Tapi sapa heran pasal kangkung. Harga minyak naik. Harga gula naik. Tak isi minyak mac mana nak pergi kerja.

Tapi tak ada orang mati sebab atau tak pergi kerja sebab tak mampu beli kangkung yang boleh je kutip tepi parit.



Betapalah aku rasa kerajaan takde idea pun macam mana nak bantu kurangkan beban rakyat.

Kesian kat orang yang nampak isu kangkung ni sekadar satu isu melawak.

Salam Jumaat & selamat bercoti

Daa

Khamis

Kadar jenayah meningkat?

Assalamualaikum

Aku tak tau la perasaan aku ke apa.. Sejak dua menjak ni banyak sangat kes pecah rumah, rompak, cubaan pecah rumah berlaku kat kawasan perumahan aku.

Terus terang cakap. Area Kota Kemuning banyak rumah yang guarded dan gated. Dan banyak taman dalam ni yang ada 3-4 CCTV kat guard post tu. Tak tau lah betul betul berfungsi ke tidak kan. Hahaha.. Tapi nak kata.. Area ni boleh kata banyak taman taman orang ada ada. Tak termasuk aku la tu..

Aku suka tinggal area sini sebab aman, tenteram.. rasa selamat.. Tapi itu dulu.. sekarang dah makin banyak aku tengok diorang update pasal jenayah berlaku. Hampir setiap hari ada. Mungkin sebab komuniti penduduk makin ramai, kes makin banyak berbanding masa aku awal duduk kat sini, penduduk masih sedikit.

Kedai makan kena rompak pukul 10 malam. Kedai Dobi kena rompak pukul 5 petang. 4 motosikal terjah masuk auto-gate sebaik sebelum ditutup dan ugut tuan rumah dengan pisau. Semua cash dan henpon lesap. Kes pecah rumah ketika tuan takde apatah lagi. Kawasan beriadah kat tasik tu pun tak terkecuali. Tengah jogging pagi pagi, ada orang hunus pisau mintak duit. Terjun masuk tasik. Rajin perompak tu bangun pagi subuh kan.. Kan bagus kalau bangun tu solat subuh, buat solat dhuha. Moga Allah murahkan rezeki..

Kereta parking kat area tu sementara jogging kena umpil, termasuk kereta kakak ipar aku..

Serius.. Sampai aku takut nak keluar rumah... Nak ajak anak anak keluar pergi tasik pun takut..

Hidup dalam ketakutan..

Itu pun masih ada yang kata.."Syukur Malaysia masih aman"

Bagaimana dengan tempat tinggal korang?

Daa

Rabu

Membandingkan harga minyak, kuasa membeli dan harga barang keperluan

Assalamualaikum

Sejak harga minyak dinaikkan sebanyak 20sen. Ramai lah pakar ekonomi instant yang muncul di laman laman sosial. 

Aku dah naik malas nak komen banyak. Tetiba hari ni rasa nak mengeluarkan sikit pendapat. Yang tak berapa nak pakar ni.

Aku yakin. Ramai yang bakal terkesan dengan kenaikan harga minyak. Terutamanya golongan berpendapatan sederhana yang tinggal kat bandar. Kenapa..? Sebab mereka adalah golongan yang paling kurang dapat subsidi atau bahasa orang kayanya kita panggil insentif. Tapi dalam masa yang sama merupakan golongan yang juga memberikan sumbangan secara langsung dalam bentuk cukai pendapatan. 

Macam mana pun, pada aku adalah sangat tidak wajar kalau nak bandingkan harga minyak di Malaysia yang dikatakan paling murah, lebih murah, atau sangat murah berbanding negara lain di dunia sekali pun. Aku memang kerani cap nippon. So, aku cuma tau pasaran jepun je. Hahaha. Harga minyak semasa di Jepun adalah lebih kurang JPY157 iaitu lebih kurang RM5.20. Mak aih. Mahal gila.. Syukur duduk Malaysia. Syukur kerajaan bagi subsidi. 


Harga minyak semasa di Jepun
Hakikatnya.. Bagi orang Jepun, JPY157 tu macam RM1.57 bagi kita. So murah ke mahal..? Pada aku murah la. Sebab gaji fresh grad kat sana biasanya dalam JPY200,000. Kira macam RM2000 kat Malaysia. Tapi diorang pergi kerja pun biasanya tak payah naik kereta. Train bas merata. Kalau pakai pas bulanan dah murah dah. Kalau hujung bulan duit tak berapa nak ada, beli onigiri JPY105 seketul dua pun da mengenyangkan.

Kalau beli barang basah pulak. Kalau nak jimat dan murah, beli lepas pukul 8 malam. Price down sampai 50%.

Ya. Tak guna nak bandingkan Jepun ngan kita. 

So why the heck orang bandingkan harga minyak dengan harga minyak negara lain..? 

Anyway.. Pada aku, tak guna berdebat dengan ignorant. In the end.. Hakikat takkan berubah.. Harga minyak dah naik 20sen.

Yang menghairankan.. Bila harga minyak naik bukan main lagi. Nak kurangkan subsidi. Nak ikut harga minyak semasa. Owh. Masa naik pandai pulak sebut harga minyak semasa. Bila harga minyak turun. Duk buat menatang apa..?

Masa naik bukan main berdegar degar. Ikut harga semasa. Bila turun, keluarlah kata kata tak munasabah seperti "syukur lah pada kerajaan yang telah bermurah hati menurunkan harga minyak". Tak caya, adalah 2-3-4 bulan akan datang. Harga minyak turun 10sen. Dan ramai akan keluar statement "terima kasih kerajaan Malaysia"

B#%%^ la.. 

Hahaha. Apa pun. Bertabah lah rakyat Malaysia. Ini bukan lagi masa nak berjimat. Semua orang perlu fikirkan alternatif untuk dapatkan pendapatan tambahan pulak. Ada macam macam cara, tapi pastikan ianya halal.

Daa

Selasa

Lelaki yang menjual bumi

Assalamualaikum

Baca paper The Sun semalam. Ada satu segmen menulis tentang seorang lelaki di Jepun yang auction kan bumi. Earth for sale.

He is seriously trying to sell the earth.. Hahaha..

Dalam auction tu adalah orang orang yang agak wacko mengomen dan bertanya.. Kemudian dijawab pulak oleh orang yang melelong bumi tu. Comel sangat walau pun mereka tu pelik.. Hahaha..

Q = Question
A = Answer

Q : I love cigars. Is it possible to sell off just Cuba as a special package item? (Mamat yg tanya ni dari Saitama)
A : Thank you for your question! After placing the winning bid, I think Havana can be moved to Saitama, Japan.

Q : Hello, this is really interesting item! If i buy the earth , will i become a god?
A : Thank you for your question! This item can't make you a god

Satu soalan kononnya orang tu dari galaksi lain..
Q : Is it possible to ship this via Altair? Thank you for your time.
A : Thank you for your question! Because it would take 17 light years just for the bank transaction to complete, I think you should forget shipping.

Harga asal masa start auction adalah 69cents, masa diorang tulis artikel tu harga dah jadi $2,700.. Hehehe..

Dalam hiruk pikuk memboikot.. Ada juga yang tak paham tulisan aku pasal "aku tak boikot McD" Simply sebab dia tak paham apa yang aku cuba sampaikan, taknak paham or memang sebenarnya tak baca pun. Entah la. Tanggungjawab aku menulis. Tanggungjawab orang membaca. Kalau dah baca, paham pun malas. Aku pun tak boleh buat apa.

Satu benda aku nak ingatkan. aku tak sure ayat berapa sebab aku dengar pun dari ceramah..tapi tertulis dalam Al Quran. Maksudnya.. Akan berlaku kekecohan di bumi Palestine sebab kat situ akan turunnya Nabi Isa. Nabi Isa akan turun untuk menyelamatkan akidah dan keimanan dan orang orang Palestine. Ini adalah apa yang ditulis. Satu perancangan Allah.

Walau macam mana kita save Gaza sekali pun. Dah tertulis bahawa perancangan Allah adalah menghancurkan bumi Palestine dan kemudiannya diturunkan Nabi Isa. 

Bukan maksud aku kita tak perlu bantu dan doakan. Tapi jangan lupa. Dalam Al Quran. Tak ada ditulis apa akan berlaku pada bumi Malaysia. Dalam kita sibuk berkempen selamat bumi orang lain, jangan lupa tanggungjawab kita untuk selamatkan negara sendiri. Memang tak ada perang. Tapi negara kita sekarang penuh maksiat, penuh dengan segala kemungkaran.

Negara kita. Ekonomi kita makin teruk. Bank dunia dah bagi amaran. 

Pencemaran teruk. Paling dekat dengan kita.. Adakah kita jaga isi rumah kita. Barang yang kita gunakan. Adakah akan merosakkan bumi? Menyebabkan pencemaran? Kalau diri sendiri pun tak mampu ubah. Banyak alasan. Leceh itu ini. Nak selamatkan Gaza?

Satu peristiwa zaman ketika tentera Abrahah nak datang menawan kota Mekah. Datuk Rasulullah Abdul Muttalib tengah sibuk cari kambing yang hilang. Orang semua marah sebab Abdul Muttalib tak sibuk nak pertahankan kota Mekah. Apa jawapan Abdul Muttalib masa tu..

"Kota Mekah adalah hak Allah. Di bawah lindungan Allah. Allah adalah tuannya.. Allah akan pertahankan haknya.. Tapi kambing yang hilang tu aku tuannya, hak aku. Aku cari sebab aku nak kena pertahankan hak aku"

Nampak tak? Sebelum kita sibukkan hak orang lain.. Sibukkan tanah orang lain. Dulukan apa yang jadi milik kita.

Kalau orang yang sibuk pakat suruh orang berenti kerja McD ni kononnya sebab menyumbang pada ekonomi zionis. Adakah orang orang ni bertanggungjawab nak bagi kawan tu makan. Anak bini dia makan? Ada pulak yang komen "tak mati punya kalau tak kerja McD.." Habis tu kau nak sara anak bini dia ke kalau dia berenti kerja McD dan tak dapat kerja lain. Kalau tak mampu duduk diam diam. Nak boikot boikot la. Jangan hukum orang lain. Jangan bagi komen macam orang tak bertanggungjawab.

Macam aku tulis Rasulullah berurusniaga gadai baju besinya. Adakah Rasulullah tak tahu yang baju besi tu akan digunakan dalam perang untuk perangi orang Islam? Untuk nak hancurkan Islam? Korang rasa? Kalau masih ada yang nak kata.. orang yang kerja McD, beli McD.. adalah orang yang menganiaya orang Islam di Palestine. Teliti balik kisah ni. Adakah Rasulullah seorang Nabi dan Rasul nak menganiaya orang Islam yang berperang dengan yahudi masa zaman tu dengan menyumbang pada ekonomi mereka melalui jual beli..?

Dari awal, aku memang jarang gila makan McD.. Bukan McD aje. KFC ke Pizza Hut ke. Sebulan sekali pun payah. Simply sebab ianya bukan healthy option untuk anak-anak. Sesekali boleh la. So tak payah la ada sesiapa yang kata, aku kebuloq nak makan McD sebab tu aku beria tulis macam ni..

Soal diri sendiri.. Dalam kita duk sibuk pasal warga Palestine ni kan.. Sejauh mana kita jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, jaga kesihatan. Ada berapa orang antara kita yang pernah ambik tau pulak.. Jiran sebelah rumah kita makan ke tidak hari ni..? Bertegur sapa tak dengan jiran? Kalau dengan jiran pun jeling menjeling, pandang pun sinis. Hehh..~

Nota kaki : Alfatihah buat seorang junior di sekolah menengah dulu yang meninggal pagi semalam kerana kidney failure. Belum masuk 30..  Walau pun tak rapat.. still rasa terkesan..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com