Assalamualaikum
Baca paper The Sun semalam. Ada satu segmen menulis tentang seorang lelaki di Jepun yang auction kan bumi. Earth for sale.
He is seriously trying to sell the earth.. Hahaha..
Dalam auction tu adalah orang orang yang agak wacko mengomen dan bertanya.. Kemudian dijawab pulak oleh orang yang melelong bumi tu. Comel sangat walau pun mereka tu pelik.. Hahaha..
Q = Question
A = Answer
Q : I love cigars. Is it possible to sell off just Cuba as a special package item? (Mamat yg tanya ni dari Saitama)
A : Thank you for your question! After placing the winning bid, I think Havana can be moved to Saitama, Japan.
Q : Hello, this is really interesting item! If i buy the earth , will i become a god?
A : Thank you for your question! This item can't make you a god
Satu soalan kononnya orang tu dari galaksi lain..
Q : Is it possible to ship this via Altair? Thank you for your time.
A : Thank you for your question! Because it would take 17 light years just for the bank transaction to complete, I think you should forget shipping.
Harga asal masa start auction adalah 69cents, masa diorang tulis artikel tu harga dah jadi $2,700.. Hehehe..
Dalam hiruk pikuk memboikot.. Ada juga yang tak paham tulisan aku pasal "aku tak boikot McD" Simply sebab dia tak paham apa yang aku cuba sampaikan, taknak paham or memang sebenarnya tak baca pun. Entah la. Tanggungjawab aku menulis. Tanggungjawab orang membaca. Kalau dah baca, paham pun malas. Aku pun tak boleh buat apa.
Satu benda aku nak ingatkan. aku tak sure ayat berapa sebab aku dengar pun dari ceramah..tapi tertulis dalam Al Quran. Maksudnya.. Akan berlaku kekecohan di bumi Palestine sebab kat situ akan turunnya Nabi Isa. Nabi Isa akan turun untuk menyelamatkan akidah dan keimanan dan orang orang Palestine. Ini adalah apa yang ditulis. Satu perancangan Allah.
Walau macam mana kita save Gaza sekali pun. Dah tertulis bahawa perancangan Allah adalah menghancurkan bumi Palestine dan kemudiannya diturunkan Nabi Isa.
Bukan maksud aku kita tak perlu bantu dan doakan. Tapi jangan lupa. Dalam Al Quran. Tak ada ditulis apa akan berlaku pada bumi Malaysia. Dalam kita sibuk berkempen selamat bumi orang lain, jangan lupa tanggungjawab kita untuk selamatkan negara sendiri. Memang tak ada perang. Tapi negara kita sekarang penuh maksiat, penuh dengan segala kemungkaran.
Negara kita. Ekonomi kita makin teruk. Bank dunia dah bagi amaran.
Pencemaran teruk. Paling dekat dengan kita.. Adakah kita jaga isi rumah kita. Barang yang kita gunakan. Adakah akan merosakkan bumi? Menyebabkan pencemaran? Kalau diri sendiri pun tak mampu ubah. Banyak alasan. Leceh itu ini. Nak selamatkan Gaza?
Satu peristiwa zaman ketika tentera Abrahah nak datang menawan kota Mekah. Datuk Rasulullah Abdul Muttalib tengah sibuk cari kambing yang hilang. Orang semua marah sebab Abdul Muttalib tak sibuk nak pertahankan kota Mekah. Apa jawapan Abdul Muttalib masa tu..
"Kota Mekah adalah hak Allah. Di bawah lindungan Allah. Allah adalah tuannya.. Allah akan pertahankan haknya.. Tapi kambing yang hilang tu aku tuannya, hak aku. Aku cari sebab aku nak kena pertahankan hak aku"
Nampak tak? Sebelum kita sibukkan hak orang lain.. Sibukkan tanah orang lain. Dulukan apa yang jadi milik kita.
Kalau orang yang sibuk pakat suruh orang berenti kerja McD ni kononnya sebab menyumbang pada ekonomi zionis. Adakah orang orang ni bertanggungjawab nak bagi kawan tu makan. Anak bini dia makan? Ada pulak yang komen "tak mati punya kalau tak kerja McD.." Habis tu kau nak sara anak bini dia ke kalau dia berenti kerja McD dan tak dapat kerja lain. Kalau tak mampu duduk diam diam. Nak boikot boikot la. Jangan hukum orang lain. Jangan bagi komen macam orang tak bertanggungjawab.
Macam aku tulis Rasulullah berurusniaga gadai baju besinya. Adakah Rasulullah tak tahu yang baju besi tu akan digunakan dalam perang untuk perangi orang Islam? Untuk nak hancurkan Islam? Korang rasa? Kalau masih ada yang nak kata.. orang yang kerja McD, beli McD.. adalah orang yang menganiaya orang Islam di Palestine. Teliti balik kisah ni. Adakah Rasulullah seorang Nabi dan Rasul nak menganiaya orang Islam yang berperang dengan yahudi masa zaman tu dengan menyumbang pada ekonomi mereka melalui jual beli..?
Dari awal, aku memang jarang gila makan McD.. Bukan McD aje. KFC ke Pizza Hut ke. Sebulan sekali pun payah. Simply sebab ianya bukan healthy option untuk anak-anak. Sesekali boleh la. So tak payah la ada sesiapa yang kata, aku kebuloq nak makan McD sebab tu aku beria tulis macam ni..
Soal diri sendiri.. Dalam kita duk sibuk pasal warga Palestine ni kan.. Sejauh mana kita jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, jaga kesihatan. Ada berapa orang antara kita yang pernah ambik tau pulak.. Jiran sebelah rumah kita makan ke tidak hari ni..? Bertegur sapa tak dengan jiran? Kalau dengan jiran pun jeling menjeling, pandang pun sinis. Hehh..~
Nota kaki : Alfatihah buat seorang junior di sekolah menengah dulu yang meninggal pagi semalam kerana kidney failure. Belum masuk 30.. Walau pun tak rapat.. still rasa terkesan..
Nota kaki : Alfatihah buat seorang junior di sekolah menengah dulu yang meninggal pagi semalam kerana kidney failure. Belum masuk 30.. Walau pun tak rapat.. still rasa terkesan..
Daa
19 comments:
sedey tgk rakyt palestin...
eheheh!!sy mcm slalula..suka betul ngan points k'rai ..semua pn sy skong :) ish,mcm takde pndirian plakkn?tp siyesly akak,ramai sgt yg suka war2kn isu itu & ini tnpa betul2 berilmu di dada..as simple as nk influence org n nk cari nama kot :(
al-fatihah utk junior akak.
tskkk
btul k.rai.. sy stuju banget.. skadr berdoa agr kekejmn mreka dibls dgn kjm jugk..
kalau dah macam nie punya Rai explain pun org tak paham juga, susahlah.
nampaknya sy terlepas entry xnak boikot mcd tu...nnti sy baca ye?
yg sy tak paham pasal jual bumi ni...ni betul2 ke rekaan??? :D
biasalah tu rai, bila dah berperang sana sini...yang di sini mulalah nak boikot itu ini. kalau masa tak berperang tu boleh pulak makan minum sama siap memuji kesedapan McD tu lagi. tapi sekarang usahkan boikot product tapi siap sisihkan pulak orang yang bekerja mencari rezeki di situ, molek ke macam tu.
sedih dgn cerita Gaza.
tapi hidup mesti diteruskan . belum30 dah meninggal ?janji allah tak pernah terlewat.
Org kita boikot Mekdi, tapi suruh berjamaah kat masjid, punya lah payah..hahah..
entry bgus ni.. dok kmpen boikot tpi hati tu biar betul niatnya.
**semoga allah Lindungi mereka Amin..
kami pon mmg jarang makan (dr zaman kt msia). kat sini lagila berjaman baru masuk, sbb leh makan burger ikan je. so kalau tak boikot pon, mmg tak masuk so takde hal la. mmg ada ustaz ckp, staf mcd tak perlu sampai berhenti, unless dpt keje lain yg sama or lebih tinggi gajinya. apapon saya sedih tgk orang msia yg beratur semata2 nak dapat berger brekpes yg cenoet tu..huhu
setujuuuu! walaupun saya 1st time dtg sini, tapi saya suka entry ni:)
setuju dgn k.rai..dorg sume kne bace entry akk ni..br sdr diri..ni x de..org boikot,die pun nk boikot.tp zero...hoho..
hanya mampu berdoa untuk mereka .. menyumbang mana yang boleh disumbang sahaja..
kalau nak boikot.. boikotlah.. tapi tuler herannyer masa gini kemain nak boikot esok lusa lupa balik.. entahler..
a'aa sebenanya dalam al quran tu dah tulis semuanya... cuma kita ni je kdg2 terlupa.. senang cakap,mcm sy, mengaji tp xphm maksud, tu yg skrg lbh sk baca al quran yg sekali dgn tafsir..
ye lah..kt FB dah macam berperang dgn McD dah..
nak boikot..boikot saje lah..tp kalau bab mengutuk orang tak boikot tu tak kena...
benci dengan kerajaan Malaysia tak semestinya kena keluar Malaysia kan..macam tu lah umpamanya..
setuju. sbb tu tak ada kempen2 nak boikot mcd sbbnya bila bumi palestin tu selamat maknanya kita dah hampir dgn penghujung dunia.
" Tanggungjawab aku menulis. Tanggungjawab orang membaca. Kalau dah baca, paham pun malas. Aku pun tak boleh buat apa."
Selalu rasa mcm ni. Itu sbb akak suka Rai. Thanks sbb memahami Rai...thank ;-)
Catat Ulasan