Assalamualaikum
Hiruk pikuk FB dengan dua golongan ni. Satu kata jom boikot.. Satu lagi kata apa la sangat boikot tu.
Jom boikot tu kaitkan la burung kecik yang tolong bawa air masa zaman Nabi Ibrahim. Siap ajak pekerja McD berenti la kerja. Tak kurang yang kata "kerja McD ibarat dapat gaji hasil dari bunuh sesama Islam"
Yang tak boikot pulak kata. "Hellehh..boikot bermusim" tak pun.. Takat nak boikot satu barang je wakpe..
Macam macam kes. Ada jugak aku rasa teringin nak join. Tapi malass...
Benda tak berkesudahan.
Bagi aku setiap orang ada pendapat masing-masing.
Tapi janganlah terlalu mudah nak menghukum. Ingat orang kerja McD tu nak ke jadi macam tu. Mudah la kita kata. Rezeki Allah ada dimana-mana. Insya Allah murah rezeki kalau berenti kat situ. Tak semua orang diberikan kekuatan yang sama. Janganlah kita nak hukum orang dengan kata dia tu ibarat bekerja dalam bidang buat senjata untuk bunuh orang Islam.
Nak boikot tak boikot. Itu adalah hak individu.
Dari apa yang aku baca dan dengar dalam ceramah. Tak salah kita berjual beli atau berurusniaga dengan orang Yahudi. Sekali pun jual beli senjata. Sebab zaman Nabi dulu, rasulullah sendiri dah ada buat urusniaga dengan orang Yahudi. Dia gadaikan baju besi (guna dalam perang) untuk beli gandum dengan peniaga Yahudi. Walau pun masa tu ada peniaga Islam yang lain, tapi Rasulullah buat urusniaga dengan Yahudi tu untuk menjadi contoh pada kita hari ini bahawa "harus berurusniaga dengan orang Yahudi walau pun senjata sekali pun"
Yang kita tahu. Baju besi guna dalam perang. Takkan yahudi tu nak buat perhiasan kat kedai dia pulak kan. Kalau bukan dia sendiri pergi guna untuk perang. Dia akan bagi kat Yahudi lain untuk perang. Perang dengan siapa? Orang Islam la.
So.. moralnya di sini. Tak salah urusniaga dengan Yahudi. Tak salah kerja dengan Yahudi.
Jangan nak pandai pandai bagi hukum. Jangan nak pandai pandai menghukum.
Nak boikot. Tu hak peribadi korang. Pandai la pulak ada yang tulis. Ibaratkan daging burger yang korang makan tu daging saudara mara kita kat Gaza nun.
Nak tolong saudara mara kita kat Gaza, derma la. Kalau dah mampu sangat nak makan McD.. dah tentu tentu mampu nak derma kat tabung Gaza. So, kalau concern. Instead of makan McD. Derma lah sikit. Yang itu lebih bermanfaat buat diorang.
Kita tak boleh ubah dunia. Tapi kita boleh ubah diri sendiri. Ubah ekonomi keluarga.
Aku tak boikot McD bukan sebab aku gila sangat makan McD. Tapi sebab aku memang sejak azalinya tak berapa sangat dengan McD. Last sekali makan burger McD adalah masa Kak Mulan datang sini bulan lepas ke dua bulan lepas. Entah la..
Gelapnya gambo |
Apa barang McD..kita makan kek sepan coklat buat sendiri la. Haih.. Sampai mengigau Aqil Mubarak nak makan kek coklat. Buat la pukul 10 malam pun. Anak punya pasal.. Hehehe..
Nota kaki : Ada satu lagi ayat Al Quran berkaitan dengan huru hara di Palestin ni. Aku seriously dengar dalam ceramah tapi tak ingat ayat berapa.. Nanti lah aku share..
Daa
28 comments:
betul tu kak..nak boikot ke taknak boikot tu hak individu masing2..jgn nak kuarkan hukum pelik2 pulak..
wah,sempat lagi buat kek tetengah malam..cayalah mak buyung!!
Makan makanan buatan sendiri lebih terjamin kebersihan dan kandungannya, kan? (tapi, bahan2 tu dari mana pula datangnya - eh! kalau fikir2, sudahnya sampai minggu depan tak masak pulak! hehehe)
setuju sgat tu rai! boikot or tak hak msg2!
huh..boikot konon
mekdi bagi beger telur free,berduyun pakat pegi beratur,beger telur je pun
kenit aku asal nampak mekdi'lambang huruf M yg besar tu mulut mesti cakap 'ayah nak beger-begembira' skrg dah tukar ;ayah,nak beger donald'boleh?
smlm mcm2 org tulis kt fb..semak rasanya..nk touching kt situ pulak kat kak rai..yg x bole tahan.siap tulis.."mengapa lh ramai org islam beli burger israel"
cm2 org yg boikot mcd..
aku malas nak melihat masalah boikot atau tidak kat sini. cuma aku tertanya-tanya, promosi burger percuma tu ada lagi tak akan datang... :-)
betul... setuju sesangat dgn enrty ni.. entahlah.. pening nak fikir boikot memboikot ni...
falsafah pelik2 mulalah keluar time ni kan? falsafah bermusim...
kenapa tak ajak orang yang kerja kat kilang guinnes stout kat area jalan kelang lama tu berhenti?
tepuk dada tanya selera yang pasti yay akak dah ada 2 kupon free untuk burger telur..bak kata irfa, beger telur je punnn.... :)
As salam Ourkizuna,
Kita ni kena belajaq balik hukum bermuamalah dgn Yahudi... Tapi td dok pakat2 dgr dgn hubby check balik kenapa dorang ni sibuk dok boikot McD shj? Rupa2nya McD di Msia owned by McD US yg menjadi penyumbang terbesar tabung Zionis haram jadah tu! huhuhu... patutlah heboh suruh boikot McD tapi yg payahnye tak dijelaskan kenapa kena boikot! Cuba explain elok2 mesti orang faham kan...erm...
Kami pun dah lama tak mamam McD sejak dok Peru ni...
Ttg giveaway tu, tak perlu buat entry di blog baca balik syarat tu, like share tag & cerita sebanyak mungkin yg awak tahu ttg Peru di Fb ye... Thank you & Good Luck :)
boikot sbb memg jrg makan,,;)
Ourkizuna,
sorry ye tersalah bagi info! Pasal giveaway tu...hiks...
Apa pun juga kakak memang elak makan McD. Mana yg boleh elak kakak elak. Kalau yg tak boleh tak boleh cakaplah..
betul gak tu.. boikot bermusim pas isu jadi isu lame.. sume orang wat macam takde pape guna balik barang yang dorang boikot tu.. hmm.. biasa r tu..
org malaysia xde pride.. sebagai org islam x tau ke kenapa Mcd bagi makan free.. peka sikit berita dunia skrg ni.. israel zionis sedang menyerang palestine.... duit korang bayar to ada share utk tentera dia bunoh org palestine... WAKEUP PEOPLE.. jgn tembolok sendiri...
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
One thing yg akak suka baca celoteh Rai nie ialah sebab tak sempit. That is one of the reason kenapa akak tutup fb. Org ramai dalam fb selalunya cepattt sangat terpengaruh walaupun dengan ideologi yang mengarut.
Boikot adalah satu pilihan.
Jangan lah ada yang bersengketa dalam isi boikot ini.
yang boikot tu, janganlah pandang slect kat org yg taknak boikot. Ianya satu pilihan, bukan satu kewajipan.
Jangan lupa share ye rai pasal huru hara di palestine tu nak tau gak ni... tq
memang boleh berurusniaga dgn yahudi..tapi kalau yahudi tu baik, baiklah cara kita..
kita boikot sekurang2nya untuk memberi tekanan kepada company yg ada link dgn yahudi.
kalau xnak boikot terpulang, tapi jgn sskali condem org nak boikot. ramai kata org boikot akal pendek la,semakla.. apa la.
skurang2nya usaha kita sambil kita menderma & berdoa.
& tak matinya pekerja2 MCD tu kalau diberhentikan.
nyum!nyum!!bawakla sni skit kek span tu :)
tu lah rai...letih nk baca pasal boikot memboikot ni... aku ni tak leh gemar sgt mekdi...tp jenis ikut tekak...rasa nk mkn, baru mkn...tu je...
akak ni pn tk mkn sgt mcd. tak ada la kisah sgt kalau tak mkn pun.
Kalau mcm tu akak ni dulu kerja dgn Yahudi la kan Rai. Sapu sampah..kemas muntah budak kat Starbucks dulu. Kesiannya...sedih betul dgn mentaliti mereka. Mcmla semua company Melayu atau kedai tomyam benarkan akak buat part time dulu. Kalo harapkan mereka...akak dah jd org Gaza lagi dulu ;-)
Kuatkan struktur kita dulu...baru fikir nk menghentam sana sini ;-)
1. Syarikat-syarikat ini sokong Israel (dan ada bukti). McD sudah menyumbang selama 30 tahun kpd Israel dan dapat anugerah 'Friends of Israel'. Jadi boikot McD bukan sbb yahudi tapi sokong zionis/Israel. Makna kalau syarikat orang Islam pun yang sokong Israel akan jadi sasaran boikot juga. Sbb itu tiada seruan boikot ke atas Burger King, A&W, Pizza Hut dll sebab kalaupun syarikat ini milik orang yahudi tidak ada bukti mereka menyumbang kpd Israel. Tidak semua yahudi menyokong Israel bahkan ada organisasi yahudi yang sokong perjuangan Palestin (cth Naturikarta di UK). Dan ramai orang yahudi yang masuk Islam termasuk tokoh-tokoh spt Muhammad assad yg terkenal itu. (ini bukan seruan perkauman)
2. Ini bukan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ini bukan haram dari sudut syara'. Ini untuk menyatakan solidariti kita terhadap umat Islam di Palestin.
3. Soal status makanan halal atau tidak itu adalah berkaitan hukum syara'. Sedangkan seruan kita adalah tuntutan jihad. Jihad memerlukan pengorbanan harta dan jiwa raga. Apa yang dituntut hanya mengorbankan selera pada suatu produk yg jelas sokong Israel dari sudut kewangan. Tidak lebih dari itu.
kalau mampu boikot tue boikotlah ikut kemampuan masing-masing....mmg betul setiap burger yg kita beli di mcd seolah-oleh membeli sebutir peluru untuk rakyat gaza...mmg ada bukti mcd menyokong zionis....kalau tak mampu angkat senjata atau menderma..ini mungkin cara yang kita mampu lakukan...waallahualam..
assalamu alaik.suka dgn cara penukis kata aku tak boikot mcd sebab sejak azalinya tak berapa sgt dgn mcd ^_^
tapi,konklusi pasal masa zaman rasulullah tu memang betul la org yahudi tu bg kat kaum dia jgk? nak tau cerita sebenar kalau betul. nak sumber sahih. memang urusniaga rasulullah tu masa tengah perang ke cane? berbanding dgn situasi zaman skrg dalam kita tak sedar kita sebenarnya tengah 'perang ekonomi' dengan yahudi tapi kita boleh offer mereka 'senjata' utk bunuh saudara seislam kita di tanah kita sendiri iaitu palestin. maaf,sy kurang ilmu. mgkn boleh beri sy sedikit lagi pencerahan..berserta sumber cerita zaman rasulullah tu. boleh contact sy terus ke email agogo.sarah@gmail.com jazakillahu khairan kathiraa :) aman tanpa perang.
salam unknown,
maaf. cerita di zaman rasulullah tu lebih elok kalau cik refer pada ustaz yang pakar. saya tak pakar. saya cuma menyampaikan apa yang saya dengar dalam ceramah.. apa yang ditulis adalah kata kata dari ustaz tersebut tanpa tokok tambah. maaf kalau konklusi saya silap. tapi pada kefahaman saya melalui ceramah tersebut, cara terbaik memerangi yahudi@zionis adalah dengan memperkuatkan ekonomi kita dengan umat islam bantu membantu dari segi ekonomi.. boikot mungkin dianggap salah satu jalan. tapi saya tak bersetuju kalau orang anggap haram berjual beli dengan yahudi sedangkan di zaman rasulullah dulu baginda sendiri memberikan contoh dengan memperniagakan baju perang dengan yahudi..
maaf. tak sempat email saudari. harap saudari baca jawapan saya ni.
rai
Catat Ulasan