Isnin

Hikmah di sebalik remote kereta rosak

Assalamualaikum

Jumaat minggu lepas aku terpaksa EL sebab tiba-tiba remote kereta tak berfungsi. (Alasan je lebih nak cuti sebenarnya..)

Kebetulan hari sebelumnya dah pos kan miso pesanan pelanggan. So aku kemas-kemas sikit kotak-kotaknya. Sebut kotak-kotaknya sebab miso tu satu kotak 20kg. Masa penghantaran dia lapis dua kotak miso tu. Nanti kemudian korang akan faham kenapa aku cakap gini.

Masa aku tengah lepak-lepak tunggu shujin selesaikan masalah remote kereta yang rosak tu, Aisy dengan Damia duk main kotak miso. Baki miso yang belum packing kitorang dah pindahkan masuk dalam satu bekas lain. Masa anak-anak duk main tu baru aku perasan kotak miso tu!! Brand nya lain dari brand yang aku order!! Gigil terus tangan aku belek invoice dengan kotak.

Nampak tak dia tulis Hikari Shiro Miso (Marukome)
Aku order miso brand Hikari. Dalam invoice dia tulis "Hikari Shiro Miso" tapi ada dalam kurungan Marukome. Nampak tak permainan dia.
Miso brand Marukome tak halal dan mengandungi alkohol
Dan takde kat mana mana bahagian kotak miso Marukome yang sampai kat aku ni tulis Hikari. Dan even gambar asal yang dipamer untuk jualan pun tak cakap brand yang diorang punya tu Marukome. Since diorang lapis kotak ni masa sampai dan kitorang pun percaya kat supplier. Kitorang tak angkat keluarkan kotak miso dari kotak lapis luar tu. Lagi pun 20kg miso sangat berat. Masa packing malam sebelum hantar tu shujin tolong. Dan mata aku pun almost dah separuh terbukak.

Aku call supplier, tapi diorang taknak bertanggungjawab. Aku call/sms/wassap semua customer yang aku dah deliver miso tu dan bagitau supaya jangan makan miso yang kami hantar. Bayangkan betapa kecewa dan malunya aku. Ye la kan. Beria ria kata miso tu halal. Tak sangka jadi macam ni.

Aku dah pesan pada customer supaya buangkan miso yang sampai. Aku akan refund atau gantikan dengan miso baru. Aku tengah tunggu miso dari supplier lain sampai. Kali ni aku mintak gambar kotak miso siap siap.
Hikari Shirokoshi Miso
Nampak tak logo halal warna merah tu. So, miso ni akan sampai esok atau lusa. Aku akan poskan pada yang dah bayar secepat mungkin. Ramai yang email dan bertanya pasal miso halal ni. Ya bukan senang nak dapatkan miso dengan logo halal. In fact, ini satu satunya brand yang ada sijil halal buat masa ni.

Rugi dalam bentuk duit aku boleh cover. Tapi aku takut customer aku hilang percaya pada kami lepas insiden ni. Percayalah.. Aku pun teraniaya. Aku harap yang dah jelaskan pembayaran akan bersabar sementara aku poskan miso yang halal untuk dimakan.

Kesimpulannya.. Aku bersyukur remote kereta kami rosak dan aku terpaksa EL. Kalau bukan sebab tu, mungkin lambat baru aku perasan pasal miso salah hantar. Dan mungkin ada antara pelanggan yang dah termakan miso haram tu. Nauzubillah. Allah pelihara kami daripada melakukan dosa yang aku tak tau. Alhamdulillah. Perancangan Allah yang terbaik bagi kami..

Ada yang nak order miso halal? Boleh email pada kesoma.rai@gmail.com. Tapi kami akan dulukan yang dah tunggu dan jelaskan bayaran dulu.

Harap bersabar.

Daa

14 comments:

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, Masyallah. mujur kak rai perasan kak. Allah bantu kak rai. semoga customer2 kak rai dapat terima ketentuan ini..

t.a.t.a berkata... [Reply]

Alhamdulillah Rai kau perasan benda ni. Bahaya Rai. Tapi apsal supplier tak nak bertanggungjawab? Kiranya itu salah depa la kan?

Eye_nee berkata... [Reply]

Hikmah disebalik musibbah..ini baru betul Rai..Alhamdulillah....ko hanya nak cari rezeki halal...mereka bg ko brg tak halal..namun ALLAH tu maha mengetahui...terselamat yg lain2 dari memakannya...Ini juga suruh ko lebih berhati2 lain kali Rai...

Irfa berkata... [Reply]

Allahuakbar.. bedebar aku baca pos ni, alhamdulillah setel dgn baik
ada hikmah sebalik kejadian

Unknown berkata... [Reply]

@Sheila Salim, ye la.. harap diorang tak nyesal order ngan kami..

Unknown berkata... [Reply]

@t.a.t.a, partly salah diorang sbb tak clarify pasal brand miso tu marukome.. aku email diorang dan tanya brand hikari.. tapi dlm invoice tulis marukome.. aku tak perasan sbb dah eksaited jumpa miso halal..bila sampai pun aku tak check betul2.. so partly salah aku jugak.. aku pun malas nak gaduh panjang dgn diorang.. so redha je lah.. nak fight pun tak guna rasanya..

Unknown berkata... [Reply]

@Eye_nee, itu lah.. lain kali kena hati2..

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, syukur aku perasan..sampai sekarang perasaan aku bercampur baur.. tapi nak kata nak marah pun tak jugak.. sbb bukan 100% salah supplier.. pengajaran buat kami..

Mar Mansor berkata... [Reply]

setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..nasib baik semuanya berlaku dengan pantas..betapa Allah melindungi rai sekeluarga

JunAina berkata... [Reply]

Tanggungjawab tu kan Rai kita sebagai peniaga Islam...alhamdulillah Rai perasan benda tu.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Syabas Rai! Org yg ada rasa tanggungjawab dunia dan akhirat berani buat macam Rai. Kakak salute.
Harap semuanya yg telah menempah faham dan kakak pasti mereka sgt menghargai cara business Rai.

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Kesimpulannya...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...kan..kan...:)

Cikgu Ma berkata... [Reply]

dugaan dan cobaan memang tak terjangka kan...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

alhamdulillah Allah buka jalan utk akak kan.
ada hikmah disebalik semua yg terjadi.harap mereka bersabr menanti dan msih percaya

bab logo halal kat pepero tu kan asalnya sy mmg yakin msa beli sbb dh belek sbelum beli. rasa puas dan xda was was.bila ramai yg komen cakap haram... itu yg mencari jga kesahihannya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com