Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Sabtu

Crunchy chewy gooey brownies mudah dan pantas

Assalamualaikum

Lama dah aku teringin nak try buat brownies ni sebenarnya. Nak membuatnya pun sangat mudah. Tak payah keluarkan mixer. Cukup dengan sudip kayu atau spatula.



Choc fudge brownies
Sumber : buku resepi bread and baking.
Bahan
125g butter
175g plain dark choc - chopped
150g tepung, 225g sugar - kurangkan kalau tak suka manis. Aku guna 200g pun maneh
2 tsp vanilla essence
2 eggs lightly beaten

Melt butter & choc guna kekdah double boil. Transfer to large bowl. Biar suam sikit. Masuk gula, vanilla dgn telur. Kacau sebati. Masuk tepung. Kalau rajin sift.. Pastu fold dgn spatula. Masuk dlm bekas. Masuk oven yg dah prehated 180darjah. Bake 30min atau sampai masak.

Toppingnya choc fudge. Tapi aku tak buat. Malas. Hihi.


Happy saturday.

Khamis

Resepi Vanilla Sponge Cake

Assalamualaikum

Aku dah ingat dah aku ambik kat mana resepi Vanilla Sponge Cake yang gebu gila tu. Meh aku share resepinya.

Resepi Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan
160gm gula halus (aku guna gula biasa je)
15gm ovelet
5 biji telur
125gm tepung gandum - diayak (aku guna tepung naik sendiri MFM tu)
Baking powder 1 sudu teh
1 camca teh esen vanilla
40ml air
75gram mentega cair (guna minyak masak atau minyak canola pun boleh..tapi aku buat guna mentega jadi lagi cantik dari guna minyak masak)

Cara-cara membuatnya
Pukul gula dengan ovelet sampai sebati. Masukkan telur dan tepung ke dalamnya. Putar hingga sebati. Tuang air. Putar pada kelajuan yang tinggi sampai gebu macam adunan kuih bahulu. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan ratakan dengan spatula. Guna kaedah kaup balik (Jangan putar)

Tuang dalam loyang yang dah dilengser dengan minyak. Alas bawah dengan kertas (tak alas pun takpe..tak wajib) hehe.. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Jangan lupa panaskan dulu ovennya. Agak agak 10 minit.

Bila kek masak cepat-cepat keluarkan dari loyang. Kalau tak nanti keknya mendap.

Resepi dari cik Mat Gebu, sebab tu hasilnya gebu. 


Selamat Mencuba

Daa

Selasa

Vanilla Sponge Cake - gebu gilaaa

Assalamualaikum

Sebelum pose aritu shujin ada belikan hand mixer. Walau pun tak dapat mixer idaman kalbu yang begini. Hand mixer pun jadi lah. Biasanya aku kepuk telur ngan tangan je. Bukan ngan tangan, tangan tu. Dengan pemukul telur yang takde kuasa elektrik. Hehehe.. Bila buat kek tu menjadilah macam ni

sebelum pakai mixer

tapi tak cukup gebu. Asyik kena perli je ngan shujin. Membazir la. Buat kek bantat la. Hish..geram aku. Lepas dia belikan tu aku pun buat kek sipon kesukaan aku. Tapi kurang menjadi sebab masa kaup balik tu aku tak buat betul betul. Ada yang tak rata tepung ngan meringue tu. So bantat jugak separuh.

Kali ni aku buat vanilla sponge cake. Menjadi kau. Naik gebu kemain. Rasa macam kek beli kat kedai. Geram je aku nak potong dua bahagian letak filling pulak kat tengah. Konon nak buat macam secret recipe. Wakaka. Shujin kata yang tu kena guna pisau dia. Sudahnya potong makan macam tu je. Damia makan polok-polok. Sampai tercekik.

Aqil pulak. Despite of dia yang sebenarnya request lebih-lebih kek tu, makan sikit je. Tak pe lah. Yang penting kek tu habis. Suka ibu. Hihihi. Lepas ni ibu buat kek sipon idaman kalbu pulak.

Oh gambar kek yang menjadi bak span gebuss tu aku tak ambik pon gambarnya. Tak sempat nak interprem dah kena balun. Sori okeh. Lain kali kot. Huhu.

Resepinya pun tak susah. Tapi pakai telur banyak. Hoho.. Gemokss..

Tapi lain kali la tepek resepi. Tak sempat da nih. Nak pegi training. Haihsss..

Nota kaki : Aku suka kek coklat. Tapi shujin dah jemu ngan coklat. So pasrah je buat kek vanilla kegemaran dia. ceitt..

Daa

Jangan jeles okeh

Assalamualaikum

Vanilla Sponge Cake

Kek ni aku buat dah lama dah. Maklum la..Aku kan ada sifat pemalas yang superr bila sampai bab-bab nak upload gambar ni. Hehe.. Ni Vanilla Sponge Cake. Takde sempena apa-apa. Aritu tekak aku meroyan nak mentekedarah kek. Aqil pun suka kek ni. Manisnya sedang-sedang elok. Ada bau vanilla. Tak muak. Makan 2-3 potong sekali hadap pun tak perasan.

Aritu aku cakap kat goshujin sama nak buat layer-layer macam kek kat secret recipe tu. Goshujin sama telah memperlekehkan idea aku. Siap kata "ala..awak buat la kek tere2 dulu" Hish..Aku tengah tunggu goshujin sama belikan natam Kitchen Aid tu. Harga RM2300. Berpeluh~~

Resepinya tak ingat ambik kat mana. Ada dalam koleksi buku memasak. Aku salin resepi. Ada masa buat. Rajin tak aku? Rajin kan..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com