Khamis

Resepi Vanilla Sponge Cake

Assalamualaikum

Aku dah ingat dah aku ambik kat mana resepi Vanilla Sponge Cake yang gebu gila tu. Meh aku share resepinya.

Resepi Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan
160gm gula halus (aku guna gula biasa je)
15gm ovelet
5 biji telur
125gm tepung gandum - diayak (aku guna tepung naik sendiri MFM tu)
Baking powder 1 sudu teh
1 camca teh esen vanilla
40ml air
75gram mentega cair (guna minyak masak atau minyak canola pun boleh..tapi aku buat guna mentega jadi lagi cantik dari guna minyak masak)

Cara-cara membuatnya
Pukul gula dengan ovelet sampai sebati. Masukkan telur dan tepung ke dalamnya. Putar hingga sebati. Tuang air. Putar pada kelajuan yang tinggi sampai gebu macam adunan kuih bahulu. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan ratakan dengan spatula. Guna kaedah kaup balik (Jangan putar)

Tuang dalam loyang yang dah dilengser dengan minyak. Alas bawah dengan kertas (tak alas pun takpe..tak wajib) hehe.. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Jangan lupa panaskan dulu ovennya. Agak agak 10 minit.

Bila kek masak cepat-cepat keluarkan dari loyang. Kalau tak nanti keknya mendap.

Resepi dari cik Mat Gebu, sebab tu hasilnya gebu. 


Selamat Mencuba

Daa

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

rai maaf lupa nak beritahu blog tu buka tuk orang terpilih tapi dah ditutup atas sebab-seba tertentu. sekarang akak ke blog lama balik.crazymoney71.blogspot.com

resepi mat gebu memang canggih.

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do do Cheng

ye ke..patutla..takpe la..skang da boleh baca update cik ina jugak.. blog mana2 pun tak kisah..hehe..

betul tu kak..kalau ambik resepi dari cik mat tu belum penah tak jadi lagi..tu suka tu..hehehe..

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

ingredient mudah...bole la cuba nanti....hajat nak mengekek tu banyak tapi satu pun x jalan lagi ekekeke

Unknown berkata... [Reply]

@liemaopurut, belum mula memang macam tu..bila dah mula mengekek nanti..rasa mcm hari2 nak buat..hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com