Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan

Isnin

Resepi walnut brownies paling sedap

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berakhir sudah jualan flea market di opis. Walau pun short RM9, aku syukur sebab semua brownies dan red velvet dengan cheese meleleh habis dijual. Dapat jugak sedekah 2 bekas untuk team dan satu untuk birthday girl anak perempuan director yang baik ngan aku tu.

Oleh itu, aku nak share "resepi brownies" yang super sedap ni.

Ada yang kata rasa brownies ni seperti rasa brownies kartika sari yang famos amos tu. Tapi wallahualam. Aku pun tak penah makan. Yang aku tau sedap gila je.

Seperti yang diamanatkan oleh tuan punya resepi. Resepi brownies ni perlu dikongsi kepada orang ramai supaya hasilnya menjadi. Hehehe. Yang share resepi ni adalah tokey kek yang super baik hati Ilyana Abdullah Sister's Cakery.

Resepi brownies chewy gooey yummy paling sedap
Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder

Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave. Cing tu adalah bunyi microwave bila dah time up. Cinggg..

100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10 minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. (bergantung pada kepanasan oven) - Aku pakai built in oven kakak ipar. 30minit sahaja.

Indicator paling senang adalah, brownies akan kembung naik dan turun semula. Bila dah turun semula tu dah masak la tu maksudnya. 5-10 minit terakhir tu boleh hadap oven sampai puas. Hahaha..

Kalau nak lagi sedap. Taburkan slice almond atasnya. Atau macam aku, bakar plain, lepas tu letak topping ganache coklat dan taburkan walnut untuk jualan. Hihihi.

Nota kaki : Aku buat guna 10x10 square pan, adunan tu jadikan satu setengah adunan. Dan jangan lupa alas pan dengan baking paper. 


Selamat mencuba. 

Daa

Flea market untuk krismas

Assalamualaikum

Hujung hujung tahun ni kan.. Saja join flea market anjuran tempat kije untuk cari extra income. Jadi vendor pree je. Secepat kilat aku register. Aku kan tak boleh dengar perkataan FREE tu. Nanti ada rasa marah. Hahaha..

Layan produk jualan aku
Brownies yang super duper chocolaty baru keluar oven

Setelah diberikan sedikit sentuhan

2 ketul RM3

Ada satu lagi.. Red velvet cheese meleleh dalam cup. Tapi lupa nak transfer gambarnya. Kemudian lah ye aku share. Jualan dari pukul 12 tengah hari nanti.. Doakan habis barangan jualan aku.

Shujin letak lego star wars AT-ST untuk jualan juga. Lupa nak ambil gambar. 

Daa

Sabtu

Crunchy chewy gooey brownies mudah dan pantas

Assalamualaikum

Lama dah aku teringin nak try buat brownies ni sebenarnya. Nak membuatnya pun sangat mudah. Tak payah keluarkan mixer. Cukup dengan sudip kayu atau spatula.



Choc fudge brownies
Sumber : buku resepi bread and baking.
Bahan
125g butter
175g plain dark choc - chopped
150g tepung, 225g sugar - kurangkan kalau tak suka manis. Aku guna 200g pun maneh
2 tsp vanilla essence
2 eggs lightly beaten

Melt butter & choc guna kekdah double boil. Transfer to large bowl. Biar suam sikit. Masuk gula, vanilla dgn telur. Kacau sebati. Masuk tepung. Kalau rajin sift.. Pastu fold dgn spatula. Masuk dlm bekas. Masuk oven yg dah prehated 180darjah. Bake 30min atau sampai masak.

Toppingnya choc fudge. Tapi aku tak buat. Malas. Hihi.


Happy saturday.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com