Jumaat

Khamis

Ourkizuna kini telah didaftarkan

Assalamualaikum

Langkah biar perlahan, asalkan teratur. Jangan terburu buru. Takut tersadung kaki jatuh tertumus menyembah bumi kan.

Eceh.. Bermadah la sangat..



Tak payah nak drama sangat.. Hahaha.. Kami ke sini semalam. Mendaftarkan apa yang patut. Alhamdulillah. Despite of a few hiccups, urusannya berjalan lancar.



Dari berniaga suka suka dah jadi sampai ke tahap ni. Tq pada semua yang mendoakan dan bagi semangat kat aku.

Daa

Selasa

Frozen takoyaki melebarkan sayap ke utara

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Frozen takoyaki dah melebarkan sayapnya ke utara dan selatan tanah air.



Nampak sedap tak? Dah masak. Cuma tinggal nak hangatkan dalam microwave. Bagi yang suka takoyaki yang rangup di luar, lembut berkrim di dalam boleh goreng atas dapur.

Bahan topping disertakan. Sos takoyaki, bonito flakes, aonori dan kewpie mayonis. Insya allah sedap dan tak muak. Halal pulak tu. Even mak ayah daku yang susah sangat nak cuba makanan baru pun kata sedap. Walau pun mulanya diorang hesitate nak cuba. Tapi bila dah cuba, berbiji biji makan. Tak sedar dah habis. Hehe..



So sekarang ni dah meluas ke utara. Bagi orang utagha yang teringin nak merasai kesedapan takoyaki kami ni boleh berhubung dengan Mama Kaori



Bagi kawasan Shah Alam boleh whatsapp/sms 0126894617. COD di Giant Kemuning Utama, Aeon Big Kota Kemuning atau McD Kota Kemuning.

Cuba sekali pasti nak lagi. Chewah~~

Daa

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 6

Assalamualaikum..

Ini bahagian kedua terakhir. Ada satu post lagi pasal hadiah. Kali ni pasal pemenang.

First of, aku tak sangka kami akan dapat tempat kedua. Banyak binaan orang lain yang cantik. "Redha je, dah buat the best at that time" kata hati. Sesi mengundi ambil masa dua jam. Bila pengundian bermula, aku still buat tak tahu je. Bila dah habis sejam, setiausaha pertandingan datang cakap kat aku, "Bang you punya lego ramai orang suka ya..". Sekejap je lepas tu, datang satu lagi setiausaha datang cakap, "Bang, you sure menang lorr". Aku rasa, korang ni mainkan aku ke?

Since tabung undi dia cuma sebijik mangkuk yang diletakkan kat sebelah nama dan binaan, dan sesiapa pun boleh tengok, aku pun pergi belek sendiri. Ada tiga tabung kosong, satu tabung ada sekeping undi, dua tabung ada dua keping undi, satu tabung ada empat undi, kitorang punya ada enam belas undi. Tetiba rasa, "E'eh.. Biar betul..". Mula laa berangan nak dapat Modular Building. Mau taknya, set tu sangan best sebagai display. Order dari luar memang tak mungkin, sebab berat. Kecuali lah order beramai-ramai atau order untuk nak jual. Still, berapa ramai laa kat Malaysia ni yang sanggup nak beli set tu kan? Harganya pun boleh tahan, RM1000.00. Ada 2766pcs. So, takde laa murah, then again takde laa mahal jugak untuk lego saiz tu. Tapi yang ni kan hadiah, apa salahnya dreaming? Lebih kurang dua puluh minit sebelum masa habis, peserta disuruh tukar tempat duduk yang jauh dari meja undi. Aku pergi curi-curi tengok mangkuk undi lagi. Kitorang punya ada dua puluh dua keping undi. Mangkuk kedua terbanyak, ada enam keping. Enam belas keping beza, menang kot.

Dalam menunggu masa habis tu, aku bawak Aqil pergi toilet. Ada lebih kurang dua puluh orang lagi pegawai LEGO Trading datang, rasanya terdiri dari pegawai atasan. Bila fikir, 20 orang, takkan laa masukkan undi dalam mangkuk yang sama kot? Lagipun, kalau derang semua masukkan dalam mangkuk yang kedua terbanyak je boleh buatkan kitorang dapat tempat kedua. So, takyah risau laa.. kata hati.

Setelah diumum, beginilah keputusannya..


Pemenang tempat pertama.


Pemenang tempat kedua.


Pemenang tempat ketiga.

Huhuhuhu... Sedikit terkejut, tapi takde laa terkejut sangat sebab kind of dah agak jugak. Rasanya, kalau nama jurubina disorokkan, pertandingan ni lebih adil kot. Dan kalau kotak undi adalah kotak legap yang orang lain tak boleh nampak isinya, peserta akan kurang mengharap atau kecewa. Cemana dengan peserta yang mangkuk dia kosong dari awal hingga ke akhir sesi mengundi?

Anyway, semua sangat gembira haritu. Aku dan Aqil dapat set yang kami nak, Rai dan Atiqah dapat tiket Legoland yang diorang harap-harapkan. Terima kasih banyak-banyak kepada LEGO Trading (M) Sdn Bhd untuk peluang yang diberikan ni. Pengalaman ni sangat bagus untuk kami, terutamanya Aqil, which sangat looking forward pasal pertandingan ni. Coming out as second place really helps a lot. Aqil cakap dia akan belajar bina model yang lebih baik lagi supaya dapat tempat pertama dalam pertandingan lain one day.

Lepas seharian kat pertandingan LEGO Awesome Malaysia, dah sampai masa balik. Masuk je kereta, semua pengsan tak sedar apa tinggal aku je sensorang drive kereta. Dah laa jalan agak jem haritu, haduuii.. Sampai rumah, Rai sambung tidur (ibu yang masih berpantang laa katakan, perlu banyak rehat. Seharian dia dok gendong si Afiqah). Aku, join Rai pegi tidur. Anak-anak yang dah cas power masing-masing lepas ambik kebenaran nak bukak SATU je kotak hadiah, pergi proses dalam bilik lego. Bila aku bangun, ya rabbi.. Diorang bukak semua. Bertuah betul. Bukak semua takpe lagi lagi, diorang campur adukkan semua lego tu. Hahaha.. Satu kerja nak asingkan semula 2600+pcs lego tuh. Dah laa ayah diorang ada hal malam tu. Terus arahan berkurung, asingkan semua lego sampai siap. Well, satu pcs hilang. Anak-anak, biasa laa..

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Sabtu

Merampingkan pinggang selepas bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habis dah tempoh berpantang selama 44hari. Walau pun berpantang di rumah sendiri, aku berpantang beria ria dengan set berpantang tropical herbs. Berbengkung sepanjang tempoh berpantang sekali dengan peramping perut sekali.



Masa pergi event Lego sekali pun aku pakai bengkung. Punya lah gigih kan. Hehehe.. Hasilnya... Dah tinggal nak tone perut sikit sikit je. Kenalah mulakan senaman untuk make sure perut ramping seperti asal kan. Hihi..


Mungkin korang wanita muda yang baru first time bersalin rasa yang berbengkung ni leceh. Nak letak ubat perut yang berhabuk bila kering tu lagiii la. Bercinta sangat. Tapi percayalah. Cuma 44hari je. Lepas tu tinggal maintain sikit sikit dengan bersenam. 


Takkan aku nak ambik gambar perut aku kan. Tapi cayalah. Pengorbanan yang berbaloi.



Dah nak habis tempoh cuti dua bulan. Sedihnya.. Dah nak kena start keja pulak tak lama lagi.


Cuti pantang kali ni memang sangat sangat enjoy kat rumah. Bila la boleh jadi full time housewife kan..

Daa

Selasa

Si bulat

Assalamualaikum

Pandai sungguh bawak diri. Syahdu je tengokkan bujang sorang ni..






Sejuk hati tengok. Semoga besar jadi anak yang soleh ye Aisy.

Daa

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 5

Assalamualaikum...

Ramai peserta tertanya-tanya, parts apa yang akan diberikan nanti? Apa yang nak kena bina nanti? Masa yang ditetapkan adalah sejam je, sempat siap ke? Bila pertandingan bermula, surprise...


Naaahhh... Humang.. Ambik engkau... Hahahaha...
Dia bagi brick je. BRICK. Takde 1x1 & 2x1. 1x3 ke atas. Takde plate, takde curve, takde technic, takde apa. Cuma brick, satu baseplate saiz XL 48x48, sedikit slope, sedikit pokok skala kecil dan mod brick untuk pasang tayar. Tayar pun satu saiz je. Sejumlah bingkai tingkap, bingkai pintu dan pintu. Warna? Cacamerba. Merah, biru, kuning, putih, hijau, lime, oren dan merah jambu pada kadaran sama banyak. Tajuk, "bebas" asalkan melambangkan Malaysia. Dia bagi 5 minit je untuk go through the 1000+ bricks sesambil fikirkan binaan masing-masing. Rai sibuk tanya, "Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?". Aku biol jap. Aqil tergaru kepala. Hahaha.. Lepas 4 minit, kami putuskan untuk buat stesen minyak Petronas (walaupun tak isi Petronas hahaha...). Masa duk bina-bina, Aisy dok sibuk pecahkan. Hahaha.. Bagi kereta sebijik, susu sebotol, lepak laa dia. Hahaha...


Pertandingan ni menggunakan sistem undian untuk menentukan pemenang. Minyak naik harga merupakan isu panas sekarang. Jadi, selain daripada disebabkan parts/element yang diberikan kami juga gunakan isu ni untuk tentukan binaan dan mendapatkan undi. Tinggal lagi setengah jam, kami dah siap pastu blur. Tatau nak tambah apa dah. Ushar keliling, ada dua famili buat Menara Petronas. Actually, kami pernah moc Menara Petronas. Tapi disebabkan oleh warna brick yang cacamerba, so kami tak buat. Pelik pulak kalau bina sesuatu yang sepatutnya berwarna kelabu dengan warna yang bercampur aduk tak? Tengok kiri, ada famili buat Menara KL. Fuuhh.. Gigih jugak. Yang kat depan buat rumah panjang kot. Tatau laa.. Tapi mainan warna dia cantik sangat. Selain tu, ada yang buat sawah padi. Cantik jugak. Tetiba terfikir, boleh dapat tempat keempat ke ni? Adusss..


Dalam binaan kami ada stesen minyak, lambang Petronas, pam minyak, pam angin, ATM, rak barang, cash register, tandas, kereta dan foliage (pokok-pokok renek/hiasan). Itu je yang sempat kami fikirkan.



Ini adalah kelapan-lapan binaan. Labelkan dari barisan paling atas gambar sebelah kiri sebagai A, sebelah kanan sebagai B, barisan kedua kiri C dan seterusnya, cuba korang susun sendiri siapa no satu hingga lapan..

Selamat membina..
_::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::_

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Link Lego Awesome Malaysia

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 4

Assalamualaikum..

Cerita pasal pertandingan haritu, sebenarnya sebelum hari bertanding, ada dua peserta yang bagi aku hantarkan binaan yang paling menyerlah untuk Photo Contest tu.


Satu, wau bulan. Dibina dari gabungan technic parts (in which aku tak berapa fasih) & idea yang hebat (siapa laa yang terfikir pasal wau bulan ye tak?). Dua, durian? Sangat gigih kan? Well, apa-apa pun lawan dulu baru tau.


Kami bertolak 7:30pagi dari rumah. Takut jem. Sampai awal satu jam. Kitorang lepak sambil ambil-ambil gambar. Tengok kaki tangan lego tu dok bersiap. Kendian sorang-sorang peserta lain datang. Kami pun teruskan acara kebiasaan kami, beramah mesra. Hahahaha.. Anak-anak mula nak sibuk membuas.


Budak mana laa tak excited kan?


Sebelum pertandingan dimulakan, announcer bagitau tentang perubahan hadiah. Of course, semua orang nak empat tempat terakhir sebab dapat set lego. So diorang ubah, empat tempat terakhir dah tak dapat set yang bernilai RM1500 tu lagi. Instead, dapat pakej ke Legoland Theme Park & Hotel selama 3 hari dua malam yang bernilai RM3000 tu. Tapi pakej ni takde kelas dengan Master Builder.

Hadiah untuk tempat kedua hingga ke empat, ditambah dengan set Lego. Maksudnya, dapat ke Legoland Theme Park & Hotel dan set lego. Set lego tu pun dah berubah sebenarnya. Satu set yang besar dari siri Creator 4630 (1000pcs) dah ditukar kepada siri Creator 10681 yang lebih kecil (600pcs). Satu set baru ditambah kat hamper tu iaitu set dari siri The Legend of Chima 70010 Lion Chi Temple (1200+pcs), in which is super awesome. Set ni tersenarai dalam set idaman Aqil. Yang menggembirakan adalah, ada juga set Lego Friends idaman anak dara sorang. Hadiah tempat kedua hingga keempat ni katanya bernilai RM4500. Obviously memang kami semua aim untuk at least dapat tempat kedua hingga keempat la kan..

Hadiah utama pulak, sama macam hadiah tempat kedua hingga keempat, cumanya ada tambahan satu set lagi. Set tambahan tu ialah set dari siri Modular Building 10224 Town Hall (2766pcs) yang berharga RM1000. Ini set untuk orang dewasa, hence idaman aku. Hahahaha..

Sambung entry esok laa eh?
Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Link Lego Awesome Malaysia

Ahad

Teaser

Assalamualaikum

Cerita Khamis lalu...








Cerita lebih lanjut nanti ya..

Tungguuuu~~

Daa

Rabu

Pengalaman berpantang Shujin Berhad

Assalamualaikum

Selalu orang kata berpantang sendirian berhad. Tapi aku ni shujin yang jaga, so jadilah shujin berhad. Hehehe..

Bersalin kali keempat, aku decide nak pantang di Shah Alam je. Agak susah nak handle tiga anak anak syurga tu kalau balik Johor. Bebudak ni sangat manja bila aku dalam pantang. Macam masa aku pantang Aisy aritu. Stress aku handle diorang. Bukan sebab mak aku tak tolong jaga ke apa. Tapi si manja kededek Damia taknak ngan orang lain. Hehehe.


Tiga beradik

Berpantang memang masa bagi isteri berehat. Shujin memang paksa aku rehat sungguh sungguh. Mandikan anak, memasak, mengemas.. Even aku nak mandi pun dia yang uruskan. Sampai aku terasa bersalah yang amat. Kadang kadang aku curik curik jugak tolong. Tolong kerja kerja ringan. Especially pasal bisnes. Kerja yang tak payah nak jalan sangat. Tapi aku ni jenis da biasa ligat dan tak reti duduk diam. So sangat lah kekok nak biarkan shujin buat segala.

Masa ni lah dapat tengok pengorbanan seorang shujin sebagai suami. Terutamanya masa awal awal pantang. Dari bangun pagi sampai tutup mata tak berhenti dia buat kerja. Masak, mandikan anak, basuh pinggan etc. Ye lah. Mungkin dia buat tak berapa nak perfect. Masak ada yang kurang garam, terlebih garam.. Anak pakai baju lain seluar lain. Tapi dari segala segi shujin buat dengan penuh sabar. Penat letih memang tayah cakap la. Lagi lagi dengan anak anak tengah nak membesar. Makan tak sah kalau tak tumpah. Kalau Aisy, lepas berak.. Berak.. Pastu berak lagi.. Pastu lapoo je dia. Hahaha..

Sampai dah lebih sebulan berpantang ni, aku masih gigih berbengkung dan sapu ubat perut. Nak bagi perut cepat kempis. Hehe.. Apa lah sangat pengorbanan aku pakai bengkung banding ngan penat lelah shujin jaga aku sepanjang sebulan lebih ni kan..


Nampak tak apa yang pelik pada gambar ni?


Damia taknak susahkan aku, dia pakai baju sendiri. Instead of button kat belakang which requires aku tolong button kan. Dia pakai button kat depan supaya boleh button sendiri. Sobs..

Seriously.. Pantang kali ni aku sangat enjoy duduk kat rumah. Langsung takde perasaan tension berkurung je kat rumah. Sampai shujin risau jugak. Sebab takut aku stress je. Hehehe..

Pantang dah nak habis. Maksudnya tak lama lagi dah nak kena start kerja balik. Rindunya dengan anak anak nanti..


Adik kesayangan.. Lemak berkrim. Haha..

So.. Sebab aku busy sampai tak sempat nak BW dan update blog.. Nanti aku cerita pulak ya..

Daa

Selasa

Pertandingan Lego awesome Malaysia

Assalamualaikum

Semalam shujin dah buat pos sebenarnya pasal pertandingan akhir lego awesome Malaysia ni sebenarnya.. Saja aku nak ulas pulak.

Pusingan awal kami menang dengan Lego nasi lemak yang Aqil buat. Bebudak ni sangat excited bila dapat tahu yang salah satu hadiah utamanya adalah penginapan percuma di Legoland Hotel. Dan dapat masuk ke Legoland.

Shujin pulak excited sebab ada hadiah hamper Lego. Keluarga yang terpilih masuk ke pertandingab akhir automatically layak memenangi salah satu hadiah ni. Kalau kalah dapat hamper, kalau menang dapat ke Legoland.

Khamis ni hari penentuan. Kita tengok anak anak atau shujin yang berjaya.


Actually, Aqil pun suka hamper tu sebab dia sangat suka Lego Hero Factory. So, aku rasa diorang akan buat bagi dapat hamper instead of Legoland. Haha..

Tapi kecewalah Damia nanti.

Pertandingan akhir hari Khamis. Patutnya boleh masuk 4 orang, tapi aku tak masuk sebab jaga Afiqah dengan Aisy. So, shujin dengan Aqil Atiqah je join.

Aku tak kisah mana mana. Kalau dapat hamper, jimat duit beli Lego untuk beberapa bulan. Dapat pergi Legoland pun okay je aku. Boleh balik rumah mak kejap. Hehe..

Ps:/ Orang pantang busy mengalahkan apa.. Nak BW pun tak sempat.

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 3

Assalamualaikum..

Lama jugak cuti menulis pasal lego. Hahahaha.. Sebahagian sebab sibuk, sebahagian lagi sebab perniagaan, sebahagian sebab dapat baby baru, sebahagian sebab raya haji. Sum up all together jadilah tak sempat.

Pasal pertandingan LEGO Awesome Malaysia, baru-baru ni kami dapat email yang menyatakan kami terpilih untuk pertandingan akhir "LEGO FUN FAMILY BUILD-OFF".


Untuk sesiapa yang lapang atau ada kat kawasan Menara OBYU, Damansara Perdana antara pukul 9:30 pagi hingga 3:30 petang pada hari Khamis 16 Oktober 2014, jom laa datang jumpa kami dan meramaikan majlis sambil-sambil dapat beramah mesra dan bagi sokongan moral. Pertandingan dia camni, setiap keluarga (kumpulan empat orang dengan kewajipan, sekurang-kurangnya seorang dewasa dan seorang budak bawah dua belas tahun) akan diberikan sejumlah lego dan akan diarahkan untuk membina satu model pada satu jangka masa yang ditetapkan. Model apa, akan diberitahu masa pertandingan tu nanti. Korang rasa mudah? Serius, sangat susah! Sebelum raya haji, aku pernah mock pertandingan ni. Kat mana susahnya? Synchronization. Satu orang bina model, mudah. Dua orang bina model, susah. Empat orang? Semua orang ada idea atau imaginasi sendiri. Bila nak jelaskan dalam bentuk binaan, dua orang yang mempunyai idea yang sama biasanya bina benda yang berlainan. Aku dan Aqil takde masalah sebab kami selalu bina sama-sama. Since Rai masih berpantang, orang ketiga dan keempat belum tahu lagi. Cakap pasal mock, kami pernah cuba dengan Uncle Mazuan (ingat tak collector LEGO otai yang aku pernah cerita dulu), berterabur.


Ada lapan hadiah untuk pertandingan grand final ni. Empat binaan terbaik akan memenangi pakej menetap di Hotel Legoland (hotel yang kat dalam tu tau, bukan yang kat luar punya) tiga hari dua malam dengan akses ke seluruh taman tema Legoland tanpa had secara percuma. Dapat hadiri kelas exclusive membina bersama Master Builder dan wang tunai sebanyak RM500 untuk digunakan sepanjang berada kat taman tema tu. Empat hadiah tempat pertama ni dianggarkan berjumlah RM12000.00 (ataupun RM3000.00 satu kumpulan). Empat lagi hadiah untuk tempat kedua merupakan hamper berjumlah RM1500.00 setiap kumpulan. Hamper tu adalah set-set lego dari pelbagai franchise (Creator, Star Wars, City, Friends dan dua Hero Factory : Invasion From Below) macam dalam gambar kat atas tu. Jumlah keseluruhan, ada 2169 parts. Jadi, tempat pertama atau kedua, semua yang terpilih dapat hadiah yang best. LEGO® Malaysia sangat awesome kan?

Rai, Aqil dan Damia aim nak pergi Legoland, sebab nak main kat theme park dia. Alasannya adalah, kalau tak dapat set pun, aku tetap akan beli lego setiap bulan. Kalau pergi sana, aku rasa aku akan habis banysk duit kat Pick-a-Brick. Hahaha.. However, aku sendiri aim untuk tempat kedua, set lego. Berbanding pergi kat taman tema dan hotel yang selepas tu cuma jadi kenangan dan gambar, aku lagi suka benda yang hari-hari unlimitedly boleh guna. Why clingue to the past when what really matter is the present kan? Well, anyway macam yang dah sebut, mana-mana pun tak kisah. Any place, is a winner.


Hadiah "PHOTO CONTEST" pulak, sepatutnya diorang hantarkan minggu lepas, tapi sebab raya, ditambah "orang berpantang" tu dah tak tahan nak balik kampung (hehehe) so kami lama jugak kat kampung, hadiah tak dapat hantar. Pagi Jumaat minggu lepas, wakil LEGO® hantar sendiri by hand.

So, that wraps everything until now. Aku akan post binaan baru dalam post yang lain selepas tamat pertandingan ni nanti. Ada mecha baru dalam binaan untuk display rumah baru. Aku sedang mati akal nak siapkan. Bak kata member seperjuangan aku, "Lek luu"

Selamat membina....
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Link Lego Awesome Malaysia

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com