Memaparkan catatan dengan label Tropical Herbs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tropical Herbs. Papar semua catatan

Sabtu

Merampingkan pinggang selepas bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habis dah tempoh berpantang selama 44hari. Walau pun berpantang di rumah sendiri, aku berpantang beria ria dengan set berpantang tropical herbs. Berbengkung sepanjang tempoh berpantang sekali dengan peramping perut sekali.



Masa pergi event Lego sekali pun aku pakai bengkung. Punya lah gigih kan. Hehehe.. Hasilnya... Dah tinggal nak tone perut sikit sikit je. Kenalah mulakan senaman untuk make sure perut ramping seperti asal kan. Hihi..


Mungkin korang wanita muda yang baru first time bersalin rasa yang berbengkung ni leceh. Nak letak ubat perut yang berhabuk bila kering tu lagiii la. Bercinta sangat. Tapi percayalah. Cuma 44hari je. Lepas tu tinggal maintain sikit sikit dengan bersenam. 


Takkan aku nak ambik gambar perut aku kan. Tapi cayalah. Pengorbanan yang berbaloi.



Dah nak habis tempoh cuti dua bulan. Sedihnya.. Dah nak kena start keja pulak tak lama lagi.


Cuti pantang kali ni memang sangat sangat enjoy kat rumah. Bila la boleh jadi full time housewife kan..

Daa

Khamis

Kelebihan berlulur ketika berpantang

Assalamualaikum

Bagi yang kurang familiar dengan terms berlulur ni, maksudnya lebih kurang scrubbing. Kalau orang kampung aku dia panggil sental badan. Hahaha..

Dalam set bersalin tropical herbs ni takde pun benda nak berlulur. Tapi ada param atau diorang panggil penghangat badan.



Penghangat badan ni ada campuran kunyit dalamnya. Memang hangat kalau pakai. Tapi warnanya kuning dan boleh lekat kat baju. Aku tak suka sangat. So aku gunakan jadi lulur masa mandi. Memang sedap dapat scrub badan. Rasa licin je.

Kelebihan berlulur ketika pantang adalah dapat membuang sel sel kulit mati. Since lulur ni adalah rempah rempah, so badan jadi hangat je. Orang kata tak masuk angin lah. Extra work pada bahagian perut untuk melancarkan peredaran darah di kawasan perut. Bila peredaran darah tu lancar, yang kulit perut yang menggelebeh tu dapat tegang kembali. Aku hadapi masalah kulit kawasan kejadian tu jadi gelap. So scrubbing ni dapatlah kurangkan sikit kegelapan yang melanda tu. Hihi..



Satu peket sehari. Best jugak dapat memanjakan diri kan. Sementara Afiqah tidur boleh la kan. Hehehe..

Korang pernah berlulur?

Daa

Ahad

Kebaikan berbengkung dalam pantang

Assalamualaikum

Mentang mentang dalam pantang. Semua cerita pantang je ye. Maaf kalau korang boring. Hehe.

Kali ni aku berpantang di Shah Alam je. Shujin Berhad. Shujin yang uruskan aku berpantang. So takde lah nak sendirian berhad sangat. Awalnya aku macam malas nak pantang beria ria. A.k.a malas nak beli set bersalin bagai sebab takut tak sempat nak mengulit diri. Maklumlah.. anak dah empat. Tiba tiba shujin belikan jugak set bersalin tropical herbs. So kena lah jugak gunakan sepenuhnya.

Aku faham, ramai tak suka nak berbengkung. Especially yang jenis kena lilit sampai ke punggung. Panas. Leceh. Susah nak buang air ke bilik air bagai. Nak gerak pun jadi terkepit kepit kekdahnya. Tapi meh aku bagitau something yang buat aku rasa sangat berbaloi berbengkung lilit sampai ke punggung ni.

Memang tak dinafikan. Bengkung moden memang mudah. Tapi, dengan pakai bengkung sampai ke punggung, ia akan bagi support yang tak berbelah bagi pada perut dan rahim. Maklumlah kan. Baru baru lepas bersalin, bila berjalan rasa macam nak jatuh je. Tapi pakai bengkung lilit. Postur akan jadi lebih baik dan bagi support yang secukupnya.


Tambah lagi, dengan gabungan pemakaian tepel pada perut akan rasa lega dan buang angin. Tepel tropical herbs ni serbuk. Bancuh jadi paste, lepas tu sapu. Bila kering tu nyampah jugak la sebab berhabuk. Aku bukak bengkung kat bilik air supaya tak payah nak sapu pulak. Tapi yang bestnya, sedap sangat rasa kat perut bila pakai dengan bengkung. Mula mula memang panas pijar gila. Berguling guling aku pijar. Haha.. Tapi lepas tu rasa macam suam suam berangin. Best sangat.

Lagi pulak, bengkung tropical herba ni ada dua setting. Untuk yang kurus boleh, yang berbadan besar pun boleh.

So terima kasih kat shujin belikan aku set bersalin ni untuk aku memanjakan badan. Nak berjalan pun rasa sedap dan selamat dengan bengkung.

Selain dari set bersalin tropical herbs, aku makan jugak supplement iron folic, calcium magnesium dengan B complex dari nutrilite. Maklumlah. Usia makin bertambah. Aku perasan, recovery aku makin berkurang sejajar dengan perkembangan usia. So, usaha kena lebih sikit kalau nak fit semula.

Korang berbengkung tak dalam pantang..?

Daa

Jumaat

Khidmat urut bersalin

Assalamualaikum

Tempoh berpantang adalah tempoh bagi memanjakan tubuh. Selepas 9 bulan mengandung dan proses bersalin yang memcabar, tentunya tubuh memerlukan masa untuk berehat.

Anak dah ramai macam aku bukan mudah nak berpantang macam masa anak satu. Masing masing perlukan perhatian. Lagi lagi macam aku berpantang secara shujin berhad. Shujin yang uruskan semua. Hehe..

Tapi aku cari jugak makcik urut untuk betul betulkan urat yang tergeliat tu. Rezeki aku, masa bersalin kat Pusat Bersalin Barakah aritu, kenal dengan sorang makcik nurse yang sangat baik hati dan pandai mengurut. Siap bagi servis mengurut percuma masa aku kat dalam wad. Lega sungguh dia urut bahu dengan belakang masa tu. Terus aku mintak kontek makcik tu nak panggil dia datang mengurut kat rumah.

Hari ketiga makcik Su datang rumah mengurut aku. Sedap sungguh dia urut. Dua jam lebih diulit. Aku mintak makcik Su datang dua hari. Siap sengkak. Dia sengkak tak sakit. Sebab aku penah kena yang sakit sangat. Nak menangis rasanya.

Bayaran ikut ikhlas kita. Kalau ada yang nak cari khidmat mengurut bersalin ke, terseliuh ke. Insya allah makcik Su ni boleh. Kalau ada yang nak kontek numbernya email aku. Nanti aku share.

Pantang kali ni aku masih guna set bersalin Tropical Herbs. Beristiqamah pakai bengkung berparam pilis bagai. Apa yang penting. Kita enjoy~!!

Daa

Isnin

Rutin berpantang

Assalamualaikum

Ada orang rasa pantang ni leceh. Nak kena jalan kepit kepit. Nak kena pakai bengkung 24 jam itu ini. Panas.

Dulu aku pun rasa camtu. Tapi bila dah melaluinya sendiri untuk kali ketiga ni. Aku dah mula enjoy rutin berpantang. Apa yang boleh dimudahkan, aku mudahkan. Still, ikut saranan orang tua tua supaya dalam masa yang sama, tujuan pantang tu dapat dicapai.

Berpantang bukan saja untuk dalaman, malah luaran jugak kan. Aku gabungkan kaedah moden dan tradisi. Penjagaan dalaman, aku makan vitamin supplement untuk bantu proses pemulihan.
Double X dari nutrilite

Untuk luaran pulak, aku gunakan kaedah tradisional. Berparam,pilis, tepel, bengkung dan mandian herba dengan set bersalin tropical herbs.

Mandi pagi dengan mandian herba. Cuci tut dengan air rebusan herba. Dalam banyak banyak tu aku paling tak best nak pakai adalah param. Sebab ianya mencomotkan baju aku dan baby. Sampai hari ketujuh, aku pakai sebahagian param. Yang bakinya aku guna sebagai lulur dan scrub badan. Best! Tapi since aku da tak larat nak comotkan baju baby dan baju aku. Start hari ni param tu aku guna jadi lulur je masa mandi. Basahkan badan. Lepas tu lulur satu badan. Biarkan dalam 5-10minit. Lepas tu bilas bersih. Warna kuningnya agak pekat, so aku sabun jugak sikit lepas tu.

Lepas mandi, aku just pakai minyak urut dia. Pakai tepel, bengkung dengan pilis. Tepelnya memang panas. Aku pakai banyak, menggelepar pijar+panas dekat 10 minit. Bengkung aku pakai 8 jam. Malam bukak la. Bagi perut bernapas. Hehe..


Badan segar je. Takde rasa lembik ke lemah ke. Luka kat bawah tu tak banyak sebab takde jahit. Just macam melecet je. So takde la seriau sangat.

Socks aku pakai. Kalau panas sangat bukak jugak. Kipas pun on je. Cuma tido malam tu aku halakan kipas kat lain. Kira tak kena kat aku la. Sebelum tido aku buat self massage kat perut. Best!

Aku minum air sekerap mungkin. Memang takde sembelit. Dari segi pemakanan, aku tak pantang sangat sebenarnya. Apa yang shujin sediakan aku makan je. Cuma mak pesan, tak boleh makan cendawan, kang kung. Air sejuk memang aku tak minum la. Telur aku makan je since doktor kata telur takde masalah. Bukan aku makan banyak sangat pun.  

Pada aku, pantang makan ni ikut tubuh orang tu. Sebab makanan pantang ni ikut culture. Ada yang kata ayam boleh, daging tak boleh. Ada yang sebaliknya. Macam tu jugak makanan yang berangin ke apa ke.

Rule aku senang je. As long as shujin bagi aku makan, dan mak aku tak kata tak boleh makan. Aku makan. Aku kan isteri dan anak yang taat. Hehehe..


So, aku enjoy rutin pantang. Takde la rasa pantang macam kena torture. Cuma makan tu, dengan awareness aku sendiri, aku limitkan makan makanan yang kurang khasiat. Kalau ikut tekak aku ni, pizza pun aku layan. Maklum la. Time pantang ni la nak mimpi pegi makan nasi arab dengan Irfa la apa la. Hish..

Buat bakal ibu.. Pantang takmo stress stress ya. 

Nak set berpantang yang dijamin berkesan dan selamat? Whatsapp terus ke nombor 0126894617. Gabungan moden dan tradisi.. 

Daa

Rabu

Kandungan herba dalam set bersalin tropical herbs

Assalamualaikum

Bagi membantu ibu-ibu muda yang masih lagi tak tau nak pilih set bersalin mana satu. Aku just bantu bagi herba-herba yang terkandung dalam teh herba dan pil pil yang terdapat dalam set bersalin tropical herbs ni. Insya allah, herba yang digunakan adalah herba turun temurun dan selamat bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sebab tak menyebabkan cirit birit.

Dan lagi, herba yang minum dan makan ni cuma start ambik start dari hari kelima. Cuma ambil satu jenis dalam satu masa. Maksudnya, mula-mula minum teh. Bila teh da habis baru start makan pil lepas bersalin no 1, dan kemudian baru makan yang pil bersalin no 2. Setiap satunya diformulasikan dengan herba yang sedikit berbeza sesuai dengan peringkat peringkat pemulihan tubuh.

Teh herba untuk proses pemulihan, dan bagi melancarkan pengeluaran susu. Yang pil bersalin I, bagi elak stress dan mula bantu untuk nak capai berat badan asal. Maklumla kan, hormon perempuan baru bersalin ni lain macam sikit. Yang pil bersalin II pulak untuk bagi rapat rapat yang longgar dan boost proses nak dapatkan bentuk badan asal.

Teh herba (untuk diminum dari hari kelima selepas bersalin)
Kandungan herba

Curcuma domestica - kunyit
Querqus infectoria - Manjakani
Zingiber officinale - Halia
Piper nigrum – Lada hitam
Kaempferia galangal – Cekur/kencur
Usnea barbata -  Yang ni tak jumpa common namenya (merupakan herba yang mempunyai sifat strong anti bacterial anti fungal – mengelakkan UTI - urinary tract infection)


Pil selepas bersalin I (dimakan selepas hari ke-10 selepas bersalin)
Kaempferia galangal – cekur/kencur
Cinnamon zeylanicum – kulit kayu manis
Curcuma domestica - kunyit
Centella asiatica extract 7% - pegaga 
Withania somnifera – Ashwagandha ; herba india ( Journal tentang safety dan kebaikan ashwagandha -
"Studies indicate ashwagandha possesses anti-inflammatory, antitumor, antistress, antioxidant, immunomodulatory, hemopoietic, and rejuvenating properties. Toxicity studies reveal that ashwagandha appears to be a safe compound" )
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari (Indian asparagus - "In India, this herb has been used for a very long time and is claimed to be effective in treating various ailments. shatavari is mainly used to maintain hormonal balance in females, so as to treat or prevent conditions like polycystic ovary syndrome (PCOS). It is also used for alleviating premenstrual syndrome and menopausal symptoms.")
Zingiber officinale - halia 
Trigonella foenum graecum - Halba/fenugreek


Pil selepas bersalin II (Selepas habis pil bersalin I)

Areca cathechu – pinang (anti depressant)  

Croton caudatum - manjakani 
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari

Zingiber officinale - halia 
Orthosiphon staminues – misai kucing

Curcuma domestica - kunyit 
Hippocratea indica - serapat

Cassia angustifolia – daun senna (bagi mudah membuang)


Kalau tengok, kebanyakan herbanya adalah bahan yang memang biasa orang melayu gunakan bagi masak makanan orang dalam pantang. Mak mak aku bagi aku minum air rebusan kunyit dalam tiga hari pertama lepas bersalin. Katanya bagus untuk luka dalaman. Halia pulak bagi panas badan supaya angin tak mudah masuk. Pegaga, cekur bagus untuk pengeluaran susu. Gitu gitu lah kiranya..

Cuma ada beberapa jenis herba yang tak begitu common dalam masyarakat kita macam shatavari dengan ashwagandha yang lebih common dalam masyarakat india.

So lepas ni dah tak payah takut kalau herba dalam set bersalin tropical herbs ni panas ke apa ke. Insya allah ianya tak panas dan sesuai digunakan oleh ibu ibu yang nak breastfeed anak jugak. Set lengkap untuk penjagaan luar dan dalam juga.

Pada aku pemilihan set bersalin ni ikut kesesuaian. Ada orang tak suka nak bertepel pilis param bagai ni. Lebih mudah guna losyen je. Ada yang feeling wanita melayu terakhir bila pakai semua tu (cam aku la tu). So pilih ikut kesesuaian bajet dan juga keperluan. Set bersalin tropical herbs ni boleh kira harga berpatutan berbanding set bersalin yang lain yang makin lama makin mahal sekarang ni. Yang penting, kena istiqamah. Jangan nak menang membeli je. Pakainya idokk..

Kalau nak tengok review dan cara guna set bersalin tropical herbs ni boleh tengok kat tab atas tu. Atau KLIK SINI   

Selamat memilih

Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. Just mention, sebab ada sedikit kontroversi tentang penggunaan kacip fatimah bagi ibu yang menyusukan anak.
Nota kaki : Bagi yang nak  nak herba luaran saja boleh cuba set bersalin nak let go ni. Minyak baby dan bengkung second hand (bukan jenama tropical herbs) boleh beli berasingan jugak.

Daa 

Selasa

Promosi set bersalin tropical herbs

Assalamualaikum

Semalam pegi menyelesaikan beberapa urusan. Termasuk pi beli set bersalin.. Ada promosi bulan ni. Best!


Comel kan. Bekas air sejuk 8liter dan 2 liter. BPA FREE lagik.

Bagi ibu-ibu mengandung yang belum bertemu dengan set bersalin idaman hati, boleh la view view kelebihan dan kebaikan set bersalin tropical herbs ni.

Kalau ikut aturan penggunaannya dengan betul dan istiqamah, 2 minggu da dapat berat badan asal. Bau badan pun wangi je. Cergas lagi. Takde lembik lembik masa pantang. 

Sangat best. Minyak baby dia pun best. Damia sangat jarang kembung masa dalam pantang dulu.

Psst.. Harganya pun lebih murah berbanding set bersalin yang top dipasaran. Bengkung FREE. Pendek kata berbaloi lah. Bersalin czer pun boleh guna, tapi kena delay kan certain benda. Cam bengkung dan tepel tu.

Daa

Review Set Bersalin Tropical Herbs

Assalamualaikum

Since sekarang ni macam musim musim orang mengandung bersalin. Aku nak kongsi sikit pasal set bersalin yang best sangat ni. kononnya



Set bersalin tropical herbs
Ramai yang biasa dengar kot. Cuma biasa lah kan. Kalau tak kenal maka tak cinta. Biasanya da pakai baru tau. Kalau da pakai pun, kalau tak gunakan dengan kaedah yang betul dan berdisiplin takkan dapat kesan baik daripada penggunaan set bersalin ni.

Set bersalin ni bukan saja banyak digunakan oleh ibu-ibu kaum melayu, malah ramai kaum cina dan india yang gunakannya. Ianya sesuai bagi sesiapa yang nak berpantang secara tradisional tapi tak perlu gaduh nak rebus akar kayu dan sebagainya. Herba serbuk cuma perlu ditambah air suam untuk jadi paste. Manakala uncang direndam dalam air panas sebelum digunakan.

Apa yang ada di dalamnya?
Mengandungi herba bagi penjagaan dalaman dan luaran bagi ibu yang baru bersalin. Set ni di datangkan sekali dengan bengkung (PERCUMA - worth RM50) 

Untuk kegunaan luaran
Minyak urut daun serai wangi untuk ibu
Minyak bayi
Pilis - Sapu di dahi
Param - Sapu seluruh badan
Tepel - Sapu di perut
Uncang mandian
Uncang cucian - untuk cuci tempat luka

Untuk dalaman
Teh herba
Pil bersalin 1
Pil bersalin 2

Bengkung - Sangat selesa. Tak panas dan labuh. Saiznya boleh diselaras bagi yang bertubuh gempal atau sedikit kecil.

Mempunyai jadual penggunaan yang lengkap bagi tempoh berpantang selama 44 hari.

Cara menggunakan
Kalau aku baca review di internet dan blog blog. Ramai yang rasa membazir beli set bersalin ni sebab terlalu banyak barangnya, tapi tak habis digunakan. Ada juga yang kurang rasa perbezaan, seperti masih sembelit dan kurang tenaga walau pun menggunakan set bersalin ni. Apa yang aku dapat lihat, ianya adalah kerana si penjual tak terangkan cara gunakan dan kebaikan menggunakan set bersalin ni dengan betul dan berdisiplin. So, pengguna pun tak rasa nak sungguh-sungguh guna set bersalin ni.

Ok. Cara penggunaan yang disarankan. (Mungkin ada cara yang lain. Tapi so far aku dapati kaedah ni berkesan untuk aku dan pelanggan aku yang lain)

Mandi pagi (lebih kurang pukul 10 pagi) - Gunakan uncang mandian dan cucian ikut jadual yang diberikan. Sebaiknya mandi air panas selama 44 hari ya.
Lepas mandi, sapu minyak urut daun serai wangi di seluruh badan (Minyak ni tak berapa melekit, kalau rasa cam lekit, gosok gosok bagi serap)
Kemudian, sapukan peramping perut (tepel) - Ianya mengandungi manjakani yang membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan merampingkan pinggang
Sapu penghangat badan (param) ke seluruh badan
Sapu penenang (pilis) di dahi
Pakai bengkung
Sebaiknya tidur sekejap selama 15 minit selepas habis proses ni (terutamanya seminggu pertama lepas bersalin) Paling tidak pun rehat rehat je sambil melayan baby.
Lepas hari ke lima, minum teh. Teh ni kalau minum gitu je memang payah nak lekat ke tekak. Tapi boleh campur sedikit madu (Aku campur madu manuka dari New Zealand)

Bengkung perlu dipakai sekurang kurangnya 8-10 jam. Sebaiknya mandi sekali je. Tapi kalau tak tahan boleh mandi lagi petang tu. Tapi mandi air panas (boleh recycle uncang yang pagi tadi - tapi sebaiknya jgn recycle dua hari uncang yang sama) Lepas mandi pakai semula bengkung. 

Param tu agak berhabuk bila dah kering. Kalau mandi petang, baki yang tinggal kat badan tu gosok gosok jadi macam scrub. Licin ko.. Satu peket tu banyak jugak. Sehari satu peket, so kalau belum habis bakinya tu gosok je. Hilang daki daki. Licin kulit.

Kebaikan
Apa baiknya kalau guna set bersalin tropical herbs ni ya. 

Ada banyak set bersalin di pasaran kan. Tapi kenapa aku rasa set bersalin tropical herbs ni bagus sangat.
(1) Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. So sangat sesuai bagi ibu yang nak menyusukan anak. Malah, pil lepas bersalin 1 tu memang untuk melancarkan susu. Boleh baca review aku pasal bahaya kacip fatimah bagi ibu menyusu dalam blog Penyusuan Susu Ibu
(2) Kalau digunakan dengan berdisiplin, dapat menurunkan berat badan dan merampingkan semula pinggang dalam masa 44 hari. Pil bersalin 2 pulak untuk mencergaskan balik badan dan bantu mengembalikan bentuk badan kepada asal
(3) Mengelak sembelit - Teh uncang tu untuk elak sembelit. Minum dengan madu.
(4) Tubuh lebih segar, perjalanan darah nifas lebih lancar. Salah satu feedback yang aku dapat adalah badan tak berbau. Rasa cergas je.
(5) Kalau kuning kurang dari 170, takde masalah untuk teruskan semua pil dan teh. Teh tu minum lepas 5 hari. So kalau awal-awal tu takde kuning, insya allah ok. Kalau ada pun kalau less than 170 boleh teruskan. Kalau takut gak, just skip dulu pil dan teh sampai baby sembuh dari kuning. Herba yang untuk kegunaan luaran boleh diteruskan.
(6) Boleh digunakan oleh orang bersalin normal dan czer. Tapi kalau czer tu jangan pakai bengkung  dengan tepel sampai at least 2 minggu lepas bersalin. Kalau tak confident pakai lepas sebulan. 
(7) Mudah digunakan. Memang banyak dan leceh. Tapi berkesan tau. . Hehehe..Paling obvious luka cepat je baik.
(8) Antara yang paling best adalah, minyak baby tu bau wangi dan masa dalam pantang anak-anak jarang kena kembung. Mudah je kentut bila pakai minyak baby dalam set ni.
(9) Harga berpatutan. Complete set. Tak perlu beli bengkung asing. Minyak baby pun dah ada. Datang dengan moneyback guarantee. Tapi jangan da habis pulang balik pulak. Niaya aku.
(10) Aku bagi service ngetop baekkk punya... Hehehe..

Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Bak kata mak aku. Badan kita nak pakai lama. Berpantang memang leceh. Itu ini tak boleh makan. Nak kena jaga macam-macam. Jalan kena berkepit bagai. Tapi insya allah. Badan kita akan tahan lebih lama. Takde la baru nak masuk 40 da sakit sana sini. Tambah lagi, kalau jaga betul betul masa berpantang ni, lebih senang nak kembali ke berat asal semula. Berbanding bila lemak dah liat melekat kuat tu susah nak turun lagi parah.

Pilihan di tangan kita. Memang ada orang yang segar bugar takde masalah walau pun berpantang ngelat ngelat. Tapi kita tak tau nasib kita. Ada baiknya cegah sebelum parah.

Kalau berminat nanti email aku. Area Selangor, Kedah (certain area), Pahang (certain area), dan KL tu insya allah boleh aku usahakan kalau nak COD. Lain dari tu email untuk bincang option lain.


Nota kaki : Set bersalin pilihanku untuk pregnant kali ketiga ni juga :D

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com