Ahad

Al kisah mat rempit

Baru-baru ni, aku menonton berita tv3..Aku tertarik dengan paparan tentang Mat rempit yang semakin menjadi virus..lebih teruk dari virus swine flu..

Dalam paparan tersebut tv3 ada membacakan satu surat (read : email) dari penonton tentang masalah mat rempit ni..dalam surat tu ada menyebut..di zaman 90-an, mat rempit ni bermula di kawasan bandar yang mana mat-mat motor tu duk tiru cerita azura, ali setan etc...kemudian penyakit akhlak ni menular pula di kawasan kampung dan felda..dalam surat tu lagi ada menyatakan bahawa, mat-mat rempit ni makin mengganas sebab mendapat perhatian media..

yaaa..betull...semua ni berpunca dari media..terutamanya media elektronik..pada aku to be specific.. masalah ni berpunca dari pengarah dan producer filem yang mata duitan tu..tengok zaman sekarang..ramai orang tak kira remaja ke orang tua pun ada yang suka sangat tengok cerita-cerita rosak akhlak macam impak maksima (lagu tah apa-apa..please la..nyanyi macam orang gagap..naik menyampah aku tv asyik duk tayang cite ni) dan lepas tu yang baru-baru ni pulak.. bohsia - jangan pilih jalan hitam..haha..

secara tak langsung..bagi mat-mat rempit ni...merempit adalah satu tugas mulia yang membantu industri perfileman negara..aku mungkin lebih suka menonton filem barat.. sebab filem diorang memang bermutu..ya..mereka ada banyak duit sebab diorang nak hasilkan cerita yang bagus..jadi ramai orang nak taja..cerita impak maksima tu aku nengok kereta tak variasi langsung..stunt buat gaya samaaaa je..meluat aku..tak bes lansung pun..tu pun ramai duk tergila-gila cerita tu..

Dan lagi..selagi ada orang duk pi buang duit tengok cerita macam tu..selagi tu lah masalah merempit dan gejala sosial yang sewaktu dengannya takkan selesai..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com