Mari belajar terms yang biasa digunakan pada kamera. Memahami terms ini sedikit sebanyak akan membantu kita sewaktu memilih setting yang sesuai sewaktu manual mode.
Shutter speed
Seperti mana namanya, shutter speed adalah kelajuan "shutter" berkelip sewaktu gambar diambil. Dengan kata lain, ia adalah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ketika berada di bawah cahaya terang hanya sedikit cahaya sudah mencukupi untuk menerangi gambar tersebut. Oleh itu, nilai yang perlu dilaraskan adalah 100 ke atas. Nilai 100 ini membawa maksud 1/100 saat. Di mana, shutter kamera akan berkelip sepantas 1/100 saat. Nilai shutter speed yang betul adalah penting bagi mengelakkan gambar tersebut menjadi "overexposure" atau "underexposure" di mana cahaya yang masuk berlebihan atau cahaya terlalu kurang hingga menyebabkan gambar menjadi terlalu gelap. Ketika berada di bawah cahaya yang kurang, gunakan nilai rendah pada shutter speed. Bagaimana pun, pada skala shutter speed yang lebih rendah, pergerakan yang sedikit akan menyebabkan gambar menjadi gegar dan kabur. Oleh itu, sewaktu menggunakan shutter speed nilai bawah dari 50(1/50) tripod digunakan bagi mengelakkan gambar menjadi gegar.
Ketika mengambil gambar objek bergerak, shutter speed turut memberikan peranannya. Iaitu, sekiranya ingin menunjukkan sedikit pergerakan objek gunakan nilai shutter speed yang lebih rendah. Tetapi dalam masa yang sama penggunaan tripod adalah digalakkan bagi mengelakkan gegaran ketika tangan memegang kamera mengganggu imej gambar yang terhasil. Imej yang terhasil adalah sedikit kabur disebabkan oleh pergerakan objek tersebut tetapi bagi sesetengah photographer ia mempunyai nilai yang tinggi berbanding gambar yang kaku. Pastikan juga gambar tidak menjadi terlalu overexposure kerana kelipan shutter speed yang lambat akan menyebabkan lebih banyak cahaya masuk. Ketika ini, penyelarasan skala lain seperti ISO dan juga aperture juga hendaklah dilakukan. Kemudian, jika ingin mengambil gambar objek bergerak yang kelihatan kaku dalam gambar seperti gambar percikan air, kereta yang sedang bergerak pastikan shutter speed diselaraskan pada nilai yang tinggi. Dalam masa yang sama pastikan jumlah cahaya adalah mencukupi kerana ia akan mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Tips : Elakkan penggunaan flash di bawah cahaya gelap kerana objek akan cenderung menjadi overexposure
Ahad
Apa yang mesti anda tahu mengenai kamera
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan