Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan

Selasa

Kenapa perlu sertai seminar emas sekarang?

Assalamualaikum

Dalam bab melabur ni, ramai yang kata "tunggu ada duit nanti".

Aku just nak share pendapat aku dalam bab pelaburan. Tak kira sama ada melabur dalam emas, ASB atau apa apa jenis pelaburan. Dalam bab melabur untuk masa depan, atau menyimpan untuk masa depan, satu kesilapan yang ramai orang melayu buat adalah, nak melabur bila ada duit.

Kenapa tak mulakan sekarang?

Sebab tak ada duit atau duit untuk keperluan lain.

Soalan aku seterusnya..

Kalau sekarang tak cukup duit. Apa yang buat orang pasti masa depan dia akan cukup duit?

Hakikatnya.. Duit memang tak pernah cukup. Sentiasa ada keperluan atau benda baru nak kena bayar bila habis satu komitmen.

Jadi.. Paksa diri untuk mulakan sekarang. Dan harga emas pun makin lama makin meningkat. So sementara harga murah ni, mulakan lah sedikit sedikit.

Salah satu perkongsian yang menarik adalah, dalam bengkel ni akan dikongsikan tentang bagaimana nak melabur tanpa modal.

Sebagai permulaan.. Jom sertai bengkel pelaburan emas ni.

Lagi sekali aku nak highlight. Hahaha.. Aku saja eksaited tolong kawan aku promote bengkel ni sebab aku seronok tengok orang lain berbisnes.

Daa

Bengkel Teknik Pelaburan Emas -DAFTAR SEKARANG!!

Assalamualaikum

Tahun 2014 ni boleh dikatakan tahun yang agak sengsara bagi kita rakyat Malaysia. Still.. Kita tak boleh mengalah. Remember, in the middle of difficulty lies opportunity.

Harga emas dikatakan turun. So, tahun 2014 adalah masa yang baik untuk mula melabur dalam emas. Tak payah start banyak. Boleh start sikit sikit. So macam mana nak mula melabur emas? Jom ikut seminar ni.


Biasanya seminar macam ni yuran penyertaannya kurang kurang pun RM100. Tapi sebagai pengenalan untuk tahun 2014 ni, yurannya cuma RM35!! Siap dengan makan untuk lunch pulak tu!

Bagi yang berminat, boleh hubungi nombor yang tertera atau emal aku kat kesoma.rai@gmail.com. 

Nak tahu lebih lanjut tentang penceramah Khairulnizam Ngadimon, boleh like FB page dia Banyak Emas.

Jujurnya. Bukan aku yang buat talk ni. Aku cuma tolong promosikan je. Organizernya tu schoolmate aku. Yang bercakap tu abang dia.

Bagi yang tak mula lagi menyimpan, boleh tengok tengok pada peluang ni. Seorang kawan aku yang beli emas sedikit demi sedikit tiap tiap bulan dapat langsaikan hutang kereta lebih awal dan jimat pada interest fee. 

So nak tau apa lagi boleh dibuat dengan melabur emas ni. Jom register laju laju. Insya allah, ianya lebih berbaloi dari ASB. :D

Daa

Ahad

Malaysia ada trillion duit simpanan luar negara

Assalamualaikum

Dikhabarkan bahawa Malaysia mempunyai sejumlah simpanan luar negara yang mencecah trillion di bank bebas luar negara. Bagi mengeluarkan wang tersebut, memerlukan sejumlah wang untuk mencairkannya.

Sesiapa yang menyumbang atau melabur sejumlah wang bagi mencairkan wang tersebut akan mendapat pulangan wang 1000 kali ganda dari pelaburan asal. Kalau bagi RM100. Dapat RM100,000.

Ianya dipanggil bon kerajaan Malaysia.

Sampai sekarang aku tak tau benda ni betul ke tidak.

Yang pasti.

Sampai sekarang, tarikh dapat duit ditunda sejak dari hampir dua tahun lepas.

Yang pasti, bukan main ramai orang yang "melabur" duit dalam tu.

Aku tak tau apa hukumnya.

Tapi, apa yang aku selalu pegang adalah..Pelaburan yang ada secure fixed interest yang ditetapkan macam tu hukumnya haram. Macam swiss cash dulu. Maksud aku haram disisi Islam. Aku tak peduli haram dari segi undang undang ke apa.

Ramai yang da pasang angan angan.

Aku takut angan angan cuma tinggal angan angan.

Dari sejak entry pertama pasal bon kerajaan Malaysia ni aku buat sampai hari ni. Takde lagi yang da dapat duitnya.

Entahla.

Entah entah kelentong. Kalau Malaysia ada simpanan banyak tu, tak payah DS Najib susah payah berutang ngan KWSP kan. Erkk.. Hahaha..

Daa

Khamis

Lupakan pelaburan emas

Assalamualaikum

Vavava.. Semalam sembang pasal pelaburan hartanah, hari ni sembang pasal pelaburan emas. Dah macam penasihat kewangan aku ni. Perasan la sangat. :P

Aku tau ramai yang suka melabur dalam emas sebab memang diwarwarkan bahawa pelaburan emas ada potensi tinggi. Cumanya, bukan semua orang mampu. Ye la kan. Bukan sikit duit nak start melabur tu kan. Pulak tu banyak pulak skim skim pelaburan emas. Ada yang emas fizikal ada yang guna buku. Mana-mana pun, kalau nak start tu kena ada ribu ribu. Kalau tak silap, paling kurang pun RM3-4k.

Baiklah. Bagi yang kurengg kemampuan macam aku tapi masih gigih nak melabur jugak. Ada satu lagi pelaburan yang sedang bertapak. Kat Malaysia mungkin baru, tapi sebenarnya pelaburan perak ni dah semakin terserlah potensinya sejak 5-6 tahun lepas. Kalau tengok pada kadar kenaikan harga perak yang mencecah kenaikan 700%, pelaburan perak mula mendapat perhatian pelabur.

Bakal naik 38% dalam 2013

Robert Kiyosaki contohnya, dah mula melabur dalam perlombongan perak sejak lebih 5 tahun lepas. Pulangan emas mungkin banyak. Tapi pada kadar 700%, malah pada harga yang lebih murah. Nampak gayanya, kita kena mula consider peluang pelaburan dalam perak ni pulak.

Semalam aku check kat Maybank, harga bagi 1gram perak baru RM3.11. Pelaburan minimum adalah sebanyak 20gram. So baru dalam enam ploh hengget. Of course la peluang pelaburan begini tak sesuai bagi pelabur jangka pendek. Pada aku, pelaburan perak ni sesuai untuk melaburkan duit anak-anak. So that by the time diorang nak masuk umur 20 tu harganya mungkin da banyak.

Bagi yang asyik short je duit bulanan sebab banyak perbelanjaan, cuba amalkan "BAYAR DIRI SENDIRI DAHULU" Contohnya, tetapkan setiap bulan untuk diri sendiri mesti nak RM100. Paling cikai la kan. So yang kita bayar diri kita tu, guna lah untuk melabur. 

Ada banyak peluang pelaburan, tapi make sure yang kita pilih tu adalah sesuai dengan matlamat kewangan kita. Risiko tinggi ke rendah ke bukan bergantung pada naik turun harga saham atau pelaburan tu, tapi bergantung pada pengetahuan kita. Kalau tak ada pengetahuan, melabur nak bukak gerai pisang goreng pun berisiko tinggi.


Selamat melabur.

Nota kaki : Aku tak pandai sangat pasal pelaburan ok. Ni just apa aku baca. Jangan buat decision base on apa aku tulis semata mata tanpa buat research sendiri atau minta nasihat dari pakar.

Daa

Formula 72 : Mengira berapa lama pelaburan jadi berganda

Assalamualaikum

Aku takde la pandai bab bab pelaburan ni. Tapi selain dari buku pasal kesihatan, aku ada mengumpul buku berkaitan dengan pelaburan jugak. Dalam sebuah buku yang menerangkan tentang linear income dan jugak exponential income ada menerangkan tentang formula 72.

Formula 72 ni digunakan untuk mengira berapa lama masa yang diambil untuk double kan jumlah pelaburan kita. Provided. Tak ada pengeluaran dan penambahan. Contohnya letak modal RM10k. Banyak tu je. Kita biar dia beranak pinak sendiri.

Source ; Google

Pada aku, pelaburan adalah something yang kita lakukan untuk long term. Kalau short team dalam setahun ke 3 tahun tu boleh la nak dapat income sikit. Pengiraan ni cuma estimation saja. Sebab dalam formulanya, interest adalah dikira sebagai tetap. So, kalau banyak berubah maybe kurang tepat. Tapi boleh dijadikan panduan untuk nak tau berapa duit yang kita laburkan by the time kita pencen nanti.

Cara kiranya mudah je.

72/(kadar faedah tahunan)

Contohnya macam ASB. Katakanlah faedah tahunannya 8%

So pengiraannya adalah = 72/8  = 9

Maksudnya pelaburan kita ke dalam ASB akan double dalam masa 9 tahun.

Contohnya kita masuk RM10k

9 tahun = RM10,000 + RM10,000 = RM20k
18 tahun = RM20,000 + RM20,000 = RM40k
27 tahun = RM40,000 + RM40,000 = RM80k

dan seterusnya..

So kalau sekarang umur 28 tahun, masuk RM10,000 dalam ASB. Masa umur 55 tahun dapat RM80,000.

Lebih tinggi interest lebih cepat gandaan akan berlaku. So, kena pandai cari peluang pelaburan yang bagus. Asalkan jangan masuk skim cepat kaya.

Ada kaedah lebih cepat untuk menggandakan pelaburan, tapi tak semua orang boleh terima dan ramai yang tak sanggup.

Inspired dari entry RM50k nak buat apa

:: Support for ConsumerLab access, share this entry with your friend ::

Daa

Rabu

Orang felda jom melabur di KPF

Assalamualaikum

Bagi yang bergelar anak Felda yang ibu bapanya masih hidup lagi. Sila tersenyum dengan ceria sebab ada satu lagi option untuk melabur yang aku consider sebagai selamat buat masa sekarang. KPF - Koperasi Permodalan Felda. Pada aku bagi yang takut nak ambik risiko melabur dalam unit trust, emas dan saham terbuka. KPF adalah satu option yang sangat baik. Selain dari tu dividen tahunannya lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh ASB. Iaitu antara 10%~16%. Wayyy better than ASB kann..Tak silap aku untuk 2010 diorang bagi dividen 10% dan bonus 5%. Menarik kan..

Tapi downfallnya adalah ianya hanya untuk orang yang ada kena mengena dengan Felda. Kalau ayahnya orang Felda tapi dah meninggal dunia pun tak layak mohon jadi ahli KPF.

Liquidity bagi saham KPF adalah setahun. Maksudnya kalau dah masukkan lepas setahun baru boleh keluarkan. Dan aku tak rasa sesenang macam keluarkan saham ASB sebab kaunternya kat pejabat KPF atau kena hantar surat permohonan melalui pos. Leceh kan..

Minimum investment RM100 dan maximum investment adalah RM250k bagi satu keluarga. Maksudnya kalau family ada 5 orang, nak bagi-bagi secara adil. Sorang boleh invest RM50k sahaja lah. Kalau jenis main siapa cepat dia dapat. Siapa yang kaya untung la kan. Hahahaha..

Nak buat permohonan senang je. Boleh buat menerusi pejabat Felda kat kampung sendiri atau pun directly hantar borang permohonan ke pejabat KPF kat KL. Aku lebih prefer hantar borang terus. Lepas 2-3 minggu call bertubi-tubi tanya status. Diorang boring nanti diorang buat cepat lah benda tu. Once dapat nombor keahlian terus isi borang untuk melabur. Sama ada bagi dalam bentuk wang pos atau pun dapatkan nombor akaun KPF lepas tu bayar kat bank. Lepas bayar jangan lupa fotokopi receipt sebab yang original nak kena pos dengan
borang permohonan investment.

Aku tau kaedah ni sort of ketinggalan zaman. Leceh etc. No wonder lah baru 2-3 tahun ni aku kenal KPF despite of being anak Felda selama err..28 tahun..hahaha..better late than never kan.

This is maybe not the best investment vehicle, tapi it worth a try kan. Anak Felda yang berminat sila jangan sia-siakan peluang yang ada.

Nak tau lebih lanjut boleh baca di laman web KPF

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com