Khamis

Turun berat badan dengan menukar pinggan

Assalamualaikum

Macam best je.. Macam menarik je.. Macam gedik je aku ni kan.. Wakaka..

Dalam entry amalan mudah mengempiskan perut buncit, ada beberapa komen yang bertanya tentang penggunaan pinggan berwarna gelap tu.

Why betey why why..~ (Overnya..haha)

Hmm..Menurut kajian, saiz, bentuk dan warna pinggan yang digunakan ketika makan sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah makanan yang kita makan. Actually aku malas nak elaborate kat situ.. Nasihat yang sebenarnya adalah dengan menggunakan pinggan yang berwarna kontra dengan makanan. Kalau makan nasik putih, gunakan pinggan berwarna gelap. Kalau makan ayam bakar arang gunakan pinggan putih. Ianya adalah satu ilusi optic yang menyebabkan otak kita hantar signal tentang portion yang kita makan. Kan ke kalau pinggan warna gelap, nasik putih, kita nampak macam kita ambik banyak sangat nasik kan. Dan lebih baik lagi kalau guna pinggan dengan saiz yang lebih kecil (pengurangan 1inci dari saiz biasa pun membantu tau!)
Lebihkan sayur dan kurangkan makanan berminyak
Nasihat lain berkaitan dengan warna pinggan adalah, kalau nak bagi makan sayuran hijau banyak, gunakan pinggan berwarna hijau. Sebab warna pinggan senada dengan warna sayur, kita tak rasa portion tu banyak sangat. Hehehe.. Boleh baca lanjut di link di bawah.
Kenapa pulak nak kena elak makan sambil menonton tv atau bercakap? Sebabnya adalah bila kita tak focus pada makanan, kita tak sedar kita dah makan banyak mana.. So, kebanyakan orang tend to overeat themselves.

Kalau nak betul betul diet, guna piring alas cawan sudahhh.. Hahaha..

Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Daa

11 comments:

Dr K berkata... [Reply]

Masalahnya Rai...kita makan nasik lemak daun pisang...daun pisang kaler hijau, nasi lemak kaler putih...Tapi still makan banyak...camana tu? hahahaha

lieyalatif berkata... [Reply]

pes time dengar nie kekeekek...lieya plak lagi besar pinggan lagi sedap menyuap kakaakak so better pakai piring jek heheheeh nak tambah 2-3 kali pun segan....

MAY berkata... [Reply]

tak tahan..gune piring cawan..hahahaha.....kak rai kak rai..koh koh koh....

klu saya gune pinggan kalae pe pun, dah tau da..yg gelap itu pinggan.bkn lauk..jd sy akn amik lagi lauk byk2..

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Btul sngt kan...ilusi optik...jwapn dia....psikologi gak ni....sbb main dgn otak...
Yg pnting skrng...atas kemahuan diri kan...nak dgn x je...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

bagus juga guna pinggan gelap Rai..kita tahu banyak mana makanan kita...

tang makan sambil tengok tv...memang tak bole diamalkan...bukan terlebih makan takut semut pula gigit kita...

banyak cara bole kuruskan kita rupanya...

Aziela berkata... [Reply]

Tapi akak kan Rai, kena makan sambil tengok tv atau membaca. Sebab nak lekakan diri dengan mengunyah makanan banyak kali sampai hancur. Kalau tidak, memang makan macam ular. Masuk, telan. Masuk, telan. Lagi2 kalau makan dengan orang yang makan cepat.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau guna piring cawan tapi tambah 5 kali tak guna guna Rai hihi.... sebab rasa macam sikit aje tapi sebenarnya dah 5 kali:)

PCL berkata... [Reply]

wah senang tu Rai.. saiz piring blh kot.

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

akak dedua pinggan sama je masuk.. hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

aku makan ikut mood..boleh gitu? haha..

kalau makan tempat orang yg kita tak bape kenal elok amik pinggan kecik jer..sebab nak tambah dah segan..hahahaha..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hehehe kena cuba juga ni rai !

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com