Memaparkan catatan dengan label antibiotik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antibiotik. Papar semua catatan

Rabu

Mengatasi masalah craving

Assalamualaikum

Dari reply oleh Kak Aziela tentang carbo craving dalam entry 7 tips menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Mengapa berlaku carbo craving?
Salah satu faktor yang menyebabkan craving pada makanan manis dan makanan yang berkarbohidrat adalah disebabkan oleh jangkitan yis. Ianya dipanggil candida infection atau overgrowth yeast infection. Candida infection ni biasanya berlaku dalam mulut (oral thrush), pada vagina dan boleh juga menguasai sistem penghadaman manusia. Bila yis ni bersarang di sistem penghadaman manusia, bakteria baik akan mati. Ini menyebabkan pelbagai masalah akibat dari balance antara bakteria baik dan jahat tak stabil dalam usus dan akhirnya menyebabkan leaky gut syndrome yang menyebabkan masalah lebih teruk lagi termasuk menyebabkan ketidakstabilan hormon. Seperti yang kita tahu, yis ni makanannya adalah gula. Jadi bila yis berkembang biak, ia akan menyebabkan kita craving pada benda benda manis dan berkarbohidrat. Selain dari tu, yis yang banyak tu menyebabkan usus kita tak dapat nak serap nutrisi dengan baik.

Oleh sebab itulah otak akan hantar signal suruh makan lagi sebab badan belum dapat nutrisi yang mencukupi. Tapi, apabila kita pilih makanan yang tak sihat, ianya akan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi. Iritasi akan berlaku dan akhirnya leaky gut syndrome akan jadi lebih teruk lagi akhirnya menyebabkan pelbagai masalah.

So.. Dalam kes nak mengawal atau menurunkan berat badan. Sebagai langkah pertama, aku suggest supaya kawal carbo craving dengan mengawal jangkitan yis. Dan seterusnya makan supaya badan dapat nutrisi sepenuhnya sebelum detox. Lagi pun, banyak health practitioner tak recommend buat detox yang terlalu harsh. Takut badan terkejut dan menyebabkan masalah lain pulak. Detox jangka panjang adalah lebih selamat.

Langkah langkah bagi menghapuskan jangkitan yis (candida)
(1) Elakkan gula, yis, keju, coklat, cendawan, kicap, cuka (white distilled vinegar) dan semua makanan yang mengandungi MSG
(2) Elakkan dari makan refined carbohydrate dan yang ada gluten - Nasi putih, tepung gandum, pasta dan sebagainya. Roti canai pun tak boleh aaa..
(3) Kekacang yang dibuang kulit ditakuti ditumbuhi kulat juga perlu dielakkan. Kalau yang masih dalam shell dia okay.
(4) Makan beras perang, oat, bran, ikan, sayur, dan buah buahan yang tak terlalu manis (jangan buah yang terlalu masak, gula tinggi)
(5) Makan makanan yang kaya dengan bakteria baik macam yogurt, kimchi, miso, tempeh dan kefir. Supplement seperti nutri bifidus juga boleh membantu untuk memeriahkan bakteria baik dalam usus. Tapi probiotik supplement tak perlu ambil sepanjang masa. Cuma di peringkat awal saja. Selebihnya amalkan makanan yang kaya bakteria macam yang dicadangkan di atas.
Probiotic supplement
(6) Elakkan dari makan antibiotik, pil elak mengandung dan ubat yang mengandungi steroid. Kalau terpaksa jugak jugak makan antibiotik. Habiskan course antibiotik dan terus makan probiotik untuk replace bakteria baik. Tapi ingat, certain antibiotik bagi permanent damage pada bakteria baik dalam usus.
(7) Kurangkan kalau boleh elakkan makanan yang diproses dan di tinkan buat sementara waktu.
(8) Minum air secukupnya. 2liter air bagi seseorang yang mempunyai berat 25kg. Jadi boleh kira berapa jumlah air yang diperlukan untuk berat masing masing.
(9) Sepanjang proses mengatasi masalah jangkitan yis ni, aku sangat sangat recommend untuk ambil multivitamin. Oleh sebab usus kita tengah ada masalah nak extract nutrisi daripada makanan yang dimakan, jadi nutrisi dalam bentuk yang concentrate sangat membantu untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang secukupnya
Multivitamin Double X
(10) Selain dari itu, virgin coconut oil adalah antifungal semula jadi yang sangat bagus. Manakala apple cider vinegar dapat membantu menstabilkan pH dalam usus supaya yis tak dapat membiak. Tapi kena pilih raw unfiltered apple cider vinegar macam jenama braggs. Boleh beli kat Giant. Jenama lain pun takde masalah, tapi cari yang cecairnya tak jernih tu. - Virgin Coconut oil boleh minum begitu saja atau gunakan untuk menumis ketika masak. Apple cider vinegar pulak boleh campurkan satu sudu kecil ke dalam segelas air atau renjiskan ke dalam salad.

Kalau tak mampu nak elak langsung, boleh kurangkan sedikit demi sedikit. Sekiranya pembiakan bakteria sangat teruk, akan ambik masa beberapa minggu. Tapi sepatutnya dalam dua minggu pertama dah boleh rasakan kesannya.

Dengan buat 10 langkah ni, dah berjaya buat dua langkah daripada 7 langkah untuk menurunkan berat badan. Iaitu, nourish your body dan juga memperbaiki sistem penghadaman.

Sebelum mulakan 10 langkah ni, jangan lupa measure berat dan ukur lilit badan untuk bandingkan perubahannya.

Good luck.

:: Supplement yang di atas adalah sebagai cadangan untuk support sistem kita sepanjang proses ini. Bukan wajib. Cuma sebagai panduan bagi pilihan yang ada.

Daa

Kerosakan disebabkan oleh antibiotik

Assalamualaikum

Antibiotik adalah ubat yang pertama aku elakkan dari kehidupan anak-anak. Alhamdulillah setakat ni dah berjaya mengelakkan ubat ubatan sepenuhnya dari diorang. Diorang bebas dari ubat lebih dari setahun.

Dalam entry lepas aku share pasal mengenali antibiotik. So, kali ni nak elaborate sikit tentang antara kerosakan yang boleh disebabkan oleh antibiotik.

(1) Antibiotik merosakkan sel dan DNA
Ya, selama ni dan sampai hari ni pun. Masih ada doktor yang prescribe antibiotik sewenang wenangnya. Bukan semua. Tapi aku pernah je jumpa doktor yang nak bagi antibiotik kat first visit sebab demam selesema. Hanya baru baru baru ni kajian mendedahkan bahawa antibiotik menyebabkan kerosakan sehingga ke peringkat DNA. Di mana, ianya menyebabkan oxidative stress. Penggunaan antibiotik selama 4 hari sudah cukup untuk membuatkan mitokondria tidak berfungsi. Ada jugak yang suggest, ada jenis antibiotik yang menyebabkan DNA rosak dan menyebabkan autism.

(2) Antibiotik membunuh bakteria baik dalam usus
Microflora dalam saluran pencernaan kita adalah lebih banyak dari jumlah sel dalam badan kita. Penggunaan antibiotik walau pun dalam jangkamasa pendek bukan saja membunuh bakteria jahat, malah bakteria baik pun kena sekali. Yang menyedihkan.. Menurut kajian, ada sesetengah bakteria baik yang tak muncul balik selepas 6 bulan antibiotik diambil. Dan ada yang kata ianya menyebabkan kerosakan kekal pada sesetengah bakteria baik. Macam yang dibincangkan sebelum ni, saluran pencernaan adalah mempunyai peranan yang sangat besar dalam fungsi imun manusia. Malah, ianya boleh contribute pada sindrom perut bocor yang rupa rupanya adalah antara punca utama kepada penyakit auto immune.

(3) Antibiotik menyebabkan kerosakan hati
(4) Antibiotik menyebabkan kerosakan saraf

And the list goes on..

Ya. Aku setuju yang setiap ubat ada side effect. Kita kena outweigh the risk and benefit. Dan doktor tau apa yang diorang bagi. Tapi sila ambil tahu. Jangan serah bulat bulat pada orang lain. Ada doktor yang bertanggungjawab.. Ada yang kurang rasa tanggungjawab. Jadi biasakan diri bertanya jenis antibiotik yang doktor nak bagi. Adakah betul betul perlu antibiotik. Apakah pilihan lain selain dari pengambilan antibiotik. 

Amaran : Once da ambil antibiotik WAJIB habiskan macam disarankan oleh doktor. WAJIB. Jangan dah sihat lepas tu stop macam yang ramai orang selalu buat. Risikonya adalah, sekiranya antibiotik tak dihabiskan.. Saki baki bakteria yang belum betul betul mati akan menyerang kembali dan mereka akan semakin kuat dan resistance to the antibiotics. So, nanti infection akan lebih teruk kemungkinan berlaku.

Setiap kali membaca tentang ubat ubatan ni.. Setiap kali tu aku terbayangkan Aqil. Selama dua tahun pertama hidupnya. Aku memang bagi ubat sewenang wenangnya. Memang agak jauh beza Aqil dengan adik adik dari segi kesihatannya. Still.. Syukur.. Aku sedar dan ambil tindakan.

Sekarang dalam usaha nak mengembalikan kegemilangan flora dan fauna dalam sistem pencernaannya. Bagi yogurt, bagi kimchi.. Insya allah besar sikit boleh try pulak supplement probiotik. Setakat sekarang aku cuma bagi supplement multivitamin pada anak-anak.

Daa

Selasa

Mengenali antibiotik

Assalamualaikum

Antibiotik adalah sejenis ubat yang kerap kita dengar. Pergi klinik bawak anak demam selesema. Ada yang sanggup bergaduh dengan doktor sebab nakkan antibiotik. Antibiotik hanya berkesan pada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Dan ada banyak jenis antibiotik mengikut jenis bakteria.

Selesema adalah disebabkan oleh virus. Jadi, rentikanlah bergaduh dengan doktor nak ambik antibiotik kalau kena selesema.

Antibiotik dikatakan salah satu jenis ubat ciptaan manusia yang sangat menakjubkan dan berkesan merawat banyak jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 

TETAPI..

Hati hati dengan penggunaan antibiotik. Antibiotik membunuh semua jenis bakteria. Termasuk bakteria baik yang terdapat dalam saluran pencernaan. Yang sangat berguna untuk membantu proses pencernaan kita. Penggunaan antibiotik yang tak terkawal juga menyebabkan bakteria bermutasi dan resistant terhadap antibiotik yang sebelum ni digunakan. Jadi antibiotik yang lebih tinggi dosnya dan lebih kuat perlu digunakan. Ada antibiotik yang menyebabkan alahan kepada sesetengah orang. Ada juga yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf.

Bagus kalau orang takut baca pos ni. Sebab antibiotik memang tak elok guna sewenang wenangnya. Terutama pada kanak-kanak.

Hanya gunakan antibiotik bila benar benar perlu. Demam selesema seeloknya tak payah bagi apa apa ubat. Maksud aku tak payah bagi ubat bukan biarkan tak buat apa. Support immune system dengan makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat yang paling bagus adalah sup ayam yang penuh dengan bawang.. Letak banyak banyak bawang besar, bawang putih dan halia. Insya allah ianya sangat sangat membantu.

Sekiranya perlu makan antibiotik. Make sure makan ikut dos yang ditetapkan sampai habis. Tak habis makan antibiotik boleh menyebabkan bakteria lebih berleluasa. Lepas habiskan dos antibiotik yang ditetapkan. Makan probiotik untuk ganti balik bakteria baik dalam badan. Hanya ambil masa beberapa hari untuk antibiotik bunuh seluruh bakteria baik dalam saluran pencernaan kita. Tapi sangat lama masa diperlukan untuk gantikan balik bakteria tersebut.


Okay. Sambung kemudian. Stay tune.

Daa

Isnin

Its not like i don't trust doctors

Assalamualaikum,

Anak anak demam panas pulak. So shujin postpone tarikh untuk ke business trip nya. Pagi tadi sepagian aku berjaga sebab demam Atiqah cecah 40 darjah celcius. Aqil pulak bertukar tukar. Ubat masuk punggung memang standby dah. Selain tu ada ubat demam sirap dengan antibiotik.

Doktor tu kata antibiotik tu mild je. Since demam diorang kejap ok kejap tak ok, aku ada gak saspek diorang kena viral infection. Memandangkan selama ni pun aku memang tak berapa nak bagi anak anak even aku sendiri pun tak ambik dah antibiotik, kali ni aku keraskan hati tanak bagi jugak. Shujin agak risau sebab Aqil pernah high fever sampai tarik. Still. Aku tak boleh nak setuju bagi.

Simply sebab aku tau antibiotik can do more harm than good. Sebagai ayah, shujin bimbang sangat. Sebab doktor da pesan jangan sampai Aqil tarik sekali lagi. Tapi sebagai ibu, aku lebih bimbang nak bagi. So the whole day aku sort of berperang dengan anak anak bagi diorang minum air barli yang aku campur dengan serbuk vitamin C 

Untuk make sure suhu tak selalu tinggi, aku jelum budak budak tu dan make sure diorang minum cukup air. Actually aku bukan tak bagi langsung makan ubat. Sebab demam diorg dah terlalu tinggi aku bagi jugak makan ubat demam sirap tu. Cuma tak ambik antibiotic je.

Mitos dan fakta tentang antibiotik


At last, malam ni nampaknya da makin kebah demamnya. Aku bukan tak percaya pada doktor yang prescribe antibiotik untuk anak aku. Aku cuma tak sanggup.

Bagi aku ini adalah pilihan individu. Aku tak ajak dan aku tak suruh orang ikut cara aku. Aku dan shujin dah stop bawak Atiqah dari imunisasi asas masa umur dia 18 bulan. Kami tambahkan supplement untuk fill in the gap dalam nutrisi harian anak anak to make sure their immune system working properly. Dan actually aku rasa berbanding dulu anak anak jarang jatuh sakit.

Don't blame my choice. I'm just trying to be a good mother. Same as others. Just the method are different.

Bila antibiotik diperlukan


Antibiotik cuma berkesan pada jangkitan bakteria. Cara antibiotik berfungsi adalah dengan merungkaikan dinding sel bakteria. Since virus takde dinding sel. So antibiotik tak berkesan pada jangkitan virus. Malangnya, adalah sukar dan biasanya doktor tak tau pun sama ada demam seseorang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Oleh itu, doktors just prescribe, especially bagi yang demam da lebih tiga hari.

Malangnya banyak kes, doktor still prescribe antibiotic pada pesakit yang dapat common cold, knowing that it will never help them since common cold adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Aku bukan nak influence orang ambil tindakan macam aku. Tapi kita kena tau risikio setiap tindakan yang kita ambil. Where.. Semua antibiotik datang dengan side effect. So, as a parents you have to decide whether side effect tu berbaloi ke tidak dengan kebaikan yang antibiotik boleh bagi. Which is, useless kalau anak kita kena jangkitan virus.

Antibiotics - Unnecessary prescription


Doktor aku cakap, baby below 12 months cuma boleh di prescribe antibiotic once in 6 month. How many of us aware about this..?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com