Assalamualaikum
Sejak harga minyak dinaikkan sebanyak 20sen. Ramai lah pakar ekonomi instant yang muncul di laman laman sosial.
Aku dah naik malas nak komen banyak. Tetiba hari ni rasa nak mengeluarkan sikit pendapat. Yang tak berapa nak pakar ni.
Aku yakin. Ramai yang bakal terkesan dengan kenaikan harga minyak. Terutamanya golongan berpendapatan sederhana yang tinggal kat bandar. Kenapa..? Sebab mereka adalah golongan yang paling kurang dapat subsidi atau bahasa orang kayanya kita panggil insentif. Tapi dalam masa yang sama merupakan golongan yang juga memberikan sumbangan secara langsung dalam bentuk cukai pendapatan.
Macam mana pun, pada aku adalah sangat tidak wajar kalau nak bandingkan harga minyak di Malaysia yang dikatakan paling murah, lebih murah, atau sangat murah berbanding negara lain di dunia sekali pun. Aku memang kerani cap nippon. So, aku cuma tau pasaran jepun je. Hahaha. Harga minyak semasa di Jepun adalah lebih kurang JPY157 iaitu lebih kurang RM5.20. Mak aih. Mahal gila.. Syukur duduk Malaysia. Syukur kerajaan bagi subsidi.
Hakikatnya.. Bagi orang Jepun, JPY157 tu macam RM1.57 bagi kita. So murah ke mahal..? Pada aku murah la. Sebab gaji fresh grad kat sana biasanya dalam JPY200,000. Kira macam RM2000 kat Malaysia. Tapi diorang pergi kerja pun biasanya tak payah naik kereta. Train bas merata. Kalau pakai pas bulanan dah murah dah. Kalau hujung bulan duit tak berapa nak ada, beli onigiri JPY105 seketul dua pun da mengenyangkan.
Kalau beli barang basah pulak. Kalau nak jimat dan murah, beli lepas pukul 8 malam. Price down sampai 50%.
Ya. Tak guna nak bandingkan Jepun ngan kita.
So why the heck orang bandingkan harga minyak dengan harga minyak negara lain..?
Anyway.. Pada aku, tak guna berdebat dengan ignorant. In the end.. Hakikat takkan berubah.. Harga minyak dah naik 20sen.
Yang menghairankan.. Bila harga minyak naik bukan main lagi. Nak kurangkan subsidi. Nak ikut harga minyak semasa. Owh. Masa naik pandai pulak sebut harga minyak semasa. Bila harga minyak turun. Duk buat menatang apa..?
Masa naik bukan main berdegar degar. Ikut harga semasa. Bila turun, keluarlah kata kata tak munasabah seperti "syukur lah pada kerajaan yang telah bermurah hati menurunkan harga minyak". Tak caya, adalah 2-3-4 bulan akan datang. Harga minyak turun 10sen. Dan ramai akan keluar statement "terima kasih kerajaan Malaysia"
B#%%^ la..
Hahaha. Apa pun. Bertabah lah rakyat Malaysia. Ini bukan lagi masa nak berjimat. Semua orang perlu fikirkan alternatif untuk dapatkan pendapatan tambahan pulak. Ada macam macam cara, tapi pastikan ianya halal.
Daa
Sejak harga minyak dinaikkan sebanyak 20sen. Ramai lah pakar ekonomi instant yang muncul di laman laman sosial.
Aku dah naik malas nak komen banyak. Tetiba hari ni rasa nak mengeluarkan sikit pendapat. Yang tak berapa nak pakar ni.
Aku yakin. Ramai yang bakal terkesan dengan kenaikan harga minyak. Terutamanya golongan berpendapatan sederhana yang tinggal kat bandar. Kenapa..? Sebab mereka adalah golongan yang paling kurang dapat subsidi atau bahasa orang kayanya kita panggil insentif. Tapi dalam masa yang sama merupakan golongan yang juga memberikan sumbangan secara langsung dalam bentuk cukai pendapatan.
Macam mana pun, pada aku adalah sangat tidak wajar kalau nak bandingkan harga minyak di Malaysia yang dikatakan paling murah, lebih murah, atau sangat murah berbanding negara lain di dunia sekali pun. Aku memang kerani cap nippon. So, aku cuma tau pasaran jepun je. Hahaha. Harga minyak semasa di Jepun adalah lebih kurang JPY157 iaitu lebih kurang RM5.20. Mak aih. Mahal gila.. Syukur duduk Malaysia. Syukur kerajaan bagi subsidi.
Harga minyak semasa di Jepun |
Kalau beli barang basah pulak. Kalau nak jimat dan murah, beli lepas pukul 8 malam. Price down sampai 50%.
Ya. Tak guna nak bandingkan Jepun ngan kita.
So why the heck orang bandingkan harga minyak dengan harga minyak negara lain..?
Anyway.. Pada aku, tak guna berdebat dengan ignorant. In the end.. Hakikat takkan berubah.. Harga minyak dah naik 20sen.
Yang menghairankan.. Bila harga minyak naik bukan main lagi. Nak kurangkan subsidi. Nak ikut harga minyak semasa. Owh. Masa naik pandai pulak sebut harga minyak semasa. Bila harga minyak turun. Duk buat menatang apa..?
Masa naik bukan main berdegar degar. Ikut harga semasa. Bila turun, keluarlah kata kata tak munasabah seperti "syukur lah pada kerajaan yang telah bermurah hati menurunkan harga minyak". Tak caya, adalah 2-3-4 bulan akan datang. Harga minyak turun 10sen. Dan ramai akan keluar statement "terima kasih kerajaan Malaysia"
B#%%^ la..
Hahaha. Apa pun. Bertabah lah rakyat Malaysia. Ini bukan lagi masa nak berjimat. Semua orang perlu fikirkan alternatif untuk dapatkan pendapatan tambahan pulak. Ada macam macam cara, tapi pastikan ianya halal.
Daa
12 comments:
aku suka tgk rega barang kat pasaraya di oversea..barang keperluan mcm roti susu dan barang dapur yg wajib beli setiap hari sgtlah murah.skrg ni masuk kedai runcit dlm taman pun rm50 mcm rm10.huhu
makin sakit hati bila pikir2 tang petrol ni !
baru sambar kuda baru..naik minyak pulak! what the heeyyyyyyy betoi
sampai sekarang aku masih tercari-cari cara nak `bersembang' dengan golongan rakyat yang sentiasa menyokong segala macam tindakan pihak pemerintah, walau pun ada sesetengahnya seakan menindas kita. tak payah la kot...
wah, macam keluar perkataan marah je. hahahaa...
saya mmg setuju ngan pendapat rai. alhamdulillah dok german ni buat saya dapat nilai rasional ke tak pendapat sesetengah pak menteri kita yang gajinya dibayar oleh kita dan perbelanjaan lain pon diclaim kepada kita.. lagi mau kata consider rakyat ke? huhuhu
Sy pn x stuju...menjaga kita ke....
ermm..pasal tu negara dia org maju berkali ganda drp kt.. kat kita.. starting keje... ada tawar rm900 je.. kwn lya, degree.. starting just 1k (jawatan Tech Ass).. ermmmm
nk bising2 x guna dah.. so kt cari pyelesaian utk mjimatkan belanjawan isi rmh.. tp krn 20sen, maybe brg2 lain pon akan naik skali..
setuju dengan kak rai...pak menteri memang tak terasa. bukan keluar duit poket diorang pun bayar duit minyak kereta yang dipakai.orang miskin pula terus jadi papa kedana.bersiap sediala untuk menghadapi keadaan dimana barang mentah semua naik menggila. Untuk survive, ada yang ambil jalan mudah dengan mengemis atau merompak. Oh Malaysia Ku...
kerajaan memang bangang... hutang negara mereka yang bazirkan sekarang kita pulak dikerah dari segala sudut...
Daripada buang duit utk tender-tender yg melampau nilainya dari yg patut..atau buang duit utk majlis2 yg tak perlu/bajet melampau...adalah lebih elok wang tu disalurkan utk subsidi petrol. Lebih ramai yg merasa, bkn cuma golongan yg sedia kaya dan terus mengumpul harta.
agreed sgt2.... yg jadi mangsa golongan yg berpendapatan sederhana yg dok kat bandar nie... bukan apa cukai ttp kene byr tp apa insentif pun kita x dpt...
Nilai dan kuasa matawang dah jatuh. RM100 tu dah macam RM10 kot
Catat Ulasan