Khamis

Belajar hormati hak orang lain

Assalamualaikum

Saja lah kan aku tergedik gedik nak komen pasal kes tudung FAREEDA yang tengah meletup letup ni. Since ramai sangat yang bagi komen. Aku pun saja nak menumpang. Walau pun tak penah terfikir nak beli pun tudung tu. Cuit pun tak pernah..
Jangan hilang fokas.. Isunya kat sini adalah isu ciplak hak intelektual. Bukan isu kecik okay. Mungkin nampak kecik je. In the beginning aku pun fikir. Ala.. Apa salahnya rezeki kongsi kongsi. Tak berkurang rezeki pemilik FAREEDA tu. Tapi kan.. Bila fikir balik. Pengasasnya tu tak tidur malam. Berhempas pulas memerah otak nak buat pesen yang hot gitu. Tetiba senang senang je orang ciplak dan jual pada harga sama pulak tu. Orang ciplak tu tak payah keluar modal marketing bagai.. Dah ada ready market. 

Idea orang tu hak orang. Dosa tau. Mencuri namanya.. Lain la kalau tuan punya idea tu redha je orang nak ambik idea dia. Lain cerita. Sedangkan gambar kat blog kena curi pun kita rasa tak best kan.. Entry kena copy pun rasa tak seronok.

Apa rasa bila ada orang curi beras kat rumah usahawan beras. Lepas tu, dia jual beras curi tu sama harga dengan usahawan tu jual. Bila usahawan beras tangkap pencuri tu, orang ramai pun kata. Rezeki dari Allah. Kenapa nak takut orang tak beli beras dia kalau beras dia bagus berkualiti.

Yang pengasas dia buat pesen tudung singkat, harga jualan melampau dari harga kos bagai sampai tak terjangkau dek akal tu, memang dah satu persoalan lah. Yang tu separate matters. Jangan campur adukkan.

Kalau korang nak bekap yang ciplak tu dengan kata.. Ala, tudung FAREEDA dah la singkat mahal gila.. Dah tu yang korang tu beli jugak pasaipa. Kalau takde orang beli, takde la meletup letup pesen parida sekarang ni. Ye tak? Yang si penciplak tu pi tiru jugak tak dosa sama ka? 

okay. Sekian komen aku yang tak penah beli tudung mahal.

Daa

31 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

bg rietta...personal opinion...hak cipta org perlu hormati...kita nye gmbar org curi dr blog pown kita dah terasa hti kan..inikan pula periuk nasi org...

Aziela berkata... [Reply]

Ooo...tengah ada isu ekk sekarang? Ketinggalanlah akak nie. Oh, akak memang tak beli Fareeda atau fesyen yang sama dengan dia... Tak sesuai dengan citarasa.

lieyalatif berkata... [Reply]

lieya setuju sgt dgn penulisan rai nieh...mmg byk point yg betul...eh bukan banyak tapi semuanye point yg betul.....hormat hak org....hormat idea org....

kat opis lieya ni ade gak jual fareeda fake ni kat jualan2...mmg murah rm20-30 je compare dgn harga ori sampai beratus2...sian tgk org yg x berkemampuan nak rase pakai...

babYpose berkata... [Reply]

kena patent kut baru boleh ada hak tetlindung. baru ni tengok tudung bokiita cantik gak, lilit siap dijahit.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Apa pun menciplak tetap salah.

Kakak pun tak beli tudung mahal-mahal Rai.. sayang duit hihi..

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

akak pakai shawl & tudong bawal jee...x mampu laaa nak pakai tudong mahai²...drp beli Fareeda ke, Ariani ke, bek bwk anak g mkn kepsi...hehehe...

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Betul tu. Ada baca kat page SN gak.

Siti Munirah berkata... [Reply]

tudung ariani tu mase awal2 keluar pun mahal. pastu ramai je org buat tudung pesen ariani. tapi idakla pulak tokey ariani tu bising2...

err... ini pendapat aku jelah.

Unknown berkata... [Reply]

@HeNRieTTa JoSe, yup..lain kalau tuan punya barang tu redha kan..

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, saya pun baca sekali lalu je kat fb..gatal nak buat entry.. hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@lieyalatif,itu la pointnya.. tak kira benda apa pun..kita jangan ambik idea orang.. walau pun sekadar copy entry blog pun..kalau tuan blog tak bagi haram jua hukumnya..

oo..ada jugak yg jual murah2 ya..saya biasa jumpa mesti atas rm50 rasanya..

Unknown berkata... [Reply]

@babYpose,rasanya sebab patent tu yg orang kpdnkk datang angkut tu..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie,saya pun tak pakai tudung mahal kak..tudung kakak ipar dgn mak bagi je.. jarang beli tudung sendiri..haha

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Puan Fadli,sama la kita..hihi

Unknown berkata... [Reply]

@Fiza Rahman,oh..SN ada ulas jugak eh..?

Unknown berkata... [Reply]

@Uni Aqilah,pengasas ariani tak kisah.. fareeda ni rasanya sbb dia spend duit banyak untuk marketing.. kan banyak+kerap iklan kat tv.. org lain sedap2 je tumpang camtu..

Irfa berkata... [Reply]

baru je berbalas komen ngan adik aku psl ni, hak tetap hak kot
niat x menghalalkan cara

PetakBunga berkata... [Reply]

tudung tu sebenarnya sama je dr dulu sampai sekarng, bukan brand fareda je..memang dah mcm tu jenis tudungnya..x lari mana.. tp bab yg jual tu memng purposely nk tiru memang salahlah..


akhir sekali memang tak mampu nak beli tudung fareeda...pernh rasa terliur, tapi jenis kedekut nak buat camnakan..


Rai, email tak tahu campak mana..jd nk beli..nanti email no acc ek..
Pastu xleh try lah kimci?..ha..ha..nak try je, bunyi sedap sgt.

Suria Amanda berkata... [Reply]

ikutkan memang kesian kan..hak cipta terpelihara orng duk ciplak..sama jugak macam handbag yang imitation tuh..LV,Gucci or whatsoever...rmai je ciplak..tp xde la sampai kes macam ni kan...terpulang kan diri masing2...sib baik SA x minat henbeg2 berjenama ni..hehehe

nazayiena berkata... [Reply]

Ada juga baca isu nie,tudung fareeda x mampulah nak beli...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai..sama la kita,tak pernah beli tudung mahai pon.K.atie suka tudung yg labuh,lawo & harganya murah..hehe

anyss berkata... [Reply]

Assalamualaikum,
daku beli tudung jenama pasar malam je

sitiezahim berkata... [Reply]

betul ckp rai. saya dok bengang ni dah 2 orang dok ambik gamba pic profile fb page Jom Shopping Malaysia saya. saya design simple je tp sakit ati tau huhu

Mar Mansor berkata... [Reply]

meniru..menciplak kira mencuri jugak..

t.a.t.a berkata... [Reply]

Rai, aku suka komen kau yang part hujung tu. Hahaha. Aku pun tak pernah beli tudung mahal. Kalau rasa sehelai tu RM35 aku dah rasa mak aih, mahal giler!!

Hahaha.

Ujie Othman berkata... [Reply]

betul tindakan fareeda, sbb itu hak cipta yg dah dipatenkan.
cuma kalau bab fesyen ni, ia subjektif. Tgh musim gitu..gitulah trend org buat tdg. Kiranya kalau sape2 nak buat, jgnlah sebijik mcm fareeda. Pastu jgn sebut 'ala fareda'. :)

MamaAliya berkata... [Reply]

tak gamak hati nak beli tudung memahal. lebih baik beli susu dan pampers anak.huhu..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

xmampu nk beli tudung memahai kak.
beli shawl je.hihi
pada sy, hormati hak org lain
ini isu tudung
isu entry kena kopi
gambar kena curi masuk majalah x bg kredit pon blogger dh bising kn.cma x heboh sgt sbb x femes.

Qashmere berkata... [Reply]

Jaga-jaga....Kak Rai dah bersuara........hahahahahah

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, hehe betul juga kata kak rai. mencuri tu tetap berdosa. tapi nak lagi bagus, buat la tudung panjang sket. biar dapat menyumbang pahala banyak, hehehe. singgah menabung estee lauder ;p

sarah berkata... [Reply]

mahai betoi tudung fareeda..takdak duit nak beli..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com