Memaparkan catatan dengan label Insulin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insulin. Papar semua catatan

Rabu

Propaganda atau misinformation?

Assalamualaikum

Baru balik dari lunch. Alhamdulillah. Allah dah pinjamkan semula nikmat selera. Kalau sebelum ni kurang selera makan makanan kedai. Hari ni tak sempat masak, beli nasi kat luar pun da selera nak makan habis. Bagus tak membazir kan. Amalan syaiton tu..!

Aku tapau je lepas tu makan kat pantry ofis sebab ada Wifi FREE. Lepak situ sambil layan FB. Ada la baca status group ibu mengandung kat FB tu. Salah satunya adalah masalah biasa yang ibu mengandung sangat takutkan. Kena minum air gula sebab bacaan gula tinggi dari normal. Ibu tu mintak nasihat untuk pemakanan bagi kencing manis.

Maaf la. Aku tak puas hati sungguh bila ada orang yang bagi nasihat pada pesakit kencing manis suruh kurangkan gula dalam minuman. Kurangkan makan manis manis. Paling aku tak boleh blah ada suruh minum air ECPI. Geram!

Seriously. Pada aku, gula penyebab kencing manis ni lebih kepada propaganda je. Its not like orang makan sekilo atau secawan gula dalam minuman setiap hari. In fact, dari apa yang aku belajar, aku strongly disagree kalau kata gula ni adalah culprit yang menyebabkan kaki orang Malaysia kena potong.

Walau pun sebutnya kencing manis bukan bermaksud benda yang manis je yang menyebabkan bacaan gula tu tinggi. Tapi gula dalam darah tinggi adalah glucose dalam darah. Glucose atau bahasa melayunya glukos ni adalah hasil dari pencernaan karbohidrat. Bila karbohidrat dicernakan, ia akan menjadi glukos yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga dengan insulin sebagai pemangkinnya.


Masalah bagi pesakit kencing manis type 2 ni adalah glukos dalam darah sentiasa berada dalam keadaan yang tinggi atau meningkat secara mendadak dan menyebabkan sel mengalami rintangan terhadap insulin. Dalam jangka masa panjang dan berulang kali, benda ni menyebabkan kencing manis. So culpritnya bukan saja gula. Tapi semua jenis karbohidrat yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak macam refine carb atau simple carb. Gula cuma salah satu daripada refine carb. 


Tapi yang lebih bahaya adalah nasi. Nasi putih yang kita makan, dan segala makanan roti, kuih muih yang buat dari tepung yang dah di refine (tak tau bahasa melayunya) yang sebenarnya punca utama. Sebab tu dalam piramid makanan dia suruh makan karbohidrat tu nasi beras perang, roti wholemeal.. Siapa pandai pandai lukis roti putih, nasi putih dalam tu? Lepas tu pandai pandai cipta diet atkins kononnya karbohidrat punca penyakit.

Marah bila iklan kat TV tunjuk pasal kurangkan gula la apa la.. Sudahnya ramai yang sala paham.

Paling pening yang suruh orang minum air kosong (ECPI) lepas tu cakap boleh sembuh penyakit itu ini. Memang la kekurangan air boleh jadi punca penyakit. Tapi kalau cakap air kosong atau air tapis boleh sembuhkan penyakit tu lagi hebat dari doktor. Dah tak payah susah payah ada hospital kalau macam tu. *sigh**


Nota kaki : Hati hati bila nasihat orang...err..bukan aku yang ada kencing manis.. Alhamdulillah aku sihat walafiat..

Nota kaki tambahan : Kalau gula penyebab utama kencing manis, kenapa tak ban air berkarbonat..sbb dalam air gas lagi banyak gula.. Malah, susu yang berperisa pun banyak gula..

Daa

Bagaimana tekanan menyebabkan kegemukan

Assalamualaikum

Sebenarnya entry ni adalah entry rentetan dari kisah "peranan hormone dalam pengurusan berat badan" Manusia adalah makhluk yang sangat unik. Ada banyak factor yang mengawal sesuatu perkara. Ianya saling bersangkutan antara satu sama lain. One thing can lead to another. Antara hormone yang memainkan peranan dalam pengurusan berat badan. Kalau betul betul serius nak turunkan berat badan, kena jugak ambik tahu mengenai hal ni.

Contohnya, dalam entry lepas, yang pasal insulin tu ada aku tulis tentang waktu yang paling berkesan nak bersenam.

Kali ni aku nak tulis bagaimana hormone stress atau hormone cortisol memainkan peranan dalam proses pengurusan berat badan. Walau pun secara umumnya cortisol dikenali sebagai stress hormone, ia sebenarnya mempunyai peranan yang lain dalam fungsi tubuh manusia. Kalau manjang stress, manjang ada hormone cortisol ni dalam darah ia akan membawa beberapa kesan buruk kepada kesihatan. Salah satunya adalah peningkatan berat badan.

Antara fungsi lain cortisol adalah mengawal tekanan darah, metabolisme glukos, mengawal gula dalam darah, mengawal imun sistem dan banyak lagi. Biasanya kita mempunyai kandungan cortisol yang tinggi pada waktu pagi dan berkurangan pada waktu malam. Cortisol ni bukanlah huduh sebenarnya. Apabila hormone ini dirembeskan, kita akan dapat tenaga, menambahkan kadar imun dan juga membaiki ingatan. Bagaimana pun, kalau cortisol ni duk dalam dalam lebih dari waktu yang sepatutnya, ia akan bagi kesan tak baik pada tubuh.

Contohnya, kalau stress je sepanjang masa, pengeluaran hormone yang normal akan terganggu. Kalau biasa ada banyak waktu pagi dan berkurang pada waktu petang, ia akan berubah. Oleh kerana cortisol ni bertanggungjawab dalam menyumbangkan tenaga, ia akan stimulate metabolisme karbohidrat dan lemak. So secara tak langsung, ia akan membantu tubuh merembeskan insulin. Ini akan menyebabkan nafsu makan yang membuak buak. So, lagi lama cortisol duk dalam darah, lebih lama kita akan rasa lapar.

Bila stress, ia akan menyebabkan gula dalam darah meningkat. Bila dah habis stress pun, gula masih duk dalam darah. So, gula berlebihan ni akan di convert menjadi lemak untuk kawal kadar gula kita. Dan, menurut kajian, terlebih hormone cortisol ni bukan saja akan menyebabkan kita lebih banyak lemak. Tetapi, ia akan memberi kesan di mana ianya disimpan. Pengkaji percaya bahawa orang yang lebih berat badan disebabkan oleh cortisol ni akan mempunyai lebihan lemak di perut.

So, adalah penting untuk ingat adalah pertambahan berat badan adalah disebabkan oleh lebihan hormone yang dirembeskan. Bukan cortisol yang normal tu. Maksudnya, kalau orang tu jenis constantly stress, most likely dia akan mudah bertambah berat badan. Lagi lagi yang jenis asal stress je makan, asal stress je makan.

Kita memang tak boleh nak elakkan diri dari masalah. Tapi kita boleh kawal stress kita. Jangan dok fikir masalah je sepanjang masa. Kalau ada masalah, jangan cuba nak alih perhatian dengan makan. Aku kalau stress je, aku basuh pinggan. Kalau tengok sinki aku penuh je memang aku tengah happy la tu..hehehe..takde la sampai camtu kot..
Kesimpulannya
Cortisol yang tinggi akan menyebabkan insulin spike, ini akan menyebabkan kita mudah rasa lapar dan biasanya nafsu makan yang sukar dikawal. Asyik kebulur je. Dengan insulin yang meningkat, pengeluaran glukos akan meningkat. Dan, lebihan glukos ini akan ditukar menjadi lemak dan menyebabkan pertambahan berat badan. Selain itu, cortisol mengganggu kebolehan badan untuk regulate gula dalam darah menyebabkan seseorang lebih mudah mendapat penyakit diabetes. Dalam masa yang sama, immune system akan menjadi rendah dan mudah mendapat penyakit.

So, jangan diikutkan sangat stress tu.

Nota kaki : Lepas ni kalau stress jangan cari nasi..istighfar banyak banyak ye..

Daa

Isnin

Bagaimana insulin menghalang penurunan berat badan

Assalamualaikum


Apakah itu insulin?
Insulin adalah sejenis hormon polipeptida yang mengatur metabolisme karbohidrat. Insulin berasal dari bahasa latin yang bermaksud pulau, kerana ia dihasilkan di sel beta "pulau-pulau" langerhands di dalam kelenjar pankreas.


Bagaimana insulin mengawal berat badan?
Suatu ketika dahulu, orang menganggap lemak adalah punca utama manusia menjadi gemuk kerana lemak yang berlebihan menyebabkan ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Bagaimana pun, pada hari ini, kajian menunjukkan karbohidrat adalah punca masalah obesiti di kalangan penduduk dunia.

Bagaimana pengambilan karbohidrat amnya dan refine carb khususnya menyebabkan berat badan bertambah?
Apabila kita makan,kandungan glukos dalam darah akan meningkat. Oleh itu, sel beta pankreas akan merembeskan insulin bagi membolehkan glukos tersebut dibawa masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga. Sel adalah pintu masuk dan fungsi insulin adalah sebagai kunci yang membolehkan glukos tersebut dibawa masuk. Sebagiannya akan disimpan di dalam hati dan otot sebagai glikogen (glycogen)


Manakala sekiranya glukos terlalu banyak, lebihan glukos ini kemudiannya diambil oleh sel lemak dan disimpan untuk kegunaan masa depan.Semakin banyak kita makan, semakin banyak glukos dalam darah dan semakin banyak insulin akan dirembeskan. Rintangan insulin berlaku apabila sel (pintu) menganggap seseorang tu dah ada cukup tenaga dan menghalang insulin (kunci) dari masuk ke dalam sel. Keadaan ini dipanggil rintangan insulin. Dan ini akan menyebabkan glukos kekal dalam di mana ia dipanggil diabetes (penyakit kencing manis type 2)

Manakala, apabila glukos dalam darah rendah, sel alfa pankreas akan merembeskan hormon glukagon bagi membolehkan glikogen dalam hati merembeskan semula glukos ke dalam darah bagi di bawa masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga.


Dengan memahami bagaimana insulin ini berfungsi, kita boleh menyimpulkan bahawa perembesan hormon insulin akan membolehkan tubuh menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. Dalam masa yang sama, ia akan menghalang pembakaran lemak. Sebaliknya, dalam keadaan insulin rendah atau ketiadaan insulin, secara normalnya tubuh akan mula bakar lemak sebagai sumber tenaga.

So, insulin ON, fat burn OFF.
While, insulin OFF, fat burn ON

Bagaimana pun, perlu berhati hati. Sekiranya seseorang mengambil karbohidrat yang mempunyai kadar glycemic index yang terlalu tinggi, insulin akan overreact dan menyebabkan pankreas "panic" dan menghasilkan insulin yang lebih dari sepatutnya. Insulin spike ini akan menyebabkan kandungan insulin masih tinggi sedangkan glukos dah tiada. Ini akan
terus menghalang lemak dari dibakar. Malah, ia akan menyebabkan tubuh mencari tenaga dari sumber lain iaitu protein. Sebagaimana yang kita tahu, protein adalah membina otot.

Mengambil protein dari otot untuk digunakan sebagai tenaga bermaksud, kita akan kehilangan otot. Tak silap aku proses ni dipanggil sebagai ketosis. Dan dalam masa yang sama, lemak akan terus bertapa dalam tubuh. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, seseorang perlu makan secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan serat. So, tahan nafsu makan pun tak bagus sebab bila menahan nafsu adalah sukar nak stop bila kita dah start makan.

After all this information, macam mana nak bakar lemak dari tubuh? Bukan bermaksud kita tak boleh makan karbohidrat. Tetapi, melakukan aktiviti membakar lemak (bersenam) pada waktu yang betul. Iaitu bukan selepas waktu makan. Kalau kebuluran, make sure ia bukan karbohidrat. Dan ambik just untuk satisfying rasa lapar. Bukan untuk satisfying nafsu. Sebab tu aku suka workout pagi pagi. Sebaik bangun tidur dan sebelum breakfast.

Dan lagi, tips bagi mereka yang susah nak kawal nafsu makan. Setiap kali rasa lapar, make it a habit, minum segelas dua air kosong sebelum makan. Bila dah minum air, still rasa lapar sangat makan la. Kalau jenis tiap masa pun kebulur mencekik tak berenti renti tu, insulin level dok sedia ada dirembeskan, so lemak takkan dibakar. Forever.

Sorry. Terlalu panjang nak get to the point.
 
Nota kaki : Sebab tu Rasulullah SAW berpesan "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang"

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com