Isnin

Status Halal Restoren Makanan Jepun di Malaysia

Assalamualaikum

Tak dinafikan yang orang Malaysia suka makan. Ramai yang suka dan teruja nak mencuba makanan baru dari luar negara. Restoren makanan Jepun di Malaysia ni memanglah banyak. Tapi, kebanyakannya adalah rangkaian restoren yang dipunyai oleh bukan muslim dan biasanya berstatus "pork free" dalam masa yang sama menyediakan minuman keras di dalam premis mereka.

Kenapa agaknya...?
Kebanyakan bahan mentah untuk membuat makanan Jepun biasanya diimport terus dari Jepun dan tidak mendapat pensijilan halal. Hanya 2-3 tahun kebelakangan ini, orang Jepun mula sedar kepentingan pensijilan halal dan mula mendapatkannya melalui badan halal di sana.

Banyak sebenarnya kontroversi pasal pensijilan halal di Malaysia ni. Banyak yang mengelirukan. Contohnya, dah dapat sijil halal. Kemudian ditarik balik. Sebab ditarik tak diberitahu pulak. Ada yang memang tak dapat sijil halal sebab tak ikut piawaian.

Honestly, aku tak terlalu melihat pada pensijilan halal tu sendiri. Of course sijil halal tu penting. Tapi takkan iman kita sangkut pada sijil halal. Mampus kalau macam tu tak boleh nak ke luar negara, di mana banyak tempat makanan dan makanan yang takde cop halal kan..

Senarai ni adalah berdasarkan survey yang aku buat sendiri baru-baru ni. Aku hubungi pihak pengurusan restoren sendiri untuk tanya pasal status halal mereka.

(1) Sushi King
Yang paling banyak orang muslim pergi, dan paling banyak kontroversi pasal status halal mereka. Sushi King tidak pernah dapat sijil halal dari Jakim atau mana-mana badan halal di Malaysia. Aku menghubungi pengurusan Sushi King Malaysia melalui FB Page Sushi King. Ini adalah jawapan mereka..

Dan ini pula apa yang mereka clarify di laman web rasmi Sushi King Malaysia.

Kesimpulannya... Sushi King Malaysia tidak ada sijil halal. Akan tetapi segala bahan yang digunakan adalah bebas dari alkohol dan babi. Ini adalah termasuk sushi, unagi dan teriyaki yang dihidangkan di premis mereka.

(2) Rakuzen
Rakuzen ni adalah sama mak bapak dengan Sushi Zanmai. Ikut pemerhatian aku, lebih ramai orang muslim yang pergi Sushi Zanmai berbanding Rakuzen. Tapi aku tak tanya lagi pasal Sushi Zanmai. Since mother company diorang sama, aku rasa feedback nya mungkin lebih kurang sama. Kalau korang tak puas hati jugak, boleh hubungi diorang sendiri untuk kepastian.


Dan soalan lanjutan aku dijawab oleh mereka
Kesimpulannya, kalau nak makan sushi takde masalah. Nasinya tak dicampur mirin dan shoyu yang digunakan adalah halal. Tapi kebanyakan menu yang menggunakan sos adalah dicampur mirin seperti teriyaki, unagi dan zaru soba. Bagi menu menu lain, boleh tanya dengan mereka masa nak order. Aku bukan ingat menu diorang apa.

(3) Ichiban Boshi
Aku tak boleh nak share apa-apa rekod perbualan dengan pengurusan Ichiban Boshi di Sunway Giza. Tapi more or less feedback mereka sama dengan Rakuzen. Sushi tu halal, tapi menu yang menggunakan sos kebanyakannya menggunakan mirin.

Banyak lagi restoren makanan Jepun yang lain yang aku belum sempat nak hubungi. Antaranya adalah seperti Sakae Sushi. Tapi rasanya feedback kebanyakan mereka adalah lebih kurang sama macam Rakuzen dan Ichiban Boshi. Iaitu 

(1) Daging dan ayam yang digunakan ada sijil halal
(2) Sushi tak ada campuran mirin. Shoyu biasanya mereka gunakan yang halal
(3) Yang problem adalah penggunaan mirin dalam pembuatan masakan yang menggunakan sos seperti chicken teriyaki, unagi kabayaki, kulit tauhu untuk inarizushi, dan lain lain. 
(4) Miso paste yang digunakan kena tanya sama ada, ada halal cert ke tidak (aku lupa nak tanya aritu~!)

 
Diorang susah sikit nak lari dari penggunaan mirin dalam masakan Jepun yang authentic. Jangan tanya aku apa beza rasanya. Aku pun tak pernah makan (agaknyalah. Kot kalau termakan, aku pun tak tau. Sob~!)  


Ini pula adalah antara restoren makanan Jepun yang mempunyai sijil halal (Kawasan Lembah Klang saja ya)
Yama G Fusion Sushi

Agehan Japanese Restaurant

Hei Sushi, Alamanda Shopping Centre
Kenapa susah payah sangat aku check status halal, bahan yang diorang guna bagai ni?

First of all memang untuk rujukan sendiri. Kami sekeluarga suka makan makanan Jepun. Nak kena tahu apa yang masuk dalam perut dan jadi darah daging ni kan. Selain tu aku harap ianya boleh dijadikan rujukan oleh peminat makanan Jepun yang lain juga. 

Harap perkongsian ni bermanfaat untuk semua. Jangan lupa kongsikan pada peminat makanan Jepun yang lain juga tau.

ps;/ Jangan ada yang tembak aku dan persoal, kenapa nak kena makan benda yang tak tau sumber halal haram ni pulak ye.

Daa

34 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

rajin akk search yea....rietta ada jugak cuba makan, aitu teringin nak makan soba,tpi xkena dengan selera....setakat takoyaki ok la...

PS : dekat Tesco Seberang Jaya, pengusaha tu orang melayu Islam...tapi kedai biasa je la kt food court...memang yakin sangat nak makan....sushi telur udang pown sedap...nnti nak cuba onigiri lak...

Wanie Masduki berkata... [Reply]

nak tanya boleh?saya mencari nori seaweed utk sushi sekitar shah alam..teringin nak cuba buat sendiri..agak2 dekat mana boleh dapat yg halal?terima kasih :)

aizamia3 berkata... [Reply]

Terima kasih Rai share info ni.. ;)

Dr K berkata... [Reply]

Pendapat peribadi saya, kita ni di Malaysia, melambak tempat makan yang soheh halal, lagi toyyiban. Jadi adalah sedih, kalau kita sendiri menjerat diri, sibuk2 nak ke tempat yang di ragui / syubhah. Lain cerita kalau kita ke luar negara.
Maka, tepuk dada, tanya iman :)

Unknown berkata... [Reply]

Penting benda ni..tak boleh dibuat main sebab tu kena check betul2 ..kan?/terima kasih rai..

Aziela berkata... [Reply]

At least, Sushi King tu pass. Bolehla nk lepas gian.

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Sy xpnh mkn sushi.. Hihi..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

perkongsian yang menarik tenkiu kak..

Pekebun Sambilan berkata... [Reply]

Betul ke boleh makan? Kalau depaa ni ikhlas nak dpt certification Halal, sure mereka akan apply dan dapatkan sijil tu dari JAKIM kan? Utk wanita-wanita bertudung, aku tau nafsu ppuan ni ada 9, tapi tolongla kawal sikit nafsu2 anda tu. Sbb umat Islam akan lahir dari janin anda. kalau makanan anda tak halal, apa nasib umat Muhammad nanti?

Unknown berkata... [Reply]

@Pekebun Sambilan, saya bagi info.. kalau ragu-ragu jangan makan. tapi jangan jatuhkan hukum perkara yg kita tak pasti.. apa pun. hak individu.. terpulang..

Khairulanuar a.k.a. Sting berkata... [Reply]

Terima kasih. Semoga Allah membalas usaha dan susah payah saudari mendapatkan penjelasan dan jawapan dari pengusaha restoran. I appreciate your contribution. Terima kasih sekali lagi.

Khairulanuar a.k.a. Sting berkata... [Reply]

Terima kasih. Semoga Allah membalas usaha dan susah payah saudari mendapatkan penjelasan dan jawapan dari pengusaha restoran. I appreciate your contribution. Terima kasih sekali lagi.

Unknown berkata... [Reply]

Assalam Kak, pasal sushi rice in Rakuzen tu, actually rice vinegar is considered non-Halal due to the fermentation process which creates alcohol. Saje nk share from my research sbb saya pn peminat sushi tegar. Hope this helps ��.

Unknown berkata... [Reply]

@Puteri Nursyifa, saya ada juga bertanya pada rakan rakan yang agak arif tentang halal dan haram ni.. so far, kalau namanya "cuka", tak kira cuka apa. Hukumnya halal. Selagimana semasa proses pembuatannya tak dimasukkan alkohol. Malah, berdasarkan fatwa JAKIM sendiri, kalau alkohol terhasil ketika proses pembuatan sesuatu makanan, ianya halal. Sama macam kes tapai. Tapai halal hukumnya walau pun dalamnya ada alkohol. Sebab yang haram dalam islam adalah "khamr" bukan alkohol.

Unknown berkata... [Reply]

oh.. btw.. bukan "rice wine vinegar" ya.. rice vinegar..yg saya tahu rice wine vinegar mmg haram..

Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya berkata... [Reply]

Assalamu'alaikum,ada survey Bonbori Japanese Cuisine?

Unknown berkata... [Reply]

Saya rasa awak boleh dapatkannya di Aeon mall shah alam..semuanya dijamin halal

Unknown berkata... [Reply]

@Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya、maaf.. tak pernah survey lagi..

rasyd berkata... [Reply]

Sakae sushi dah beritahu dalam facebook.mereka tak guna mirin atau pork.produk daging dan ayam mereka dari supplier halal

rasyd berkata... [Reply]

Tapi saya lagi yakin dgn sushi king sbb mereka ada initiative apply halal jakim bulan may 2016 lepas

rasyd berkata... [Reply]

Tapi saya lagi yakin dgn sushi king sbb mereka ada initiative apply halal jakim bulan may 2016 lepas

rasyd berkata... [Reply]

Sakae sushi dah beritahu dalam facebook.mereka tak guna mirin atau pork.produk daging dan ayam mereka dari supplier halal

Unknown berkata... [Reply]

@rasyd, tq update pasal sakae sushi & sushi king..

Unknown berkata... [Reply]

Assalam,nk tnye,mcm mna plak dgn restoran yoshinoya hanamaru?halal tak?

Unknown berkata... [Reply]

cuba anda cari cuka untuk buat nasi sushi,ia nye berasas kan apa? sratus peratus alkohol jawapan nye.itu sebnarnye yg haram.

Unknown berkata... [Reply]

@Nasuha Aeriysz, saya tak pernah check status yoshinoya.. tapi yg pasti belum ada halal dari jakim

Unknown berkata... [Reply]

@md fadly, cuka beras untuk buat nasi sushi adalah halal. yang menjadi persoalan adalah adakah mirin digunakan dalam pembuatan sushi. sebab cuka dari segi hukum islam memang halal..

Unknown berkata... [Reply]

Sushi king Tu name je sushi...tpi Korean restaurant bknya jepun...haha jgn tetipu....

Unknown berkata... [Reply]

mcm mana dgn empire sushi.. halal x

Unknown berkata... [Reply]

@hairi zainal

Datang mana sushi dari korea? kalau dari korea mestilah ada jgk makanan korea? Ini kimchi pun xde kt sushi king tuh?

DokiDoki berkata... [Reply]

Terima kasih kerana memberikan infor tentang restoren jepun halal ini.

Lover berkata... [Reply]

Sushi king ada sijil halal, sbb dh krja sna dari 2015 smpai 2020. Lagipun barang2 smua d jamin halal ya guys

Unknown berkata... [Reply]

Fuhh..nasib scroll komen

Potato berkata... [Reply]

@Unknown
"tpi Korean restaurant bknnya jepun... haha jgn tertipu..."

"Sushi King was founded by its chairman Tan Sri Dr Fumihiko Konishi"

jangan kau sendiri yg tertipu, ya. research dulu baru komen. Sushi King company malaysia, org jepun yg bukak. xde kene ngene ngan Korea. kenapa semua benda nk obses ngan korea ni? tolong simpan korang pye idola dlm hati, jgn nyusahkan org lain.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com