Khamis

Menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab

Assalamualaikum

Dalam minggu lepas, aku sempat melihat dan menyertai "perbincangan" tentang vaksin di FB. Nak kata perbincangan pun tak berapa nak bincang. Lebih kepada para ahli perubatan keluarkan statement menghukum ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin macam aku.

Aku bukan anti perubatan moden atau anti doktor.

Tapi melihat pada cara doktor doktor tersebut menjawab komen aku. Aku nak gelak dan menangis dalam masa yang sama.

(1) Aku melihat mereka amat gemar merendah rendahkan pengetahuan para pesakit
(2) Segala fakta keluar sebijik ayat buku teks dan banyak kopipes dari internet, walau pun masing masing memperlekeh orang yang macam aku ni macam orang kampung yang ilmu takat ilmu google je.
(3) Amat menyedihkan sebab kerjaya professional sebagai seorang doktor menjadikan sesetengah dari mereka sombong bongkak dan menganggap kami macam penjenayah, melabel kami ibu bapa yang tak bertanggungjawab bahkan yang panggil aku berfikiran sempit. Walhal, aku cuma menekankan bahawa keputusan untuk memilih sama ada vaksin atau tidak adalah atas budi bicara ibu bapa. Tiada undang undang mewajibkan vaksin. So, adalah tidak wajar kalau label kami yang memilih ni sebagai penjenayah.

Tak ada yang menjawab bila aku tanya..

Macam mana anak aku yang tak vaksin, tak ada penyakit tu boleh membahayakan anak mereka.

Bukan ke yang menjangkitkan penyakit adalah mereka yang sakit. Atau yang terdedah kepada pesakit yang telah dijangkiti?

Masing masing cuma menjawab, yang anak aku boleh jadi membawa virus tanpa dijangkiti penyakit kerana virus ada di mana mana. 

Oleh itu, bukan ke sesiapa saja even yang dah vaksin pun boleh bawa virus tanpa dijangkiti penyakit..?

Sepatutnya aku yang risau sebab anak aku tidak dilindungi vaksin..

Kenapa diorang suruh anak aku duduk diam diam kat rumah jangan campur anak orang lain..?

Aku takde rasa nak suruh orang lain tak vaksin. Aku cuma suruh korang ambik tau.

(1) Jenis vaksin yang dicucuk pada anak. Ramai yang patuh, bawak anak pergi cucuk ikut aturan, tapi tak tau vaksin apa yang dicucuk.
(2) Ketahui hak selepas cucuk. Ada GPF. Download dan baca. Kita tak tau bila kita perlu file kan report. Mungkin akan ada kesan, mungkin tidak. Alhamdulillah kalau tidak. Tapi perlu juga berhati hati kan..
(3) Jangan lupa ambil insert vaksin dari doktor dan kepilkan pada kad kesihatan anak. Malas baca pun takpe. Just ambil dan kepilkan.

And last.. Kalau orang gesa aku suruh vaksin anak dengan alasan vaksin diharuskan oleh syarak..

• Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu TIADA UBAT ALTERNATIF YANG LAIN adalah berpandu kepada
Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

• Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah DILARANG.

Perubatan dengan sumber yang haram adalah bagi yang darurat. Aku tidak menganggap diri aku dalam keadaan darurat. Jadi, secara asasnya.. Hukum vaksin anak pada aku adalah bukan HARUS.


Vaksin adalah salah satu pilihan. Walau pun tak vaksin, aku bukan cuma menadah tangan tanpa buat apa apa usaha. Mungkin aku tak belajar ilmu perubatan di sekolah macam doktor doktor. Insya allah dengan sedikit ilmu yang aku belajar, aku cuba melindungi anak anak dengan cara yang mungkin lain sikit dari orang lain. Apa pun pilihan kita, semoga Allah melindungi kita semua.

Tahukah anda, salah satu kesan (adverse reaction) MMR vaksin sebagaimana yang dituliskan pada insert vaksin adalah atypical measles. Bermakna, anak tuan puan yang sihat tu.. Bila dicucuk vaksin MMR, mungkin boleh kena demam campak. Bukan ke macam takde penyakit cari penyakit. At least bagi aku la...

Daa

8 comments:

asyifamustaffa berkata... [Reply]

pasal isu vaksin2 ni...terpulang pada parents juga...nak kondem2 pendapat org lain pun...x bagus juga kan....masing2 ada pendapat .... ada cara masing2...

ayunidati berkata... [Reply]

Hehehe... ank sy baru pra sekolah... maybe naxt year....

Dr K berkata... [Reply]

kena bersederhana dlm setiap aspek kehidupan..
jgn jadi "totok" pro vaksin..
jgn jadi "totok" anti vaksin..
hormati perbezaan pandangan,raikan.

ps: tau tak totok tu apa? hahaha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

sangat tak berhemah kalau golongan yang kononnya profesional macam tu merendah-rendahkan orang lain, anggap orang lain kolot. dan sayangnya ilmu yang tinggi tu menjadikan mereka lebih rendah daripada orang tak bersekolah...

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, dah lama tak balik batu pahat.. lama tak dengar perkataan totok.. hahaha..

Irfa berkata... [Reply]

boleh tak nak jawab ala artis
NO KOMEN, haha

kehidupan sihat berkata... [Reply]

nice sharing :)

Sya berkata... [Reply]

Sya tau ada org x vaksin anak..Sya pun ada juga kawan yg x vaksin anak dia.. sya ok je mana².. asalkan jangan hentam org lain sudah. Kami pun x pernah cerita pasal benda² ni. Dia hormat cara sya,Sya pun hormat pilihan dia..Alhamdulillah, syukur..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com