Jumaat

Mari kita memboikot

Assalamualaikum

Harga minyak semakin turun. Tapi harga barang tak semakin turun. Bahkan.. Kalau kes macam bas sekolah ke bas intercity ke.. Alasannya adalah kerana kos maintenance semakin tinggi. Barang dan kedai makan pun dah makin naik harga tau. Kalau barangan import tu aku boleh paham jugak la sebab harga ringgit agak lemah berbanding USD. So kena bayar lebih untuk harga yang sama.

Ada satu kedai makan kat opis aku ni. Aritu Set lunch RM7.50. Sekarang dah RM8.50. Naik sampai sehengget. Dah la tu, isi lauk kedekut masya allah. Macam lah aku mintak nasik free. Hangin tau.. Tu la last kot aku makan kat situ. Huhu..

Aritu pergi Legoland Malaysia, air kat vending machine yang 500ml pun sampai RM5. Gila kot depa ni. Melampau lampau riba nya tau.

So.. Untuk menyahut seruan Denaihati agar kita menjadi pengguna yang berani. Mari la kita menjayakan kempen boikot peniaga yang masih lagi menaikkan harga barang sewenang wenangnya.


Tak kira peniaga tu berbangsa apa. Mari kita boikot kalau diorang jual barang mahal. Dalam paper The Sun hari ni kata.. Air mineral kalau dah 70% untung pun patutnya tak lebih RM1 harganya.. Jadi.. Jom boikot air mineral yang terlebih mahal.

Aku paham.. Boikot ni ada pro dan kons. Sebab boikot boleh memberi kesan pada peniaga kecil macam kedai kedai runcit yang dapat untung bukan besar sangat. Tapi tindakan boikot amat perlu bagi memberi tekanan pada pengeluar yang nak untung besar. Dulu orang kata boikot McD tak berkesan. Tapi setelah diboikot dengan sesungguhnya. Dengar kata CEO McD terpaksa letak jawatan sebab sales tahun 2014 teruk.

So.. Mari kita sebagai pengguna tunjukkan peniaga kuasa kita. Duit di tangan kita. Kita tunjuk kuasa pada mereka pulak.

Daa

11 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak rasalah Rai yg berusaha kena buat boikot ni golongan pertengahan macam kita. Yg miskin memang dari dulu sebaik naik harga tak beli dah. Yg kaya tak terjejas dek banyak RM mereka. Jadi kita ni yg ramai kena sama-sama sepakat...

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

Saya akan menyokong setiap usaha peniaga yg takder perasaan terhadap perubahan keperluan pengguna... saya akan boikot...

Aziela berkata... [Reply]

Setuju...setujuuuu....jom boikot.

Mell Mariann berkata... [Reply]

boikot! pasni nk bkebun la.. huhu. sekarang nk mkn apa2 semua homemade.

iryantyismail berkata... [Reply]

boikot peniaga yang cekik darah...mcd sampai sekarang dah tak makan...

aizamia3 berkata... [Reply]

Kalau tempat tu mahal dan menu yang disediakan indah khabar dari rupa, memang itu kali terakhir akak akan singgah, banyak lagi tempat lain boleh cuba.. ;)

Unknown berkata... [Reply]

Bikot jangan tak boikot...golongan macam saya ni dari dulu lagi memang berhati2 bab nak keluar duit nih..kalau mahal memang tak beli..setakat ni kami makan,pakai apa yang kami mampu sahaja..

mummY daniSha berkata... [Reply]

ade yg boleh boikot tp yg x boleh boikot yg mmg kene beli gak mcm mane huhuhu...

kehidupan sihat berkata... [Reply]

Bus tadika anak buah nana je dah rm150 sebulan.itu baru untuk pergi sekolah je sbb kakak ipar akan jemput bila time balik..

sesak nafas jugak macam ni ..huhu

salam perkenalan kak & jemput ke blog nana

Unknown berkata... [Reply]

Boikot juga...hehe.. serius.. barang dapur mmg terpaksa beli, tp x tahan dgn harga sekarang. Nak boikot sangat dah ni.. tp kalau x beli kang,sendiri payah.. sudahnya,sya pilih yg sangat3 perlu je.. yg perlu tp x sangat penting,tunggu dulu..huhu..sampai macam tu...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

kan kita boikot je.
selalu mcm tu klau mkn di kedai makan.
snng je nak tahu naik harga ke tak ambik mnu yg dua tiga kali..
nk sng akak bawa bekal je..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com