Khamis

Makanan halal di Jepun

Assalamualaikum

Mungkinkah menjelang tahun 2020 nanti Jepun akan menjadi sebuah negara Islam?

Memandang pada kesungguhan mereka menceburi industri halal, mungkin sekurang kurangnya Jepun boleh menjadi salah satu hub Halal di Asia.

Tak silap aku ianya bermula bila Jepun terpilih untuk jadi host sukan Olimpik. Sepengetahuan aku, sejak dulu orang Jepun sangat suka melancong ke luar negara. Tapi masa zaman aku study kat sana, tak ramai lagi yang berani nak ke Jepun sebab takut susah nak dapatkan makanan halal.

Maklumlah.. Jepun terkenal dengan sake (sejenis arak yang dibuat dari beras) dan buta (khinzir). Sampai ada orang kata.. Kalau ke Jepun tak cuba dua jenis benda ni memang rugi mampuih. Hahaha..

Kini.. Situasinya berbeza.. Semakin ramai pengusaha makanan di Jepun yang sedar tentang besarnya potensi industri halal. Bayangkan.. sampai ada syarikat yang jual telur yang mohon sijil halal. Dikatakan sebaik diorang lulus sijil halal tu, pesanan telur dari syarikat mereka bertambah berlipat kali ganda.

Dan.. kebanyakan syarikat ni, pemiliknya bukan muslim pun~~!!
Menu halal di sebuah restoran

Malah.. Banyak restoran yang mula buka pintu untuk hasilkan menu halal bagi muslim. Sijil halal restoran di sana bukan macam kat sini. Di sana, diorang berikan sijil halal untuk sesetengah menu. Tapi syaratnya amat ketat. Semua utensil dan barang yang digunakan untuk memasak makanan halal semestinya diasingkan dari makanan lain. Islam itu mudah kan..
Dan kita sedia maklum bahawa orang Jepun sangatlah teliti dalam setiap aspek kehidupan mereka. Semua yang dibuat akan dikerjakan dengan sebaik baiknya.

Sekarang sudah ada pusat pengajian yang sediakan cafe yang ada section halal, malah ada surau.

Semakin lama.. Orang Jepun semakin dekat dengan Islam.

Semoga semakin ramai yang mendapat hidayah di sana.. Serius aku sangat rindu dengan kehidupan kat sana.

Jangan sampai kita yang sejak dulunya Islam ketinggalan dengan mereka.

Ingat lagi entry aku sebelum ni..? Jepun lebih Islam dari orang Islam? Baca dan hadamkan..

Dengan kesungguhan tu lah aku berjaya mendapatkan miso yang diiktiraf halal bagi peminat peminatnya di Malaysia. Kalau tak memang mengidam tak habis-habis.. Huhu..

Gambar dari koleksi Nippon Asia Halal Association.

Boleh cari mereka di FB : Nippon Asia Halal Association - NAHA


Daa


20 comments:

Unknown berkata... [Reply]

watashi mo!! rindu jugak...

rindu makanan...rindu suasana..rindu orangnya..rindu segala-galanya..bila lagi boleh ke sana...huhu..

Siti Sharini berkata... [Reply]

sou ne..
anyway bestnyer student sekarang!
cey walopon kita dulu makan jer tak susah pon heheheh

lieyalatif berkata... [Reply]

bace entry pasal jepun kat entry rai ni kebetulan plak lieya baru balik lunch kat sushi king....mengidap salmon sashimi sejak puase ari tu...lepas ngidam arini hheheeheheheh

hepi plak dengar mcm tu..senang laa kalo melancong ke jepun nanti...tak perlu was2 berlebih2...

fizafantagiro berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fizafantagiro berkata... [Reply]

salam kenal, done follow sini . dtg jejak dr group FB kelab blogger ben ashaari =)

imm berkata... [Reply]

rindu jugakkk..selalu dok meratib kat husband jomla kite berhijrah dok nihon hahaha..

Mummydearie berkata... [Reply]

Suka kalau dapat apa-apa makanan dari Jepun ni. Packaging memang first class. Nak makan pun rasa tak sampai hati, tak sanggup nak buka.

PetakBunga berkata... [Reply]

ada cina tnya aku.. apa u nak makan kalau pergi luar negara?
aku yg x pernh pergi luar negara ni payah nak cerita..
ko try cerita...myb

kalau ada halal certificate, dah x pyh risau kebersihan semua..seb halal tu dah termask kebersihankan..buka takat babi je

ZieMarziah berkata... [Reply]

kak rai ari tu zi beli takoyaki,budak melayu jual kat pasar malam..sedapnya..sebijik singgit.macam mahal tapi nak try punya pasal beli gak la..agaknya takoyaki kak rai lagi sedap kot hehehe

Dr K berkata... [Reply]

Jujurnya, saya lebih yakini & respect pengiktirafan sijil halal di Jepun, berbanding di Malaysia...sebab faham2 sendiri lah komitmen dan cara kerja org Jepun..:P

Eye_nee berkata... [Reply]

Terasa setuju sgt dgn komen DADDY ZIYYAD...bukan menidakkan "INSAN" di negara kita yg telah diberikan sijil halal atas sesetengah product mereka...namun terlalu byk sgt kes...geli lagi menjijik kan...rasanya2 kalau tercampak ke Jepun...tiada was2 nak makan makanan Halal mereka...

onlajer berkata... [Reply]

Rasa mangkin tak takut nak kesana, kalau tak mungkin luggage penuh dengan megi jawabnya

Abam Kie berkata... [Reply]

mujurlah dah mudah mendptkan makanan halal di jepun. hhmm...teringin nak ke sana nanti. In sha Allah. BTW, abah follows your blog. TQ.

Nieda Ramly berkata... [Reply]

itu yg org nampak indahnya islam

Nieda Ramly berkata... [Reply]

itu yg org nampak indahnya islam

akuzle ayu berkata... [Reply]

Best! Jepun salah satu negeri yg kak ayu teringin nk g. Sebab katanya bersih n selamat. Tqvm utk kata2 semangat d entri akak.

norhasnizakhalid berkata... [Reply]

mama tak pernah sampai sini lagi.., bilalah tu ..

Elya Roza berkata... [Reply]

setuju , org jepun sgt teliti dr aspek kehidupan. even elya kat ofis pun, org2 jepun sgt hormat dgn agama kite...

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Kt ngara mna2 pn msti nk kna ada mknn halal.. Bru mudah orang nk ke sana kn..

Ismahasmi berkata... [Reply]

senang sekarang dah ada food halal dekat sana. dulu memang itu yang orang kita takut2 kan sangat. asal cakap nak pegi jepun je dia kata susah makan lah, takut termakan babi lah, adoiii terus hilang mood nak travel ke sana. lepas ni insyaAllah lebih mudah orang islam nak ke sana kan.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com