Khamis

Resepi Kimchi sedap lagi halal

Assalamualaikum

Hahaha. Tak boleh belah kan tajuk tu. Shujin dengan Aqil memang suka sangat "kimchi korea". Memang kalau boleh sentiasa nak kena ada kimchi kat rumah. Oleh kerana kimchi sangat kaya dengan probiotik dan baik untuk kesejahteraan perut, maka aku pun merajinkan diri kerap buat kimchi. Resepi kimchi mudah gila sebelum ni aku belum puas hati lagi dengan hasilnya. Kali ni aku suka sangat..

Kali ni aku alter sikit resepi kimchi. Campur campur dengan resepi kimchi sedia ada kat internet.
Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..?
400gm. Ni ada schoolmate aku nak beli
Actually aku takde niat nak jual, tapi bila berborak dengan kawan kawan sekolah kat wassap, ramai pulak yang teringin nak rasa. So aku pun poskan sikit untuk diorang. Aku cuma cas harga pos dengan kos bahan. Sampai shujin dengan Aqil susah hati sebab takut kimchi dalam stock habis. Hahaha..

Shujin kata "jom abang makan kimchi banyak banyak sebelum ibu jual habis semua"

Huhuhu.. Ye lah ye lah.. 

Korang suka makan kimchi? Aku suka yang tak berapa masam. Kalau dah masam tu agak kurang sikit. Yang buat kali ni aku suka ratah je. Haish.. 

Nak order kimchi? 400g RM10, Postage RM8 (Semenanjung)
Whatsapp 0126894617

Daa

81 comments:

misz sheyla berkata... [Reply]

nak test jugak...kite nak beli boleh...

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Member blog saya pon penggemar kimchi & dia memang buat kimchi sendiri. Tak reti nak mkn ☺☺

Kesuma Angsana berkata... [Reply]

Ala anak2 tak suka lah pulak rai,.. acaner !

mama_ka0ri berkata... [Reply]

tak reti makan kimchi ni makcik..laki aku mana suka mende2 masam ni..haha..

asyifa mustaffa berkata... [Reply]

Sy da lma simpn resepi kimci...dlm draft...x jugak siap lg utk dipublish....kimchinya pun da tnggl sikit...hehe...

Tp sy guna resepi yg caranya lain skit...nntilah klau ada msa...bru edit blik draft kimci tu...

Kakzakie berkata... [Reply]

Abang dgn anak-anak kakak kureng sikitlah Rai. tapi kalau kakak tak kisah apa aje...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

hubby suka benar makan ni...sedap rupanya...

Irfa berkata... [Reply]

rai oooo rai
aku nak order je ngan ko
buleh?
sebalang kecik tu ye

Mrs.R berkata... [Reply]

penah dgr tp x penah rasa. ngeee...

Shima Salleh berkata... [Reply]

tak pernah makan... mcm sedap je mcm je... hihihihi

JunAina berkata... [Reply]

Boleh buat bisnes ni Rai... Sesuaikan dengan tekak kita org Malaysia.

Ujie berkata... [Reply]

Tak penah makan...kalau dekat nak jugak mintak rasa sikit. Mcm rasa makan acar buah ke..masam manis?

adrianna syaz berkata... [Reply]

Nak suruh anak2 sedara buatkan..sbb diaorg mmg suka kimchi ni..hehe..rai..sya buat melon pan..tp versi sya..hehe

sitiezahim berkata... [Reply]

saya sukeeeeee kimchi... wah terer nya rai buat sendiri :)

Munnafendy berkata... [Reply]

kak...i have no idea ni menatang apa...er...ada tester tak? huhu

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai,klu jual sebalang tu...bape eh?

QasehnyaRania berkata... [Reply]

cam menarik je. saya tak pernah buat.thanks sis share

Nazayiena Ayiena berkata... [Reply]

x pernah mkn lg kimchi nie.
Siap Shujin ckp ngan Aqil mkn cepat tu sblm ibu habis jual,sukakan diorg mkn kimchi.

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Munnafendy, kalau nak rasa mai je datang rumah..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@faraherda.razalan, sebalang ni 400g.. saya jual RM14 sekali dengan cas poslaju.. Tapi takde la serius meniaga pun. Just jual untuk kawan kawan yang nak rasa.. hehe.. kalau feedback ok, banyak permintaan baru consider nak jual betul2.. :D

nanakimie berkata... [Reply]

tak pernah makan kimchi..banyak jugak garam diperlukan ye kak?rasa masin2 la ye...

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

xpnh makn n ni baru dgr...hihii

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

Garam tu utk menjeruk kobid panjang. Tapi perap 4 jam je. Lepas tu basuh dan bilas 3kali.

nurul fatihah berkata... [Reply]

@Rai Ourkizuna salam kak boleh dptkn no akk x?sy nk sgt mkn kimchi ni.nak tnye lebih lg pd akk.hehe..hrp sgt kak boleh.xpon akk sms sy 0127300205. :)

Nik Ali berkata... [Reply]

Nak order boleh..

Awasha a.s berkata... [Reply]

nak order boleh? serious buyer nih. hehe

Awasha a.s berkata... [Reply]

nak order boleh? serious buyer nih :)

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Nik Ali, assalam.. Boleh. Emailkan details ke kesoma.rai@gmail.com. Tapi stock limited. Jadi kalau dah habis, kena tunggu next batch hujung minggu nanti..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Awasha a.s,assalam.. Boleh. Emailkan details ke kesoma.rai@gmail.com. Tapi stock limited. Jadi kalau dah habis, kena tunggu next batch hujung minggu nanti..

Qashmere berkata... [Reply]

Macamni ke cara buat kim chi. Saya pon suka makan kim chi...tapi ada kim chi yang tak sodapss...hahahaha masa pergi korea...penuh balang balang pasu depan rumah diorang peram kim chi.....

kalau pergi tesco diorang satu tesco bau kimchi..LOL...rajinnya kak rai buat

Teacher Yasemine berkata... [Reply]

Chili brand BIDAN??.... DI malaysia ni, ada jual di mana ya?.. Aku punya chili kimchi yang beli di BUSAN dah nak habis.....huhu

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Teacher Yasemine, kat presto Citta Mall.. Ara damansara tu.. dulu ada jumpa kat aeon.. tapi last sekali pergi tak jumpa dah...

Mayang ABDUL RAZAK berkata... [Reply]

memang lama dah tingin makan kimchi ni tapi nak beli takut x sedap lak... satu lagi sesejak ngandung ni terliur nengok lam drama korea depa makan bulgogi.. haish ngandung kali ni sangat suka menatap gambo2 pelakon koyea lagi.. so ji sub terutamanya.. bkn di buat2 tau...

radzizah berkata... [Reply]

saya radzizah berminat nak order my hp 017 367 1995

radzizah berkata... [Reply]

saya radzizah berminat nak order my hp 017 367 1995

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata... [Reply]

Takyah dahlah beli kat kedai lepas ni.

Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

MyLife Ria berkata... [Reply]

Salam kenal... :)

Aiii...dah kecur liur dibuatnyer..hehe

Norazian ahmad Sapian berkata... [Reply]

Akak dah kecur lidah tngok kimchi. Nak order leh x

Norazian ahmad Sapian berkata... [Reply]

Akak dah kecur lidah tngok kimchi. Nak order leh x

Fisya Zainudin berkata... [Reply]

Sy syamimi .. nk order boleh tak , teringin sangt dah ni .. boleh msj sy tak 0148248339

Fisya Zainudin berkata... [Reply]

Sy syamimi .. nk order boleh tak , teringin sangt dah ni .. boleh msj sy tak 0148248339

Farahdzila Mohd Kasim berkata... [Reply]

salam, saya nak oder kimchi boleh tak? Awak jual ke?

mama sofia berkata... [Reply]

Sy pon teringin nak.kakak msg sy 0137780499.nk bli.dpt rasa ckit pon jd la.huhu

izzah zasmin berkata... [Reply]

Kak, boleh tak nak order.. dah bertahun2 menanti nak beli.. ada jual kat teso korean kimci, tp tgk tulisan korea sume, takut nak beli, takut tak halal.. boleh tak nak tempah.. ngidam sebenarnya... no hp sy 0137453349...

izzah zasmin berkata... [Reply]

Kak, boleh tak nak order.. dah bertahun2 menanti nak beli.. ada jual kat teso korean kimci, tp tgk tulisan korea sume, takut nak beli, takut tak halal.. boleh tak nak tempah.. ngidam sebenarnya... no hp sy 0137453349...

aisyah mustafa berkata... [Reply]

Nk order bleh x kak?

fateennurnadhira berkata... [Reply]

Nak order boleh tak ?

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

salam,
maaf ya.. saya close order kimchi buat masa sekarang.. tak sempat+tak larat..

Mike Mikelly berkata... [Reply]

Nnt nak try resepi ni... asyik beli je makan pun tak puas 2 3 x je lps tu hbs... trma ksih ye rai ourkizuna

shue berkata... [Reply]

sedapnya. teringin nak rasa. nak order boleh tak ?

shibuya madara berkata... [Reply]

salam
nak tanye boleh ? kalau tak ade korean chilli flake nak ganti apa ?

obat kuat berkata... [Reply]

terimakasih telah berbagi informasi yang bermanfaat.
Obat Perangsang Wanita

rafi dah berkata... [Reply]

Sygnye xdpt order..dh closed ker order..xdpt nk rasa...huhucdg nk order..serius buyer ni..

Saya Nina Syakira berkata... [Reply]

kak kalau dh open order msj saya. nina-0125796961

Norfaziela Amin berkata... [Reply]

Banyak jugak step dia ye... Saya suka makan...terima kasih share resepi sis:) kena try satu hari nanti...

shah_izan berkata... [Reply]

salam beb

aritu aku test member bg punyer
kimci tu mcm sedap gak
tp masam giler

ada cara ker nak kurangkan masam selain kurangkan masa perap tu?
btw, mcm mane bole lg masam lak

tkq

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@shah_izan, salam.. masam gilaaa tu sebab peram lama la tu.. biasanya aku pun tak suka masam sangat.. peram kat luar 24jam je..pastu masuk peti sejuk untuk kurangkan aktiviti bakteria.. so takde la masam sangat.. dlm resepi ni takde masuk agen lain..so mmg bakteria tu la punca masamnya tu..nak tambah masam lagi.. peram lagi lama kat luar peti sejuk.. kalau boleh tempat gelap.. hehe..

Nizam Haron berkata... [Reply]

Wasap bole?seyes buyer ni.....

Nizam Haron berkata... [Reply]

Email tu nama somi.....

Wanie Masduki berkata... [Reply]

boleh cod area shah alam?tengah teringin sangat ni..

Nasz Eyza berkata... [Reply]

Nak beli gak...

noorzulaidah abdulkadir berkata... [Reply]

Sedap ke mkn ngan nasik

noorzulaidah abdulkadir berkata... [Reply]

Sedap ke mkn ngan nasik

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

pada yang berminat, boleh whatsapp 0126894617 ya..

anak-anak saya suka makan dengan nasi panas.. biasanya nasi jepun yg melekit tu..

Zie Zila berkata... [Reply]

@Rai OurKizuna
nak order mcm mne erk??

Hakimidaniya Qalesya berkata... [Reply]

rai.. akak nak order 400g punye... nnt bgtau ye mcmn... tq

Hakimidaniya Qalesya berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hanna aisha berkata... [Reply]

Best sngt..thankz akak..^_^

Hanna aisha berkata... [Reply]

Best sngt..thankz akak..^_^

teruterubozu berkata... [Reply]

sy dh whatsap bleh reply
bleh pos ke JB tak

BitterSweet-InLife berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak. Cili paste (guna cili kering) tu diblend kosong tanpa bwg merah & bwg putih atau boleh blend sekali dgn bwg merah & bwg putih?. Kalau cili paste letak bwg, rasanya pelik tak? Kalau ikut logik akal saya rasanya mgkin akan berubah. Tp saya blm prnh cuba buat kimchi. ~sayashikin~

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@BitterSweet-InLife, resepi paste utk kimchi ni mmg ada guna bawang besar holland dgn bawang putih.. so kalau nak blend sekali pun boleh je.. make sure cili kering tu masak dulu sebelum di blend ye..

Cikk Tasyaa berkata... [Reply]

Hi! Nak tanyaa.... kimchi ni boleh tahan bapa lama eh?? 😂

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@Cikk Tasyaa, sebulan dua bulan takde masalah.. kami tak pernah dapat simpan lama2 sbb dah habis dulu.. letak dalam peti sejuk ok je simpan lama2 pun..

Shuhada Fatihah berkata... [Reply]

Kak,sebalang RM14 ke RM18 sekali dengan post??

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

Rm18 sekali post..

Hasrul Hassan berkata... [Reply]

Saya share sebahagian resepi buat Kimchi ni di blog saya ye.

Terima kasih.

Backlink diberikan.

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

Boleh. Silakan. Terima kasih atas backlink yg diberikan

zac zackie berkata... [Reply]

Salam ...Sory nk tny...
Chili flakes tu halal x? .. :)

nur berkata... [Reply]

kak, saya amik resepi yer,dah try. sedap. tq . saya share kat kengkawan jugak yer

azilah zila berkata... [Reply]

kita minat nak try kimchi tu...
bila dah try baru boleh buat hihi..
masih boleh ke nk order???

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com