Selasa

Hati hati dengan manipulasi demo oleh peniaga penapis air

Assalamualaikum

Aku nak share tentang beberapa jenis test yang peniaga penapis air buat sebagai demonstrasi penapis air mereka. Tujuan demo biasanya adalah untuk tunjuk keberkesanan penapis atau tunjukkan kualiti air. Ada yang boleh dijadikan panduan dan ada yang mengelirukan.

Test yang aku biasa buat adalah chlorine test. Test ni sangat simple. Dan tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan penapis air tu untuk tapis klorin. Senang kata test ni paling basic. Dalam masa yang sama boleh tau bau akan hilang ke tidak. Cara ujinya. Masukkan klorox bleach ke dalam air. (klorin tak dijual ye. So kita gunakan klorox bleach yang mengandungi sikit kandungan klorin sebagai pengganti). Nak tau betul ke tidak ada klorin dalam air tu, titiskan beberapa titis chlorine tester (boleh dapat kat kedai aquarium. Biasanya botol warna kuning) 

Kalau ada klorin, air akan bertukar jadi warna kuning bila dititiskan dengan klorin tester.

Kemudian, air tu kita tapis dengan penapis air (demo set lah ye). Lepas ditapis. Air tu sepatutnya keluar jernih la kan. Titiskan chlorine tester sekali lagi untuk pastikan bahawa tiada klorin dalam air tu. Kalau tak ada klorin, air akan kekal jernih. Kalau ada klorin, akan tukar jadi warna kuning.

Satu lagi test yang lebih mudah tapi kejam. Aku belum sanggup nak buat. Masukkan klorox bleach dalam air. Masukkan anak ikan dalam air tu. Dalam masa 30 saat ke seminit. Ikan tu menggelepar lalu mati. Ye mati kawan kawan sekelian. Kemudian air tersebut diambil dan ditapis dengan penapis air (demo set). Lepas tapis, masukkan seekor lagi ikan yang hidup. Kalau ikan berenang dengan riang gembira. Maksudnya air tersebut bebas klorin. Mesejnya adalah. Manusia pun boleh jadi macam ikan tu kalau minum air berklorin. Cuma ambik masa lah. So kalau taknak jadi macam ikan tu, sila gunakan penapis air :P

Ada test guna pewarna makanan. Kita andaikan pewarna makanan tu adalah partikel bahan cemar dalam air. Bila ditapis. Air akan keluar jernih. Nak best. Gunakan air coca cola. Bila keluar. Air warna jernih tapi masin sikit. Sebab masin tu adalah garam galian. Gula dan pewarna ditapis. Tapi garam galian ni tak dikira bahan cemar. So lepas. Mesejnya adalah. Galian baik untuk badan macam kalsium, magnesium akan lepas melalui penapis air ni, tapi bahan cemar ditapis. Bagaimana pun, ujian ni cuma ujian basic ia tak jugak menjamin apa dan berapa jenis bahan cemar yang ditapis. So, still penting untuk dapatkan senarai penuh bahan cemar yang ditapis. Kalau boleh yang diiktiraf oleh NSF.

Dua ni yang aku biasa gunakan. 

Yang aku tengok peniaga penapis air selalu guna untuk demonstrasi bagi purified water treatment sistem atau sistem RO adalah TDS test dan elektrolisis.

Aku cuba terangkan satu persatu ok.

TDS bermaksud total dissolve solid. Ujian TDS ni digunakan untuk menguji kadar bahan pejal (solids) yang wujud dalam air menggunakan TDS meter. Walau pun ada pendapat mengatakan bahawa kadar TDS yang tinggi menunjukkan juga kadar pencemaran yang tinggi (banyak mendapan bahan pejal). Banyak pihak tak setuju kerana ia bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk menunjukkan kualiti atau kadar pencemaran dalam air tersebut.

TDS test terhadapat air RO menunjukkan bacaan 50parts per million atau kurang. Bahan utama (solid) dalam air adalah kalsium dan magnesium. Sebagaimana yang kita semua tahu, dua bahan ni adalah mineral yang penting untuk tubuh dan bukanlah sejenis bahan cemar. Bahan mineral dalam air mineral yang dibotolkan seperti spritzer atau evian adalah lebih tinggi daripada air paip. Adakah air botol spritzer atau evian lebih tercemar dari air paip? Tidak. Ia mengandungi banyak mineral baik. Sebab tu nilai TDS jadi tinggi. Obviously air RO tak ada garam galian dan apa apa pun. So dah tentulah bacaannya sikit. 

Dan, untuk pengetahuan semua, TDS meter tak detect klorin. TDS meter cuma detect bahan enapan yang mempunyai impact pada conductivity air. Oleh itu. Kalau kita masuk garam dalam air (garam menambah conductivity air), bacaan TDS akan bertambah. Tapi garam bukan bahan cemar kan? At least tak la secemar klorin :D

Jadi kalau penjual penapis air menggunakan ujian ni nak menunjukkan kualiti air ianya adalah mengelirukan dan adalah tidak beretika. Ianya sangat misleading.

Aku tau panjang gila dah.. Tapi nak sambung sikit pasal electrolysis test pulak.

Electrolysis test adalah satu lagi ujian yang digunakan oleh penjual penapis air RO.
Sumber : Google
Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni ala ala eksperimen yang kita buat masa sekolah menengah dulu.  Tujuannya adalah untuk mengetahui conductivity air. Yang syoknya apa tau.. Bila diorang buat test ni. Air yang digunakan (biasanya dia akan ambil air dari paip rumah kita) akan electrolyze, akan start keluar kekuningan warna macam karat gitu. Makin lama makin banyak dan air tu akan bertukar jadi murky water. Dan penjual ni akan declare yang air paip rumah kita bermasalah. Manakala, bahagian yang air RO tu jernih tak berubah warna berseri seri. Scary dowh.. Time ni laju je keluarkan duit bayar kan :D

Hakikatnya? Naturally, air paip mengandungi electrolyte. Iaitu bahan yang jadi pengalir elektrik kalsium, magnesium dan kalium. Rod yang digunakan masa ujian elektrolisis ni adalah metallic rod sebagai anod dan alumunium rod sebagai katod. Bila kita alirkan elektrik, ianya akan bertindak balas dengan air dan menyebabkan mendakan logam. Mendakan logam ni yang menyebabkan air tu bertukar jadi keruh. Basic eksperimen elektrolisis la ni. So, of course air RO takkan jadi macam tu sebab air RO atau air yang dipurified ni takde galian apa-apa.

Tapi kalau yang tidur masa kelas kimia tu sure dah ingat ingat lupa. Mudah la sikit kerja penjual ni nak mengelirukan orang.

Sedangkan sebenarnya ujian ni takde kaitan dengan kualiti air. Sebab ujian ni tak detect bahan cemar yang bukan bahan pengalir. Contohnya herbisid, pestisid. Kalau ada penjual ni datang buat test kat rumah meh korang buat gini. Air tu, sembur dengan ridsect. Lepas tu test balik. Agak-agak ada result tak?

Aku yakin yang ada sesetengah penjual tak tau pun sebenarnya test tu misleading. So nak salahkan diorang pun susah jugak. Apa pun. Nasihat aku. Jadi pengguna ni kena hati hati.

Sekian penerangan.

Untuk detail explanation boleh dibaca dalam blog INI

Entry berkaitan penapis air :

Daa

222 comments:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 222 daripada 222   Terbaru›   Baru»
Unknown berkata... [Reply]

sy jual coway... nak boleh whatsapp sy..
019-5098063 Azizi

nurul78 berkata... [Reply]

tlg emel ke nurul1078@gmail.com.saya pun tgh cari water filter/purifier ni

Unknown berkata... [Reply]

Saya baru bercadang utk membeli penapis air... mana lagi ok antara coway & Cuckoo... mana lagi ok air mineral @ RO pening juga sbb msg2 kata penapis air mereka terbaik.

Asyraf berkata... [Reply]

@Sachi Maru

CUCKOO air MINERAL beralkali ringan. Bebas LOGAM BERAT & Bakteria merbahaya. Bayar sewa bulan pertama CUCKOO install dah boleh guna.

Utk order Whatsapp Asyraf Cuckoo 019-654 5013.

Asyraf berkata... [Reply]

A very good article Admin! Congratulation!

Unknown berkata... [Reply]

Cuckoo antara penapis air terbaik yg ada. Air dihasilkan adalah mild alkaline water bukan RO water dgn kadar ph average 7.5. Lebih maklumat dan pencerahan call, whatsapp Redzuan 0126407986. Email rezryan1@gmail.com

Unknown berkata... [Reply]

Assalam pn. Boleh pm saya redzuan 0126407986 untuk lebih pencerahan tentang kebaikan penapis air ro dan alkali mineral.

Adam berkata... [Reply]

Hahahaha.bleh tahan gak komen ni dr 2012-2016. Pemenang maharaja lawaknye adalah salesman RO water.Biasalah tu salesman kan..di punya respond tu lbh dasyat dr org yg mencipta produk tersebut. Akhirnye senyap terus, dah beralih kpd jenama company lain kot.hehe. Sy x sokong mane2 pihak, dua2 air saya minum RO dan mineral,stakat ni Alhamdulillah xda kesan negative dr pengambilan kedua2nya.

Adam berkata... [Reply]

Hahahaha.bleh tahan gak komen ni dr 2012-2016. Pemenang maharaja lawaknye adalah salesman RO water.Biasalah tu salesman kan..di punya respond tu lbh dasyat dr org yg mencipta produk tersebut. Akhirnye senyap terus, dah beralih kpd jenama company lain kot.hehe. Sy x sokong mane2 pihak, dua2 air saya minum RO dan mineral,stakat ni Alhamdulillah xda kesan negative dr pengambilan kedua2nya.

Unknown berkata... [Reply]

Rai Ourkizuna blh share penapis air yg dimaksudkan imtwinkle166@yahoo.com
Sya tgh survey utk family.

Unknown berkata... [Reply]

Kalau sayangkan fmly Kita elok pakai Elken bio pure..

Unknown berkata... [Reply]

Bagi saya air RO palaing ok.. sama mcam air semula jdi.. air hujan,air Mata air,air atas Bukit Dan air terjun Sama mcm r.o..

Unknown berkata... [Reply]

Anda yg x faham ape pengaranG 2 konGsi ilmu yg berguna sng2 bg sape2 guna penapis air kt rumah..skurang2nye xde la kene tipu..mksd dye yg TDS pen test 2 utk tau kehalusan air sahaja n TDS meter 2 tak detect klorin...dye xkate pon system RO 2 xbagus..cume fungsi TDS test 2 kene guna pakai d tempat yg betul...jgn nak test pada filter selain dr R0..R0 system mmG dh d sulinGkn..

Unknown berkata... [Reply]

Setuju

sifuazmani/fingo berkata... [Reply]




#GEMP4K# NEW LAUNCH for the slimmest Cuckoo Hot Cold Room Mineral Alkaline Water Purifer.

Penapis Air CUCKOO NEW MODEL..comel lottey..kecik molek..
Diberi nama "PRINCE TOP"

💞3 suhu..Panas /sejuk/suam.
💞Tankless..xde tangki pun(air direct keluar masuk..so,xyah nk pikir tangki kecik ke..besar ke..mmg best sgt model baru ni)
➽ Autosteril.
➽Touch panel.(semua dihujung jari jer
)
➽Sekarang dah 2018. TV dah slim. Phone dah slim. Water filter masih lagi zaman 80s 90s ke?

➽Kenapa Cuckoo mampu buat filter slim sangat ini? Sebab teknologi tanpa tank. Yes tiada tangki kat dalam tu tau....😊

➽Eh? Bagaimana nak ada air panas dan air sejuk kalau tiada tank?. Cuckoo ada teknologi instant hot dan instant cold mechanism. Technology ini mampu menjimatkan elektrik kerana hanya memanaskan dan menyejukkan air yang diperlukan sahaja.(JIMAT ELEKTRIK)
.
➽Tiada lagi masalah tangki air kecil. Nanti air tak cukup. Sekarang 2018. Nak cerita siapa tangki air kecil dan siapa tangki size besar lagi ke..?so yesterday
.
➽Kepada kawan kawan ku yang sudah ada Cuckoo Water Purifer di rumah. Tahniah anda seorang ketua keluarga yang bijak. Family first. Bukan bila nak beli water filter takdop duit, beli PS4 rilex je. Bukan main pun. Berhabuk disitu.

➽Bersempena Hari Raya bakal menjelma, beli lah sebijik di Rumah anda ye.. Sewa pun ada tau... Takde deposit pun.
.
➽Cuppp!! Satu lgi, menariknye..PRINCE TOP ni combine semua technologi yg ada dalam semua model..compactkan dalam satu model... bijak sangat lah CUCKOO ni..😊
.
.
Ayuh❗Jom mudahkan rutin harian uolls dgn #Cuckoo sekarang❗❗❗
.
.
Komen "PM" sekarang!
Komen "PM" sekarang!
Komen "PM" sekarang!
.
ATAU
.
Klik terus link di bawah
👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇
.
www.wasap.my/601110655530
www.wasap.my/601110655530
www.wasap.my/601110655530

➽➽Video Product PRINCE TOP untuk kegunaan anda👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1142435029254897&id=678642142300857

inzaystc berkata... [Reply]

Blh email sy jenis tapis air tu kak rai? iinzaystc@gmail.com

Unknown berkata... [Reply]

Bijak!!

Unknown berkata... [Reply]

Baca info je ke? Dah tau tak pandai buat la research..Research ada buat tak? Kalau ada research, aku nak tengok result yg RO system ada failure.. Mungkin sistem badan kau mmg tak sesuai minum air bersih. Dan mungkin kau sendiri yang paranoid dgn RO..minda kau sedang bercelaru kerana terlalu banyak logam berat telah menghapuskan sel2 otak yg berharga utk berfikir..

Unknown berkata... [Reply]

Ak percaya ajen Elken buat demo air.. dri situ Kita tahu air Mana yg betul2 bersih

Unknown berkata... [Reply]

Elken la.. coway Mula2 je ok lama2 Tak ok.. filter main ketuk2 lpas tu pasang blik sebab service free..

Unknown berkata... [Reply]

Spritzer botol penutup hijau tu kan.. permulaan kuar Mula2 0.00.. sekarang dah Mula Ada bacaan..

biarlah rahsia berkata... [Reply]

saya pun terkena sis..belagak dtg mcm dia tu dri pihak kesihatan dn mengaku penah kerja difarmasi perubatan taik kucing,barang klu lulus katanye percuma ,rupanye2 temberang sis.. kena byr depo dn tiap2 bulan,pastu ugut pula klu xbyr nma kena blacklist dn kena byr penalti,mmg sy.hrmkan duit yg sy byr tu,sbb kena tipu hdup2 ngm ejen ni snggup tipu org smata2 kejar komisen ..anjirrr

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 222 daripada 222   Terbaru› Baru»
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com